ENTRI TERBAIK

Sabtu, 20 Oktober 2012

MAUT APABILA MEREMPUH POKOK


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akibat merempuh pokok, seorang remaja maut dan tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki oleh mereka hilang kawalan. Ikuti berita selanjutnya di bawah ini.

REMBAU: Seorang remaja maut manakala tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka yang hilang kawalan, merempuh pondok di tepi jalan di kilometer 6 Jalan Pedas-Linggi, dekat sini, malam kelmarin.



Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Amir Izzat Mohd Isnin,15, yang memandu kereta jenis Honda Jazz, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semalam di HTJS ketika dirawat.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi rakan sebayanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai Kundur, di sini, ketika kejadian berlaku.

Saksi, Nor Suhada Md Dom, 20, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah apabila terdengar dentuman kuat lalu meluru keluar.

“Saya terkejut melihat sebuah kereta terbalik di tepi jalan. Saya memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan kami semua terus ke tempat kejadian. Saya menghubungi ambulans apabila mendapati pemandu dan penumpang cedera.

p/s: Berhati-hatila di jalan raya, sesungguhnya kemalangan tidak berbau melainkan minyak petrol atau diesel ketika kenderaan terbakar.

Tiada ulasan: