ENTRI TERBAIK

Jumaat, 13 Julai 2012

MENGAPA SAYA BERTUDUNG LABUH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di bawah ini adalah sekeping gambar yang menghuraikan tajuk di atas MENGAPA SAYA BERTUDUNG LABUH? Khas untuk gadis-gadis yang sebenarnya sungguh cantik bila bertudung labuh. Kenapa harus kamu dedahkan permata yang sangat berharga kepada lelaki yang bukan halal bagimu? 

Sebab kamu adalah bakal perhiasan yang paling cantik di dunia jika aurat ditutup.:)


10 TAHUN RANTAI ISTERI


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.



Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.

Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

- AP

sumber: emtv.com.my

PIRANA SERANG CHINA


BEIJING: Pihak berkuasa di selatan China semalam mengambil langkah untuk memusnahkan ancaman pirana dengan menawarkan hadiah dan umpan percuma untuk menangkap ikan itu.



Tindakan itu dibuat berikutan kebimbangan ikan yang ganas dari Amerika Selatan itu mencerobohi sebuah sungai di Liuzhou.

Pihak berkuasa tempatan juga mengiystiharkan sungai berkenaan sebagai kawasan larangan kepada perenang sementara usaha memburunya dijalankan.

“Agak menyeramkan apabila mengetahui ikan itu ada di sungai berkenaan. Saya tidak akan berenang di situ lagi,” kata seorang penduduk tempatan. - AFP

sumber: emtv.com.my

DIHUKUM PENJARA 170 TAHUN


KATHMANDU: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 170 tahun ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup gadis belasan tahun ke India untuk bekerja sebagai pelacur.



Bajir Singh Tamang, 37, dilapor memperdaya mangsa yang berasal dari luar bandar dengan menjanjikan kehidupan lebih baik, bekerja sebagai pembantu rumah di negara Asia Barat dan India sebelum menjual mereka ke rumah pelacuran di India.

Menurutnya, hukuman itu, paling lama dalam sejarah kehakiman Nepal, adalah selaras dengan garis panduan yang diperkenalkan lima tahun lalu untuk mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia. - AFP

sumber: emtv.com.my

KERETA AL CAPONE DILELONG


PLYMOUTH - Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong di sini.



Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai depan.

Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).

Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan.

Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter. - Reuters

Sumber: emtv.com.my

SAKSIKAN VIDEO BISA ULAR MENYEBABKAN DARAH JADI PEPEJAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Bisa ular sedia maklum mampu membunuh manusia dalam beberapa minit. Kenapa ini terjadi? Saksikan video bawah ini di mana bisa ular mampu menyebabkan darah menjadi seakan-akan pepejal. Mungkin itu penyebabnya.








KAFA SAMBUT BAIK KEPUTUSAN FAM SERAH TROFI LIGA SUPER


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di sini, Sabtu ini.



Berita baik tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail yang dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh Kafa dua hari lalu.

“Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak berakhir malam Sabtu ini,” katanya.

Kelantan disahkan sebagai juara Liga Super minggu lalu.

Sumber: emtv.com.my

TENTERA CURI STYER DIDAKWA


KOTA BHARU – Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri senjata di pos pengawal pintu hadapan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini pada Mac lalu.



Tertuduh, Mohd. Syazwan Ibrahim, 27, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Dia turut didakwa melarikan satu kelopak peluru mengandungi 20 butir peluru hidup jenis 5.56mm bernombor SME 8-98 di situ.

Mohd. Syazwan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

sumber: emtv.com.my

MATI DIBUNUH SELEPAS TERIMA SMS


HULU SELANGOR – Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa di sini semalam.



Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan berlumuran darah atas lantai di sebuah bilik di tingkat satu kilang perabot yang disewa mangsa. Mayat itu ditemui oleh rakan sekerja pada pukul 10 pagi.

Ketua polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman di belakang badan, tiga kesan luka di kepala dan dua kesan luka di dahi.

sumber: EMTV.com.my

SAYA SERIK PAKAI CINCIN


KUALA TERENGGANU: Dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.



Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi. Sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

“Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

“Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.

Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.

Sumber : EMTV.com.my