ENTRI TERBAIK

Jumaat, 7 September 2012

17JAM MAYAT ANAK BERSUJUD



PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.

Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.




“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.

Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

“Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ,” katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tanam sikap perikemanusiaan


Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.


Hilang anak lelaki tunggal


Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.

“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.

“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

“Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang,” katanya. – Sinar Harian Online

P/S: Kemalangan ini berlaku berhampiran dengan tempat tinggal penulis blog ini. Al-Fatihah dan takziah keluarga mangsa.

7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di penghulu hari ini, aku ingin kongsikan satu nota bergambar yang cukup terkesan dihati, semoga ia dapat memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita kerna nota itu adalah mengenai 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 

Renungi dan hayatinya. Apa yang kamu fahami, cubala amalkannya.


Sesungguhnya mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w adalah salah satu kunci kebahagiaan didunia dan akhirat. Tidakla perlu melakukan 1000x dalam sehari tapi cukupla sentiasa melakukannya setiap hari mengikut kemampuan. Yang penting, ISTIQAMAH..