ENTRI TERBAIK

Isnin, 15 Oktober 2012

APEX NAFI TERIMA TAWARAN RM 3 JUTA TAPI REZEKI DUTA PRODUK SEMAKIN BERTAMBAH


KUALA LUMPUR : Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, nafi menerima tawaran RM3 juta seperti yang telah digembar-gemburkan menerusi internet dan akhbar tabloid hari ini.

“Sejujurnya, saya sendiri terkejut selepas mendapat tahu tentang tawaran ini. Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul.

“Untuk menghormati pasukan Kelantan, lebih baik saya menutup mulut dan fokus dengan perlawanan peringkat akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada 20 Oktober ini.



“Saya pun baru saja membuka buku baru dengan pasukan Kelantan yang menjadi pintu rezeki utama buat saya. Maafkan saya kerana tidak boleh memberikan komen lebih tentang isu yang dibangkitkan ini,” katanya kepada murai.com.my.

Bagaimanapunm, jejaka yang menjadi duta kepada tujuh produk itu mengakui baru saja menandatangani kontrak sebagai duta sebuah produk.

Walaupun begitu, Apex masih lagi merahsiakan nama produk berkenaan sebaliknya memberitahu pengumuman tentang pemilihannya sebagai duta ini akan diberitahu dalam masa terdekat.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki saya menjadi duta produk semakin meluas. Terima kasih kepada jenama produk yang mempercayai saya.

“Memang benar saya baru saja menandatangani kontrak sebagai duta produk yang baru.

“Namun, buat masa sekarang, saya tidak boleh memberitahu nama produk berkenaan.

“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, saya akan mengumumkannya juga.

“Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong saya. Tanpa sokongan anda, mungkin saya tidak memperoleh rezeki sebegini,” jelasnya.

Berikut adalah jenama yang menjadikan Apex sebagai jurucakap:

1. Maxis

2. Brylcreem

3. 100Plus

4. Astro Arena

5. Puma

6. Mr Potato

7. Simply Siti 

emtv.com.my

Tiada ulasan: