ENTRI TERBAIK

Isnin, 29 Ogos 2011

Full Time dan All Goal Highlights Manchester United 8-2 Arsenal

Assalamualaikum...

Manchester United vs Arsenal


Gol-gol dan layangan kad kedua-dua pasukan

Video highlight antara Manchester United vs Arsenal dengan keputusan 8-2


Permainan yang menghiburkan dari Manchester United apabila mereka mengamuk sakan dengan membelasah musuh ketat tradisi, Arsenal dengan keputusan 8-2..Wauuuu!!! Satu keputusan diluar jangkaan, kerana Arsenal terkenal dengan disiplin yang ketat dalam bertahan sejak akhir-akhir ini dengan persembahan hebat dari penjaga gol mereka, Wojciech Szczesny tapi pada pagi ini adalah detik malang buat beliau kerana terpaksa "demam" buat seketika setelah di bolosi 8 gol..

Danny Wellbeck sekali lagi menunjukkan kehandalan beliau dengan skill menanduk beliau yang sungguh mengelirukan yang menewaskan Szczesny setelah menerima hantaran kuisan yang menarik dari Anderson..Satu tindakan yang bijak untuk memecahkan tembok pertahanan Arsenal yang diketuai oleh J.Djourou..Tahukah anda, sejak kebelakangan ini, semua jaringan dari Wellbeck hasilnya dari tandukan..Walaubagaimanapun, beliau kelihatan cedera di bahagian pangkal paha kemungkinan besar, hamstring..mungkin rehat minima 2 minggu..

Arshavin memulakan pesta layangan kad,apabila menerima kad kuning yang pertama pada minit ke 15 setelah mengasari Ashley Young dengan terjahan keras..Sepatutnya beliau turut dilayangkan kad kuning kedua setelah membuat terjahan di buku lali Ashley Young sekali lagi tapi beliau bernasib baik kerana Howard Webb membuat keputusan meneruskan permainan.

Satu larian laju yang dibuat oleh Theo Wallcott di bahagian kiri telah memaksa J.Evans membuat kesilapan yang menghadiahkan sepakan penalti untuk Arsenal..Beliau telah menarik tangan Wallcott dan linesman telah melihat insiden tersebut dan Howard Webb tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning kepada beliau dan menghadiahkan sepakan penalti untuk Arsenal..Walaubagaimanapun De Gea menunjukkan kualiti yang hebat kerana telah berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Robie van Persie pada minit ke-27..

Apabila Arsenal bersiap-sedia untuk melakukan sepakan penjuru, Manchester United telah melakukan counter-attack yang cantik dimana Ashley Young telah menyudahkan satu sepakan lencong yang cukup menarik untuk disaksikan di luar kotak penalti pada minit-28..Satu tendangan yang cukup cantik dan mungkin boleh tersenarai dalam Gol of the Month..

Sebelum separuh pertama hendak ditamatkan, pasukan Manchester United masih bernafsu untuk menambah derita Arsenal apabila Carl Jenkinson menghadiahkan satu sepakan percuma untuk Manchester United dan dilayangkan kad kuning pada minit ke-40. Wayne Rooney yang mengambil sepakan percuma tersebut telah melakukan jaringan yang melencong ke sebelah kiri penjuru pintu gol Arsenal pada minit ke-41.

Tetapi Arsenal sempat memberikan tindakan balas untuk setidak-tidaknya mengurangkan defisit 3 gol kepada 2 gol sebelum separuh masa pertama ditamatkan apabila Theo Wallcott telah menjaringkan gol pertama untuk Arsenal..Gol ini berpunca dari T.Rosiscky yang mengesan Theo Wallcott tidak dikawal dari sebelah kiri dan Theo Wallcott terus melakukan rembatan yang kencang mengatasi De Gea pada minit ke-45.

Babak kedua terus bersambung dan kelihatan Arsenal menguasai tempo permainan buat seketika sekali sekala melancarkan serangan demi serangan bagi menyamakan kedudukan..Pada minit ke-61. J.Djorou telah dilayangkan kad kuning kerana menghalang Wayne Rooney dari membuat larian dari memasuki kotak penalti setelah membuat hantaran 1-2 dengan Chicarito. Tindakan Djorou itu telah menghadiahkan satu sepakan percuma di luar kotak penalti dan Wayne Rooney dipertanggungjawabkan untuk melakukan sepakan set pieces tersebut..Sekali lagi,Wayne Rooney menunjukkan kehandalan beliau untuk melakukan jaringan menerusi set pieces tersebut pada minit ke- 64..Satu tendangan yang melencong tepat ke sebelah kiri pintu gol Arsenal..

Selang tiga minit, Nani telah menambah derita pasukan Arsenal setelah berjaya memecahkan perangkap offsaid terus membuat sublime yang simple menerjah ke gawang gol Arsenal pada minit ke-67..Gol tersebut telah menjadikan keputusan 5-1 buat seketika..Sejurus selepas Nani menjaringkan gol, Sir Alex mengambil keputusan untuk mengantikan Nani dengan Park Ji-Sung..Anderson juga dikeluarkan untuk digantikan dengan lagenda, Ryan Giggs

Tindakan yang diambil oleh Sir Alex Ferguson itu membuahkan hasil apabila Park Ji-Sung menghadiahkan gol yang menarik setelah menerima hantaran dari Ashley Young dan disudahkan dengan sepakan rendah yang menarik menerjah ke sebelah kanan pintu gol Arsenal pada minit ke-70..

Namun begitu, Arsenal kelihatan tidak berputus asa untuk mencari gol bagi merapatkan jurang, setidak-tidaknya mengelakkan malu besar apabila Robie van Persie berjaya membalas dendam setelah gagal menjaringkan gol penalti pada awal permainan apabila menjaringkan gol setelah situasi kelam kabut dalam kotak penalti Manchester United pada minit ke-74..Gol ini menjadikan keputusan 6-2..

Arsenal mendapat malang yang bertimpa-timpa apabila Carl Jenkinson telah dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Chicarito berhampiran dekat kotak penalti pada minit ke-77..Rooney sekali lagi memainkan peranan untuk menyempurnakan set-pieces iaitu sepakan percuma namun kali ini gagal setelah sepakan yang diambil oleh beliau tidak menemui sasaran..

Namun begitu, Rooney berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-82 setelah Patrice Evra telah dijatuhkan oleh Theo Wallcott dalam kotak penalti yang menghadiahkan penalti kepada Manchester United..Gol yang dilakukan oleh Rooney tersebut telah menjadikan ia hatrik buat beliau..

Apabila perlawanan hampir untuk ditamatkan, Ashley Young menambahkan malam paling derita untuk Arsenal apabila sekali lagi melakukan jaringan yang cantik pada minit ke-90 setelah menerima hantaran dari Ryan Giggs dalam serangan balas dari sebelah kanan..

Jaringan tersebut menoktahkan keputusan 8 untuk Manchester United berbalas 2 untuk Arsenal..Sambil itu jom kita meraikan kemenangan tersebut dengan lagu kat bawah neh..Glory-glory Man United

Hahah bersemangat gila dengar lagu neh..


p/s: Sori panjang gila coz dah keputusan pun besar gila hahahaha..glory-glory manchester united!!!
p/s: Sapa-sapa penyokong tegar Manchester United, jom borak2 sakan di group kat facebook, klik 1 Million Malaysian Manchester United Die Hard Fans..Semua fans man utd kat situ sporting2 belaka..

Khamis, 25 Ogos 2011

Peristiwa Yang Pasti Terjadi Pada Minggu Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Entri amat panjang..saja je nak luahkan pe terbuku dihati..ikut suka hati korangla nak baca separuh or baca tajuk or baca sepenuhnya..janji Selamat Hari Raya untuk korang tetap aku ingin ucapkan...

Bermulalah XPDC untuk balik kampung pada hari ini..Pelbagai pilihan kenderaan akan dirancang..yang menjadi pilihan utama adalah bas..Manakan tidak, tiket selalu sold-out sampai kena ada bas tambahan yang semestinya memang kadang-kadang bas cap ayam(servis tak boleh jamin tip-top maksud aku)..Bagi yang drive, biasanya kerna sudah berkahwin dan sudah ada anak..Yang menjadi topik perbualan antara mereka  pada minggu-minggu terakhir sudah pasti mengenai destinasi manakah mereka harus pergi..adakah di sebelah pihak suami or pihak isteri?..Alangkah beruntungnya adalah bila suami isteri adalah berasal dari negeri yang sama..hehe..Dua-dua lokasi mak dan mak mertua boleh dikunjungi sama-sama..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi orang bujang, ada yang hati kering memulakan konvoi beramai-ramai dengan menaiki motor dan kereta..Biasanya kaedah konvoi neh mampu mengurangkan risiko kemalangan dan rasa bosan..Kadang-kadang ada orang kongsi kereta bersama,jadi minyak dan tol dapat dibayar sama-sama..Lagi bagus andai semua penumpang mampu memandu, so masalah mengantuk atau keletihan mampu diatasi kerna bolehla gilir-gilir bertukar pemandu..Aku cuma risau penunggang motosikal, yang pakai tubeless aku tak risau mana..yang pakai tayar ada lidi banyak-banyak tu selalu berisiko untuk pancit di tengah jalan..so penting bawa pam angin dan ada member yang pandai baiki motor(penting berkonvoi jangan men redah balik sorang-sorang)..kalau tak,beraya la di tengah highway..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita sedia maklum, yang bas memang akan berkonvoi beramai-ramai time balik raya neh so kadang kenderaan tersebut akan beratur cam kereta api kat jalan raya..ini mendatangkan risiko 50-50 kemalangan..beranikah anda nak memintas 3 bas dalam satu masa di jalan raya yang kurang rata?.Jadi dinasihatkan jangan bercita-cita menjadi seperti Sebastian Vettel masa nak balik kampung nanti..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi mengurangkan rasa mengantuk, yang lupa sediakan pendrive yang sarat lagu-lagu kegemaran anda..korang sedia maklum bila melalui jalan-jalan yang berbukit-bakau memang siaran radio cam lemah..so sediakan pendrive untuk dengar lagu-lagu di kereta..ini just sesuai kereta yang sediakan port untuk mainkan lagu yang pakai pendrive..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang pergi bershopping waktu ini, memang diskaun kaw2 gila dioffer..memang rambang matala jawabnya..semua serba baru..dengan gaji yang mungkin sudah masuk, maka shopping kali ini mungkin luar biasa..Kaum bapa sila kuatkan jantung anda ye heheh..Tahun ini, kaum bapa sememangnya akan lelah..walaupun pelbagai diskaun ditawarkan, tapi kita harus ingat bukan semua benda didiskaunkan seperti selalu kita pening kepala iaitu minyak..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan kita lupa, hari kemerdekaan akan menjelma tak lama lagi..jadi raya tahun ini sungguh special sekali..So no more rempit-rempit yeah..kita dah nak raya..jangan jual nyawa dengan begitu murah..err maruah pun sama tau..tau2lah kan..demi cinta ntah pe ntah, sanggup dijual maruah ngan harga murah sekali..tak caya?korang tunggula..dari bulan 8 tahun ni dorang jual maruah, bulan 5 or 6 tahun depan pasti ada kes buang bayi merata-rata..ini satu fenomena yang kerap kali akan dicipta oleh orang melayu kita..tak perlu kita wat2 terkejut ye..percayalah ini fenomena yang wajib ada dalam kalendar jenayah di malaysia..oh tanah airku!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita mengerti bila masuk minggu terakhir mak,akak,mak saudara or sapa2la yang pandai wat kuih-muih, pasti ini akan menjadi sibuk menjadi chef untuk menyediakan pelbagai kuih raya..yang nenek akan ajar mak, yang mak akan ajar anak perempuannya..yang anak perempuannya akan save itu dalam kepala..kira turun-temurun resipi akan diperturunkan dengan kaedah lisan..Yang buat banyak-banyak tuh, ada yang gi jual kat orang..dapatla duit saku..Ada gak yang gi beli kuih raya setelah timbul perasaan malas untuk buat kuih raya,mungkin dorang ingin memilih jalan untuk buat ketupat,lemang or dodol maybe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tukang jahit jugak menjadi bz gila cam bussinessman..soalan biasa ditanya oleh customer...dah siap ke belum baju raya i? Situlah punca pendapatan para tukang jahit naik secara mendadak..Mungkin rezeki bulan Ramadhan..Kebiasaanya pulangan rm1000 pun dapat dari hasil menjahit ini..so dapatla buat duit saku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zakat juga akan mula dilaksanakan oleh umat islam..Zakat fitrah yang dimaksudkan itu..Kadar bayaran berbeza mengikut negeri-negeri..Di bawah ini adalah kadar zakat fitrah mengikut tahun 2011



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuaca yang panas di awal musim Ramadhan pasti akan beraya dalam Bulan Syawal dalam kehujanan.Mungkin rahmat Allah sempena kedatangan bulan syawal..Aku main agak aje..heheh..tapi itu la pe yang berlaku kat tempat aku sekarang..hehe..sekarang dah hujan melanda sejak akhir2 neh bila masuk petang hari hehe..Mungkin sesetengah tempat aje akan berfenomena sedemikian hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siksaan kubur akan bermula bila berakhirnya bulan Ramadhan, maka bermulalah adegan tangisan yang menakutkan di sebelah kubur yang banyak wat dosa..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akan berlakulah peperangan yang paling pelik(kenapa pelik?kerna rata2 mangsa yang kerap kita dengar dalam tv or baca dalam suratkhabar adalah yang beragama islam muka melayu) iaitu perang mercun di sana sini..awal bulan Ramadhan slow2 bunyi..masuk je nak bulan syawal..lagi dahsyat bunyi..maka ramaila "askar2" yang terkorban jarinya,ada yang matanya rosak..ada yang maut hancur berkecai..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moreh-moreh akan berakhir secara rasminya..so bapak-bapak akan berbuka di rumah bersama keluarga..maybe mak akan masak special2 punya..hehe..mungkin anak-anak yang balik dari perantauan akan makan bersama dengan keluarga..mungkin ini adalah makan dengan full ahli keluarga untuk satu ketika..so riuh rendah pasti akan melanda nanti...heheh

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kad-kad raya akan singgah di peti surat nanti..tapi yang menjadi majoriti biasanya dari supplier aka syarikat-syarikat..hehe..yang mendominasi kad raya neh adalah menerusi SMS..mcam2 pantun korang akan dapat nanti hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu-lagu raya akan kerap berkumandang dicorong-corong radio..tak kira la stesen apa,mesti ada2 je lagu raya hehe..sampai ada yang meraung kot kalau tak dapat balik beraya..maklumlah KL pasti sunyi gila babas la bila tiap kali time nak beraya..mat bangla adala untuk diajak berborak hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu ajela..selamat membaca..hahahah bapak panjang..sori ye..itula yang aku kongsikan pe2 sepanjang aku bernyawa 24 tahun di bumi ini..:)

Rabu, 24 Ogos 2011

Tips Jikalau Anda Dirompak atau diPaksa keluar duit kat mesin ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan daripada nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. TQ:)

info dari facebook..sharing is caring..Sebarkan untuk keselamatan..

Selasa, 23 Ogos 2011

Kisah Lama: Tragedi Berdarah Letupan Kilang Mercun Bright Sparkles, Sungai Buloh

Assalamualaikum..

Sebelum aku menutup tirai kamar Gerbang Maya Melankolia Segar untuk hari ini, aku mempersembahkan satu link untuk korang baca dan fahamkan bahana bahaya mercun..Aku menjumpainya dari blog Lea IsNaw! 

Di bawah adalah linknya..




p/s: kalau ada akaun fb,bolehla baca ia..ambik iktibar dari pengajaran ini..

Isnin, 22 Ogos 2011

Musim perayaan: Berhati-hati bila pulang ke kampung

Assalamualaikum..

Semalam isu mercun, sekarang aku nak kupaskan entri pasal kemalangan pula..Setiap kali je musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidil Adha mesti akan ada terpapar dalam surat khabar atau televisyen yang mengisahkan kemalangan yang tragis dan menyayat hati..Satu fenomena yang seakan-akan menjadi kebiasaan ataupun trend setiap kali datangnya musim perayaan itu..

Salah satu kemalangan yang maut lagi tragis


Jadi dinasihatkan kepada para pemandu yang ingin pulang ke destinasi masing-masing di mana jarak perjalanan yang boleh dikatakan jauh, berhati-hatilah di jalan raya, peka dengan keadaan sekeliling..Kalau mengantuk sangat, berehatla sekejap..Pastikan kereta diservis betul-betul sebelum memulakan perjalanan tuh..Kita tidak mahu keluarga kita di sana beraya dengan suasana muram..

Aku mengharapkan syarikat-syarikat pengusaha kayu balak ke pasir ke kuari ke dan whateverla tolongla stop operasi selama 3 hari sebelum ketibaan bulan Syawal tuh..Kadang-kadang ada pemandu rasa gerun nak memintas aka memotong anda..Maklumlah highway dekat-dekat Gua Musang tuh gila ar jalan ada yang tak betul,tak rata dan sempit pula tuh..Mungkin kos keuntungan akan merosot teruk tapi nyawa manusia adalah amat mahal..kedai pajak pun tarak jual itu punya nyawa..Jadi tolonglah tebalkan nilai kemanusiaan dalam jiwa korang wat seketika..Semua orang mahu hepi-hepi beraya..*bajet syarikat tuh bacala sangat rayuan ku neh huhu..>,<


p/s: Jadilah mayat hensem tapi apapun ajal maut di tangan Allah s.w.t..Berhati-hatilah dijalan raya ye..

Bahana Perang Kebabbomm


Assalamualaikum...

Seperti biasa masuk je minggu terakhir bulan Ramadhan pasti ada pertempuran yang tak bertauliah akan berlaku..Pertempuran itu dikenali sebagai Perang Kebabbomm atau Perang Mercun..Perang ini tiada definisi tepat untuk ditafsirkan apakah tujuan perang tersebut diadakan..Mungkin untuk menandakan masuknya bulan Syawal? Mungkin untuk mendiamkan seketika nafsu yang mengajak ke jalan yang membinasakan diri? Mungkin untuk meraih gelaran jeneral paling hebat dalam peperangan tersebut? Apapun persoalan yang mengaitkan fenomena tersebut sudah pasti akan menemui kecelakaan..

Umum mengerti perbuatan menyertai perang tersebut boleh terdedah kepada bahaya yang boleh dilihat kesannya..Kesannya amat teruk bahkan ada yang mengalami "ketidakhenseman" seumur hidup..Malah ada yang terpaksa "berimigresen" ke dunia baru..Ini contoh yang boleh dibookmarkkan dalam otak..Ini penting bagi mensetkan minda untuk katakan tidak kepada mercun..Atau sememangnya sudah menjadi lumrah manusia kena kat diri sendiri baru nak menyesal?

Mangsa mercun

Mangsa mercun gak

Mungkin mangsa-mangsa mercun kelihatan seolah-olah askar atau perajurit yang tercedera dalam medan pertempuran..namun yang menjadi mangsa adalah "askar" yang belum layak melepasi had kelayakan fizikal untuk menjadi seorang askar sebenar..Jadi pengorbanan mereka tidak dapat dihargai dengan lebih berkesan..Yang pasti mereka akan mendapat trauma yang dahsyat ataupun kesamaran masa depan mungkin berlaku..

Jadi sila pantau kegiatan anak-anak korang..asuh minda dorang supaya say no to mercun..Biar dorang dibelasah dengan penyapu dari dorang membelasah diri sendiri dengan perbuatan yang bodoh seperti bermain mercun..


p/s: Say no to mercun..please..jangan jadikan Hari Raya tahun ini dan akan datang paling malap dalam hidup korang..

Khamis, 18 Ogos 2011

David Villa Menghina Islam




Assalamualaikum..

Mesut Ozil mengamuk sakan bila David Villa menghina Islam..Satu perbuatan ntah pe ntah dilakukan oleh David Villa..Dia seharusnya tidak membangkitkan soal isu keagamaan dalam pergaduhan el-clasico neh..Itu isu paling sensitif.

David Villa

Yang aku herannya dalam pasukan Barcelona sendiri ada pemain-pemain yang beragama Islam iaitu Eric Abidal, Ibrahim Affelay dan Seydou Keita,jadi bagaimana David Villa boleh tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam..


Mezut Ozil

Inilah kata-kata dari Mezut Ozil (pemain bola sepak Real Madrid dan Jerman yang beragama Islam)

"I started because I was defending my religion, because David Villa has insulted Islam," said Mezut Ozil.

Berikut adalah edisi fight el-clasico antara FC Barcelona vs Real Madrid FC pagi tadi..



p/s: El-clasico el-clasico gak tapi jangan sekali-kali mainkan isu keagamaan..itu tahap tertinggi dalam isu perkauman dalam dunia bola sepak..huhu..

Rabu, 17 Ogos 2011

Lakaran Wajah Suspek Penyimbah Asid

Assalamualaikum..

Umum mengerti kejadian simbah-menyimbah ini adalah tindakan paling kurang ajar andai dilakukan dengan kaedah simbah dan lari..Tapi lebih hina dan jijik perbuatannya andai simbahan itu diadunkan dengan sejenis asid ntah kejadah namanya..Di sini aku sertakan lakaran wajah suspek penyimbah asid yang terbaru...Dulu versi muka cam India, sekarang ntah muka jenis mana pula..Di bawah ini adalah lakaran wajah suspek penyimbah asid..

Lakaran wajah suspek 
Petikan yang aku copy dari blog sozcyili..


Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.

“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran rupa bentuk fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya.-JPN-



p/s: Kejadian simbah-menyimbah asid memang tindakan kurang ajar paling laknat..Sesuka hati je dia nak menyimbah asid kat muka orang lain..amacam kalau orang lain simbah kat keluarga mereka...Ahhh..ada mereka peduli?..maybe mental tak sihat kot kat penyimbah asid tuh..

Selasa, 16 Ogos 2011

Selamat hari lahir untuk aku

Assalamualaikum..

Entri ini simple dan ekspress..Aku just mahu ucapkan selamat hari lahir untuk insan yang bernama Ahmad Shukree..Insan tersebut adalah aku..:)..kini aku sudah berusia 24 tahun..dewasa kah umur sedemikian..hehe

Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati perjalanan hidup aku, memberikan rezeki yang melimpah ruah kepadaku, menjadikan aku seorang yang matang dan berwawasan tinggi,menjadi anak yang soleh dan hormat kepada orang yang lebih tua serta menjadikan hidupku ini berwarna-warni seperti langit..Yang pasti, disebalik pelangi itu, terselit pelbagai pengalaman yang indah..



Terima kasih kepada sesiapa yang mengucapkan selamat hari lahir dan happy birthday kepadaku..:)..


Isnin, 15 Ogos 2011

World Longest Sea Bridge || Jambatan Terpanjang di Dunia

Assalamualaikum..

Jambatan merupakan satu titi besar yg dibina merentangi sungai atau laut untuk lalu lintas kenderaan dan manusia..Alhamdulillah kita boleh berbangga dengan jambatan yang hebat dan antara terpanjang di dunia iaitu Jambatan Pulau Pinang..Ia pernah menduduki rangking ke 3 untuk kategori jambatan terpanjang di dunia ketika zaman kegemilangannya..

Jarak keseluruhan : 13.5km
Trafik : 6 laluan
Tarikh dibuka : 1985
Eh, kita jangan wat-wat lupa pula..ada lagi jambatan terpanjang kat negara kita neh selain Jambatan Pulau Pinang tuh..Ianya bernama Jambatan Kedua Pulau Pinang..Jambatan baru itu akan berjarak sejauh 24 km dan menelan kos RM3 billion..Cakap banyak tak guna, korang boleh rujuk di SINI untuk rujukan lebih lanjut..

Gambarajah lakaran Jambatan kedua Pulau Pinang

Walaubagaimanapun di negara China sudah membina fenomena kegilaan dimana telah mencipta rekod dunia iaitu jambatan yang terpanjang didunia masa kini yang diberi nama jambatan The Jiaozhou Bay yang mempunyai jarak keseluruhan 26.4 miles atau setelah aku convert kat SINI menjadi 42.5 km..Kos membinanya dikatakan mencecah $1 billion.Mari kita melihat ia lebih dekat..









p/s: Jambatan neh kalau naik dengan motor honda mata bulat, jangan gila nak try nanti pecah enjin nak pulas minyak silap-silap haribulan anda pula tercampak ke laut heheh

Jumaat, 12 Ogos 2011

Most Expensive House Family in the World || Rumah Keluarga Paling Termahal Didunia

Assalamualaikum..

Selamat pagi..kali ini aku ingin kongsi entri pasal rumah..Kita sedia maklum bahawa rumah adalah tempat tinggal untuk kita makan,minum,tido dan melakukan amal ibadah..Ada yang berumah versi banglo, teres, kondominium, sewa, setinggan, kayu dan sebagainya..

Tapi kegilaan manusia yang mempunyai harta yang banyak membolehkan rumah menjadi satu trend untuk dijadikan aset kekayaan atau trademark nilai kekayaan yang dimiliki..Antara salah satunya rumah milik Mukesh Ambani atau dikenali Antilia House yang bernilai $1 billion..Jom kita lihat

Antilia ini dinamakan bersempena sebuah pulau mitos di Atlantik dan mengambil konsep Taman Tergantung Babylon

Rumah ini mengambil 3 tahun untuk disiapkan dengan keluasan lebih 398ribu kaki persegi dan 568 kaki ketinggiannya

155,835 USD digunakan untuk bayar api letrik rumah beliau untuk satu bulan

Ruang tamu yang mempunyai sentuahan yang mewah dan eksklusif

Dalam gambar ini, ada satu ciri-ciri yang hebat iaitu mempunyai crystal chandelier yang merangkumi kira-kira 80% siling dalam dewan tersebut

Ruang dapurnya boleh memberi servis 1000 orang tetamu dalam satu masa

Setiap tingkat ada fungsi kemudahan yang sungguh hebat

Rumah itu bernilai $1 Billion dibina oleh Mukesh Ambani untuk tinggal bersama isteri dan tiga orang anaknya

p/s: Rumah bertingkat-tingkat cam best gak untuk didiami..heheh..

Khamis, 11 Ogos 2011

Misi mencari ayam golek--success

Assalamualaikum..

Ada hampir 25 minit lagi maka berkumandangla waktu azan maghrib bagi seluruh negeri Kelantan bagi zon 1 seperti daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan bla bla bla..Tadi aku kuar pi bandar mencari seekor ayam yang montok lagi menggiurkan untuk dimakan waktu berbuka nanti..Ianya dikenali sebagai ayam golek@ayam putar@ayam mari bergoyang kot..

Ia berharga rm18 bagi seekor..murahla jugak..mananya tak, aku sorang je makan...err abes tak aku makan nanti?..Jadi mission success..Jadi sapa-sapa yang beli gak ayam golek tuh..jom kita makan sama-sama nanti heheh..

Ayam Golek

"SELAMAT BERBUKA SEMUA"

Triple Thrills, Stratosphere Las Vegas- Menguji Fobia Ketinggian

Assalamualaikum...

Korang tentu dah biasa main roller coaster yang macam neh kan..



Apa kata kalau korang cuba yang kat bawah pula..Benda ni ada kat Stratosphere di Las Vegas yang diberi nama Triple Thrills

Sebuah menara Stratosphere, Las Vegas

Di atasnya, ada jongkat-jangkit versi moden

Sapa2 mahu menjerit sampai pecah anak tekak,dipersilakan

Sementara ia menanti untuk diputarkan,kalau melayang, innalillah

Kereta api comel yang maut

Bila kegilaan bermula, maka kencing berak dinafikan haknya

Katakanla elektrik off, apakah pemuda itu akan berfikir?

Memang santai,tapi x boleh update blog bila dok kat situ

Bayangkan tali pinggangnya putus..bayangkan!!

Mula-mula renggang pahtu mari bergoyang..hahhaa ngeri siot

Penerangan simple permainan yang ditawarkan kat menara tersebut


Video yang memaparkan aksi mendebarkan tersebut



p/s: Aku fobia dengan ketinggian..

Rabu, 3 Ogos 2011

Super Motor--Gila Ke Kreatif? [8 Gambar]

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk hari ketiga kita sedang membina arca pahala berpuasa kan, so korang bina elok2 tau..Emm cuaca panas kan? So aku nak santaikan minda korang dengan paparan wayang gambar statik iaitu motor yang lain dari yang lain dengan kata lain super motor..Ala kat bawah neh contoh motor simple yang biasa kita tak akan cakap wauuu, wahhh, wooo dan whateverla....

Motor Kriss 120R Sports

Kat bawah neh adalah gambar-gambar yang super motor..bukan faktor laju tapi kerana design bodynya yang pelik dari yang lain heheh..Jom kita layan..


Jet pejuang motor..ada peluru berpandu?Sadis kejam hahaha



Motor beroda tiga yang rock!



kahkahkah..tayar motor cam tayar treler je



Hahah Sempoi..cam naik buggy je eheh



hahahah nos??need for pecut ke hahaha



hahaha ni mesti bunyi kuat tapi slow gerak



kalau jalan malam2 mesti ingat motor ghost rider hehe



hahah besar motor tuh..camner nak tekan brek ah??



Sampai ke tak tangan nak pegang handle tuh haahah



nak kona nanti mesti terbabas punya hahaha

p/s : Gila ke kreatif? Apapun memang boleh menarik perhatian sesiapa kalau menunggang motor sebegini kat highway..tapi cari nahas la kalau nak men kat Highway Karak hheheh..