ENTRI TERBAIK

Rabu, 16 Mei 2012

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGELAK DIPANAH KILAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari guru diucapkan terlebih dahulu kepada para pendidik. Hari ini aku nak kongsikan hal LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGELAK DIPANAH KILAT. Jadi tanpa membuang masa, mari kita terus ke pointnya.

Kilat sedang beraksi

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

  • Tempat terbaik untuk mengelak panahan kilat ialah di dalam gua kecil kurang daripada 1 meter dari tanah, rumah atau kenderaan yang tidak bergerak. Selain itu cuba rendahkan posisi badan dan cari tempat berlindung. Jauhi pagar besi, peralatan sukan, batu besar, pokok, kawasan lapang ataupun kawasan berair

  • Jika rambut menegak secara tiba-tiba, kemungkinan ia adalah tanda risiko dipanah kilat. Jadi lakukan posisi merangkak dengan lutut dan kedua belah tangan menyentuh tanah supaya arus elektrik dapat mengalir terus ke bawah tanah tanpa melalui jantung.

  • Joran, kayu golf atau objek panjang amat berbahaya. Tidak kirala ia diperbuat daripada besi atau bahan lain. Peralatan elektronik seperti telefon bimbit juga boleh menarik cas elektrik kilat. Oleh itu, jauhi peralatan ini sehingga ribut petir reda.

  • Jika kilat mengenai kenderaan, cas elektrik akan mengalir melalui permukaan luar logam sebelum memasuki tanah menerusi tayar. Kediaman adalah tempat paling selamat untuk berlindung semasa berlaku kilat. Jauhi peralatan elektrik seperti komputer, televisyen dan Interenet router. Pastikan palam perkakasan elektrik juga dicabut daripada soketnya. Pencegahan ini penting kerna di kampung aku sudah ada 2 orang meninggal dunia akibat degil menonton televisyen ketika kilat berlaku.

Kalian ingin mengetahui lebih lanjut perihal kilat seperti kisah mangsa panahan kilat dan sebagainya?


Dalam tidak sedar, sebenarnya blogger juga seorang pendidik dalam menyebarkan sebarang informasi, ilmu pengetahuan secara tidak formal kepada para pembacanya. Apapun selamat menyebarkan informasi yang tepat kepada  manusia. Semoga disebarkan itu adalah informasi yang bermanfaat kepada manusia sejagat.



3 ulasan:

emy|farid berkata...

perkongsian yg baik. :)

ArulchelseA berkata...

ingat sebelum kena

delarocha berkata...

nice tips