ENTRI TERBAIK

Khamis, 23 Februari 2012

92 TAHUN NENEK MASIH LAGI HEBAT BERYOGA

Assalamualaikum..

Dunia kini, yoga menjadi seni displin yang bagus untuk kesihatan. Umur 92 tahun tidak menghalang seorang nenek untuk beryoga seperti orang lain yang lebih muda usia darinya. Siapa nama nenek itu? Nama beliau ialah Tao Porchon-Lynch. Saksikan beberapa keping gambar untuk melihat nenek tersebut beryoga. 











Luarbiasa bukan?. Seorang nenek tua berusia 92 tahun mampu beraksi yoga seperti orang muda bahkan lebih bagus skillnya. Saat anda melihat nenek ini, jangan pula buat kerja gila pergi pujuk nenek anda buat aksi sebegini juga. Tidak pasal-pasal malam esok kena tahlil untuk 'arwah' nenek anda.

Maaf ini bukan gambar Lisa Surihani kahwin dengan Yusry KRU dan juga bukan porno. Ini cerita kehebatan seorang nenek. Sekali lagi ditegaskan paling klimaks, ini cerita seorang nenek hebat beryoga. Nak tengok gambar nenek berkahwin, sila search dengan Google mahupun Yahoo atau Bing. 

Khamis, 9 Februari 2012

LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL 11/2/2012

LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL 11/2/2012

Manchester United vs Liverpool

Blog ini akan menyediakan live streaming Manchester United vs Liverpool untuk memudahkan kalian menonton secara live. Khas untuk peminat tegar bola sepak EPL. Semoga terhibur..

KRITIKAL!! CAT FARISH MENGALAMI PENDARAHAN HIDUNG DAN MATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita dimana Cat Farish seorang penghibur tanah air telah mengalami pendarahan hidung dan mata ekoran simptom penyakit darah tinggi. Menurut sumber, dikatakan Cat Farish mengalami pendarahan di hidung selepas menghadiri mesyuarat pada malam Jumaat lepas.

Cat Farish

Ekoran itu, beliau telah dikejarkan ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar sahaja pada mulanya. Walaubagaimanapun, Cat Farish menjadi semakin kritikal sehingga di tahan dalam wad ICU. Doktor terpaksa meletakkan tampon dalam hidung untuk memberhentikan pendarahan hidung. Namun begitu, pendarahan melalui mata pula terjadi. Hingga sekarang, beliau masih dibawah pengawasan rapi dan kritikal.

Semoga beliau selamat dan cepat sembuh.