ENTRI TERBAIK

Ahad, 21 Oktober 2012

PENYOKONG SETIA KELANTAN MAUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam kegembiraan rakyat Kelantan meraikan kemenangan yang hebat pada final Era Piala Malaysia 2012 semalam, ada seorang penyokong setia pasukan Kelantan yang maut di Raub dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di bawah.

RAUB - Seorang penyokong pasukan Kelantan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki terbabas semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir pasukan itu menentang Angkatan Tentera Malaysia dalam kejadian di di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis di sini semalam.

Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, (gambar) yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Arwah Muhamad Saiful Daud

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.

"Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan.

Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd. Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam.

P/S: Berhati-hatilah ketika pulang dari Shah Alam nanti, kemalangan tidak mengenal usia. Apapun AL-FATIHAH kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah

Tiada ulasan: