ENTRI TERBAIK

Ahad, 28 Oktober 2012

TOP 10 TANAMAN PALING UNIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, penulis ingin kongsikan info mengenai TOP 10 TANAMAN PALING UNIK. Ini bermaksud rare punya tanaman, erti kata lain, tanaman yang tidak biasa kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Tanpa membuang masa, penulis sediakan senarai 10 tanamam paling unik. Enjoy!


1. DRACAENA CINNABARI


Dracaena Cinnabari ini merupakan tanaman asli di Kepulauan Socotra, Yaman. Bentuk yang unik seperti payung, adalah salah satu dari keunikan pokok ini. Ia juga dikenali sebagai Dragon Tree. Saksikan foto di bawah ini mengenai pokok ini.

Dracaena Cinnabari

2. BAOBAB

Tanaman ini merupakan tumbuhan asli di Madagaskar, Afrika dan Australia. Disebut pokok botol kerna bentuknya yang seakan-akan botol. Selain itu, pokok ini boleh menyimpan air sehingga 300 liter. Tinggi pokok ini kira-kira dalam 50 meter. Berikut adalah gambar mengenai pokok Baobab

Baobab
.
3. RAFFLESIA ARNOLDII

Rafflesia Arnoldii merupakan bunga terbesar di dunia yang dapat mencapai 1m dan beratnya boleh mencapai dalam lingkungan 8-12 kg. Rafflesia arnoldii ini boleh mengeluarkan bau yang busuk. Bunga ini merupakan salah satu daripada tiga bunga sebagai bunga rasmi negara Indonesia. Di Indonesia, bunga ini dikenali sebagai Padma Raksasa.

Rafflesia Arnoldii

4. EUPHORBIA OBESA

Euphorbia obesa ini adalah tanaman endemik di daerah Great Karoo, Afrika Selatan. Bentuk bunga yang unik ini telah menjadikan antara koleksi kepada pengemar tanaman. Ia juga merupakan tanaman yang mempunyai jantina iaitu female dan male atau lebih dikenali dioecy.

Euphorbia Obesa.

5. HURA BRASILIENSIS

Pokok ini juga dikenali sebagai Hura Crepitan atau Jabillo mahupun Possumwod. Pokok ini banyak tumbuh di hutan Amazion. Batang pohon ini ditutupi duri tajam dan getah pokok yang beracun. Ia juga memiliki buah yang sangat unik dimasak bila ia masak, buah tanaman ini akan meletup. Tidak hairanla pokok ini digelar sebagai pokok dinamit.

Hura Brasiliensis

6. AMORPHOPHALLUS TITANUM

Amorphophallus Titanum ini mempunyai ketinggian yang boleh melebihi manusia. Baunya seperti daging busuk, tapi warnanya juga kelihatan seperti daging yang membusuk. Jadi, bunga ini dikenali sebagai Bunga Bangkai. Tanaman ini banyak terdapat di Sumatera. 

Amorphophallus Titanum

7. WELWITSCHIA MIRABILIS

Welwitschia mirabilis ini adalah tanaman asal Namibia yang paling tangguh. Maksundnya, ia mampu bertahan walaupun tidak mendapat air selama 5 tahun. Tanaman ini juga dinamakanWelwistschia bersempena nama botani, Friedrich Welwitsch yang menemui tanaman ini pada tahun 1859.

Welwitschia Mirabilis.

8. DIONAEA MUSCIPULA

Tanaman ini menggunakan daunnya sebagai perangkap. Dalam daunnya itu, terdapat bulu yang sangat sensitif untuk merasakan kehadiran haiwan atau serangga kecil. Jadi ia dikenali sebagai pokok karnivor(pemakan daging).

Dionaea Muscipula

9. SELAGINELLA LEPIDOPHYLLA

Tanaman gurun pasir ini dikenali kerana kemampuannya bertahan di kawasan kering. Pada musim kering, batangnya akan mengecut dan menggulung menjadi bola. Ketika ada air, batang tanaman ini akan melepaskan diri dari gulungannya.

Selaginella Lepidophylla- kredit plantsworld.net
Proses apabila tanaman ini terkena air dari sebiji bola menjadi sebuah tumbuhan menghijau

10. DROSERA CAPENSIS

Drosera Capensis adalah tanaman pemakan serangga yang menggunakan tentakelnya untuk menangkap mangsanya. Tentakel adalah kalenjar berbentuk bulat dengant tangkai panjang.

Drosera Capensis

Untuk informasi yang lain seperti top 10 Kereta Kebal Terbaik, Top 10 Wanita Tertinggi Di Dunia dan lain-lain lagi, sila pergi ke bahagian menu kat atas dan pilih "TOP 10!!". LIKE untuk share sesama kawan. 

Khamis, 25 Oktober 2012

TOP 10 ANJING TERPINTAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Umum mengetahui anjing adalah binatang yang pintar dan mampu mengikuti arahan tuannya. Begitupun, ramai manusia yang begitu takutkan binatang ini sehinggakan kucing menjadi pilihan ramai kerna kejinakkannya yang menawan hati. Penulis ingin kongsikan entri mengenai TOP 10 ANJING TERPINTAR. Semoga input santai ini menambahkan pengetahuan kalian mengenai binatang ni.

Berikut adalah senarai TOP 10 ANJING TERPINTAR

1. BORDER COLLIE
  • Anjing yang tidak suka tinggal sendirian. Kecerdasan collie sudah menjadi lagenda. Keupayaan untuk anjing terpintar ini pun berbeza dari yang lain seperti ujian kecepatan, obedience dan tentunya mengiringi kambing.
Border Collie
2. POODLE
  • Anjing poodle yang juga memiliki kecerdasan yang tinggi. Mereka senang berada di antara manusia dan benci ditinggal sendirian. Di sebalik penampilannya yang kemas, ternayata anjing poodle juga tangkas sebagai anjing pemburu.
Poodle

3. GERMAN SHEPHERD (ALSATIAN)
  • Sangat cerdas, berani dan memiliki protective instinct yang kuat. German Sherpard sangat mudah dijadikan anjing pekerja. Oleh itu, anjing jenis ini banyak dimanfaatkan menjadi anjing polis.
German Sheperd(Alsatian)

4. GOLDEN RETRIEVER
  • Anjing ini digemari kerna sikapnya yang setia, penyayang, lembut dan sangat dekat dengan anak-anak. Dengan kecerdasan di atas rata-rata, tidak hairan jika Golden Retriever sangat mahir dalam pelbagai obedience competitions dan bermain trik.
Golden Retriever

5. DODERMAN PINSCHER
  • Anjing ini amat setia, forceful dan ditakuti. Itulah gambaran karakter doberman. TIdak hanya itu, doberman juga memiliki stamina yang luar biasa dan mudah bekerja. Meskipun diketahui memiliki sifat mendominasi, doberman cukup mudah dikawal dan bahkan boleh dijadikan sebagai anjing untuk terapi di hospital. Apabila dilatih dari kecil, doberman juga boleh menjadi anjing pengawal keluarga.
Doberman Pinscher

6. SHETLAND SHEEPDOG
  • Banyak pemilik anjing yang mengatakan bahawa tingkat kecerdasan shetland hampir sama dengan manusia. Shetland dibiakkan untuk menjadi gembala kambing kerana ianya memerlukan penumpuan dan kecerdasan.
Shetland Sheepdog

7. LABRADOR RETRIEVER
  • Anjing yang sangat penyayang, lembut dan penyabar. Anjing jenis ini termasuk anjing yang paling popular di dunia. Sifatnya yang baik, cinta kepada anak-anak dan ramah terhadap anjing lain, labrador banyak dimiliki oleh keluarga.
Labrador Retriever

8. PAPILLON
  • Anjing ini memang seharusnya menakutkan, kerna mereka jauh lebih kuat dari apa yang dilihat. Papillon bersifat sedikit moody, agresif dan sangat posesif terhadap tuannya. *posesif= sikap untuk mengawal
Papillon

9. ROTTWEILER
  • Di dalam senarai daftar dan polis, anjing ini memiliki reputasi yang menakutkan. Padahal, anjing ini memiliki potensi menajdi seekor anjing keluarga yang baik. Rotty, sebutan rottweiler, bukan sahaja cerdas, tetapi juga memiliki keberanian yang sangat tinggi sehingga sesuai dijadikan sebagai anjing penjaga terbaik yang dapat dipercayai.
Rottweiler

10. AUSTRALIAN CATTLE DOG
  • Anjing jenis ini sangat aktif, sehingga memerlukan latihan rutin, baik secara fizikal mahupun mental. Sesuai dengan namanya, anjing ini dibiakkan di Australia. mereka adalah pemikir yang bebas, kreatif dan sangat protektif terhadap penjagaanya  termasukla manusia.
Australian Cattle Dog
Sila ke TOP 10 kat menu untuk informasi yang lain. Semoga terhibur dan selamat membaca dan terima kasih kerna sudi membaca dan melawat blog ini.

P/S: Penulis pernah dikejar oleh anjing doberman pinscher dan golden retriever. Pehhh, gila babas jantung penulis berdegup untuk kawal rentak tarian dia.

Rabu, 24 Oktober 2012

TOP 10 NEGARA DENGAN GARISAN PANTAI TERPANJANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada pengunjung setia GMMS aka Gerbang Maya Melankolia Segar, penulis akan sajikan entri mengenai TOP 10. Dimulakan dengan TOP 10 NEGARA DENGAN GARISAN PANTAI TERPANJANG. Objektif utama, adalah untuk memberikan input tambahan kepada pembaca dengan cara berlainan dan santai setelah mungkin sudah penat diasak dengan entri-entri hal politik, gosip, hiburan dan sebagainya. Bak kata lain, santai adalah pilihanku dikala kelapangan. 

Jadi penulis akan membuat PAGES kat bahagian atas menu yang diberi nama TOP 10, ianya khas yang menghimpunkan kesemua link-link yang berkaitan dengan TOP 10 untuk memudahkan pembaca mendapatkan akses maklumat tersebut dengan mudah dan cepat.

Garisan pantai adalah batas pertemuan antara bahagian laut dan daratan ketika berlaku air pasang. Garisan pantai boleh berubah kerana adanya hakisan, iaitu penghakisan pantai oleh hentaman ombak yang menyebabkan berkurangnya kawasan daratan. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menghalang garisan pantai. Misalnya menggunakan pemecah ombak dan meluaskan hutan bakau di pantai.. Rujuk pada gambar untuk pemahaman visual bergambar.

Garisan pantai di Indonesia yang menjangkau 95.181km

Berikut adalah senarai TOP 10 NEGARA DENGAN GARISAN PANTAI TERPANJANG

  1. KANADA - Panjang Garis Pantai (km) = 202,800
  2. INDONESIA - Panjang Garis Pantai (km) = 95.181
  3. RUSIA- Panjang Garis Pantai (km) = 37,653
  4. FILIPINA- Panjang Garis Pantai (km) = 36,289
  5. JEPUN- Panjang Garis Pantai (km) = 29,751
  6. AUSTRALIA- Panjang Garis Pantai (km) = 25,760
  7. NORWAY- Panjang Garis Pantai (km) = 25,148
  8. AMERIKA SYARIKAT- Panjang Garis Pantai (km) = 19,924 
  9. NEW ZEALAND- Panjang Garis Pantai (km) = 15,134
  10. CHINA- Panjang Garis Pantai (km) = 14,500
Terima kasih sudi membaca hingga habis. Jika kalian suka input santai ini, bolehla LIKE untuk share sesama kawan. 

P/S: Bila dah check balik entri terdahulu, rupanya penulis pernah publishkan entri top 10 yang lain seperti top 10 kereta kebal terbaik, 10 pemerintah wanita paling berpengaruh dalam sejarah, top 10 sukan paling popular ditonton dan sebagainya. Sila ke pages TOP 10 kat atas menu untuk akses maklumat tersebut. :)

Ahad, 21 Oktober 2012

PENYOKONG SETIA KELANTAN MAUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam kegembiraan rakyat Kelantan meraikan kemenangan yang hebat pada final Era Piala Malaysia 2012 semalam, ada seorang penyokong setia pasukan Kelantan yang maut di Raub dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di bawah.

RAUB - Seorang penyokong pasukan Kelantan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki terbabas semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir pasukan itu menentang Angkatan Tentera Malaysia dalam kejadian di di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis di sini semalam.

Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, (gambar) yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Arwah Muhamad Saiful Daud

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.

"Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan.

Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd. Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam.

P/S: Berhati-hatilah ketika pulang dari Shah Alam nanti, kemalangan tidak mengenal usia. Apapun AL-FATIHAH kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah

LIVE STREAMING FINAL BADMINTON YONEX DENMARK OPEN 2012 LEE CHONG WEI VS DU PENGYU

LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG FINAL BADMINTON YONEX DENMARK OPEN 2012 LEE CHONG WEI VS DU PENGYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada peminat badminton yang bolehla menonton live streaming siaran langsung final badminton Denmark Open yang bakal menemukan Datuk Lee Chong Wei vs Du Pengyu tepat pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia bersamaan 21.10.2012.



Walaubagaimanapun, match Datuk Lee Chong Wei dan Du Pengyu akan dimulakan pada match yang ke-5. Berikut adalah jadual pertemuan pada final Denmark Open

Match 1 Chen Xu/ Jin Ma(1) vs Tontowi Ahmad/Liliyana Nasir(4)
Match 2 Kien Kiet Koo/ Boon Heong Tan(3) vs Baek Choel Shin/Yeon Sheong Yoo
Match 3 Saina Nehwal(3) vs Juliane Schenk(6)
Match 4 Misaki Matsutomo/Ayaka Takashi(6) vs Jin Ma/Jinhua Tang
Match 5 Chong Wei Lee(1) vs Pengyu Du(7)
* dalam kurungan itu adalah pemain pilihan dan pemain yang dibold warna merah yang pemain dari MALAYSIA.





*Bagi yang mempunyai Astro, anda boleh mengikuti siaran di channel 811 tepat pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia pada 21.10.12.

Di bawah ini adalah paparan visual LIVESCORE.



SILA LIKE UNTUK SHARE DENGAN KEKAWAN K. TERIMA KASIH DAN GOMO LEE CHONG WEI GOMO!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

SEMPENA AIDILADHA, KELUARGA DIBENARKAN MELAWAT BANDUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita baik kepada keluarga yang mempunyai banduan di penjara atau mahupun ahli keluarga di sekolah Henry Gurney bolehla melawat mereka bersempena sambutan hari raya Aidiladha pada 27 dan 28 Oktober ini. Selanjutnya sila baca berita di bawah ini.

KUALA LUMPUR — Jabatan Penjara membenarkan ahli keluarga banduan beragama Islam melawat mereka di penjara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 dan 28 Oktober ini.

Menurut kenyataan jabatan itu semalam, ahli keluarga dibenar melawat banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney mulai jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang pada kedua-dua hari tersebut.



Bagaimanapun, ahli keluarga tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh melawat banduan beragama Islam di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping, Perak, pada hari pertama Aidiladha pada 26 Oktober ini.

"Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan. Pelawat tidak dibenar membawa sebarang makanan atau minuman ketika bertemu banduan kerana ia boleh dibeli di kantin penjara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut keluarga banduan juga tidak digalak memberi wang kepada banduan semasa lawatan itu memandangkan segala kemudahan asas disediakan oleh Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat hendak berbuat demikian tetapi atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi dari penjara sebagai akuan penerimaan,” kata jabatan itu. — BERNAMA

LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG FINAL PIALA MALAYSIA 2012 ATM VS KELANTAN

LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG FINAL PIALA MALAYSIA 2012 ATM VS KELANTAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada peminat bola sepak tanah air khususnya peminat ATM atau Kelantan yang tidak berkesempatan menonton di televisyen akibat tuntutan kerja bolehla melayari live streaming/ siaran langsung FINAL PIALA MALAYSIA di blog ini. Sila tunggu pukul 8.45 malam ini bersamaan 20.10.2012 untuk menonton live streaming tersebut. Yang penting sila pastikan line internet anda laju dan power.

Anda juga boleh menonton TV 1 dan ASTRO ARENA untuk menonton tanpa sebarang gangguan siaran.






MAUT APABILA MEREMPUH POKOK


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akibat merempuh pokok, seorang remaja maut dan tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki oleh mereka hilang kawalan. Ikuti berita selanjutnya di bawah ini.

REMBAU: Seorang remaja maut manakala tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka yang hilang kawalan, merempuh pondok di tepi jalan di kilometer 6 Jalan Pedas-Linggi, dekat sini, malam kelmarin.



Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Amir Izzat Mohd Isnin,15, yang memandu kereta jenis Honda Jazz, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semalam di HTJS ketika dirawat.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi rakan sebayanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai Kundur, di sini, ketika kejadian berlaku.

Saksi, Nor Suhada Md Dom, 20, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah apabila terdengar dentuman kuat lalu meluru keluar.

“Saya terkejut melihat sebuah kereta terbalik di tepi jalan. Saya memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan kami semua terus ke tempat kejadian. Saya menghubungi ambulans apabila mendapati pemandu dan penumpang cedera.

p/s: Berhati-hatila di jalan raya, sesungguhnya kemalangan tidak berbau melainkan minyak petrol atau diesel ketika kenderaan terbakar.

Jumaat, 19 Oktober 2012

NAMA BAIK SCHA ALYAHYA DAN AWAL ASHAARI TERJEJAS?

Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal. 

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

Scha bersama suaminya, Awal


"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.

“Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya. sumber~mstar

GUSTI PELAYAN AKIBAT LEWAT HANTAR AIR SUAM

Assalamualaikum dan salam penghulu hari.
Baca tajuk GUSTI PELAYAN AKIBAT LEWAT HANTAR AIR SUAM sudahpun menaikkan adrenalin rasa ingin tahu iaitu KENAPA digusti pelayan sampai begitu walhal hal remeh. Nak tahu teknik gusti apa di buat keatas pelayan tersebut? PEDIGREE!! Gila!!. Ikuti berita dibawah untuk info sepenuhnya.

KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta. 

Gambar statik CCTV merakam aksi tersebut

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.


p/s: Bangang gila selepas pedigree orang tu, relaks je dia lepak. Ni mesti gangster ni. -emtv.com.my

RM25 SEJAM DIUPAH UNTUK MENAMPAR

Assalamualaikum dan salam penghulu hari.

Pelik tak apabila seseorang itu diupah RM25 sejam untuk menampar seseorang? Tak pelik kerana  Maneesh Sethi sendiri yang mengupah untuk menamparnya. Kenapa? Ikuti berita di bawah ini untuk cerita selanjutnya. 

SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja. 



Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.

Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook.

“Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan,” katanya. Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan seseorang hanya produktif tiga hari seminggu.  emtv.com.my

Khamis, 18 Oktober 2012

KENALI APA ITU STROK?

Assalamualaikum.

Penulis ingin kongsikan satu entri mengenai STROK? Tahukah kalian apakah itu strok? Strok ini boleh juga dipanggil nama glamernya Angin Ahmar. Di bawah ini, penulis masukkan ulasan dengan lebih lanjut. Ulasan ini panjang  dan sila ambil masa terluang anda demi tambahan minda ilmu pengetahuan.

STROK PEMBUNUH NO 4 NEGARA!!


DEFINISI


Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:

• Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
• Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
• Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yangmmenghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar adalah:

• Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
• Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
• Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
• Merokok
• Berat badan yang berlebihan
• Cara hidup tidak aktif (sedentari)
• Tekanan/stress
• Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
• Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan


Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?

Gejala Strok/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
• Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
• Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
• Sukar menelan


Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?

Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
Thrombotic/ischaemic stroke
o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.

Haemorrhagic stroke
o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?

Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
• Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
• Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
• Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
• Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
• Nasihat amalan pemakanan sihat

Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :
• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap Kolesterol
• Kawal penyakit Diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras

Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkinmengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit
angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:

• Jurupulih Pertuturan
o membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan

• Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
o mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit Strok/Angin Ahmar

• Jurupulih Perubatan (Anggota)
o mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

Dimanakah Kumpulan Sokongan Pesakit Strok/Angin Ahmar boleh diperolehi?
• Nasam - National Stroke Association of Malaysia

P/S: Teringat kat arwah mak sahabat baik penulis. Semoga arwah aman di sana dan dicucuri rahmat dari Allah s.w.t. Al-fatihah

Demi ilmu pengetahuan yang mampu mengubah nasib hidup dengan izin Allah s.w.t, SHAREela dengan kekawan untuk alert PEMBUNUH NO 4 NEGARA MALAYSIA!!.



SENARAI ICON MOOD DALAM FACEBOOK

Assalamualaikum

Penulis ingin kongsikan satu gambar SENARAI ICON MOOD DALAM FACEBOOK contohnya mood happy, marah dan sebagainya. Gambar ini dah lama keluar, tapi penulis nak share kot-kot ada yang tak ingat nak save ke, tak ingat kod-kod dia ke dan sebagainya.

Selamat mencuba!!


Nampak tak senarai-senarai mood tu? Bolehla pakai kat dalam facebook nanti k. Ianya juga boleh gantikan prasa " no komen ". Kalau korang nak share, sharela. SHARING IS CARING.

Selasa, 16 Oktober 2012

POCONG TANAH KUBUR


JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu. 



“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.

Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.-emtv.com.my

Isnin, 15 Oktober 2012

APEX NAFI TERIMA TAWARAN RM 3 JUTA TAPI REZEKI DUTA PRODUK SEMAKIN BERTAMBAH


KUALA LUMPUR : Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, nafi menerima tawaran RM3 juta seperti yang telah digembar-gemburkan menerusi internet dan akhbar tabloid hari ini.

“Sejujurnya, saya sendiri terkejut selepas mendapat tahu tentang tawaran ini. Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul.

“Untuk menghormati pasukan Kelantan, lebih baik saya menutup mulut dan fokus dengan perlawanan peringkat akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada 20 Oktober ini.



“Saya pun baru saja membuka buku baru dengan pasukan Kelantan yang menjadi pintu rezeki utama buat saya. Maafkan saya kerana tidak boleh memberikan komen lebih tentang isu yang dibangkitkan ini,” katanya kepada murai.com.my.

Bagaimanapunm, jejaka yang menjadi duta kepada tujuh produk itu mengakui baru saja menandatangani kontrak sebagai duta sebuah produk.

Walaupun begitu, Apex masih lagi merahsiakan nama produk berkenaan sebaliknya memberitahu pengumuman tentang pemilihannya sebagai duta ini akan diberitahu dalam masa terdekat.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki saya menjadi duta produk semakin meluas. Terima kasih kepada jenama produk yang mempercayai saya.

“Memang benar saya baru saja menandatangani kontrak sebagai duta produk yang baru.

“Namun, buat masa sekarang, saya tidak boleh memberitahu nama produk berkenaan.

“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, saya akan mengumumkannya juga.

“Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong saya. Tanpa sokongan anda, mungkin saya tidak memperoleh rezeki sebegini,” jelasnya.

Berikut adalah jenama yang menjadikan Apex sebagai jurucakap:

1. Maxis

2. Brylcreem

3. 100Plus

4. Astro Arena

5. Puma

6. Mr Potato

7. Simply Siti 

emtv.com.my

Rabu, 10 Oktober 2012

PAK CIK BERUMUR 50 TAHUN RILEKS JE AMBIL PMR


JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).


“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.

Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya. sumber-emtv.my.


p/s: Contohila semangat pak cik ini kerna berani untuk mengubah keputusan kurang baik di masa silam. Semoga keputusan PMR pak cik kali ini adalah ok dan lebih baik dari dahulu. Amin..

Rabu, 3 Oktober 2012

14700 JEMAAH MALAYSIA SUDAH BERADA DI TANAH SUCI MEKAHI





MAKKAH: Sebanyak 14,700 jemaah haji Malaysia atau kira-kira 53 peratus daripada 28,000 orang jemaah tahun ini sudah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah dan haji. 

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pada masa ini, 6,500 jemaah berada di Madinah dan selebihnya sudah mula menunaikan umrah di Makkah. "Sehingga kini 42 penerbangan berlepas dari Malaysia dan tinggal 35 penerbangan lagi. Sejak 30 Sept, semua penerbangan akan mendarat di Jeddah dan penerbangan ke Madinah dihentikan...mereka akan berihram dari Jeddah dan akan terus ke Makkah menaiki bas," katanya kepada pemberita Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji di sini. 
Katanya, setiap hari kira-kira 1,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki Makkah dari Madinah dan mereka akan ditempatkan di 13 buah hotel yang disewa sekitar Masjidil Haram. 

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada masalah timbul setakat ini walaupun terdapat khabar angin adanya wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) di Tanah Suci. 

"Tabung Haji buat perjumpaan dengan Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan dimaklumkan tidak perlu risau dengan mana-mana wabak sakit kerana sehingga ini tidak ada satu kes yang menyerang jemaah haji dari mana-mana negara," katanya. 

Jumlah kes kesihatan yang dirujuk kepada klinik dan hospital Tabung Haji di Tanah Suci juga amat kecil berbanding tahun sebelumnya meliputi masalah biasa seperti selsema, batuk dan sakit kulit akibat cuaca kering, katanya. 
"Nasihat saya untuk bakal-bakal haji supaya bersiap sedia dari segi mental, fizikal, kerohanian dan ilmu kerana kemungkinan untuk mereka berhadapan dengan tekanan emosi itu ada, kemurungan...keadaan fizikal juga penting kerana banyak tenaga diperlukan untuk berjalan jauh," katanya. 

Katanya, ilmu juga penting untuk membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan sempurna. - BERNAMA

Isnin, 1 Oktober 2012

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS FELDA UNITED PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR KEDUA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada peminat-peminat bola sepak Kelantan dan Felda United, kalian bolehla menonton siaran langsung Kelantan vs Felda United bagi perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2012 menerusi saluran TV 1 dan juga blog ini yang akan menyediakan live streaming kepada kalian.

Ikuti perlawanan Kelantan vs Felda United di bawah ini. Tunggu pada pukul 8.45 malam 2.10.2012. Semoga terhibur.



VS



10 CARA UNTUK MENANGI HATI MAK MERTUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Aku ada tips 10 CARA UNTUK MENANGI HATI MAK MERTUA. Benda ni berguna untuk menantu yang dapat mak mertua yang garang tapi punya taman di hati. Harap-harap dengan 10 tip ni setidak-tidaknya dapat menambahkan percambahan bunga di taman hatinya.

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.-emtv.com.my

SIARAN LANGSUNG PERBAHASAN BAJET 2013 OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bawah ini adalah Live Streaming Siaran Langsung PERBAHASAN BAJET 2013 OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM. Ikuti perkembangan tersebut di bawah ini.



PELAJAR BRAZIL LELONG DARA UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baca betul-betul tajuk ini PELAJAR BRAZIL LELONG DARA UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN. Langkah budak ni memang bagus kerna tujuan kebajikan tapi menjadikan dara beliau sebagai cagaran memang bangang abadi. Mujurla beliau bukanla orang Islam. Apapun budaya ini janganla diikut kerna bisa palitkan nama busuk kepada agama ISLAM.

Ikuti berita di bawah ini untuk mengetahui hal pelajar brazil tersebut. Mukanya cantik tapi otaknya terlalu tak menghormati kerajaan dara. Sesungguhnya dara itu mahkota paling bernilai bagi ummah Hawa. 

Catarina Migliorini

FLORIANOPOLIS, Brazil – Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

“Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus,” kata Migliorini.

“Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur,” tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. – Agensi


Penulis: Tindakan ini tidak ubah seperti pelacur biarpun atas tiket nama kebajikan. Ada banyak lagi cara untuk sumbangkan sesuatu atas nama kebajikan.