ENTRI TERBAIK

Sabtu, 31 Mac 2012

LIVE STREAMING TERENGGANU VS JOHOR FC 31 MAC 2012

LIVE STREAMING TERENGGANU VS JOHOR FC 31 MAC 2012 \\ SIARAN LANGSUNG TERENGGANU VS JOHOR FC 31 MAC 2012 \\ KEPUTUSAN PENUH TERENGGANU VS JOHOR FC 31 MAC 2012



Malam ini, kita akan dihidangkan perlawanan yang menarik di antara Terengganu vs Johor FC. Jadi blog ini akan menyediakan live streaming bagi mengikuti perlawanan tersebut.


8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama GMMS menyepi, sekejap ada sekejap takde. Sibuk dengan hal dunia membuatkan blog ini sedikit terabai tapi takpela janji dia masih bernyawa. Okey, apabila melihat dan membaca tajuk 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG kat atas dalam hati, sudah tentu kalian akan imbas kembali memori suasana percutian ketika berada di Pulau Pinang suatu tika dulu. Sememangnya ia menyeronokkan dan mengujakan!

Tanpa membazirkan dakwat elektronik ini, aku senaraikan 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG. Semoga kalian mengiyakan dan menggangguk serta bersetuju dengan tempat-tempat tersebut.


1.Jambatan Pulau Pinang




Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 704 dari Komtar


2.Bukit Bendera




Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga. 

Cara untuk ke sana: Dari Jeti, Komtar, dan Lebuh Chulia, sila naiki bas Rapid Pulau Pinang No. U204, bas ini akan membawa anda terus ke Bukit Bendera. Anda juga boleh mengambil teksi dengan tambang sebanyak RM20 sehala.


3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang




Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501.


4.Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam




Tokong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara. Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas. 20 tahun untuk diambil bagi membina dan menyiapkan tokong ini. Dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam kura-kura, skulptur unik serta makam. Free untuk melawat tokong ini.
*skulptur-seni patung


Cara untuk ke sana: Bergantung kepada di mana anda datang, anda boleh menaiki bas Rapid Pulau Pinang No. U201, U203, U204, U206, T306, dan U502. Teksi dari George Town adalah kira-kira RM20. Jika memandu, sila merujuk kepada papan tanda ke Air Itam. Setelah sampai ke Air Itam, anda boleh melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke kuil.



5.Fort Cornwallis di Lebuh Light




Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.

Cara untuk ke sana: Anda boleh ke sana dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 103, 204, 502, atau, 10.


6. Masjid Terapung di Tanjung Bunga




Masjid yang bernilai RM 15 juta ini menampilkan seni bina yang unik hasil gabungan pengaruh rekaan tempatan dan Timur Tengah.  Masjid ini juga dikenali sebagai Mutiara Timur, ini kerana rupa bentuk bentuk masjid yang kelihatan seperti mutiara. Masjid ini mampu menampung sekitar 1500 jemaah dalam satu masa. Masjid ini terletak di tepi pantai menghala ke Batu Ferringhi. Pengalaman penulis yang ingin lakukan dan kumpulkan ialah mengerjakan solat jumaat di setiap negeri yang mempunyai masjid yang menjadi identiti sesebuah negeri.

Cara untuk ke sana: Naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101 atau 102.


7. Taman Botanikal Pulau Pinang




Taman yang seluas 30 hektar ini menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang. Malah ada air terjun di kawasan tersebut. Jadi ketenangan dan kedamaian menjadi tarikan utama taman ini untuk kalian carikan sesuatu yang diberi nama iaitu semulajadi. Sejarah taman ini mengatakan penjajah British telah membuka taman tersebut pada tahun 1884. Taman ini dibuka pada 7 pagi hingga 7 malam dan menariknya taman ini FREE untuk dimasuki. Jadi jikalau ingin merawat mata setelah banyak menggunakan ia untuk urusan kerja atau berdepan dengan komputer untuk tempoh yang lama, sinila tempatnya.


Cara untuk ke sana: Anda boleh berjalan ke Taman Botanikal dari Pengkalan Weld, jika suka berjalan. Lintasi Pengkalan Weld melalui jambatan pejalan kaki, belok kiri dan jalan sehingga sampai ke simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan dan berjalan sehingga anda tiba di Taman Botanikal. Jika tidak, cuma naiki Bas Rapid Pulau Pinang No.10 dari Pengkalan Weld atau Komtar ke Taman Botanikal.



8.Muzium Islam Pulau Pinang (Rumah Agam Syed Al-Attas) di Lebuh Armenia.




Syed Al-Attas adalah insan yang membina muzium ini pada tahun 1860. Beliau adalah seorang pedagang lada dari Acheh. Reka bentuk bangunan ini menampilkan pengaruh seni bina India, Eropah dan Arab. Muzium ini mempamerkan sejarah dan perkembangan Islam di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia sejak permulaan kedatangan agama Islam sehingga sekarang. Muzium ini juga dikatakan pernah menjadi pusat penyimpanan senjata ketika menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Jangan tanya kenapa hari Selasa ditutup. Bayaran masuk dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.

Cara untuk ke sana: Muzium Islam Pulau Pinang dapat dilawati dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 10, 301, 302, 307, 401, dan U502, turun di Lebuh Carnavon. Jalan sepanjang Lebuh Carnavon ke simpang Lebuh Acheh. Dalam jarak yang dekat, ke kiri, adalah Lebuh Armenian. Muzium Islam Pulau Pinang adalah di sebelah kiri simpang.

Penulis: Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Pinang ini seperti Masjid Kapitan Keling, Kilang Batik Pulau Pinang, Tokong Ular, Akuarium Perikanan Pulau Pinang, Muzium Mainan dan macam-macam lagila.  Hang, demo, ko, mung atau siapa-siapala jangan dok ralit gak gi ngular tempat oversea, negara kita sendiri world class bab pelancongan ni. Majulah industri pelancongan negara kita.

Rabu, 21 Mac 2012

LIVE STREAMING AYEYAWADY UNITED VS KELANTAN FA 21 MAC 2012

Assalamualaikum..

LIVE STREAMING AYEYAWADY UNITED VS KELANTAN FA 21 MAC 2012  || SIARAN LANGSUNG AYEYAWADY UNITED VS KELANTAN FA 21 MAC 2012 || SIARAN TERTUNDA PIALA AFC 2012 AYEYAWADY UNITED VS KELANTAN FA

Kepada peminat-peminat bola sepak tanah air khususnya peminat bola sepak Kelantan bolehla melayari live streaming perlawanan di antara AYEYAWADY UNITED VS KELANTAN FC yang akan disediakan di bawah ini.

SIARAN TERTUNDA PIALA AFC 2012 AYEYAWADY UTD VS KELANTAN DI RTM1

Bagi yang tidak berkesempatan menonton live streaming ini, jangan risau kerana ada siaran tertunda di RTM 1 pada pukul 12.30 malam nanti. Jadi untuk menonton live streaming ini, sila tunggu sehingga pukul 5.00 petang nanti kerana buat masa sekarang ia masih offline.




-Sila share dengan kawan-kawan ye-

SERAMAI 559 ORANG PELAJAR SPM DAPAT A+ BAGI SEMUA SUBJEK

Satu pencapaian yang menakjubkan apabila seramai 559 orang pelajar SPM (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) cemerlang telah mendapat A+ dalam semua subjek . Rekod ini telah mengatasi rekod tahun lepas iaitu seramai 403 orang pelajar.



Menurut Datuk Seri Abd Ghaffar Mahmud selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, daripada 559 orang pelajar itu, 506 dari sekolah kebangsaan dan selebihnya dari sekolah lain.

Keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun lepas adalah sebanyak 468,808 orang pelajar.

PEGAWAI DALAM JOHOR FA TELAH DITAHAN AKIBAT MENGATUR PERLAWANAN

Satu berita menggemparkan apabila pegawai dalam JOHOR FA telah ditahan bagi siasatan kes pengaturan perlawanan. Satu laporan yang dibuat oleh pegawai lain dalam JOHOR FA telah menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang mempunyai pangkat dalam JOHOR FA.

Johor FA adalah nama singkatan bagi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.



Polis telah menahan reman wanita tersebut selama 7 hari untuk membantu siasatan polis kerana didakwa mempunyai hubungan dengan bookie-bookie dalam mengaturkan perlawanan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga mengambil bahagian untuk membanteras kegiatan ini kerana ada unsur-unsur rasuah dalam pengaturan perlawanan.

Berita selengkapnya ikuti dengan KLIK SINI.

Khamis, 8 Mac 2012

KEPUTUSAN SBPA 8 MAC 2012 DARI PM





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

“Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan,” katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.



Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.


SEMOGA DENGAN KENAIKAN INI SEDIKIT SEBANYAK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT JELATA



STPM BAKAL DIMANSUHKAN MULAI TAHUN DEPAN





Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dimansuhkan mulai tahun depan.


Ia akan digantikan dengan tiga peperiksaan yang akan diadakan: -
>> Akhir tahun Enam Rendah;
>> Pertengahan tahun Enam Atas;
>> Akhir tahun Enam Atas.

Aku sertakan kenyataan dari akhbar berbahasa Inggeris untuk menjelaskan isu tersebut dengan lebih detail.

"The final batch of students to sit for the STPM examination will be the Upper Six students at the end of this year," said Malaysian Examination Council (MEC) chairman Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin who announced the scrapping of the examination system yesterday.

The new intake of Form Six students beginning with those entering Lower Six in May, will be assessed under the new assessment system,' underwhich there will be no more 'honeymoon year' (non-exam year).

The 2012 Lower Six cohort will sit for their first term examination in November, followed by the second term exam in June next year and the final one in November 2013,” Mohd Noh said.

Eligibility to enter university for tertiary education will be based on their Cummulative Grade Point Average (CGPA) from the three term examinations.

Speaking at the STPM excellence awards ceremony after the results of last year's examinations were announced, Mohd Noh said the MEC had studied the new assessment system and decided to fully implement it from the 2012/2013 batch onwards, in line with the Education Transformation Programme (ETP) to empower the Form Six education programme.

He said the new assessment system is the same as practiced in higher learning institutions which focus on outcome-based education and not be too examination oriented.

“It will better prepare and empower our students for their tertiary level,” he said, adding that although the assessment system is new, the learning periods, the offered subjects and grading system will continue as implemented under the current school system.

"Its advantage is that it will allow students to improve their examination results, by re-sitting their term examinations.

Meanwhile, elaborating on the new system, MEC chief executive officer Maziyan Hamzah said the assessment system is divided into school-based coursework assesment and the three term exams.

“The school-based assessment will be on coursework comprising assignments, practical work and field research which will be graded and make up 20% to 40% of the assessment," she said.

She said the remaining 60% to 80% of the assessment will be assessed from the three term written examinations,” she said, adding that students who do not do well in a term exam will also be given the chance to resit them.

Maziyan said the term examinations will lighten the burden of students to study the curriculum and enable them to focus more in smart learning.

“There is potential for them to perform better in each term as the scope of studies assessed in each term is smaller,” Maziyan said.

With this new system, she said the MEC hopes the percentage of students achieving excellent results will increase. SUMBER; THE STAR


Tak paham bahasa mat salleh? Guna google translate dan harus diingatkan bahawa tidak 100% dialih bahasakan dengan sempurna.

MEMILIKI UBAN DI RAMBUT BUKANLA PERKARA SIA-SIA

Assalamualaikum.

Uban di rambut sebenarnya lebih cool

Ramai yang mengganggap apabila memiliki uban di rambut maka timbullah perasaan rendah diri kerna merasakan diri sudah tua sedangkan usianya masih muda ataupun sememangnya dia telah memasuki alam warga emas. Hal ini telah menyebabkan ramai yang tertekan sampai ada mewarnakan rambut kembali menjadi hitam berkilat persis hitam metallic supaya kelihatan lebih muda padahal itu perbuatan yang sia-sia.

Ini kerana berdasarkan hadis di bawah ini, dapatla kita bermuhasabah diri dengan hati terbuka. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


SETIAP YANG BERLAKU ADA 1001 HIKMAH

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR- GAMBAR DAN VIDEO

Assalamualaikum..

Ringkasnya, Kuala Lumpur telah 'mandi wajib' dengan air hujan sejak dari petang tadi lagi. Kejadian yang berterusan ini telah meyebabkan terjadinya banjir kilat. Di sebalik kejadian itu juga, ada yang terpaksa berkayak untuk menyeberangi bagi menyelamatkan barang-barang yang dimiliki dan bergerak ke suatu tempat. 

Semoga banjir kilat ini memberi 1001 hikmah kepada orang ramai supaya berfikir secara optimis untuk mengatasi masalah tersebut di hari-hari yang mendatang. Ini kerna ia boleh melumpuhkan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ibu kota negara sekaligus mencatatkan kerugian yang besar. Kat bawah ni juga disertakan entri yang lepas mengenai banjir di beberapa tempat iaitu ; 



Aku sertakan gambar-gambar dan videonya sekali untuk sama-sama mengetahui keadaan di Kuala Lumpur khasnya yang berada di luar Kuala Lumpur.

Ini lokasi kat Stadium Bukit Jalil, sekali imbas cam salji

Banjir kilat kat Kampung Baru

Banjir kilat di tengah-tengah kota, naik sampai telan abis tayar teksi

Bukti kayak sedang menyelusuri banjir di Kampung Baru

Keadaan banjir kilat di Dataran Merdeka

--INI VIDEO BANJIR KILAT DI KAMPUNG BARU--




"SUDAH TIBA MASANYA, PROSES PEMBANDARAN HARUS BERKONSEPKAN MESRA ALAM SEPENUHNYA BAGI MENGURANGKAN RISIKO KEJADIAN BANJIR KILAT"




--VIDEO TERBARU--


VIDEO REMAJA MAUT AKIBAT TANAH RUNTUH KESAN BANJIR KILAT





Ahad, 4 Mac 2012

SEJARAH 3 MAC DETIK HITAM BAGI DUNIA ISLAM

Assalamualaikum

Ini adalah khalifah terakhir Islam yang terakhir meninggalkan istana atas arahan si celaka, Presiden Turki yang pertama, Mustapha Kamal Ataturk


3 Mac jikalau dilihat sekilas lalu umpama tarikh yang cantik dan cun tapi disebalik itu ada sejarah hitam yang sungguh menyayat hati jiwa rohani para muslim dan muslimah. Tarikh itu merupakan sejarah hitam bagi dunia Islam dimana terhapusnya sistem Khalifah yang berusia 1301 tahun sejak dari zaman Abu Bakar as-Siddiq. Manusia paling celaka yang menghapuskan sistem ialah Mustapha Kamal Ataturk yang merupakan anak emas British dan Zionis. Penghapusan khalifah ini berlaku pada 3 Mac 1924.

Ikuti kisah sepenuhnya di SINI.

"SEJARAH YANG BENAR SUKAR DIINGATI TAPI SEJARAH YANG PALSU SENANG DIHAFAL"

Sabtu, 3 Mac 2012

LIMA SUSPEK BERBAHAYA YANG DIKEHENDAKI UNTUK SIASATAN KES BUNUH

Assalamualaikum..

Lima suspek berbahaya dikehendaki ataupun diburu oleh polis mengenai kes bunuh di Sekichan. Jadi kalau kalian nampak atau ternampak salah seorang dari 5 orang ini, bolehla kalian menghubungi pihak polis untuk memberkas mereka dengan secepat mungkin. Ini kerna 5 suspek tersebut telah dikaitkan dengan kes yang disiasat dalam Sek 302 Kanun Keseksaan.

Macam ner nak tahu kalau gambar tiada? Rileks, aku ada gambar-gambar yang jelas menunjukkan 5 suspek tersebut. Perhatikan betul-betul dan save dalam memori. Susah-susah upload dalam handset ataupun print besar untuk ditampal di premis perniagaan yang kalian miliki.


Nama: Hau Boon Sin @ Ah Seng
Kpt : 911103-14-6281
Alamat: No.30 Jalan 1/16E Taman Nanyang Jinjang Utara  52000 Kuala Lumpur

Nama: Lee King Loong @ Erik
Kpt : 880521-10-5961
Alamat: No. 472 Jalan Besar Pasir Penambang 45000 Kuala Lumpur


Nama: Lock Boon Wei
Kpt : 920915-10-5209
Alamat: No. 375 Bagan Pasir Penambang Kuala Selangor


Nama: Ong Meng Seng @ Steven
Kpt : 901130-10-6516
Alamat: No 16 Jalan Rumah Murah Pasir Penambang Kuala Selangor

Nama: Yeng Cheak How @ Max
Kpt : 850901-06-5049
Alamat: No 7 Jalan Cang Guan Taman Kemajuan. 86000 Batu Pahat, Johor

Sekali lagi ditegaskan, jikalau kalian ternampak atau nampak salah satu suspek di atas tadi, sila hubungi ;

Insp Subamaniam A/L Ramasamy di talian 012-3301679
 
IPD Sabak Bernam 03-32245963 atau mana-mana balai polis berdekatan.


kredit to; Polis Selangor

"SEK 302 KANUN KESEKSAAN BUKAN PERKARA MAIN-MAIN"

ISTILAH-ISTILAH BABI YANG WAJIB DIKETAHUI

Assalamualaikum..

Babi itu apa? Kalau kalian tanya aku, babi ialah sejenis mamalia yang berwarna pink, montel dan suka mengeluarkan bunyi oink,oink,oink. Aku akan tunjukkan sekeping gambar untuk menggambarkan babi dengan lebih jelas.

Anak babi yang sungguh comel

Walaubagaimanapun, bukan pasal susur galur keturunan babi yang ingin aku ceritakan, ini cerita pasal ISTILAH-ISTILAH BABI YANG WAJIB DIKETAHUI. Kita sedia maklum yang babi ini adalah haiwan yang haram dimakan dalam Islam. 

Jadi kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan kalimah syahadah harus peka apakah istilah-istilah babi yang digunakan dalam dunia permakanan, perubatan dan sebagainya. Kita tak akan jumpa punya dalam senarai kebanyakkan makanan yang tulis direct babi 20%. Ia ada istilah-istilah yang kononya cute, gangster, dinamik dan sebagainyala padahal ia tetap dari babi. Jadi tanpa membuang masa, aku sediakan senarai istilah-istilah yang digunakan.

Pork
-Istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan

Swine
-Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi

Hog
-Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg

Boar
-Babi liar

Lard
-Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun

Bacon
-Daging haiwan yang disalai, termasuk babi

Ham
-Daging pada bahagian paha babi

Sow
-Istilah untuk babi betina dewasa

Sow Milk
- Istilah untuk susu babi

Porcine
-Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Ia sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

Pig
-Istilah paling umum diperkatakan, ia sebenarnya membawa maksud babi muda yang mempunyai berat kurang daring 50kg.


"BABI TETAP BABI WALAUPUN DIJENAMAKAN SEMULA"

Jumaat, 2 Mac 2012

HUMAN STATUE OF LIBERTY GAMBAR YANG SUPER AWESOME

Assalamualaikum

Sekian purnama aku berhibernasi, semusim jua blog ini terabai nafkahnya. Jadi aku klimakskannya dengan satu gambar yang sungguh bermakna untuk santapan minda para pembaca. Gambar yang dimaksudnya ialah Human Statue of Liberty. Mari aku cerahkan minda kalian bagaimana rupa paras sebenar Statue of Liberty ini.

Statue of Liberty



Berdasarkan gambar di atas, ia menceritakan mengenai Human Statue Of Liberty. 18,000 orang telah digunakan untuk membentuk statue ini. Siapakah mereka? Mereka tersebut adalah pegawai tentera dan askar-askar lelaki yang telah berkumpul di Camp Dodge, Iowa untuk membentuk Human Statue of Liberty ini. 

Di bawah ini adalah penerangan ringkas saiz dan ketinggian sebenar serta bilangan orang untuk membentuk bahagian-bahagian tertentu dalam menyempurnakan Human Statue of Liberty. Terpaksa di taip ke bahasa inggeris untuk memudahkan pemahaman. 

Base to shoulder:150 feet
Right arm: 340 feet
Widest part of arm holding Torch: 12 1/2 feet
Right thumb :35 feet
Thickest part of body: 29 feet
Left hand length: 30 feet
Face :60 feet
Nose: 21 feet
Longest spike of head piece: 70 feet
Torch and flame combined: 980 feet
Number of men in flame of torch: 12000 people
Number of men in torch: 2800 people
Number of men in right arm :1200 people
Number of men in body,head and balance of figure only: 2000 people

APA YANG UNIK MENGENAI GAMBAR INI? APA KEISTIMEWAANNYA?

Gambar ini unik kerana tahun yang diambil untuk merekodkan gambar hebat ini berlaku pada tahun 1918. Jadi, gambar ini adalah rare dan klasik bermutu tinggi. 18000 askar yang membentuk Human Statue of Liberty ini ialah askar yang sudah bersiap sedia untuk pergi berperang.