ENTRI TERBAIK

Khamis, 7 Mei 2015

Kembali selepas tiga tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah hampir tiga tahun, aku meninggalkan dunia blog. Kali terakhir pada 29 November 2012, aku menaip post mengenai 30 Jahitan di Kepala. Itulah tintaan terakhir aku sebelum melabuhkan tirai Gerbang Maya Melankolia Segar ini buat seketika.

Sumber

Banyak perkara ingin aku coretkan di sini tapi ianya bercampur baur dan agak susah untuk dihadamkan supaya menjadi satu catatan yang tidak akan membosankan. Kenapa dan mengapa aku telah menghilangkan diri dari dunia blog untuk tempoh yang agak lama? Jawapannya aku boleh berikan adalah tiada mood untuk berblog, kekangan masa, kekurangan idea dan sebagainya. 

Mayapada, para pembaca inginkan info dan isu semasa sebagai trend pilihan utama bacaan. Kalau diselitkan luahan perasaan dari kaca hati penulis, agaknya butang close terlebih dahulu ditekan apabila para pembaca sudah mengesan yang posting adalah mengenai luahan perasaan. Biarpun kejujuran diselit dalam post tersebut, ianya tidak mampu menambat hati pembaca melainkan ada unsur-unsur kontroversi. Dan kemunculan paksaan menekan butang LIKE, adalah satu tindakan yang kurang bijak. Blog anda di"bookmark"kan oleh pembaca setia adalah lebih bernilai berbanding paksaan LIKE itu. *Nasihat 26 sen dari aku kepada blogger yang gemar meletakkan LIKE untuk membolehkan post itu dapat dibaca dengan jelas*.

Terima kasih kepada para pembaca yang masih sudi membaca blog ini sebagai santapan minda. Akan aku coretkan sebanyak mungkin info-info yang berguna untuk bacaan santai kalian.


1 ulasan:

Ahmad Munir berkata...

Sama la kita..syuk Ingat lagi Bro Ahmad.. trioseposen.com dulu saya aktif sangat berblog.. Start laptop hilang.. Password tak cover terus feed up.. Skarang buat blog lain.. Ingat lagi kwn2 lama.. Ada yg aktif ada yg tidak