ENTRI TERBAIK

Sabtu, 7 Januari 2012

DATUK GILA SEKS SIMPAN GAMBAR KEMALUAN CUCU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pagi ini aku baca harian metro secara online, dan ada satu berita yang sungguh menyedihkan yang bertajuk DATUK GILA SEKS SIMPAN GAMBAR KEMALUAN CUCU. Pertama kali keluar dalam kotak fikiran aku, aku terkejut dan kecewa dengan sikap dajal datuk tersebut, bukannya nak melindungi kanak-kanak tersebut tapi hendak menghancurkan masa depan dia. Kanak-kanak tersebut bukannya orang lain tapi cucunya sendiri.Ikuti berita penuh di bawah ini..

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.

“Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu,” katanya.

Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber; hmetro

Datuk kepada kanak-kanak malang tersebut, insafla dengan sikap terkutuk kamu itu. Sudah punah masa depan dia dan lebih menyedihkan dia akan trauma sehingga menyebabkan dia tidak suka didekati oleh lelaki. Trauma ini bukan benda main-main, ambil masa untuk rawati dia jadi sembuh.

Tiada ulasan: