ENTRI TERBAIK

Jumaat, 6 Januari 2012

GAJI RM1500 RAKYAT MALAYSIA-KETAHUI BAGAIMANA MEREKA BELANJAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

GAJI RM1500 RAKYAT MALAYSIA-KETAHUI BAGAIMANA MEREKA BELANJAKAN

Tahun 2012 sudah hampir berusia seminggu dah, tentu macam-macam hal sudah berlaku dalam kehidupan kalian kan. Malam ini, aku nak bawa kalian mengetahui bagaimana rakyat Malaysia yang bergaji RM1500 membelanjakan duit mereka dalam sebulan.

Kat bawah ini aku sertakan butir-butiran perbelanjaan mereka. Mungkin yang masih belajar dan belum melangkah dalam dunia pekerjaan belum merasai lagi keperitan mereka. Bagi mereka, mungkin nilai RM1500 ini sudah besar, tapi sebenarnya belum mencukupi. Lihatlah dibawah ini. Mungkin gambar di bawah ini menunjukkan, orang yang bergaji RM1500 ini mungkin sudah berkeluarga.

Sumber dari facebook

BIL AIR, ELETRIK,STREAMYX DAN BROADBAND= RM100
MINYAK KERETA ATAU MOTOR= RM200
LAMPIN= RM50
BUKU SEKOLAH ANAK= RM150
INSURAN=RM300
BARANG KEPERLUAN DAPUR= RM300
DUIT SEWA BELI BULANAN KERETA= RM400
MAKAN HARIAN=RM450
LAIN-LAIN= PANDAI-PANDAILA BAJET

Rupa-rupanya, mereka terlebih RM450 untuk dibawa ke bulan depan sebagai 'hutang'. Bagaimana mereka survive ye?Kalau mereka mempunyai anak ramai, perit rasanya mereka survive. Jikalau, ada isteri yang bekerja,alhamdulillahla dapat jugak membantu suami mencari nafkah.

Apapun, hidup kena jimat-cermat tapi kalau yang kaki rokok tu memang sesuaila kais makan pagi, kais makan berhutang. Jom kita tingkatkan taraf hidup kita.

Tiada ulasan: