ENTRI TERBAIK

Isnin, 27 Ogos 2012

KEJADIAN SAMUN DI STESEN MINYAK REHAT BUTTERWORTH-KULIM EXPRESSWAY (BKE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembacaku.

Terus ke point utama yang mana hatiku sungguh panas bila melihat video ini yang diberi tajuk KEJADIAN SAMUN DI STESEN MINYAK REHAT BUTTERWORTH-KULIM EXPRESSWAY (BKE) dalam laman facebook. Kejadian samun ini memang celaka kerana fokus utama disebalik kejadian ini ialah SIKAP orang ramai yang pentingkan diri-sendiri untuk tidak membantu brader yang fight habis-habisan untuk mempertahankan motor beliau dari disamun. Kejadah apakah yang sedang bersarang dalam hati rakyat yang menetap di negara Malaysia ini?

Saksikan video tersebut untuk melihat kejadian samun dan ulasan video yang secara terperinci untuk anda menilai sendiri sikap pentingkan diri-sendiri dalam orang ramai yang berada di lokasi tersebut. 


video

Bantulah insan yang memerlukan pertolongan, kelak Allah s.w.t akan mempermudahkan urusanmu kemudian hari.

Isnin, 13 Ogos 2012

LAGU RAYA VERSI METALLICA--FUHH LAYAN ABES HAHAHAHA

Assalamualaikum..

Sebagai pembuka kalimah mulaan, aku lafazkan bismillahirrahmanirrahim terlebih dahulu. Tidak lupa juga diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembacaku. Maaf zahir dan batin kepada kalian. Semoga hari raya nanti menjadi raya yang terbaik untuk kalian.

Aku ingin kongsikan sesuatu yang lawak tapi layan abess pasal video klip yang cukup kelakar. Video ini berkisah pasal kumpulan muzik yang paling terkenal di dunia, Metallica menyanyikan lagu raya khas untuk kalian. Saksikan dan rasakan pengalaman hebat tersebut. HAHAHAHA..


video