ENTRI TERBAIK

Khamis, 30 Jun 2011

Cuak tak bila blog anda diperlakukan camni...?

Assalamualaikum dan salam 1 buruj..

Petang tadi blog kita telah dilanda wabak gila yang meracaukan pemikiran kita seperti kesukaran untuk mengupdate entri dan membalas komen malah hatta tidak boleh membuka dashboard sekalipun. Alhamdulillah, blogspot mengambil insentif yang dramatik bagi mengatasi kemelut tersebut secara pantas..

Sekarang aku mahu impak maksimakan adrenalin perasaan korang iaitu kerisauan atau kecuakkan korang bila blog korang tiba-tiba diperlakukan macam kat  bawah neh...

Apakah perasaan korang bila dapat status camni???

Aku dah mengalami pengalaman dan perasaan sedemikian..bagi yang baru berblog tak sampai sebulan,takla high mana adrenalin tapi bagaimana kalau dah hampir separuh setahun usia blog korang??Tentu cuak tahap gaban kan??Teka berapa kali aku diperlakukan sedemikian?? 3 kali aku diperlakukan..huhu

Mujur aku ikut step by step untuk dapatkan balik blog aku itu..Alhamdulillah..Antara langkah2 yang simple,dia akan minta no telefon untuk recover balik..n dia akan antar key untuk korang masukkan dalam blog korang dan blog korang akan menjadi hidup balik..


Blogspot demam kepialu sampai aku jadi pilu

Assalamualaikum...

Blogspotku tergendala mengakibatkan berlakunya kesulitan untukku mengupdate entri.. Kebetulan sepatutnya ada entri promosi edisi terakhir harus aku jalankan today,tapi terpaksa ditangguhkan akibat Error bad request 400 dari blogspot..Nak komen pun tak dapat apatah lagi nak update entri..

Jadi dengan itu, aku memohon seinfiniti maaf sekiranya aku tidak berkunjung ke blog korang..Mungkin petang karang or malam, aku akan meninggalkan jejak langkahku di laman peribadi blog korang..InsyaAllah..ketemu lagi dilain waktu, semoga perjalanan korang selamat sejahtera hendaknya dengan izin dari Maha Kaya..

Dimaklumkan kesulitan ini sudah pulih, semoga kejadian sebegini tidak akan berulang lagi..Apapun kita harus redha memandangkan blogspot adalah benda free, jadi kalau mahu menggelakkan kejadian ini berulang kembali, maka berdomain hosting sendirila adalah pilihan wajar dan tepat..


Rabu, 29 Jun 2011

Perihal Freemason dan Iluminati- Asal Usul Illuminati

Assalamualaikum..

Aku rasa nak wat satu entri khas pasal freemason dan illuminati neh..Kira banyak silibus la jugak tapi takpe just untuk bahan bacaan di kala otak dahagakan ilmu yang unik..Apapun kesahihan apakah ini benar atau tidak,penulis tak dapat pastikan coz benda neh samada kebetulan atau sememangnya ia wujud..

Mari kita rupa paras logo kumpulan tersebut..

Freemason

Illuminati

Priory of Sion

Skull and Bones

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asal usul Iluminati

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang dikenali sebagai seorang profesor di Universiti Ingoldstald..Illuminati ini adalah perkataan yang dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (mazhab) Yahudi yang dianggotai oleh golongan cerdik pandai(Hukama) Yahudi. Dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai al-Nuraniyin. Yang anehnya, nama Illuminati ini sendiri diambil bersempena nama iblis yang dipuja oleh mereka sebagai pemerintah tunggal di alam ini

Adam Weishaupt

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah...Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US... lambang yang ade pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi...sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Lambang mata satu???Piramid



Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh yahudi...Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”... beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota feemasonry peringkat tinggi.... pengikut2 ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan tlh membina markas2 sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of TheGrand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/Zionisme)....

Berikut merupakn matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan2 kebangsaan yang berpelembagaan...

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...

3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...

4. Menghapuskan semangat nasionalisme...

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...

6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme......

p/s: Pasal  Freemason pulak citer pasni..tunggu ye..

---------------------------------------------------BERSAMBUNG-------------------------------------------------

Tiada Perkataan Hari Rabu #3

Assalamualaikum...

Gambar Kredit to : Arena Bola Sepak

Selasa, 28 Jun 2011

Penjara

Assalamualaikum..

Ada lokasi yang paling meyesakkan hati, nafas, minda dan sebagainya..Tidak lain tidak bukan ialah neraka dunia aka PENJARA..Sesungguhnya penjara dikenali lokasi yang tiada apa-apa yang indah dan menarik. Yang pasti tiada siapa yang mampu seberani Nabi Yusuf a.s untuk mengatakan bahawa penjara adalah lebih dicintai daripada nikmat dunia yang lain seperti melayan kehendak nafsu isteri al-Aziz..

Sebelum aku bawa korang memahami mengenai penjara..Apakata aku memperkenalkan penjara terlebih dahulu..

Inilah rumah untuk di"sewa" oleh pesalah jenayah yang menerima hukuman

Mahukah setiap hari anda lepak, berak, kencing dan tido di dalam itu..sempit tiada ruang untuk berlari-lari, break dance dan sebagainya..Yang pasti panas bila nak tido huhu (aku agak je heheh)

Percayala masyarakat sentiasa memandang serong akan penghuni-penghuni yang pernah menyewa dalam penjara selama mungkin 10 tahun..Apa yang pasti majoriti umat manusia sendiri akan mengakui penjarala tempat paling azab kat dunia ini. Oleh yang demikian, elakkan dirimu dari membuat kesilapan atau kesalahan yang membolehkan korang layak menyewa bilik tersebut..

TETAPI

Kenapa ramai muka sama yang keluar masuk dalam penjara tersebut? Bukankah itu tempat yang tak best dihuni? Ada kajian mengatakan bahawa kebanyakkan pesalah jenayah hanya akan berasa gemuruh dan takut ketika hukuman penjara dibacakan oleh hakim ke atasnya di kamar mahkamah..Mereka menjadi sedemikian kerana dalam minda mereka telah disetkan yang penjara penuh sengsara dan ketakutan. 

Namun begitu, setelah lepak2 bertahun-tahun dalam penjara, dapat makan free, pendidikan pun free, tak perlu kerja keras2 maka perasaan takut kepada penjara sudah hilang..Malah setelah mereka keluar dari penjara, ada yang janggal untuk menyesuaikan diri dalam dunia sebenar sampai sanggup wat keje tolol cam merompak,atau mencuri semata-mata mahu masuk balik dalam penjara kerna mereka tahu penjara bukanla tempat menakutkan lagi..

Jadi kesimpulannya..mari kita wat lawatan sambil belajar ke penjara..:)..Sori panjang..huhu

Astro

Assalamualaikum...

Aku dapat terima notis perubahan ke atas langganan Astro..Dalam surat tuh alasan dia, dukacita dimaklumkan, akibat kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakej-pakej tertentu akan disemak. Untung 800 juta tak cukup lagi? Ke dalam mesyuarat cakap "SASARAN COMPANY KITA, KITA KENA DAPAT 1 BILLION KEUNTUNGAN WHATEVER PUNYE PLAN UNTUK TAHUN AKAN DATANG". Camtuh??

Ni harga baru pakej aku:

Pakej Semasa:1 Mini,SPT (pakej yang ada sport tuh)
Harga pakej bulanan semasa anda: RM66.95
Harga pakej bulanan baru anda:RM74.95

Naik RM8..Yang mujurnya, dia kekalkan harga pek famili RM37.95..Yang pakej2 superpack tuh haramjadah aku tak nak ambek pusing yela citer asyik dok ulang yang sama je.HD HDD HHH ke aku peduli apa..

So kesimpulannya, aku menyambut berita ini dengan sumpah seranah wal jemaah wal non stop..Keuntungan RM800 juta tak cukup lagi ke?Dahla xde persaingan..Kalau naik rm2 takpela gak ni haramjadah naik sampai rm8..kenaikan minyak petrol pun kalah neh..Pahtu tahun depan naik lagi la pulak kan..apa alasan plak?

Aku dahla kaki bola tengok BPL,La Liga, Serie A, dan banyak lagi lah..Tolonglah wahai Astro..kan kerajaan sudah bagi amaran kat korang..Kami ada Akta Hak Perlindungan Hak Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi  dan Multimedia 1998..Dahla kami dibebankan dengan kenaikan itu ini..apakata Astro amalkan konsep kasih sayang bersama rakyat lagi bagus.

p/s: Aku berkira-kira nak off astro neh..pakai arial tulang ikan la pasni..x pun ambek pakej pek famili jah..tengok MSL pun jadilah..dari dok tanggung harga cam haramjadah..Sori emo cikit..

Isnin, 27 Jun 2011

10 Gambar Bangunan Pelik Part 1

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak upload gambar-gambar ye..Kali ni aku nak tunjuk gambar 10 gambar bangunan pelik dari seluruh dunia untuk part 1..Keseluruhan part ada 5..Jadi ada 50 keping gambar..Tak akan aku nak tunjuk semua kan hehehe..Slow gila nanti kalau loading

The Crooked House (Sopot, Poland)

Forest Spiral - Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)


The Torre Galatea Figueras (Spain)


Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)


The Basket Building (Ohio, United States)


Kansas City Public Library (Missouri, United States)


Wonderworks (Pigeon Forge, TN, United States)


Habitat 67 (Montreal, Canada)


Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)


Hang Nga Guesthouse a.k.a Crazy House (Vietnam)



p/s: Gila betul reka bentuk bangunan tuh..aneh dan pelik..Semoga ia tak berhantu..heheh

Michael Jackson

Assalamualaikum dan salam 1 bima sakti..

Baru aku teringat 25/6/2009 adalah tarikh kematian Michael Jackson.Jadi dia telah pergi meninggalkan dunia ini selama 2 tahun. Tidak terlalu lambat aku ingin paparkan gambar-gambar dari dia kecil hinggala dia besar sebagai kenangan..Sesungguhnya dia lagenda yang sama taraf dengan Elvis Presley..Keraguan timbul sini samada kematian dia telah dirancang oleh tangan-tangan jahat.Dan juga dikatakan Michael Jackson sebenarnya telah memeluk Islam sebelum kematiannya.. Jom kita layan gambar-gambar dibawah.

1972--umur 13 tahun

1977


1980


1984


1987


1992


1993

1995


1998


2000


2001


2002


2004


2005


2007


2009

25/06/2009--Tarikh dia meninggal dunia

P/s: Rindu akan gaya tarian moon dia..

Ahad, 26 Jun 2011

Nak belajar photoshop??

Assalamualaikum..

Sesiapa yang nak belajar photoshop dari majalah pc?Boleh lah lihat kat bawah..dan korang akan dibawa ke blog aku yang satu lagi..:)

TERJAH SINI

Naluri

Assalamualaikum dan salam 1 pendapat peribadi..

Ai korang..sori ar aku tak jenguk2 blog korang today..Today aku pi jalan2 dengan ayah aku settle dengan HSBC..Oleh yang demikian,promosi blog terpaksa ditangguhkan besok..T_T

Berbalik pada paksi 360 darjah, aku ingin meluahkan pendapat peribadi aku tentang naluri..Apa itu naluri? Bagi aku, ianya adalah bisikan tanpa suara yang berlegar-legar dalam hati setiap kali kita hendak menyatakan pilihan..Hanya kita je mampu merasainya..Orang yang memiliki naluri yang super bolehlah start main nombor ekor hahahah..Jutawan haramjadah la ko nanti hahahah..

Naluri ni aneh dan pelik..Kadang-kadang bila aku buntu dan aku mahukan keputusan ekspress,aku tanya naluri aku..Naluri aku neh plak pilihan pertama dia kadang-kadang selalunya mengena tapi aku memberontak tak nak terima keputusan itu..Natijahnya aku selalu dapat keputusan yang salah..Jadi persoalannya sekarang siapakah NALURI neh? Misteri betul..apakah ia saudara tiri kepada burung NURI atau setan berijazah?

P/s: Korang punya naluri camner? Selalu mengena ke atau sentiasa mempermain-mainkan korang?

Sabtu, 25 Jun 2011

Hari Sabtu Trademark Hari Bangun Lewat

Assalamualaikum dan salam 1 sabtu

Ai semua..perghhh bangun lewat ye..heheh  tak pe aku memahami kerna ini adalah hari cuti yang sesuai untuk rehatkan otak dan badan setelah penat kerja dari isnin hingga jumaat..So tak heranla kalau ada bangun dekat-dekat tengahari tuh..cuma dirisaukan takut sakit kepala aje..yang penting solat Subuh wajib ditunaikan..Apa plan korang today?

-Tengok wayang?
-Makan di MCD,KFC,Secret Recipe,dan mana2 tempatla
-Pergi bershopping?
-Main boling?
-Main snuker?
-Main futsal?
-Jalan-jalan disekitar bandar?

Apapun diharapkan perjalanan korang selamat seadanya..:)..Cuma perlu diingatkan jangan terlalu boros berbelanja tuh dan juga dinasihatkan jangan terpedaya dengan skim GORES DAN MENANG...Baik korang kasi TOREH DAN BELASAH kat dorang..

Jumaat, 24 Jun 2011

Sebelum dan Selepas Israk Mikraj

Assalamualaikum...

Pada malam hening bersulamkan manik-manik mutiara jatuh dari langit, aku ingin membuka minda kita bagi mengimbas kembali peristiwa israk dan mikraj..Semoga kita dapat manfaat dari entri ini..Entri ini agak panjang..:)


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah s.a.w. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Rasulullah s.a.w.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah s.a.w. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah s.a.w telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah s.w.t; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 

Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah s.w.t (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah s.a.w: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :
Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah s.a.w tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah s.a.w berhenti. Rasulullah s.a.w. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah s.a.w memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah s.w.t):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah s.a.w. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Rasulullah s.a.w dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah s.a.w mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah s.w.t pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah s.a.w sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah s.w.t. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah s.w.t dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah s.w.t : Ya Muhammad. 
Rasulullah s.a.w : Labbaika. 
Allah s.w.t : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah s.a.w : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah s.w.t : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w. merayu kepada Allah s.w.t agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah s.w.t perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah s.a.w. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) 

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah s.w.t dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.tAllah s.w.t telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah s.w.t. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..


Perihal Mimpi

Assalamualaikum...

Korang pernah bermimpi tak..Bila kali terakhir korang bermimpi? Apakah pernah terjadi mimpi itu menjadi kenyataan?Meh kita huraikan perihal mimpi

Ini teori dari aku, so mungkin korang tak pernah jumpa dalam jurnal pasal mimpi ni..

Mimpi bolehla diibaratkan satu pergerakan imej atau video secara kabur atau jelas yang dipertontonkan dalam separa sedar (faham?..) 

Ianya berlaku tanpa dipinta..Kadang-kadang ada mimpi berulang-ulang..Itu mungkin mainan syaitan atau petunjuk untuk korang cari kenapa mimpi itu asyik berulang-ulang..Kebanyakkan mimpi ada jugak yang berunsurkan nikmat syahwat sampai dikenali sebagai mimpi basah..Yang pertama kali mendapat mimpi sedemikian sudah pasti boleh mula menjaga tatatertib dalam solat..Yang banyak kali dapat mimpi tuh, kenala mandi wajib dengan betul..

Mimpi yang paling sempurna di dunia adalah dapat bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..Ini kerana syaitan tak mampu menyamar rupa Rasul kita..Ada satu kisah yang mengisahkan ada seorang wanita yang diuji teruk dengan pelbagai dugaan sehingga dia berdoa semoga beliau dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam mimpi..Menurut citer itu, doa beliau dimakbulkan..Aku tak de sumber coz citer tuh dah lama..Kesahihan adakah benar citer tuh belum dapat dipastikan apakah benar itu mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w atau sengaja diada-adakan..

Walaubagaimanapun disyariatkan mimpi yang baik hendaklah disebarkan..dan mimpi yang buruk hendaklah didiamkan takut menimbulkan kegusaran dalam jiwa orang lain dan diri sendiri..

Jadi persoalan sekarang apa mimpi terakhir anda buat masa sekarang?

Khamis, 23 Jun 2011

Malaysia vs Lubnan

Assalamualaikum...

Malaysia vs Lubnan..jom kita layan kat astro Arena 801 tepat kul 8.40 malam neh..ada 1 minit lagi..Kelebihan bermain ditempat sendiri harus diimpakkan dengan permainan luar biasa pada malam ini..Justeru itu bahagian serangan harus berkerja keras untuk melakukan asakan demi asakan untuk menghasilkan gol sekaligus memudahkan tempo permainan dapat ditempo mengikut kesuaian taktikal..Ini bermaksud harus dicari gol awal bagi memastikan kelebihan gol ditempat lawan tidak menjadi milik Lubnan..

Siapa Lubnan neh? Aku search dalam google..Jumpa gambar bendera negara dorang..agak cantik kerna ada gambar pokok ru.. Terjah sini untuk melihat bioadata negara tersebut..

Bendera Negara Lubnan



Lisa Surihani Versi Lubnan--Haifa Wehbe

Setujukah anda yang orang perempuan Lubnan ni cantik-cantik?Anda ada pengalaman pernah berkenalan dengan dorang?Kalau ada jom kongsi..heheh..:)

Rabu, 22 Jun 2011

Tiada Perkataan Hari Rabu #2




Isnin, 20 Jun 2011

Flash World Map yang Kool!!

Assalamualaikum..

Aku nak kongsi sama korang pasal flash yang sangat2 kool...Ianya pasal Flash World Map
  •  Ada info sejarah ringkas BI punya language
  • Ada gambar-gambar tempat menarik
  • Ada info ringkas pasal negara tersebut


*CARA NAK GUNA: Korang klik je mana-mana negara korang nak terjah dalam map tuh..

 Better right klik and open new a tab

KLIK SINI UNTUK TERJAH FLASH TUH


Nak lagi?Usha kan bawah neh






P/s:kalau pakai berukband tengah tenat gila, kesulitan akan menjadi bahan gurauan untuk anda..Harap maklum

Sabtu, 18 Jun 2011

Tornado--Menakutkan atau Mengagumkan??

Assalamualaikum dan salam 1 tornado..

Korang kenal tak tornadoTornado kalau nak dialihbahasakan ia dikenali sebagai puting beliung.

Mengikut wikipedia,ianya sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya. Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.


Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Cukup dengan info ringkas pasal tornado..Meh kita usha rupa paras dia..

Menggerunkan??

Tengoklah sungguh cantik dia kan..

Kalau ini ada kat Malaysia, mau gerun gamaknya

Camner la perasaan bila berada di bawahnya

Pusaran yang sungguh menakjubkan

Kalau nak tengok tornado beraksi,usha video neh



Kesimpulannya..aku bersyukur kerana di Malaysia tak de tornado yang menggerunkan..

Jumaat, 17 Jun 2011

Entri Malam Hari Jumaat---Kenali Jenis-Jenis Hantu Versi Melayu

Assalamualaikum dan salam 1 hantu..

Emm..malam hari jumaat..aku nak terangkan profil-profil hantu yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita pada ketika masa lalu..Semoga korang terhibur dan boleh bezakan jenis hantu bila bertemu dengan dorang..

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.



Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan  bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir - perempuan



Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel



Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara



Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air - dalam air



Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya - boleh dipelihara



Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.



Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong



Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.


9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang - makhluk aneh



Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.



Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun



Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanyadipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit



Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur



Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah


15. Pari-pari



Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut



Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung



Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut



Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah



Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok.Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah



Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan diadakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

21. Hantu Keramat



Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum



Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Orang minyak



Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

24. Puaka



Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

25. Penanggalan



Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

26. Hantu bidai



Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek



Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

30. Harimau jadian



Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

31. Jembalang tanah



Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

32. Hantu tengelong



Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Info asal: aku-sempoi

Baca aje untuk sekadar menaikkan adrenalin seram..Enjoy ye..jangan percaya sudah kecuali anda sudah ketemui mereka secara face to face..Cuma jangan skripkan dalam mimpi anda dikhuatiri berpeluh sakan sampai dup dap dup tahap maksimum..