ENTRI TERBAIK

Khamis, 29 September 2011

Makhluk yang bernama manusia

Lumrah naluri seorang makhluk bernama manusia mendambakan suatu kesempurnaan tiada kecacatan dalam suatu pencarian, pekerjaan, pemilikan dan sebagainya. Ia ditafsirkan sebagai lambang kehebatan, keunggulan, kebanggaan dan lain-lain yang bersekutu dengannya. Namun begitu, makhluk ini terlalu angkuh untuk membezakan antara realiti dan fantasi sehingga membataskan untuk melahirkan rasa bersyukur atas hikmah-hikmah Allah s.w.t kurniakan kepada mereka. Mereka kadang-kadang sanggup melakukan tindakan di luar batas kemanusian semata-mata untuk menjadikan fantasi itu realiti meskipun di jalan yang terkutuk. Pahala dan dosa seolah-olah bagi mereka cumalah cerita dongeng.

Sekadar gambar hiasan


Kenyataan itu amat pahit untuk ditelan oleh mereka yang pernah melalui pengalaman yang menyakitkan itu. Mereka leka dan terus leka sehingga membutakan hati mereka untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. Mereka melihat dunia ini seolah-olah syurga yang akan kekal buat selama-lamanya. Mereka akan tersedar dari lamunan menjahamankan itu bila ditimpa kesusahan,bala, penyakit dan sebagainya. Tika itula, mereka akan mula mencari-cari Maha Pencipta mereka. Sungguh mereka tiada sifat malu akan sikap mereka itu. Ketika senang, dilupakan malah jauh sekali untuk bersyukur, namun bila diazab dengan kesusahan mulalah mencari-cari sejadah untuk memulakan pertalian ghaib dengan Allah s.w.t semata-mata untuk mengadu kesusahan yang dialami. Kenyataan ini mesti pahit bagi manusia yang melalui pengalaman ini namun hakikatnya itulah kita sedang lalui saban hari. Kita tak sedar kerana bila kita telah diberi petunjuk untuk menyelesaikan kemelut yang kita hadapi, kita akan cepat lupa pada Yang Maha Satu nanti. Kita akan kembali dengan perangai buruk lama kita nanti. Hakikat ini pahit untuk ditelan kerna ia memang berlaku dalam kehidupan kita seharian dan ya aku ulangi kembali ayat ini, kita akan selalu lupa pada Allah s.w.t bila kita dalam kesenangan. Itulah ragam manusia yang melafazkan kalimah syahadah.


p/s : Sori aku terlalu lama menyepikan diri untuk kembali berblogging..

Ahad, 18 September 2011

Minggu depan interview..so bz amat sangat..

Assalamualaikum..

Ni pesanan ringkas dari tuan punya blog GMMS..aku bz gila minggu neh..ada interview kat negeri hutan batu yang paling popular dalam Malaysia(*korang tekalah)..untuk jawatan bahagian IT dalam TM..doakan aku sukses ye..maklumlah blogger kampung nak masuk dalam hutan batu, bahaya gak tuh hahahah takut boleh sesat di mana2 hehe..InsyaAllah..

Khamis, 15 September 2011

Top 10 Sukan Paling Popular di Tonton

Assalamualaikum...

Okey GMMS minta maaf seinfiniti kerna lama menyepi..bukan apa,ini kerna idea tuan punya blog sedang mengalamai krisis kekeringan idea seperti musim kemarau melampau di Gurun Sahara..So ini adalah idea yang pertama timbul iaitu Top 10 Sukan Paling Popular Di Tonton..

10. Tinju

Tinju
Sukan ini kelihatan ganas tapi ianya berbentuk hiburan ketika zaman Greek dan Roman.Ianya bermula pada tahun 2 dan 3 Sebelum Masihi. 2 juta penonton fanatik mengabdikan kefanatikan mereka untuk melahirkan rasa cinta akan seni sukan tersebut. Muhammad Ali adalah ikon atau lagenda dalam seni sukan tinju tersebut.


9.Golf

Golf
Mungkin setengah pihak mengatakan sukan golf ini amat membosankan dan hanya milik orang-orang kaya sahaja..Tapi sukan ini mampu menarik kira-kira 5 juta penonton dalam suatu masa. Golf ini mempunyai 9 atau 18 lubang di padang untuk dimainkan.Dikhabarkan juga sukan golf ini berasal dari China,Scotland atau Rome.Ikon sukan ini sudah pasti menjadi milik Tiger Woods walaupun buat masa sekarang kelihatan prestasi beliau teruk jatuh menjunam akibat krisis masalah ketagihan seks beliau. 


8. Atletik



Sukan atletik adalah antara paling popular kerna 8 hingga 10 juta menyaksikan acara saringan 100 meter lelaki akhir dan juga lompat tinggi wanita. Rekod ini telah dicatatkan oleh The World Athletic Meet yang melakukan statistik tersebut. Sukan ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 776 Sebelum Masihi. Pelbagai rekod dunia telah dipecahkan sejak akhir-akhir ini. Ikon dalam sukan ini untuk zaman moden sudah tentu milik Usain Bolt yang kerapkali mencetuskan fenomena pecah rekod dunia setiap kali beliau menyertai mana-mana kejohanan.Pelbagai kejohanan telah menyediakan acara sukan tersebut iaitu dalam Sukan Olimpik, Komenwel, Kejohanan IAAF dan lain-lain lagi.


7.Besbal



Percayakah anda yang 19.1 juta manusia telah jatuh cinta pada sukan ini ketika kejohanan World Series pada tahun 2009? Itu adalah benar kerna kejohanan ini adalah yang paling berprestij di Amerika dan Kanada yang rata-rata mempunyai ramai peminat fanatik dalam sukan ini. Pada mulanya, sukan ini diperkenalkan di England pada pertengahan kurun 19. Sukan ini adalah sukan nasional untuk negara Amerika Syarikat yang sangat popular di Amerika Utara. Kelab New York Yankees adalah antara kelab tersohor dalam sukan ini.


6.Lumba Kuda



Sukan lumba kuda ini lebih dikenali ekuestrien. Janaan pendapatan hampir USD115 Juta hasil dari aktiviti perjudian telah membuktikan kepopularan sukan tersebut. Sukan ini juga terbahagi kepada lumba kuda mengikut jenis kuda, sukan edurance dan lumba kuda quarter. Kentucky Derby adalah lokasi yang paling popular untuk menyaksikan kemeriahan sukan tersebut. Ianya biasa akan berlangsung pada setiap bulan Jun setiap tahun. Ikon sukan ini di Malaysia bagi sukan ekuestrien adalah Qabil Ambak.


5.Lumba Motor



Lumba Motor ini merangkumi sukan lumba motorsikal dan kereta.Atau lebih dikenali Formula One, Grand Prix 1, World Rally Championship dan sebagainya. Formula One adalah jenis sukan kereta yang paling popular di dunia dengan kategori lumba kereta satu tempat duduk. Nama-nama seperti Sebastian Vettel dan Michael Schumacher adalah sebutan dibibir peminat-peminat fanatik sukan ini. Dianggarkan sukan ini mampu menarik penonton lebih dari 20 juta orang penonton seluruh dunia dari suatu masa.


4.Tenis



Sukan ini tidak asing lagi di planet Bumi kerana popularitinya yang hebat. Buktinya, sukan tenis ini pada Kejohanan Wimbeldon mempunyai purata 2.2 juta penonton bagi setiap perlawanan! Tapi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat lagi hebat penangannya apabila mampu mencatatkan 63.5 juta penonton secara keseluruhan yang menjadikan purata 10 juta penonton bagi setiap perlawanan! Sukan ini berkembang luas di serata dunia dan telah menganjurkan beberapa kejohanan yang terkenal seperti Kejohanan Grand Slam, Terbuka Australia dan banyak lagi. Ikon sukan ini adalah milik Pete Sampras. Namun begitu di zaman moden ini, Novak Djokovic adalah pemain nombor 1 dunia yang dalam pembikinan untuk memecah rekod John McEnroe.


3.Bola Keranjang



Kira-kira 2 Billion penonton dari seluruh dunia telah mengabdikan untuk mencintai sukan bola keranjang. Sukan ini amat popular di Amerika Syarikat dan Eropah. Liga NBA adalah kejohanan yang menganjurkan sukan ini. Setiap perlawanan dianjurkan dalam sukan tersebut mampu menarik minat kira 2 juta penonton. Untuk rekod, kejohanan liga NCCA berjaya menarik minat 12 juta penonton


2.Kriket



Mungkin kalian akan kurang bersetuju mengatakan sukan ini adalah yang kedua paling ramai ditonton tapi hakikatnya inilah berlaku kerna pada kejohanan Kriket Dunia pada tahun 2007 mempunyai seramai 627000 penonton di stadium sahaja manakala lebih 2.2 billion penonton dari seluruh dunia menyaksikannya melalui televisyen! Sukan ini mendapat lesen bagi menyiarkan secara langsung sukan kriket ini untuk lebih 220 buah negara di seluruh dunia pada tahun 2011.


1.Bola Sepak



Sukan ini adalah yang paling popular ditonton di seluruh dunia. Buktinya, pada perlawanan akhir Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan telah mencatatkan seramai 715.1 juta penonton. Peminat fanatik untuk sukan ini dianggarkan berjumlah kira-kira 3.5 billion manusia di seluruh dunia. Ikon-ikon banyak diperkatakan dalam sukan tersebut seperti pada zaman moden ini antaranya Lionel Messi,Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney menjadi idola. Malahan mereka mempunyai ramai peminat fanatik dari seluruh dunia.


p/s: Terima kasih kerna masih setia dengan GMMS..

Jumaat, 9 September 2011

6% cukai prepaid--satu tindakan bijak mengajar erti berjimat-cermat

Assalamualaikum..

Oh yeah!!cukai sana-sini adalah bukti Kerajaan benar-benar mahukan rakyatnya mengamalkan konsep berjimat cermat..dulu pasal Astro dan sekarang prepaid pula..Ala yang main top-up rm5, rm10, rm30 tuh..gores kad top-up dan masukkan nombor code ia, n dapatla kredit..dulu boleh main RM10 sekarang tambahan 6% menjadi RM10.60--eh eh bukan RM10.60 tau..dijangka ia akan dijual RM11 tau..coz ada dikhabarkan penjual topup tepi jalan pun dapat marginal untung 10sen kalau nak men jual RM10.60 neh hehe..

Ni link untuk fahamkan betul ke RM10.60 dijual?Klik SINI..aku serahkan pada yang lebih mengetahui hal ini..so bacala andai korang nak tahu lebih lanjut

Ala 60 sen je..hahaha itu memang aku nak pedigree la sapa cakap camtuh..kalau 60 sen seumur hidup takpela juga,bro n sis..neh benda salah satu keperluan yang kita selalu dok guna hari-hari..korang gunala sifir sendiri lah nak agak 60 sen neh kalau dipuratakan dalam setahun..itu baru sorang..kalau didarab dengan 24 juta penduduk(bukan semua pakaila--anggaran je)..hahahah boleh beli perhiasan di jari tuh hehe..

Rileks rileks..cukai ini ada pekdahnya..ia mampu mengekang pelajar dari dok buang masa main sms,call2 pakwe or makwe..hehe..hahah ingat prepaid neh yang guna student saja ke...yang pendapatan rendah pun ada guna servis prepaid neh..maklumlah x mampu nak men bayar bil bulan2 hehe..

So kesimpulannya..langkah kerajaan mengenalkan cukai ini adalah tindakan yang paling bijak dan mantap untuk dikenang oleh generasi masa kini..mungkin kerajaan sudah tak mahu lagi mentadbir negara ini..oh tidak..janganla..nanti takde pula dramaking pasal liwat or whateverla..kerana sungguh funnyla ada liwat 2.0 hahaha..

p/s: Nanti PRU datang menjelma, drama harga turun sana sini akan berlangsung dengan hebat dicanang oleh media-media elektronik or kronik yang terkemuka di negara ini..Tak caya.korang tunggula..hehe..

info: isu semasa isu cukai 6% prepaid cukai prepaid cukai 6% prabayar cukai 6% prepaid maxis cukai 6% prepaid celcom cukai 6% prepaid digi cukai 6% prepaid umobile

Selasa, 6 September 2011

Isu-isu semasa yang hangat diperkatakan

Assalamualaikum..

Sekarang kita berada di bulan September..bulan depan boleh start dengar lagu Tragedi Oktober dari Awie..Oh tidak, dah melalut dah gamaknya irama blog neh..Okey stop jenaka yang takde waranti di pagi ini..  

Pertama kali mari kita freshkan minda kita mengenai isu semasa..Isu semasa ni ialah isu yang tengah hangat diperkatakan,diperdebatkan dan dicanangkan sejak-sejak akhir ini..Kadang-kadang ia punya takrif meliputi kontroversi, gosip, perkauman, keagamaan, politik dan sebagainya..Ianya penting untuk diambil tahu dan kadang-kadang dijadikan modal untuk melariskan cerita, gosip dan sebagainya yang mampu menaikkan rating populariti sesuatu organisasi walaupun kadang-kadang cara pembawaan cerita itu agak melampau dan berbaur fitnah..

Simple summary..ada banyak isu-isu semasa berlaku di Malaysia neh yang boleh diketengahkan..nanti aku simplekan ia untuk santapan minda korang..tak perlu panjang-panjang,just sekadar untuk membookmarkan dalam ruang minda korang bagi mengingati apa yang berlaku di negara kita..

1)Pendedahan Siapa Sitt Al Wuzara

Dikatakan ini adalah suspeknya
Klik SINI untuk bacaan seterusnya..(kena guna facebook)


2)Kematian seorang jurukamera Bernama, Noramfaizul Mohd Nor dalam misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Jurukamera Bernama yang terkorban, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
Klik SINI untuk bacaan lebih detail (tak perlu guna facebook)


3)Merungkap siapa sebenarnya Mat Indera

Mat Indera
Klik SINI untuk bacaan mengenai sejarah hidupnya..(kena guna facebook)


4)  Apa perjuangan sebenar Tok Janggut di Kelantan(apakah sekadar mengenai cukai?)

Tok Janggut digantung secara terbalik

Untuk bacaan lanjut, Sila Ke SINI..(tak perlu guna facebook)


5) Isu penderaan Kucing dan Anjing di Pekdenot



Klik SINI untuk bacaan lanjut mengenainya (kena guna facebook)


5) Gempa bumi 6.5 Skala Richter di Sumatera Utara


Gempa Bumi 6.5 Skala Richter di Sumatera Utara

UPDATE : This is a revision of the earthquake information issued at 2.02AM

A strong earthquake
Time of Occurrence : 1.55 am on 06 September 2011
Coordinates : 2.9 North 97.6 East
Location : Northern Sumatera. 127 km Southwest of Binjai, Indonesia. 363 km Southwest of P.Pangkor, Perak.
Magnitude : 6.7 on Richter scale
Assessment
-No tsunami threat
-Tremors felt over Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang & Kedah. No Tsunami threat.

source: Meteorology Malaysia



6) Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2011 bermula pada malam ini dengan live di Tv 1 dan Astro Arena

Piala Malaysia yang menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding
Live Astro Arena..T-team vs Selangor--pukul 8.45 malam..main di Stadium Sultan Nasiruddin Syah, Terengganu

Live Tv 1--dikatakan Selangor PKNS vs Negeri Sembilan--pukul 8.45 malam--main di Stadium MBPJ

Klik kat SINI untuk jadual penuh (tak perlu guna facebook)


Masih banyak lagi isu-isu yang tengah hangat diperkatakan..dengar khabar Kris Dayanti dah selamat melahirkan anak yang bernama Aryana Amora..Kisah mengenainya boleh rujuk di blog Safura.Online.Diary


p/s: Aku ingat pendek je rupanya panjang pula entri neh  >,0

Info: Gempa bumi 6.5 Skala Richter Sumatera Barat, Jadual Piala Malaysia 2011, penderaan Kucing dan Anjing Pekdenot,Tok Janggut, Siapa Mat Indera, Sitt Al Wuzara, Noramfaizul Mohd Nor,