ENTRI TERBAIK

Khamis, 31 Mei 2012

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS NEW ZEALAND 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS NEW ZEALAND 2012 // SIARAN LANGSUNG HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 MALAYSIA VS NEW ZEALAND // MALAYSIA VS NEW ZEALAND HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

Ehsan dari abeteror.com

Kepada peminat hoki, semalam kita diraikan dengan kemenangan luar biasa pasukan hoki negara ke atas Pakistan di mana kita bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mencipta kemenangan 3-2 dengan bergaya. Jadi malam ini, Malaysia sekali lagi akan beraksi dalam perlawanan yang lebih hebat apabila menentang New Zealand.

Live streaming hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 antara MALAYSIA VS NEW ZEALAND akan berlangsung pukul 8.00 malam. Jadi anda harus stand by pukul 8.00 malam nanti untuk ikuti live streaming ini.



Ehsan dari trc
PEMILIK KERETA VOLKSWAGEN?MENANGI RM980 PROMOSI!! KLIK SINI

AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012 BERKUAT KUASA MULAI 1 JUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ambik dari petikan amanz.my mengenai AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012 BERKUAT KUASA MULAI 1 JUN 2012 di mana akta ini ada juga ditujukan khas kepada kita sebagai blogger. Untuk memahami akta ini dengan lebih lanjut, ikuti bacaan di bawah ini. Fahami betul-betul akta ini..

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.

akta keterangan (pindaan) 2012


Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

sumber asal : amanz.my

Rabu, 30 Mei 2012

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS PAKISTAN 2012


LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS PAKISTAN 2012 // SIARAN LANGSUNG HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 MALAYSIA VS PAKISTAN // MALAYSIA VS PAKISTA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012


Ehsan dari abgteror.com



Bagi peminat hoki tanah air, anda boleh mengikuti live streaming hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi 2012 kat bawah ini. Semoga Malaysia mampu menumpaskan Pakistan pada malam ini untuk mendapat 3 mata yang pertama. Ikuti ia pada pukul 8 MALAM ini. Selamat menonton..

SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK RUSIA YANG TERPILIH BERMAIN EURO 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berikut adalah senarai pemain bola sepak POLAND yang terpilih mewakili negara mereka untuk bermain EURO 2012.



PENJAGA GOL
  • Igor Akinfeev (PFC CSKA Moskva) 
  • Vyacheslav Malafeev (FC Zenit St Petersburg)
  • Anton Shunin (FC Dinamo Moskva).

PERTAHANAN
  • Aleksandr Anyukov (FC Zenit St Petersburg)
  • Aleksei Berezutski (PFC CSKA Moskva)
  • Sergei Ignashevich (PFC CSKA Moskva)
  • Vladimir Granat (FC Dinamo Moskva)
  • Yuri Zhirkov (FC Anzhi Makhachkala)
  • Dmitri Kombarov (FC Spartak Moskva)
  • Roman Sharonov (FC Rubin Kazan)
  • Kirill Nababkin (PFC CSKA Moskva).

MIDFIELD
  • Igor Denisov (FC Zenit St Petersburg)
  • Konstantin Zyryanov (FC Zenit St Petersburg)
  • Roman Shirokov (FC Zenit St Petersburg)
  • Denis Glushakov (FC Lokomotiv Moskva)
  • Igor Semshov (FC Dinamo Moskva)
  • Marat Izmailov (Sporting Clube de Portugal)
  • Alan Dzagoev (PFC CSKA Moskva)

PENYERANG
  • Andrey Arshavin (FC Zenit St Petersburg)
  • Aleksandr Kerzhakov (FC Zenit St Petersburg)
  • Aleksandr Kokorin (FC Dinamo Moskva)
  • Roman Pavlyuchenko (FC Lokomotiv Moskva)
  • Pavel Pogrebnyak (Fulham FC).

SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK POLAND YANG TERPILIH BERMAIN EURO 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berikut adalah senarai pemain bola sepak POLAND yang terpilih mewakili negara mereka untuk bermain EURO 2012.



PENJAGA GOL
  • Wojciech Szczęsny (Arsenal FC) 
  • Przemysław Tytoń (PSV Eindhoven) 
  • Grzegorz Sandomierski (KRC Genk).

PERTAHANAN
  • Sebastian Boenisch (SV Werder Bremen)
  • Marcin Kamiński (KKS Lech Poznań)
  • Damien Perquis (FC Sochaux-Montbéliard)
  • Łukasz Piszczek (Borussia Dortmund)
  • Marcin Wasilewski (RSC Anderlecht)
  • Jakub Wawrzyniak (Legia Warszawa)
  • Grzegorz Wojtkowiak (KKS Lech Poznań)

MIDFIELD
  • Jakub Błaszczykowski (Borussia Dortmund)
  • Dariusz Dudka (AJ Auxerre)
  • Kamil Grosicki (Sivasspor)
  • Adam Matuszczyk (Fortuna Düsseldorf 1895)
  • Adrian Mierzejewski (Trabzonspor AŞ)
  • Rafal Murawski (KKS Lech Poznań)
  • Eugen Polanski (1. FSV Mainz)
  • Ludovic Obraniak (FC Girondins de Bordeaux)
  • Maciej Rybus (FC Terek Grozny)
  • Rafał Wolski (Legia Warszawa)

PENYERANG
  • Paweł Brożek (Celtic FC)
  • Robert Lewandowski (Borussia Dortmund)
  • Artur Sobiech (Hannover 96).


SENARAI PEMAIN-PEMAIN BOLA SEPAK YANG MEWAKILI NEGARA BERTANDING DALAM EURO 2012

Assalamualaikum dan salama sejahtera..

Demam EURO 2012 akan melanda tak lama lagi tapi kenalkah kita akan pemain-pemain yang terpilih mewakili negara mereka? Jadi aku kongsikan informasi mengenai SENARAI PEMAIN-PEMAIN BOLA SEPAK YANG MEWAKILI NEGARA BERTANDING DALAM EURO 2012.

SILA KLIK MENGIKUT NEGARA MASING-MASING

KUMPULAN A

KUMPULAN B
  • DENMARK  --akan diupdated selepas ini--
  • JERMAN  --akan diupdated selepas ini--
  • BELANDA  --akan diupdated selepas ini--
  • PORTUGAL  --akan diupdated selepas ini--

KUMPULAN C
  • CROATIA  --akan diupdated selepas ini--
  • ITALI  --akan diupdated selepas ini--
  • REPUBLIK IRELAND  --akan diupdated selepas ini--
  • SPAIN  --akan diupdated selepas ini--

KUMPULAN D
  • ENGLAND   --akan diupdated selepas ini--
  • PERANCIS  --akan diupdated selepas ini--
  • SWEDEN  --akan diupdated selepas ini--
  • UKRAINE  --akan diupdated selepas ini--

SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK GREECE YANG TERPILIH BERMAIN EURO 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berikut adalah senarai pemain bola sepak GREECE yang terpilih mewakili negara mereka untuk bermain EURO 2012.



PENJAGA GOL

  • Kostas Chalkias (PAOK FC)
  • Michalis Sifakis (Aris Thessaloniki FC)
  • Alexandros Tzorvas (US Città di Palermo).

PERTAHANAN

  • Vassilis Torossidis (Olympiacos FC) 
  • Kyriakos Papadopoulos (FC Schalke 04) 
  • Sokratis Papastathopoulos (SV Werder Bremen) 
  • Avraam Papadopoulos (Olympiacos FC) 
  • José Holebas (Olympiacos FC) 
  • Giorgos Tzavellas (AS Monaco FC) 
  • Stelios Malezas (PAOK FC).

MIDFIELD

  • Kostas Katsouranis (Panathinaikos FC) 
  • Giorgos Karagounis (Panathinaikos FC) 
  • Giannis Maniatis (Olympiacos FC)
  • Giorgos Fotakis (PAOK FC) 
  • Grigoris Makos (AEK Athens FC)
  • Giannis Fetfatzidis (Olympiacos FC)
  • Sotiris Ninis (Panathinaikos FC)
  • Kostas Fortounis (1. FC Kaiserslautern).

PENYERANG

  • Dimitris Salpingidis (PAOK FC) 
  • Giorgos Samaras (Celtic FC) 
  • Fanis Gekas (Samsunspor)
  • Nikos Liberopoulos (AEK Athens FC)
  • Kostas Mitroglou (Atromitos FC).


SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK REPUBLIK CZECH YANG TERPILIH BERMAIN EURO 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berikut adalah senarai pemain bola sepak dari negara REPUBLIK CZECH yang terpilih untuk mewakili negara mereka dalam EURO 2012.



PENJAGA GOL
  • Petr Čech (Chelsea FC), 
  • Jaroslav Drobný (Hamburger SV) ,
  • Jan Laštůvka (FC Dnipro Dnipropetrovsk).

PERTAHANAN
  • Theodor Gebre Selassie (FC Slovan Liberec)
  • Roman Hubník (Hertha BSC Berlin)
  • Michal Kadlec (Bayer 04 Leverkusen)
  • David Limberský (FC Viktoria Plzeň)
  • Tomáš Sivok (Beşiktaş JK)
  • Marek Suchý (FC Spartak Moskva).

MIDFIELD
  • Vladimír Darida (FC Viktoria Plzeň)
  •  Tomáš Hübschman (FC Shakhtar Donetsk)
  •  Petr Jiráček (VfL Wolfsburg)
  •  Daniel Kolář (FC Viktoria Plzeň)
  •  Milan Petržela (FC Viktoria Plzeň)
  • Václav Pilař (VfL Wolfsburg)
  • Jaroslav Plašil (FC Girondins de Bordeaux)
  •  František Rajtoral (FC Viktoria Plzeň)
  •  Tomáš Rosický (Arsenal FC).

PENYERANG
  • Milan Baroš (Galatasaray AŞ)
  • David Lafata (FK Jablonec)
  • Tomáš Necid (PFC CSKA Moskva)
  • Tomáš Pekhart (1. FC Nürnberg)
  • Jan Rezek (Anorthosis Famagusta FC).

Isnin, 28 Mei 2012

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS INDIA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA VS INDIA 2012 // SIARAN LANGSUNG HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 // MALAYSIA VS INDIA MALAYSIA VS INDIA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012


Ehsan dari abgteror.com



Bagi peminat hoki tanah air, anda boleh mengikuti live streaming hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi 2012 kat bawah ini. Semoga Malaysia mampu menjinakkan India pada malam ini. Ikuti ia pada pukul 9 MALAM ini. Selamat menonton..



Ehsan dari trc

Kereta FORD CHALLENGE mesti diundi. Klik sini

SENARAI PEMILIK NOMBOR PLAT WWW EKSKLUSIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi yang memiliki nombor plat kereta yang eksklusif atau bak kata mudahnya nombor plat VIP, ini adalah salah satu syarat kemestian untuk menonjolkan kemewahan yang luar biasa. Bagi yang biasa lihat WWW 9348, mungkin nombor ini berharga dalam lingkungan RM200 sahaja. Tapi RM520000 adalah harga yang luar biasa untuk memiliki nombor plat WWW 1. Pemilik kaya raya ini adalah milik D.Y.M.M Sultan Ibrahim Johor.

Berikut adalah senarai pemilik nombor plat WWW 1 hingga WWW 20.

SENARAI PERMOHONAN TENDER NOMBOR PLAT WWW YANG BERJAYA


Sabtu, 26 Mei 2012

LIVE STREAMING JOHOR FC VS KELANTAN LIGA SUPER MALAYSIA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIVE STREAMING LIGA SUPER MALAYSIA JOHOR FC VS KELANTAN 2012 \\ SIARAN LANGSUNG JOHOR FC VS KELANTAN LIGA SUPER MALAYSIA 2012 \\  LIGA SUPER MALAYSIA 2012 LIVE JOHOR FC VS KELANTAN




Malam ini kita akan dihidangkan satu perlawanan tunggal dalam Liga Super Malaysia 2012 di antara Johor FC vs Kelantan. Jadi blog ini akan bersama kalian untuk menyaksikan live streaming match Johor FC vs Kelantan. Kesempatan ini akan dikongsi kepada peminat bola sepak yang tidak melanggan ASTRO dan menjalankan kerja di waktu malam.



Ehsan dari trc

KONSERT KENANGAN SUDIRMAN KLIK SINI

Rabu, 23 Mei 2012

LIVE STREAMING PIALA AFC KELANTAN VS TERENGGANU 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

LIVE STREAMING PIALA AFC KELANTAN VS TERENGGANU 2012 \\ SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS TERENGGANU PIALA AFC 2012 \\ AFC CUP 2012 LIVE KELANTAN VS TERENGGANU



Kita akan dimeriahkan lagi aksi dari pasukan Pantai Timur dalam versi piala international di mana pasukan Kelantan vs Terengganu dalam aksi Piala AFC 2012 untuk pusingan kalah mati di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan ini. 

3 elemen yang menarik menjadi bualan iaitu BOJAN VS BUTLER  \\ JUARA FA CUP 2012 VS JUARA FA CUP 2011 \\ FORKEY DOE VS GHADDAR

Jadi kawe sediakan LIVE STREAMING PIALA AFC 2012 KELANTAN VS TERENGGANU untuk para peminat bola yang tak dapat saksikan secara live di stadium dan televisyen berikutan komitmen kepada kerja atau exam/assignment.

Siaran ini akan dibuka bila ia ON AIR. Selamat menonton







LINK YANG LAIN KLIK SINI

FULL VIDEO DEBAT PTPTN RAFIZI VS KHAIRY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Berikut adalah FULL VIDEO DEBAT PTPTN RAFIZI VS KHAIRY  dan mengandungi 3 video yang memaparkan debat yang paling best antara Rafizi vs Khairy mengenai debat PTPTN. Masing-masing menunjukkan kewibawaan dalam berdebat. Mari kita saksikan dan nilai sendiri sejauh mana kefaktaan atau keautaan mereka melontarkan hujah. 

Setiap video menunjukkan 1 pusingan. Jadi ia ada 3 pusingan.

PUSINGAN PERTAMA


PUSINGAN KEDUA


PUSINGAN KETIGA


Kesimpulannya, harus perbanyakkan lagi debat-debat macam ni. Face to face dan kemukakan fakta dan patahkan hujah. Dan biar rakyat nilaikan sendiri. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berdebat secara profesional.


Selasa, 22 Mei 2012

DATUK LEE CHONG WEI CEDERA DAN TARIK DIRI DARI THOMAS CUP 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita telah dikejutkan dengan berita yang Datuk Lee Chong Wei telah mengalami kecederaan dan terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Peter Gade. Sekarang Malaysia 0-1 Denmark dalam Thomas Cup 2012. Semoga pemain-pemain Malaysia yang lain dapat meneruskan permainan dengan penuh bersemangat meskipun ketua pasukan mengalami kecederaan.

LIVE STREAMING BWF THOMAS DAN UBER CUP 2012 DENMARK VS MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIVE STREAMING BWF THOMAS DAN UBER CUP 2012 SIARAN LANGSUNG BWF THOMAS DAN UBER CUP 2012 di Dongfeng Citroën , China.






Untuk peminat tegar badminton, kita sedia maklum yang dunia badminton kini sedang hangat mempertandingkan kejohanan yang antara terulung iaitu BWF THOMAS DAN UBER CUP 2012

DENMARK VS MALAYSIA.


Jadi aku sediakan live streaming untuk kalian mengikuti siaran secara live. Cuma pastikan berukband atau unifi anda masih ada life. Match ini akan berlangsung tepat pukul 1 tengah hari nanti. Selamat menonton

Selamat menonton. 


Sila pilih link-link kat bawah ini. 




Rabu, 16 Mei 2012

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGELAK DIPANAH KILAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari guru diucapkan terlebih dahulu kepada para pendidik. Hari ini aku nak kongsikan hal LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGELAK DIPANAH KILAT. Jadi tanpa membuang masa, mari kita terus ke pointnya.

Kilat sedang beraksi

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

  • Tempat terbaik untuk mengelak panahan kilat ialah di dalam gua kecil kurang daripada 1 meter dari tanah, rumah atau kenderaan yang tidak bergerak. Selain itu cuba rendahkan posisi badan dan cari tempat berlindung. Jauhi pagar besi, peralatan sukan, batu besar, pokok, kawasan lapang ataupun kawasan berair

  • Jika rambut menegak secara tiba-tiba, kemungkinan ia adalah tanda risiko dipanah kilat. Jadi lakukan posisi merangkak dengan lutut dan kedua belah tangan menyentuh tanah supaya arus elektrik dapat mengalir terus ke bawah tanah tanpa melalui jantung.

  • Joran, kayu golf atau objek panjang amat berbahaya. Tidak kirala ia diperbuat daripada besi atau bahan lain. Peralatan elektronik seperti telefon bimbit juga boleh menarik cas elektrik kilat. Oleh itu, jauhi peralatan ini sehingga ribut petir reda.

  • Jika kilat mengenai kenderaan, cas elektrik akan mengalir melalui permukaan luar logam sebelum memasuki tanah menerusi tayar. Kediaman adalah tempat paling selamat untuk berlindung semasa berlaku kilat. Jauhi peralatan elektrik seperti komputer, televisyen dan Interenet router. Pastikan palam perkakasan elektrik juga dicabut daripada soketnya. Pencegahan ini penting kerna di kampung aku sudah ada 2 orang meninggal dunia akibat degil menonton televisyen ketika kilat berlaku.

Kalian ingin mengetahui lebih lanjut perihal kilat seperti kisah mangsa panahan kilat dan sebagainya?


Dalam tidak sedar, sebenarnya blogger juga seorang pendidik dalam menyebarkan sebarang informasi, ilmu pengetahuan secara tidak formal kepada para pembacanya. Apapun selamat menyebarkan informasi yang tepat kepada  manusia. Semoga disebarkan itu adalah informasi yang bermanfaat kepada manusia sejagat.



Selasa, 15 Mei 2012

SISTEM DAN FUNGSI TAKTIKAL DALAM BOLA SEPAK



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Hari ini aku nak kongsikan entri pasal nama sistem dan fungsi taktikal dalam bola sepak. Bukan perihal formasi tapi mengenai beberapa taktikal dalam bola sepak seperti TIKI-TAKA, CATENACCIO, ANTI-FOOTBALL,  TOTAL FOOTBALL, ONE-TOUCH, PUSH AND RUN, REVIE PLAN dan FLO PASS

Apa faedahnya bila mengetahui perihal taktikal ni? Jawapannya mudah je, tidak cukup lengkap sekadar tahu nama-nama dan nombor jersi pemain dan sejarah kelab tapi tidak mengetahui taktikal yang diguna pakai oleh kelab kesayangan kita.

Jadi aku cerahkan info untuk kalian mendalami jenis-jenis taktikal yang sering digunapakai oleh kelab-kelab ternama di dunia. Enjoy!!



Tiki-taka

Tiki taka adalah istilah yang merujuk kepada gaya permainan hantaran pendek, pergerakan pasukan secara total dan mengekalkan penguasaan bola. Sistem dan taktik Tiki-taka digunakan secara efektif oleh kelab gergasi daripada Sepanyol, FC Barcelona dan skuad antarabangsa Sepanyol. Istilah Tiki-taka dimulakan oleh juruhebah sukan daripada Sepanyol, mendiang Andres Montes semasa mengulas perlawanan semasa Piala Dunia FIFA edisi 2006.



Sistem Tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan FC Barcelona era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Walaubagaimanapun, Tiki-taka sedikit berbeza berbanding Total Football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana Tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total. Namun, kadang-kala corak pemainan Total Football kerap ditampilkan dalam sistem ini apabila pemain pertahanan kerap kelihatan mengambil peranan pemain sayap dan pemain tengah.

Tiki-taka sangat sesuai diamalkan bagi pasukan yang mempunyai pemain tengah yang bersaiz kecil dan sederhana kerana corak hantaran melalui sistem ini bersifat pendek dan mudah. Sepertimana sistem Total Football, kelebihan kepada sistem ini adalah komponen-komponen pemain yang mempunyai kelajuan dan kemahiran teknikal yang tinggi. Jika Total Football mempunyai Johann Cruyff, Johann Neskeens dan Arie Hann Sepanyol juga mempunyai pemain berskil tinggi seperti Xavi, Iniesta, Cesc Fabregas, David Villa dan Silva.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Tidak perlu disangkal lagi bahawa corak Tiki-taka memerlukan tahap stamina yang tinggi tambahan pula apabila bersaing di peringkat paling tinggi. Gaya permainan Tiki-taka mementingkan hantaran tepat yang rendah bagi menguasai permainan. Sepertimana Total Football, sistem Tiki-taka tidak bercorak counter-attack. Mereka menyerang dengan berbalas-balas hantaran sambil para pemain lain khususnya striker cuba mencari ruang bagi memudahkan seorang atau dua playmaker membuat lorongan terhadapnya.

Gaya permainan FC Barcelona sedikit berbeza dengan gaya permainan skuad antarabangsa Sepanyol. Ini kerana, FC Barcelona kerapkali menggunakan kelebihan teknikal pemain seperti Messi, Pedro dan Dani Alves untuk bergerak solo menerombos kubu lawan. Sepanyol bagaimanapun lebih mementingkan corak pemainan mudah dan lorongan-lorongan membahaya.

Gaya permainan Tiki-taka sangat menghiburkan kerana ia bersifat menyerang dan penguasaan bola secara total. Tiki-taka sebenarnya adalah adaptasi kepada semua sistem yang pernah popular sebelum ini seperti one-touch, Ravie Plan dan Push and Run namun sistem Total Football adalah paling berpengaruh terhadapnya.



Catenaccio

Istilah Catenaccio adalah istilah bahasa Itali yang membawa makna selak pintu. Sepertimana namanya, sistem ini bertujuan mengunci pergerakan pihak lawan daripada terus menyerang dan mengelak daripada sesebuah pasukan dibolosi gol. Sistem ini diamalkan secara meluas oleh pasukan antarabangsa Itali dan kelab-kelab daripada negara tersebut seperti Internazionale FC, AC Milan, Juventus, AS Roma pada era dekad 1960-an sehingga 1990-an.

Biru=defender || kuning=midfield || merah=striker


Ia diasaskan oleh seorang jurulatih Internazionale, Helenio Hererra pada 1960-an. Sistem ini dipengaruhi oleh sistem dan taktik yang diamalkan oleh jurulatih pasukan antarabangsa Austria tahun 1940-an, Karl Rappan. Taktik yang dipratikkan oleh Karl Rappan dikenali sebagai Verrou yang juga membawa maksud yang sama dengan Catenaccio.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Sistem ini digabungkan dengan formasi asas dengan empat atau tiga posisi pemain pertahanan akan dikukuhkan dengan seorang penyapu(sweeper) di belakang posisi tersebut. Posisi sweeper turut dikenali dengan libero.

Sistem Catenaccio sangat dikaitkan dengan man-to-man marking dengan gaya yang cukup agresif. Namun, tidak semestinya gaya defensif ini tidak mempunyai gaya serangan yang bagus. Pasukan antarabangsa Itali tahun 70-an membuktikan bahawa sistem Catenaccio mempunyai mutu yang tinggi apabila mereka sering membolosi gol pihak lawan melalui penyerang dan playmaker hebat seperti Paolo Rossi. Sistem Catenaccio lazimnya digabungkan dengan taktik counter-attack dengan pemain pertahanan akan membuat hantaran panjang untuk mencari target-man yang dipertanggungjawabkan mencetak gol.

Sistem Catenoccio telah melahirkan ramai pemain pertahanan bertaraf dunia seperti Paolo Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Costacurta, Alessandro Nesta, Franco Baresi, Giuseppe Bergomi, Claudio Gentile, Metarazzi dan ramai lagi.



Anti-Football

Satu-satunya taktik bolasepak dalam senarai ini yang tidak mementingkan kemenangan secara total. Frasa Anti-Football dimulakan oleh Gary Armstrong dan Richard Giulianotti pada 2001 semasa mengulas kemenangan pasukan bukan pilihan(underdog), Estudiantes de La Plata kepada pasukan gergasi, Manchester United pada Copa Intercontinental tahun 1968.

Frasa ini banyak kali digunakan oleh individu berpengaruh dalam bolasepak seperti Johann Cruyff, Lionel Messi, Frank Rijkaard dan Cesc Fabregas semasa mengulas sistem yang digunakan oleh pasukan-pasukan bawahan.

Frasa Anti-Football juga dikenali sebagai Ultra-defensive. Namun, ia tidak sama dengan sistem dan taktik yang digunakan oleh pasukan antarabangsa Itali dan kelab-kelab daripada Seria A iaitu Cantenaccio.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Taktik ini bergantung kepada situasi dan lawan yang dihadapi. Kebiasaannya sesebuah pasukan lemah sering menggunakan taktik ini ketika menghadapi pasukan kuat. Strateginya cukup mudah iaitu sesebuah pasukan akan bermain secara bertahan untuk 90 minit tanpa cubaan untuk menyerang. Pemain di posisi serangan dan tengah akan menolong pemain pertahanan untuk bertahan secara efektif.



Total Football

Taktik hebat ini diasaskan oleh Jack Reynold semasa mengendalikan pasukan gergasi daripada Belanda, Ajaz Armsterdam pada 1915–1925, 1928–1940, dan 1945–1947. Kemudian ia diimprovisasikan oleh Rinus Michels yang juga mengendalikan Ajax Armsterdam pada era 1970-an. Michels kemudian mengaplikasikan sistem ini ke dalam skuad Belanda semasa beliau diangkat menjadi pengurus pasukan tersebut pada dekad 70-an. Komponen utama Total Football adalah lagenda Belanda iaitu Johann Cruyff.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Konsep Total Football bertumpu kepada pergerakan pasukan tanpa mempunyai posisi yang tetap. Ini bermakna seorang penyerang tidak semestinya menjadi penyerang pada setiap masa. Bergitu juga dengan pemain pertahanan dan pemain di bahagian tengah. Pergerakan tanpa posisi yang tetap ini membuatkan pemain-pemain lawan mempunyai kekangan untuk menyekat pergerakan seseorang pemain yang menggunakan sistem ini.


One-Touch

Taktik paling lama dan paling ampuh yang telah dicipta dalam sukan bola sepak. Taktik ini mula dipraktikkan oleh skuad England. Cara permainan yang mudah dan laju telah memberi corak kepada gaya permainan Inggeris sehingga ke hari ini. Taktik ini banyak diadaptasi kemudian harinya ke dalam strategi-strategi lain. Sebagai contohnya adalah One-two atau Push and Run yang telah dibincangkan sebelum ini.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Strategi ini perlu dipraktikkan oleh kesemua pemain dalam sistem. Pemain tidak akan membawa atau menyimpan bola terlampau lama. Setiap pemain akan segera membuat hantaran sebaik menerima bola dan bergitu juga pemain-pemain lain. Permainan kelihatan cukup mudah serta laju dan ia sangat menghiburkan.


Push and Run

Turut dikenali dengan nama one-two dan give and go. Ia diasaskan oleh jurulatih lagenda Totenham Hotspur, Artur Rowe pada tahun 1949.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Strategi Push and Run sudah tidak asing pada hari ini. Namun pada 1940-an, ia adalah sesuatu yang baru. Strategi ini mementingkan pergerakan pemain untuk melancarkan serangan ke arah gol. Seseorang pemain hanya perlu membuat hantaran kepada rakan sepasukan dan pemain tersebut terus berlari sebaik bola dihantar. Pemainan one-two terus popular ke dalam pasukan-pasukan lain memandangkan ia mudah dipraktik dan cukup efektif.


Revie Plan

Revie Plan adalah nama taktik dan strategi yang dipraktikkan secara efektif oleh kelab Manchester City dan Hungary pada dekad 50an. Revie Plan diberikan nama sedemikian berdasarkan kepada nama penyerang prolifik Manchester City tahun 50-an, Donald George ‘Don’ Revie.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Strategi ini bermula dengan seorang penyerang yang mempunyai kelebihan teknikal dan stamina turun jauh ke bawah untuk mendapatkan bola. Kemudian, penyerang tersebut akan membawa bola sambil pemain sayap dan rakan penyerangnya membuka ruang bagi membolehkan penyerang yang membawa bola tadi membuat hantaran atau lorongan pendek.

Pemain seperti Don Revie dan penyerang Hungary, Nándor Hidegkuti berkebolehan mempraktikkan strategi ini dengan bergitu baik sehingga mampu mengucar-kacirkan pemain pertahanan lawan dan strategi lawan.

Pada hari ini, strategi ini diinovasi oleh Manchester United, AS Roma, Real Madrid dan banyak lagi kelab lain yang mempunyai pemain berkemahiran tinggi. Wayne Rooney, Francisco Totti, Ronaldo dan Messi adalah antara pemain yang dipertanggungjawabkan melaksanakan taktik Revie Plan dalam skuad mereka wakili pada hari ini.



Flo Pass

Flo Pass diberi nama berdasarkan nama penyerang antarabangsa Norway, Jostein Flo. Strategi ini. Strategi yang kebiasaan diasaskan oleh bekas jurulatih Norway, Egil Olsen sering dikombinasikan dengan formasi 4-5-1. Seorang penyerang tunggal yang mempunyai kelebihan fizikal dan perebutan udara akan berada di bahagian pertahanan bagi mengucar-kacirkan sistem pertahanan lawan.

Bagaimana strategi ini dipraktikkan

Strategi Flo Pass bermula dengan hantaran daripada pemain pertahanan yang mempunyai kelebihan hantaran tepat. Hantaran tersebut akan disambar oleh penyerang yang mempunyai kelebihan tandukan untuk menyambar hantaran tersebut untuk mendapatkan gol.




Kecek banyak tak guna, tiket FINAL PIALA FA dah beli ke belum?

15 MEI ADALAH DETIK HITAM BAGI UMAT ISLAM

Hari ini aku kelapangan untuk kongsikan perihal negara Palestin yang sejak dari dulu lagi dilanda peperangan yang berat sebelah, tiada sudahnya, bukan perang dingin, perang yang menjadikan darah begitu murah. Jadi aku kongsikan entri yang aku ambil dari facebook. Ianya mengenai 15 Mei. Kenapa ia dianggap detik hitam bagi umat ISLAM? Mengenainya boleh dibaca dengan lebih lanjut untuk renungan bersama.

Ianya merupakan entri yang panjang dan aku jamin ianya berbaloi untuk dibaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan merasai jua penderitaan yang dihadapi oleh saudara ISLAM kita di Palestin.

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya



Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. 

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. 

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. 

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak. 

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. 

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin. 

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka). 

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin. 

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi. 

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. 

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. 

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad. 

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas. 

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi. 

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M). 

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. 

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin. 

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana. 

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah. 

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah. 

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj. 

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin. 

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam? 

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat. 

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.