ENTRI TERBAIK

TENTANG PENULIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ialah spesies mamalia yang berstatus manusia yang suka mengetuk jari jemari untuk menghasilkan satu karya yang lahir dari hati. Aku dilahirkan di sebuah negeri yang utuh dengan budaya tradisional Islam yang menjaminkan kedamaian iaitu Kelantan Darul Naim. Aku berusia 24 tahun yang berbintang LEO. Lelaki adalah jantinaku, ya bukan celupan khunsa mahupun wanita. 

Dengan kalimah santai, aku adalah blogger bawah tanah atau underground untuk memeriahkan dunia blog ini. Blog ini tidak la begitu popular seperti blog-blog yang otai. Cukupla ia seperti sederhana. 

Aku suka berblog untuk menghiasi warna-warni dalam dunia blog yang cukup unik. Macam-macam ragam dapat ditemui. Tak caya? Kalian ciptala blog dan sertaila komuniti paling cool iaitu blog untuk merasai nikmat ragam manusia di dalam dunia maya.

Ilham GMMS jika diungkapkan ianya adalah Gerbang Maya Melankolia Segar, di mana ia adalah mengenai sebuah perpustakaan maya yang penuh dengan info-info secara santai. Klafikasinya tidak terbatas kecuali hal-hal porno. Kenapa melankolia? Kerna objektifku ialah bila pengunjung datang ke blog GMMS ini, melankolianya akan menjadi segar. Melankolia adalah satu perasaan yang amat sedih sangat atau sunyi. Meskipun ia agak janggal, aku percaya blog GMMS mampu memberikan keceriaan yang bersahaja untuk santapan minda diraja.

Semoga blog ku ini mampu memberi manfaat kepada pengunjung. Terima kasih diucapkan kepada kalian kerna setia mengunjungi blog GMMS ini.