ENTRI TERBAIK

Ahad, 24 Jun 2012

RATIB DARI SYUXER 1

Assalamualaikum..

Aku sekian lama bertapa dalam gua sehinggakan bersawang blog ini. 10 jari berlainan sentimeter bertemu rapat untuk meminta maaf kepada pembaca blog ini kerana tinggalkan blog ini sekian lama. 

Mengikut tajuk, RATIB DARI SYUXER 1 adalah luahan santai secara spontan dari pengalaman penulis sendiri. Semoga kalian dapat manfaat darinya. Maaf dipinta jika ianya keterlaluan dan menimbulkan rasa kurang senang di hati. 

Bagaimana jika diizinkan terbang melewati banjaran galaksi untuk melihat susunan planet-planet yang hebat menari mengikut alunan rentak dengan keizinan-Nya. Memang aku percaya itu adalah satu pengalaman yang hebat dan mampu melahirkan rasa kagum dalam jiwa untuk terus setia menyembah pada yang ESA.

Tadi aku memandang ke langit, aku lihat bulan menyerlahkan kecantikannya. Kali ini berwatak sabit. Memang mampu melahirkan rasa kagum dengan ciptaan dari Allah s.w.t. Saat bintang semakin hebat membariskan platunnya untuk membentuk satu formasi yang dikenali buruj, jelas bulan mendominasi kecantikan secara keseluruhan.

Petang tadi juga, bumi menangis dengan begitu banyak sekali walaupun dalam kepanasan. Ini menzahirkan wujudnya pelangi yang cantik berlatarbelakangkan poster biru sedikit sentuhan tompokan putih. Memang menakjubkan karya pada hari petang dari Allah s.w.t

Memang bila selepas hujan di waktu petang, malam akan kesejukan akan membangkitkan rasa jiwang untuk melayan lagu-lagu kegemaran. Mulalah terbayangkan imaginasi yang bergantung bagaimana anda corakkan. Aku selalu corakkan imaginasi aku berada di pinggiran pantai dengan angin yang bertiup dengan mengasyikkan menampar mukaku dengan lembut. Lebih mengujakan bila melihat perahu/kapal berlayar pergi ke tengah lautan mungkin menangkap hasil lautan. 

Aku rasa damai bila berhampiran dengan pantai di mana matahari tidak terlalu garang untuk menyinari saat itu. Aku dapat merasakan saat itu, lahirla ketenangan yang asli dan semula jadi. Aku percaya ada orang sepertiku mengalami perasaan tersebut. 

Oh aku juga ingin memberitahu yang berada di pantai ketika tengah-tengah malam dan berbaring di atas batu besar sambil melihat bintang melakukan aksi formasi sememangya juga melahirkan ketenangan dan kedamaian. Bonusnya bila angin bertiup menyamankan sekaligus menjadikan pembaringan itu lebih sempurna. Mahu rasa tidur menunggu melihat matahari terbit.

--TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACANYA SEHINGGA PENGHUJUNGNYA--
--NANTIKAN RATIB YANG KEDUA TIDAK LAMA LAGI--

Khamis, 21 Jun 2012

CELCOM ELEPHANTS?

Assalamualaikum dan selamat petang.

Kini Celcom telah melancarkan jenama yang bertajuk CELCOM ELEPHANTS.



Sedikit maklumat mengenainya.

"If you believe you can do something, you can do it- that's the mantra this elephant is going by. Nobody ever told it that elephants weren't supposed to fly!"

Untuk mengetahui ia dengan lebih detail. SILA KLIK SINI


Selasa, 12 Jun 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA PERLAWANAN PERSAHABATAN 2012

Assalamualaikum

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA PERLAWANAN PERSAHABATAN || SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS SINGAPURA 2012 || MALAYSIA VS SINGAPURA BOLA SEPAK 2012 || BOLA SEPAK MALAYSIA VS SINGAPURA 2012



Malam ini kita akan menyaksikan satu lagi perlawanan persahabatan di antara Malaysia vs Singapura di Stadium Shah Alam. Jadi sebelum kita memberi tumpuan kepada perlawanan EURO 2012 nanti, eloklah kita meluangkan masa untuk menonton perlawanan Malaysia vs Singapura.

Jadi, kepada sesiapa yang mencari LIVE STREAMING BOLA SEPAK MALAYSIA VS SINGAPURA 2012 PERLAWANAN PERSAHABATAN, bolehla melihat di bawah ini.

VERSI ASTRO ARENA





NAK GAYAKAN RUMAH STAIL BARU?KLIK SINI


UNTUK VERSI TV 1
KLIK SINI


NAK DUIT POKET TAMBAHAN, DAFTAR SINI

Isnin, 11 Jun 2012

OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA AL-FATIHAH UNTUK ARWAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Osman Kering yang merupakan pelawak yang terkenal sudah meninggal dunia pada pukul 7.00 malam tadi akibat sakit batuk kering. Jenazah arwah sekarang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.



 Arwah yang dikenali nama sebenar Osman Kassim ini berasal dari Bachok, Kelantan dan mula bergiat dalam dunia seni hiburan pada tahun 1980-an. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.



TERKINI DARI BEAUTIFULNARA

Kami tarik balik berita, kerana anak Osman Kering mengesahkan dia tiada nadi semasa di rumah, tetapi doktor di HUKM berjaya revive nadinya. Kemaskini terbaru, Osman Kering kini berada dalam keadaan kritikal di ICU HUKM. Doakan kesihatannya.

Ahad, 3 Jun 2012

Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apabila melihat banner di atas, kalian tentu kenal blogger yang bernama SHIDA kan. Beliau kini sedang menganjurkan giveaway yang mempunyai banyak sponsors serta sudah tentula hadiah-hadiahnya menarik sejajar dengan perkataan AWESOME. Inilah senarai-senarai sponsors yang menyertai AWESOME GIVEAWAY DUNIA SEBENAR SHIDA.


E'S OnlineShop (21)                      - OdahoneBiz (105)  
Muhammad Saiazuan (1875)        - Lyssa_Secret (50568) 
Fiz Graphic (7680)                         - Arol Mubin (1584)  
Nur Damia                                     - Arra Ahmad (2323)   
Zinnia Z A Shop (FB)                     - IntanBerlian (1320)   
Nakira's Collection (FB)               - Qatratun Al-Khairi   
Qat_Bawal Shop (8)                       - Eza_stories   
Irwani Zulkifli                                 - Eqbal Zack (6010)   
Nurul Yui (2270)                             - Bui Junaidi (1332)   
Nur Athirah (575)                           - Puan Azizah (3852)   
- Eca_Dwinky Asha (1233)               - Ain Zulaikha (3666)   
- Puan Ummi (480)                            - EGTV.com.my (FB)    
EMTV.com.my (FB)                        - Muaz Faris  
Peyan (503)                                    - Shida sendiri (3003)



Aku tahu syarat utama kalian hendak sertai giveaway mesti melihat hadiah-hadiahnya terlebih dahulu kan. 

Ok aku tunjukkan hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh kalian.. KLIK SINI

TERUJA BUKAN? Kalau teruja, jom kita sama-sama sertai dan meriahkan AWESOME GIVEAWAY DUNIA SEBENAR SHIDA


KLIK KAT BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY INI

Aku tag kepada sesiapa yang teruja untuk menyertainya.