ENTRI TERBAIK

Ahad, 31 Julai 2011

Perihal Sahur

Assalamualaikum

Malam ini adalah untuk last entri bagi hari ini..Ianya mengenai perihal sahur..Semoga tazkirah lewat malam ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada kita dalam mengharungi musim menyelami keindahan nikmat berpuasa dan sahur..InsyaAllah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya"

1) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. 

2)Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah s.w.t akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

3)Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. 

4)Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T

5)Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

sumber: e-hadith

Niat puasa bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, aku ingin kongsikan satu ilmu yang berguna untuk kaum muslimin dan muslimat iaitu niat puasa bulan Ramadhan untuk sebulan dan harian serta doa untuk berbuka puasa..

Lafaz niat puasa sebulan 
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz niat puasa untuk harian
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa berbuka puasa
 Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa selepas berbuka puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Dan pesanan dari pihak tuan penulis:

"Berbuka simple-simple je jangan melantak cam 3 bulan tak jumpa makanan..lagipun pas berbuka mesti nak solat maghrib kan..x kan nak berpuasa aje tapi solat ditinggalkan...jangan..nanti kena maki kaw2..!!"

"Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali diriku dan blog ini kalau aku ada buat silap,menyinggung perasaan korang dan whateverla yang membabitkan mood dan perasaan korang..Jadi marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan..:)..

Sumber: Zelo95

Home Sweet Home

Assalamualaikum..

3 hari aku mentiadakan diri di dalam dunia blog ini..terlalu lama agaknya..maaf ye kerna terlalu lama menghilang..aku terlalu bz sejak akhir-akhir ini..sekarang baru aku free dari kesesakan "lalu lintas"..Apa khabar semua, kawan-kawan..terima kasih kerna sudi walaupun aku tiada 2 3 hari ini..:) dan juga selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak

Nanti aku menerjah ke blog korang ye..:)..

Khamis, 28 Julai 2011

Taman Permainan or Playground yang Menggerunkan

Assalamualaikum..

Emm aku tak tido lagi neh heheh..maklumlah nak bermusafir ke KL*bukan aku yang drive pun hahahah,abang aku yang drive hehe, aku layan tido je..heheh sambil nak lepas saka harimau dalam neraka SBJ tuh heheh..biar gi mati singa tuh..huhu dasar singa celup hahahah..;p..Eh apakata bawa anak-anak korang atau anak buah ke atau anak jumpa tepi jalan ke(*culik) main kat taman permainan ini..Adakah dorang akan maki hamun dengan menjerit dalam bahasa dorang sendiri je yang faham atau mereka selamba cipan pergi main?? heheh..

Wahahaha makan budak!!

Kalau hilang, bawak tok bomoh ye hahhaa

Ni kalau anak body besar nak men kat sini,tidak digalakkan

Tidak sesuai, nanti kena telan panadol extend junior(ada ke??)hahah

Err apa benda neh?

Waktu siang dia baik,waktu malam,makan budakkk!!

Harap tak jumpa ular dalam tuh heheh..

Ada lagi ekstra untuk hiburan dikala Khamis...apa dia?Usha kat bawah..

Gila ar anak patung nak men ciku cak plak!!Klik gambar ini untuk playkan ia..hehe
*Better open new tab

p/s: Ada kesempatan, aku update lagi entri..:)

Rabu, 27 Julai 2011

Mak dan Ayahku sudah berangkat pergi menghadap Kaabah

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku bz gila 2 3 hari ini setelah mak dan ayah aku akan ke Mekah untuk menunaikan umrah dan berpuasa di sana selama sebulan..Jadi aku tidak berkesempatan untuk membalas kunjungan korang semua..Today mak dan ayah aku akan pergi menaiki kapal terbang pada pukul 6.55 petang ini dan dijangka sampai di KL pada pukul 8 malam nanti..Mereka akan bertolak ke Mekah dari Kuala Lumpur pada 28 haribulan ini..



Oleh yang demikian, mereka akan menginap di rumah kakak aku di KL buat sementara waktu..Pengalaman berpuasa selama sebulan adalah perkara baru bagi ayah dan mak aku..Jadi kiranya itu adalah nikmat dan rezeki untuk mereka..dan aku sendiri kepingin nak berpuasa dan mengerjakan solat terawih bersama jutaan umat Islam.. InsyaAllah..Semoga mereka selamat sejahtera dan sihat walafiat sepanjang mengerjakan ibadah di sana..

Semoga perjalanan mereka selamat hendaknya..Amin..Terima kasih akan doa korang semua..

Isnin, 25 Julai 2011

Rogol adalah fenomena kegilaan dunia akhir zaman..

Assalamualaikum...

Saat aku menulis tinta usang ini, aku sedang winampkan lagu Cinta Kristal dari Rahim Maarof..untuk cerahkan sedikit kegelapan dalam kotak fikiranku..Mungkin tidak secerah mentari di ufuk timur, namun setidak-tidaknya mampu mencernakan buah fikiran yang membolehkan aku memplotkan ia sebagai skrip yang sebaik mungkin..

Dalam kehidupan kita ini sering didedahkan dengan masalah rogol..Satu fenomena yang cukup sinomin dengan pada dunia akhir zaman ini..Nafsu menjadi Tuhan kepada manusia yang berwajahkan syaitan demi memperolehi nikmat larangan yang sementara itu..Apakah nikmat merogol ini? Hanya perogol saja yang mampu mengerti kekejian nikmat tersebut..

Wajah klon syaitan!!

Aku amat benci sekali kepada orang yang merogol mana-mana kaum Hawa yang naif dan tidak bersalah..Dalam lubuk hati kecil mereka, tidakkah terdetik bagaimana kalau isteri, adik perempuan, kakak, mak, nenek dan saudara perempuan mereka "dilacurkan" secara paksa oleh insan yang seperti mereka? Apakah mereka mahu menyesal seolah-olah seperti bertaubat nasuha bilamana saudara-saudara perempuan mereka diperdajalkan sedemikian? 

Janganlah ragut mahkota yang bukan hak milik anda..Milikilah ia dengan cara yang sah..Meskipun andai mahkota itu sudah tiada,  anda tiada hak untuk meredah taman larangan itu dengan sesuka hati..sesungguhnya itu adalah satu perbuatan paling celaka dan keji..

Jauhilah merogol..Lindungilah mereka wahai kaum Adam..milikilah mereka secara sah..Kasihi mereka..Terimalah tolakan cinta atau pertunangan atau pernikahan mereka dengan hati terbuka..Jangan sekali-kali benihkan suatu makhluk bernyawa yang tidak berstatus bapa yang sah..Jangan sulitkan lagi keadaan itu..Cukupla kegilaan semua ini..

Aku sangat sedih dan marah sangat bila baca dalam surat khabar..seolah-olah kes rogol adalah skrip wajib ada dalam mana-mana suratkhabar!!..Cukupla...cukupla..cukupla..


p/s: Paling menyedihkan orang melayu juara carta perogol bersiri!! dan paling gampang adalah pedofilia serta sumbang mahram..

Iklan Anti Merokok yang Sangat Kool 34 Gambar

Assalamualaikum...

Emm sekian lama aku sekejap ada sekejap takde adalah satu sifat malas yang patut dikikis..Jadi untuk membuka bicara bisu ini, aku ingin membuat entri pasal Iklan Anti merokok yang sangat kool tapi sangat sinis maksudnya heheh..

Umum mengetahui kan, merokok adalah satu gejala yang boleh membuatkan jiwa akan mengemis kepada ketagihan yang tiada satu pun faedahnya..Hinakah sedemikian? Bagi perokok tegar, masing-masing ada inferens tersendiri..ada yang berkata, hanya orang yang merokok je mengetahui apa faedahnya..Merokok diibaratkan sepupu kepada menagih dadah..Ianya berbeza tapi matlamatnya sama aje..iaitu mempercepatkan kadar kelajuan jantung..bila jantung laju berdegup, pasti tinggi kemungkinan mata memandang ke langit buat selama2nya..

Andai kata jantung tiba-tiba patah kaki ketika memecut laju, apakah kita akan menjadi seperti ultraman yang mempunyai lampu lip lap lip lap kat dada?

Jadi renung-renungkanla untuk mempunyai jiwa yang sihat..Dan sudah tiba masanya kita melihat iklan-iklan kool ini..semoga ini mampu menaikkan adrenalin rasa takut kepada rokok.. 







































p/s: Gadailah perasaan macho palsu itu demi jantung yang sihat..sedekah aje duit nak beli rokok kepada masjid..Semoga jiwa kita kembali bersih dari ketagihan yang mengarut..

Ahad, 24 Julai 2011

Amy Winehouse sudah meninggal dunia


British singer Amy Winehouse was found dead in her London home. She was 27.

Amy Winehouse, the beehived soul-jazz diva whose self-destructive habits overshadowed a distinctive musical talent, was found dead Saturday in her London home, police said. She was 27.

"Everyone who was involved with Amy is shocked and devastated. Our thoughts are with her family and friends," said Chris Goodman, a spokesman for her publicity representatives. He said her family will issue a statement when they are ready.

The British singer's record label, Universal, confirmed her death.

"We are deeply saddened at the sudden loss of such a gifted musician, artist and performer," the statement read. "Our prayers go out to Amy's family, friends and fans at this difficult time."

Her father, Mitch Winehouse, himself a musician, had just flown to New York to perform two shows at the Blue Note jazz club, but learned the news upon arrival and immediately flew back to the U.K.

Singer and actress Kelly Osbourne, who helped Winehouse check into a drug addiction treatment facility in 2008, was one of many who grieved for the singer on Twitter.

"I cant even breath right now im crying so hard i just lost 1 of my best friends. i love you forever Amy and will never forget the real you!" she tweeted.

Winehouse shot to fame with the album "Back to Black," whose blend of jazz, soul, rock and classic pop was a global hit. It won five Grammys and made Winehouse — with her black beehive hairdo and old-fashioned sailor tattoos — one of music's most recognizable stars.



Police confirmed that a 27-year-old female was pronounced dead at the home in Camden Square northern London; the cause of death was not immediately known. London Ambulance Services said Winehouse had died before the two ambulance crews it sent arrived at the scene. TMZ.com later reported that there may have been some signs of life when the crew arrived, but that Winehouse died before she could be taken to the hospital.

An autopsy is scheduled for Sunday, TMZ.com reports.

Photographs show that her body was taken out of the home under a red blanket.

"I didn't go out looking to be famous," Winehouse told the Associated Press when "Back to Black" was released. "I'm just a musician." But in the end, the music was overshadowed by fame, and by Winehouse's demons. Tabloids lapped up the erratic stage appearances, drunken fights, stints in hospital and rehab clinics. Performances became shambling, stumbling train wrecks, watched around the world on the Internet. 

credit to: Today Music

"Jauhilah dadah dan alkohol kerna ia bisa membuatkan jantung kita berkerja seperti orang gila tanpa dibius ubat penenang"

Khamis, 21 Julai 2011

Mekap di Kelopak Mata

Assalamualaikum...

Entri autoping..kalau korang tengah baca neh, aku sedang menjalani interview untuk jawatan kerani pada pagi neh..hheheh doakan aku ye..Dalam kesibukan nak gi interview, aku mempersembahkan dulu gambar wayang statik iaitu mekap di kelopak mata..aku pun tak tau betul ke aku sebut neh heheh..















Cantik kan..ke seram tengoknya heheh..tenung lama2 memang la seram heheh tapi syuk tengok cam cantik la plak heheh..

p/s: Boleh di try kot time nak kawen-kawen heheh..:)