ENTRI TERBAIK

Rabu, 11 April 2012

TERKINI!! GEMPA BUMI 8.7 SKALA RICHTER MELANDA INDONESIA

Assalamualaikum..

Tadi aku rasa gegaran, aku ingatkan angin kuat tadi rupa-rupanya ada gegaran hasil dari gempa bumi. Mujur tak kuat mana, sekarang aku boleh bayangkan perasaan bila berada di zon gempa bumi. Alhamdulillah kita tidak ditimpakan bencana sedemikian. Apapun takziah kepada mangsa yang mengalami musibah tersebut. 

Gempa bumi ini berskala 8.7 skala richter ini berlaku di Utara Sumatera, Indonesia. Dan gegaran ini dapat dirasai di Thailand, India dan Singapura.

Kelihatan penduduk Indonesia lari menyelamatkan diri susulan gempa bumi
sumber BBC


Petikan yang aku ambil dari resources


--The Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said a tsunami watch was in effect for Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, the Maldives and other Indian Ocean islands, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, South Africa and Singapore.--





Kepada sesiapa yang ingin mengikuti berita terkini dan selanjutnya mengenai gempa bumi ini boleh melayari  laman web di bawah..


http://zeenews.india.com/news/world/huge-quake-hits-indonesia-tremors-in-india_769502.html

http://www.dnaindia.com/world/report_8-7-quake-hits-indonesia-tsunami-likely_1674486

http://www.moneycontrol.com/news/wire-news/sri-lanka-issues-tsunami-warning-after-indonesia-quake_691260.html

http://www.thejakartaglobe.com/home/breaking-news-tsunami-warning-for-sumatra-indonesia-after-magnitude-85-earthquake/510684

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-17675399

Teringat tragedi malang ketika dulu 9.1 skala richter, dan hanya sebuah masjid tidak hancur. Semoga kejadian ini menginsafkan kita supaya kembali ke jalan yang benar.


--TERBARU--

-Ombak tsunami dijangka sampai kat pantai Butterworth pada pukul 9.11 malam dan Port Diskson 2.10 pagi karang..so jauhi pantai berkenaan atau mana2 pantai buat seketika untuk keselamatan..nasihatkan rakan2 anda

-lokasi-lokasi seperti Myanmmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanda sebentar lagi ombak tsunami

-kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j..

-Amaran tsunami telah di keluarkan td bg penduduk kawasan utara malaysia penang kedah perak perlis... Di jangka ombak besar akan berlaku di georgetown jangan menghampiri kawasan pantai.




--UPDATE LAGI--


-Ombak setinggi enam meter telah dikesan melanda di Pulau Simeulue.


-Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota. Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.  TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)

-TERKINI : Tsunami sedang menghampiri Phuket...


Rakyat Acheh sedang prepare menyelamatkan diri

Di Sabah, kesan gempa bumi tadi kelihatan tanah runtuh di jalan raya TAMPARULI-RANAU


--TERBARU LAGI--


-Kelajuan ombak ialah 800km/h menuju ke Malaysia,Allahuakhbar!! Share utk kebaikan bersama..


-bekalan elektrik terputus di bandar acheh

sekitar pantai Patong di Thailand kelihatan air sudah berkurangan ini menandakan  ombak tsunami bakal berlaku

-video tsunami di SRI LANKA tadi

video

Pengunjung Sunway Carnival Prai panik bila gempa bumi tadi berlaku


-----------------------


-Gegaran berlaku di Andreanof 

Islands, Aleutian ISlands, dan Alaskan yg berukuran kira-kira 5.5 Skala Ritcher. Mungkin juga disebabkan kesan daripada gegaran kuat di Acheh.

kesan di pulau simeulu yang dilanda ombak setinggi 6 meter

keadaan panik di luar queensbay mall penang ketika gegaran pertama tadi

-------------------


-Sumber berita dari CNN ... Ada ombak besar berukuran 800km/h sedang menuju ke arah negara Malaysia..


-Info yang belum dapat disahihkan..Jambatan Pulau Pinang akan ditutup kol 9 malam nanti untuk keselamatan


-Maklumat terbaru jambatan pulau pinang telah pun di tutup dan perkhidmatan feri akan di tutup bila2 masa dari sekarang


- Sah ,inform dari polis 
jambatan pulau pinang sudah ditutup utk laluan org ramai... perkhidmatan feri pulau pinang akan ditutup bila2 masa sahaja mulai dari skrg...sumber dari IPD pulau pinang... maklumat dari
radio amatur



- BANDAR Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar..


-11/9/2001: World Trade Center Crash. 11/1/2010: Haiti Earthquake. 11/3/2011: Japan Earthquake. What today's date? Subhanallah"


-------------


Dari saudara Zack Rahim--pengurus SAFEE SALI--

Jika ikut berita, gempa pertama jam 3.28 wib, pada kadar 8.5 ritcher, belumpun suasana panik di Banda Acheh dan seluruh Sumatera reda, gempa kedua pula menuyusul pada jam 5.43pm wib pd kadar 8.8 ritcher. Jika berdasar kepada laporan2 ini, pastinya Tsunami lebih buruk dari 2004 akan melanda, nauzubillah! Ditambah lagi dgn epicentere berlakunya gempa ini lebih dekat dgn Pulau Sumatera jika bandingkan pd 2004. Doa2 utk Sumatera sudah mula bergema di twitter, FB dan dimana2. Malahan di Acheh, masjid2 sudah mula bergema doa di corong2nya. Susana panik dimana2 dgn semua selamatan diri. Sebuah mahkamah di Acheh terus hentikan prosidingnya, hakim terus lari. Jalanraya kelam kabut. YA ALLAH SELAMATKAN SUMATERA DAN KAWASAN2 YG BERHAMPIRANNYA,


-Semua 204 pelajar Malaysia di Aceh kini berkumpul di Masjid Ansyiah & Lapangan Terbang Iskandar Muda sehingga amaran tsunami berakhir jam 9 malam


-------------------------------

-INFO TERKINI:Penang Bridge masih beroperasi,tidak ditutup tetapi kenderaan sesak.....Perkhidmatan feri masih diteruskan,namum berkemungkinan akan diberhentikan pada bila bila masa (maklumat daripada En Azli Hashim,Pegawai Penguasa Penang Port SB)


-----------------------------


-KAJI NOMBOR DENGAN AL QURAN:
11 APRIL 2012

"Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.. "

(Hud 11:4)

Acheh has strucked by an earthquake with 8.7 magnitude.

TSUNAMI ALERT:

GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM

PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI HITTING THE COAST AT 2.10AM

SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW

PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA.

---
Kelajuan ombak sekitar 800 km/j sedang menuju ke Malaysia

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

2 jam lepas tsunami di Acheh, sebuah rumah ranap


TERKINI : AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK SEKITAR LAUTAN HINDI

5 ulasan:

budakserius™ berkata...

Terima kasih utk maklumat.

Akibat Keluarkan Kepala Semasa Bas Bergerak!

Journey of Youth berkata...

ya Allah selamatkanlah kami semua...

ABU berkata...

wah terbaik la entry ni.. drpd awal sampai di tarik balik..
alhamdulillah amaran tsunami di malaysia dah ditarik balik..

[sutera kasih] berkata...

Ya Allah..dupdapdupdap..semoga semuanya selamat.

Bui Junaidi berkata...

WAH,MENARIK JUGAK FAKTA TU