ENTRI TERBAIK

Ahad, 29 Januari 2012

KISAH PENGALAMAN MELIHAT AZAB KUBUR

Sebuah kisah untuk tatapan dan renungan kita bersama...

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat.
"Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

sekadar gambar hiasan


"Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangut di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan.. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK! ! !

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK.... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...

PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!", saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!", saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar!!", sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!", nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah", kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...
MATI itu benar...
SYURGA - NERAKA itu benar....dan..
Azab kubur ...itu juga benarrrr.....
Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita....

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

*kisah pengalaman ini aku copy dari facebook..semoga ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada yang masih hidup.

Khamis, 26 Januari 2012

KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN YUSRY KRU DAN LISA SURIHANI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Umum mengerti yang Yusry KRU akan melangsungkan perkahwinan dengan pelakon wanita yang paling bernilai dalam industri perfileman, Lisa Surihani pada 26 Februari 2012 bersamaan hari Ahad. Lokasi perkahwinan tersebut dinyatakan di bawah gambar ini adalah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Presint 5, Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Masanya adalah pukul jam 7.30 malam.



Di jangka perkahwinan ini akan menjadi Wedding of the Year di Malaysia. Semoga masjid yang akan dibina nanti berkekalan hingga ke syurga.

Rabu, 25 Januari 2012

JAWAPAN KEPADA TEPUNG, ROTI DAN MINYAK MASAK YANG BERBAHAYA

Assalamualaikum..

Tempoh hari aku ada post pasal tepung gandum, roti dan minyak masak yang berbahaya. Baca kat SINI.  


dan ini adalah jawapan untuk merungkai masalah betul ke tidak berita pasal tepung gandum, roti dan minyak masak yang berbahaya itu. Aku selitkan gambar kat bawah ini untuk kalian baca sendiri.

sumber gambar: wootmedia.my

Kesimpulannya tepung gandum cap sauh dan cap kunci serta roti massimo dan minyak masak seri murni TIDAK BERBAHAYA. sekian terima kasih

Selasa, 24 Januari 2012

KENALI APA ITU QARIN


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


SUMBER: http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/

AWAS!! TEPUNG DAN ROTI YANG BERBAHAYA


AWAS!! TEPUNG DAN ROTI YANG BERBAHAYA

Biar gambar di bawah ini menceritakan perihal tajuk di atas.


Sumber ini datangnya dari facebook. Sekian terima kasih

SOPA VS ACTA

SOPA VS ACTA ini adalah satu undang-undang yang akan jadi warrior aka pembela keadilan untuk pemegang hak cipta terpelihara khas untuk penerbit lagu, movie, software dan sebarang artikel bagi mempertahankan hasil kerja mereka dari diciplak atau dimuat turun secara haram.

Aku bantai definisi ia mengikut apa yang aku faham je.Kalau nak detail, korang google la sendiri ye.

Sekarang dah kecoh file-file server yang terkenal sudah mati kena bantai dengan FBI. Sahih dah nama-nama besar seperti MegaUpload dan FileServe sudah dinisankan buat selama-lamanya. Apa yang aku faham, server-server yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan negara yang setuju guna undang SOUP/PIPA akan diban. Berikut di bawah adalah penerangan ringkas mengenai file-file server yang telah ditutup dan masih dalam penyiasatan FBI.

MegaUpload - Closed.
FileServe - Closing does not sell premium.
FileJungle - Deleting files. Locked in the U.S
UploadStation - Locked in the U.S
FileSonic - the news is arbitrary (under FBI investigation).
VideoBB - Closed! would disappear soon.
Uploaded - Banned U.S. and the FBI went after the owners who are gone.
FilePost - Deleting all material (so will leave executables, pdfs, txts)
Videoz - closed and locked in the countries affiliated with the USA.
4shared - Deleting files with copyright and waits in line at the FBI. 
MediaFire - Called to testify in the next 90 days and it will open doors pro FBI 
Org torrent - could vanish with everything within 30 days "he is under criminal investigation" 
Network Share mIRC - awaiting the decision of the case to continue or terminate Torrente everything Koshiki - operating 100% Japan will not join the SOUP / PIPA
Shienko Box - 100% working china / korea will not join the SOUP / PIPA
ShareX BR - group UOL / BOL / iG say they will join the SOUP / PIPA

Japan, China and Korea said NO to the FBI and that even if laws are passed in the USA will not have any value within the sovereignty of their countries!








Sebenarnya, ACTA lagi berbahaya dari SOPA kerna kalau anda download sesuatu file, anda dan family mungkin diban dari menggunakan internet. Sungguh celaka dengan hukuman itu. ACTA juga kemungkinan besar akan dipersetujui oleh negara-negara bukan dari Eropah, jadi file-file server yang berpangkalan di luar Amerika Syarikat juga turut mengalami musibah.

Jadi kesimpulannya, ia adalah hari kiamat untuk uploder dan kaki download!!

Jumaat, 20 Januari 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA- AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA- AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH

Arwah Izwan Pilus

Hari ini, Izwan Pilus yang terkenal dengan lagu Kembali Senyum telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah. Di bawah ini adalah twitter dari adik beliau..

Gambar: BeautifulNara



LIVE STREAMING KEDAH VS KELANTAN

LIVE STREAMING KEDAH VS KELANTAN KEDAH VS KELANTAN LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG KEDAH VS KELANTAN

Kredit:  Gambar


Kepada peminat-peminat bola sepak tanah air, kita akan disajikan satu lagi pertarungan yang menarik di antara Kedah vs Kelantan yang akan dilangsungkan di Stadium Darul Aman

Jadi untuk yang ada Astro, kalian boleh menonton di channel ASTRO ARENA 801 tepat pukul 8.00 malam pada hari Jumaat, 20 Januari 2012. 

Untuk yang tiada Astro pula, kalian boleh menonton kat bawah ini. Selamat menonton






Selasa, 17 Januari 2012

10 PEMERINTAH WANITA PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH DUNIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada pagi ini, aku ingin kongsikan ilmu pengetahuan mengenai 10 PEMERINTAH WANITA PALING BERPENGARUH DALAM SEJARAH DUNIA untuk santapan minda diraja kalian. Semoga ilmu ini dapat menambahkan pengetahuan kalian dan secara tidak langsung menanam minat membaca serta memahami sejarah dunia untuk dijadikan iktibar ataupun sebagai pedoman dan inspirasi.


1. Eleanor of Aquitaine

Eleanor of Aquitaine

Eleanor ialah sebahagian daripada keluarga yang kaya di Eropah beribu-ribu tahun dahulu. Dia mewarisi harta keluarga yang sangat banyak dan turut diberikan gelaran apabila ayahnya meninggal dunia. Dan pada saat itulah, beliau menjadi pemerintah autonomus. Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan di Aquitaine dan telah menukarkan Aquitaine menjadi sebuah pusat budaya yang sangat besar. Kemudiannya Eleanor ditabal menjadi permaisuri pada tahun 1137 Masihi.


2. Maria Theresa

Maria Theresa

Maria Theresa ini berasal dari Austria telah dilahirkan pada tahun 1717 dan dia telah menjadi maharani pada tahun 1740. Beliau telah membentuk empayarnya dalam pelbagai bidang selain turut menambah lagi tentera-tentera baru kepada barisan askar yang sedia ada. Beliau turut menukar barisan kerajaan yang sedia ada dan ternyata segala penat lelahnya itu membuahkan hasil kerna ekonomi Austria terus berkembang maju. Beliau juga banyak menghapuskan pelbagai amalan-amalan yang buruk dan berjaya menyebarkan kesedaran kepada rakyatnya dalam pelbagai perkara.


3. Hatshepsut

Hatshepsut

Beliau adalah salah seorang pemerintah Mesir wanita yang paling berjaya. Menurut rekod-rekod yang dicatatkan, beliau adalah wanita yang paling disayangi selain sangat bertoleransi pada masa dia memerintah Mesir secara bersendirian sehinggalah beliau meninggal dunia.


4. Maharani Theodora

Maharani Theodora

Sebelum beliau ditabalkan sebagai Maharani, beliau adalah seorang aktress sebelum beliau berkahwin dengan Maharaja Justinian I dan melayakkannya beliau memegang gelaran Maharani Theodora. Beliau bersama-sama Maharaja Justinian I sentiasa mengambil berat tentang fungsi-fungsi sebuah empayar jajahan mereka tapi kebanyakkan keputusan dalam kerajaan tersebut akan dilakukan dengan persetujuan Maharani  Theodora terlebih dahulu. Malahan beliau juga sentiasa menyokong dan membantu negara mereka untuk memenangi banyak pertarungan di medan peperangan. Bukan itu sahaja pengaruh Maharani Theodora, beliau juga telah dikatakan banyak membangkitkan isu-isu kesedaran tentang kepentingan dan hak-hak seorang wanita.


5. Maharani Wu Zetian

Maharani Wu Zetian

Maharaja Wu Zetian dikatakan seorang maharani yang sangat tegas dan beliaulah yang bertanggungjawab membuat segala keputusan dan tindakan semasa suaminya sedang berada di ambang maut. Beliau kemudiannya menjadi Maharaja China setelah kematian suaminya dan dengan pemerintahannya itu maka tamatlah riwayat Dinasti Tang manakala bermulanya pula dinasti baru iaitu Dinasti Zhou. Walaupun agak kejam dalam banyak hal dan kepentingan, namun kerana ketegasannya itulah beliau berjaya mengembangkan Buddhism sebagai agama rasmi negara tersebut.


6. Isabella I

Isabella I

Isabella I ini berasal dari Castile, Sepanyol. Beliau merupakan seorang permaisuri yang bertanggungjawab dalam penubuhan Panel Penyiasatan di Sepanyol. Beliau juga turut berjasa menyatukan pelbagai pentadbiran kerajaan dalam sebuah negara dan perjalanan pelayar terkenal, Christopher Colombus yang mengelilingi dunia sebenarnya dibiayai oleh beliau sendiri. Beliau sangat dikenang kerna jasanya menaikkan status negara Sepanyol  di mata dunia dan menjadikan negara itu salah satu daripada negara berkuasa besar di dunia.


7. Elizabeth I

Elizabeth I

Beliau adalah permaisuri pertama dari England yang memerintah negara England dengan kuasa dan kawalan penuh di tangannya. Beliau adalah wanita yang penuh ciri-ciri hebat seorang pemimpin ini boleh menguasai pelbagai bahasa dan sangat meminati Christopher Marlowe dan juga Shakespeare. Beliau telah berjaya menukarkan England menjadi sebuah negara yang maju dan walaupun beliau ini sangat kuat pegangan agamanya, beliau tidak pernah sekali-kali mengetepikan ajaran agama-agama yang lain di England.


8. Maharani Dowager Cixi

Maharani Dowager Cixi

Jika kita mencari-cari seorang wanita yang bercita-cita tinggi, maka inilah orangnya yang bernama Maharani Dowager Cixi. Beliau tidak gemar dengan pengaruh negara-negara luar. Dari tahun 1861 hinggalah tahun 1908, beliau telah memerintah negara China dan sangat berpengaruh dalam membuat keputusan. Beliau juga adalah insan yang memperkenalkan reformasi baru kepada negara tersebut dari sudut ekonomi, politik dan juga budaya.


9. Catherine II

Catherine II


Biasanya Catherine II dari Rusia ini juga dikenali dengan gelaran Catherine The Great yang mana beliau telah memerintah negara paling besar di dunia ketika itu, Rusia dari tahun 1762 hinggalah tahun 1796. Ketika hidup bersama-sama dengan suaminya, beliau menyedari yang suaminya adalah seorang yang tidak matang sekaligus melakukan cubaan untuk menjatuhkan suaminya dari takhta. Setelah berjaya memerintah Rusia, beliau telah berjaya untuk menukarkan wajah politik di negara tersebut dan membuat reformasi dalam bidang budaya dan berjaya membentuk satu formula atau polisi yang kuat dan teguh tentang negar luar.


10. Permaisuri Victoria

Permaisuri Victoria

Boleh dikatakan Permaisuri Victoria adalah wanita paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Empayarnya sahaja merentang luas ke 6 buah benua yang mana keluasaan jajahannya mencecah ke 14.2 juta batu persegi secara keseluruhannya. Era yang mana Permaisuri Victoria ini memerintah digelar sebagai Era Victoria malahan kuasa pemerintah Permaisuri Victoria ini bertahan agak lama iaitu selama 60 tahun.

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KPLI-SR J-QAF AMBILAN JAN 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KPLI-SR J-QAF AMBILAN JAN 2012





Kepada bakal guru bolehla menyemak semakan tawaran KURSUS PENGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR j-QAF) di bawah ini..





TAHNIAH KEPADA ANDA JIKA PERMOHONAN BERJAYA!!

Isnin, 16 Januari 2012

KHOO KAY HIM DAKWA HANG TUAH BERSAUDARA DAN HANG LI PO TAK WUJUD!



Hang Tuah Di Muzium Negara


PETALING JAYA – Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa.

Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014 –Oleh NAIMAH SHAARI

LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR FC

LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR FC


LOKASI: STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
TARIKH: 17 JANUARI 2012
PUKUL: 8.45 MALAM


Skuad Kelantan FA akan menentang Johor FC pada 17 Januari 2012 di Stadium Sultan Muhammad IV untuk perlawanan ke tiga pada musim ini. Jadi blog GMMS akan menyediakan live streaming untuk peminat-peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan perlawanan tersebut. 

Sila klik LINK STREAMING kat bawah ini untuk menyaksikan perlawanan tersebut.







Khamis, 12 Januari 2012

LIVE STREAMING KELANTAN FA VS PKNS FC

LIVE STREAMING KELANTAN FA VS PKNS FC || SIARAN LANGSUNG KELANTAN FA VS PKNS FC

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyaksikan salah satu pasukan yang terhebat di Malaysia  iaitu Kelantan menentang PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada hari ini tepat pukul 8.45 malam.

Diberitakan perlawanan ini akan bersiaran di ASTRO ARENA 801 pada malam ini tepat pukul 8.45 malam. Jadi doakanla semoga perlawanan ini menarik untuk disajikan kepada kalian semua.

Bagi yang tiada siaran ASTRO ARENA, kalian boleh saksikan di live streaming yang disediakan oleh blog ini






TRAUMA!- CERITA ROMPAKAN DARI WARDINA SAFFIYAH

Petikan dari Wardina OfficialPage



Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bul roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”

"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” 

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”

“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya ,Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah. jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

Wardina

IKLAN KOMPUTER YANG LAMA - 10 GAMBAR RARE

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ini entri mengenai Iklan komputer yang lama. Sebut iklan mesti terbayang, ia adalah bergambar jadi aku sertakan 10 keping gambar tersebut. Gambar ini memang rare dan klasik gitu. Enjoy. Nak share atau save atau simpan, ambik ajelah. SHARING IS CARING dah cam bahasa english terengganu la pula.


Pengiklan:System Industries
Tajuk Iklan:80MB under $12K
Tahun Iklan: 1977

Pengiklan:Hoenywall
Tajuk Iklan:What is the heck is Electronic Mail?
Tahun Iklan: 1981

Pengiklan: Cromemco
Tajuk Iklan: The new 16k RAM card that turns
your computer into a working giant
Tahun Iklan: 1977

Pengiklan: TECHNICO
Tajuk Iklan: Two Bytes are better than one
Tahun Iklan: 1978

Pengiklan:Penril
Tajuk Iklan:We call it a PENRIL MODEM
Tahun Iklan: 1971

Pengiklan: RadioShack
Tajuk Iklan:Get an out of this world deal on
my favorite color computer
Tahun Iklan: 1982

Pengiklan: Digi-Log
Tajuk Iklan: Briefcase Portability
Tahun Iklan: 1976

Pengiklan: LBMS
Tajuk Iklan: Elvira Cordially invites you to cut through paper-based CASE methods with LBMS
Tahun Iklan: 1991

Pengiklan: Microsoft
Tajuk Iklan: Introducing Microsoft Excel.
The Soul of the new machines
Tahun Iklan: 1987

Pengiklan:RadioShack
Tajuk Iklan: Designing a revolutionary concept in software
demanded a computer with extraordinary performance.
The Tandy 2000 delivered
Tahun Iklan: 1985

RUMAH WARDINA SAFFIYAH DIROMPAK DAN RUGI RM20 RIBU


Wardina bersama suaminya menceritakan saat-saat dirompak
Kredit gambar: Facebook

Rumah selebriti terkenal, Wardina Saffiyah telah dirompak dan kerugian kira-kira RM20000. Rumah tersebut terletak di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur telah dipercayai dipecah masuk oleh tiga orang perompak. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Perompak tersebut telah menutup identiti mereka dengan memakai tudung. Mereka dikenalpasti adalah warga dari Indonesia berdasarkan bahasa percakapan mereka. Mereka telah berjaya merompak kira-kira 5 laptop serta barangan lain.

Suami kepada Wardina Saffiyah iaitu Ikhwan Johari telah dipukul di bahagian kepala dan kaki beliau dengan objek keras seperti batang kayu dan pemutar skru. Beliau juga telah diikat dengan menggunakan wayar selama 45 minit. 

Siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan Wardina sekeluarga sekarang dalam keadaan selamat tapi anak-anak beliau masih dalam trauma ketakutan. Mungkin kali pertama dirompak dalam hidup mereka. Apapun, diharapkan pihak polis terus memburu dan memberkas tiga orang perompak bangsat tersebut.

Selasa, 10 Januari 2012

LUAHAN DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL BERHUBUNG PEMBEBASAN DSAI

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

MAZLINDA MOHD NOR
January 10, 2012

SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-
kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis masih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

sumber:sinar harian

Isnin, 9 Januari 2012

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BEBAS DAN TIDAK DIDAPATI BERSALAH



ALHAMDULILLAH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak didapati bersalah akan kesalahan yang dituduh kepada beliau. ALLAHU AKBAR!! Jadi dengan keputusan ini, orang-orang yang menabur fitnah ke atas beliau, diminta memohon maaf kepada beliau dan segera bertaubat nasuha. Dosa sesama manusia adalah dosa yang membuatkan roh tergantung untuk naik ke atas. Wallahualam.

PERHIMPUNAN 901- GAMBAR-GAMBAR TERKINI DAN STATUS SEMASA


Solat Subuh di Masjid Wilayah

FRU sedang berkawal di awal pagi subuh

Supporter 901 yang hadir

Supporter 901 yang sedang berhimpun di hadapan mahkamah

Kelihatan pihak polis menjaga dengan rapi

Suasana dalam mahkamah

Sasterawan Negara, A.Samad Said dan Ambiga sudah sampai

Yb Tian Chua sedang memberikan kata-kata semangat

Kelihatan warga emas cina turut menyokong

hakim pao gimik dari supporter 901

Dato Chua Jui Ming sudah sampai

pasukan peguam ds anwar sudah sampai masuk mahkamah

bekas mb perak, ds nizar juga baru sampai

DS Anwar Ibrahim sedang dikerumuni oleh supporter beliau untuk bersalam

ds anwar ibrahim dah sampai

laungan reformasi bergema



kredit: FB

*AKAN DIUPDATED DARI SEMASA KE SEMASA

YANG ADA TWITTER BOLEH LA KETAHUI PERKEMBANGAN SEMASA DENGAN MENAIP #901 DI SEARCH