ENTRI TERBAIK

Selasa, 3 Januari 2012

CULTURE SHOCK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Awal pagi yang sejuk dibasahi manik-manik lutsinar dari dunia atas menjanjikan kenikmatan lenanya tidur. Gelap sekali pemandangan dari luar jendela kamar beraduku, bintang usah ditanya munculkah dia kerna ia merajuk tidak mahu menonjolkan kecantikkannya. Cukup sudah monolog pembukaan. Mari kita teruskan bicara bisu aku mengenai culture shock.Ianya tidak segempak dengan pendapat ahli akademik yang tersohor, sekadar luahan yang carca marba.

Culture Shock adalah kejutan budaya.Simple sudah penerangan.Berjela-jela buat apa nanti kena garu otak pula untuk fahaminya. Contoh paling simple apa itu culture shock, orang itu pada awalnya adalah orang yang sentiasa menjaga penampilannya dari segi akhlak peribadi dan pakaian, tapi bila dia keluar dari zon 'selesa' maka dia akan jadi terbalik iaitu dari berpakaian sopan kepada berpakaian seperti tak pernah cukup kain. Muka fizikal badan tak pernah berubah. Tapi kalau itu berubah gak, memang set ameriikkka la dia tuh. Bak kata lain culture shock level 2.

Kenapa dia terkena culture shock? Sebab iman dia tak gagah atau kuat. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan penting. Pada pendapat aku, bila kita berada jauh dari family dan agama islam bukan menjadi agama yang utama di tempat tersebut maka jiwanya akan kacau. Padahnya, dia tidak boleh survive dengan mengekalkan amalan yang selalu dia buat di tempat yang asing baginya. Jadi untuk membolehkan jiwanya dapat menyesuaikan diri sikit demi sedikit, dia mulalah terima budaya dan trend dalam sesuatu tempat itu dalam keadaan terpaksa. 

Keadaan itu mengambil masa juga tetapi dengan pengaruh rakan yang sudah semestinya kaki culture shock maka masa tersebut dapat dipercepatkan. Di situ, mulalah solat entah ke mana, datang bulan dibuat mc sampai setahun, berpuasa dibuat separuh hari, mak ayah dicall itupun minta duit, duit pinjaman dibuat enjoy sampai ingat kiamat tak wujud dan pakaian mulalah ikut trend haram jadah, kalau boleh bikini pun sanggup.

Siapa mangsa yang kerap alami sindrom ini? Kebanyakkan budak-budak dari kampung. Mereka terbiasa di serapkan nilai-nilai kekampungan yang kaya dengan budaya ketimuran. Kat kampung, mereka boleh survive dalam budaya tradisional seperti setiap malam jumaat, baca yaasin, setiap kali ada orang mati kena pergi tahlil, solat maghrib dan isyak pada waktu malam di surau. Sebab mereka boleh survive dalam budaya tradisional adalah kerana pantauan orang tua dari dekat, hidup bermasyarakat dimana semua orang saling menegur dan sebagainya. Itulah zon yang mereka hidup sehingga mampu mempertahankan gaya hidup mereka yang sederhana serta ikut stail Islam.

Mengenai pelajar yang IQnya tinggi melangit sampai buat kejutan dapat semua A, itu tidak menjamin dia dapat survive dari culture shock. Orang yang tak berapa pandai kenapa dia tak pernah culture shock coz dia tak keluar dari zon 'selesa'. 

Jadi kesimpulannya, usahla pandang ke barat..pandangla ke timur..belajarla ke dunia timur pula..insyaAllah zon anda yang selesa dulu-dulu akan ada talian hayat bila memilih dasar pandang ke timur. Culture Shock memang misteri dan kesan buruknya memang power tahap gaban. 

Sekian luahan dari aku mengenai culture shock. Jauhila dia seperti jauhila HIV.




Tiada ulasan: