ENTRI TERBAIK

Sabtu, 20 Oktober 2012

SEMPENA AIDILADHA, KELUARGA DIBENARKAN MELAWAT BANDUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berita baik kepada keluarga yang mempunyai banduan di penjara atau mahupun ahli keluarga di sekolah Henry Gurney bolehla melawat mereka bersempena sambutan hari raya Aidiladha pada 27 dan 28 Oktober ini. Selanjutnya sila baca berita di bawah ini.

KUALA LUMPUR — Jabatan Penjara membenarkan ahli keluarga banduan beragama Islam melawat mereka di penjara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 dan 28 Oktober ini.

Menurut kenyataan jabatan itu semalam, ahli keluarga dibenar melawat banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney mulai jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang pada kedua-dua hari tersebut.



Bagaimanapun, ahli keluarga tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh melawat banduan beragama Islam di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping, Perak, pada hari pertama Aidiladha pada 26 Oktober ini.

"Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan. Pelawat tidak dibenar membawa sebarang makanan atau minuman ketika bertemu banduan kerana ia boleh dibeli di kantin penjara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut keluarga banduan juga tidak digalak memberi wang kepada banduan semasa lawatan itu memandangkan segala kemudahan asas disediakan oleh Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat hendak berbuat demikian tetapi atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi dari penjara sebagai akuan penerimaan,” kata jabatan itu. — BERNAMA

Tiada ulasan: