ENTRI TERBAIK

Ahad, 24 Jun 2012

RATIB DARI SYUXER 1

Assalamualaikum..

Aku sekian lama bertapa dalam gua sehinggakan bersawang blog ini. 10 jari berlainan sentimeter bertemu rapat untuk meminta maaf kepada pembaca blog ini kerana tinggalkan blog ini sekian lama. 

Mengikut tajuk, RATIB DARI SYUXER 1 adalah luahan santai secara spontan dari pengalaman penulis sendiri. Semoga kalian dapat manfaat darinya. Maaf dipinta jika ianya keterlaluan dan menimbulkan rasa kurang senang di hati. 

Bagaimana jika diizinkan terbang melewati banjaran galaksi untuk melihat susunan planet-planet yang hebat menari mengikut alunan rentak dengan keizinan-Nya. Memang aku percaya itu adalah satu pengalaman yang hebat dan mampu melahirkan rasa kagum dalam jiwa untuk terus setia menyembah pada yang ESA.

Tadi aku memandang ke langit, aku lihat bulan menyerlahkan kecantikannya. Kali ini berwatak sabit. Memang mampu melahirkan rasa kagum dengan ciptaan dari Allah s.w.t. Saat bintang semakin hebat membariskan platunnya untuk membentuk satu formasi yang dikenali buruj, jelas bulan mendominasi kecantikan secara keseluruhan.

Petang tadi juga, bumi menangis dengan begitu banyak sekali walaupun dalam kepanasan. Ini menzahirkan wujudnya pelangi yang cantik berlatarbelakangkan poster biru sedikit sentuhan tompokan putih. Memang menakjubkan karya pada hari petang dari Allah s.w.t

Memang bila selepas hujan di waktu petang, malam akan kesejukan akan membangkitkan rasa jiwang untuk melayan lagu-lagu kegemaran. Mulalah terbayangkan imaginasi yang bergantung bagaimana anda corakkan. Aku selalu corakkan imaginasi aku berada di pinggiran pantai dengan angin yang bertiup dengan mengasyikkan menampar mukaku dengan lembut. Lebih mengujakan bila melihat perahu/kapal berlayar pergi ke tengah lautan mungkin menangkap hasil lautan. 

Aku rasa damai bila berhampiran dengan pantai di mana matahari tidak terlalu garang untuk menyinari saat itu. Aku dapat merasakan saat itu, lahirla ketenangan yang asli dan semula jadi. Aku percaya ada orang sepertiku mengalami perasaan tersebut. 

Oh aku juga ingin memberitahu yang berada di pantai ketika tengah-tengah malam dan berbaring di atas batu besar sambil melihat bintang melakukan aksi formasi sememangya juga melahirkan ketenangan dan kedamaian. Bonusnya bila angin bertiup menyamankan sekaligus menjadikan pembaringan itu lebih sempurna. Mahu rasa tidur menunggu melihat matahari terbit.

--TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACANYA SEHINGGA PENGHUJUNGNYA--
--NANTIKAN RATIB YANG KEDUA TIDAK LAMA LAGI--

3 ulasan:

Liyana Zahim berkata...

Kalau pmpn takut gak nk baring kat tepi laut mcm tu smpai siang.. Hihihih-

anif abdullah| AA berkata...

aku pon suka jiwang2 bila dengar lagu kegemaran nih.. mula lah imagin masa kecik2 .haha

Leadership Developmant Training berkata...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.