ENTRI TERBAIK

Khamis, 5 Januari 2012

USTAZ AZHAR IDRUS- USAH BUAT CERITA BUKAN-BUKAN PASAL DIA

Assalamualaikum..

Dah 2 kali dah blogger berlainan yang tak berapa kenan kat Ustaz Azhar Idrus buat entri bangang pasal beliau. Arituh kelana jaya sekarang taiping pula, pasni area daerah mana pula nak join? Tak amerikka kalau takde yang made in oversea.

Buat apa takut, peliknya cerita dia start selepas ustaz berjaya tarik begitu ramai pengunjung gi dengar ceramah dia berbanding gi raikan sambutan tahun baru di suatu lokasi. Hok aloh, benda maksiat nak sokong, benda ada ilmu tak mahu sokong. Berat nanang.

Kat bawah ini adalah adalah keratan gambar dari fb yang memberitahu perihal kisah hidup ustaz, ianya simple tapi padat.


Profil ringkas mengenai dia--sumber
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nak padat lagi, aku sertakan video yang ustaz cerita pasal kehidupan dia


video


Usahla perdajalkan orang yang sebarkan ilmu agama kepada umat Islam di Malaysia, kredibiliti Ustaz Ahar Idrus yang berjaya tarik ramai anak-anak muda mendengar ceramah agama berbanding dok merempit tak tentu hala wajar dipuji. Jangan kerana tak sebulu, diperkotak-katikkan sedemikan rupa. Sudah-sudahla ye.

Tiada ulasan: