ENTRI TERBAIK

Sabtu, 3 Mac 2012

ISTILAH-ISTILAH BABI YANG WAJIB DIKETAHUI

Assalamualaikum..

Babi itu apa? Kalau kalian tanya aku, babi ialah sejenis mamalia yang berwarna pink, montel dan suka mengeluarkan bunyi oink,oink,oink. Aku akan tunjukkan sekeping gambar untuk menggambarkan babi dengan lebih jelas.

Anak babi yang sungguh comel

Walaubagaimanapun, bukan pasal susur galur keturunan babi yang ingin aku ceritakan, ini cerita pasal ISTILAH-ISTILAH BABI YANG WAJIB DIKETAHUI. Kita sedia maklum yang babi ini adalah haiwan yang haram dimakan dalam Islam. 

Jadi kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan kalimah syahadah harus peka apakah istilah-istilah babi yang digunakan dalam dunia permakanan, perubatan dan sebagainya. Kita tak akan jumpa punya dalam senarai kebanyakkan makanan yang tulis direct babi 20%. Ia ada istilah-istilah yang kononya cute, gangster, dinamik dan sebagainyala padahal ia tetap dari babi. Jadi tanpa membuang masa, aku sediakan senarai istilah-istilah yang digunakan.

Pork
-Istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan

Swine
-Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi

Hog
-Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg

Boar
-Babi liar

Lard
-Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun

Bacon
-Daging haiwan yang disalai, termasuk babi

Ham
-Daging pada bahagian paha babi

Sow
-Istilah untuk babi betina dewasa

Sow Milk
- Istilah untuk susu babi

Porcine
-Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Ia sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

Pig
-Istilah paling umum diperkatakan, ia sebenarnya membawa maksud babi muda yang mempunyai berat kurang daring 50kg.


"BABI TETAP BABI WALAUPUN DIJENAMAKAN SEMULA"

Tiada ulasan: