ENTRI TERBAIK

Selasa, 31 Mei 2011

Digi-Menarikkah Pelan yang ditawarkan?

Assalamualaikum dan salam 1 digi...

Malam ni aku nak citer pasal digi ni..Aku ni setia gila kat Celcom sejak aku beli handphone..Ala handphone yang cikai2 je..yang boleh wat taip sms dengan call je..MMS??fuh jangan arapla..Jadi aku nak tau menarik kah Digi ni? Bila aku terjah website rasmi dia http://www.digi.com.my/landing.do ni, aku pun usha apa plan dia tawarkan..ada banyak cam:


Dari kajian aku la..x la sampai ke tahap PHD, aku rasa plan Digi neh sungguh menarik..Jadi aku nak beli satu simkad Digi untuk handphone yang satu lagi..Lagipun Digi sedang hebat mempromosikan salah satu iklan kat bawah ni..Ianya menjadi Buffered Earnings dalam blog aku ni..


Klik gambar untuk ke keterangan lanjut


Banyak lagi lah promosi-promosi dia dok iklankan dalam mana-mana blog dalam malaysia neh..Cuma aku harapkan digi perluaskan coverage kat malaysia contohnya kat tempat aku..Konfirm boleh jadi no 1 bila coverage dah maju..

Kesimpulannya..adakah anda pengguna DIGI?kalau ye..citer sikit pengalaman anda guna perkhidmatan neh..kalau memuaskan,aku nak try guna perkhidmatan dia pula..

Sumber: Digi

Antonov An-225 [KAPAL TERBANG TERBESAR DI BUMI] [20 GAMBAR]

Assalamualaikum dan salam 1 flying sana sini..

Pagi ni..entri pasal kapal terbang terbesar didunia..yang sedia ada dah besar kan, meh kita jumpa atuk moyang dia..Memang giantla..Nama dia dipanggil Antonov An-225..Tak taulah dia asal mana..Dengar nama camtuh cam dari Russia..Meh kita tengok gambar2 dia kalau hang tak caya..aku ni tak reti photoshop weh..

Tengok!!Yang depan standard gitu je..tuh belakang dia..atuk dia?dinosour kot?

Pandangan dekat dari maybe 40 meter kot

Ambek ko..sayap bukan kemain panjang..

Err apasal dia tido camtuh??tayar bocor ke?

Agak-agak korangla kan,ni sijil penerbangan kelas apa kena ambek?PHD??

Tempat duduk penumpang,standard je cam duk dalam bas

Ni tempat tido pilot kot..err sofa ke?

Ni loker pilot dia..luasla gak..

Ni tempat dia simpan barang?Barang pe dia simpan?

Ambek ko..treler dia gi angkut..

Bila bonet dia dibuka..

Itulah salah satu barang dia angkut!

Bila buku bertemu dengan ruas..sian treler cam kerdil je kan

Panjang tuh..ada 3 kipas..arap2 xde burung sesat masuk dalam tuh

Besar gedabak tayar dia..banyak plak tuh..naseb bek rim dia tak design lawa2

Pandangan dari bontot beliau..apa ni!!malulah sikit

Ni muka dinosour yang besar tuh..tayar kecik,muka besar huh! berlagak gila!

Bila dia mahu jadi model kapal terbang..okey ko menang!

Saat dia ingin membuat lompat kijang!

Saat bila pilotnya berjaya menaikkan dia..itupun dah berpeluh heheh
Ada lagi citer pasal kapal terbang ni..

Tempat tido krew 
Eksiden kapal terbang


*Aku tak pernah lagi naik kapal terbang,so tolong belanja aku..heheh~~syuxer

Isnin, 30 Mei 2011

Perahu layar mudik tanpa nakhoda

Assalamualaikum..dan salam 1 suratkhabar..

Baca tajuk dia pun dah seram..Ni aku ceduk dari suratkhabar kosmo..

PERAHU LAYAR Jagular yang ditemui mudik di dermaga Riverhead, Amerika Syarikat tanpa nakhodanya.


LONG ISLAND - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat kematian misteri seorang pelaut, Frank Closter selepas perahu layarnya mudik tanpa lelaki itu di dermaga Riverhead di sini negeri Connecticut, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat Closter yang berusia 64 tahun ditemui di perairan 24 kilometer dari tempat dia memulakan pelayaran dekat sini dengan menaiki perahu layarnya yang diberi nama Jagular.

Closter dipercayai terjatuh ke laut, namun misteri Jagular yang berukuran 10.4 meter (m) panjang itu belayar sendiri dan mudik di dermaga itu terus mencetuskan tanda tanya.

Seorang pegawai penyiasat mengatakan bahawa pihaknya menemui cermin mata kepunyaan Closter, dompet dan carta perjala- nan perahu layar itu.

Jurucakap pengawal keselamatan pantai, John Olsen memberitahu kepada akhbar New York Post, tiada sebarang kerosakan dilihat pada Jagular.

"Perahu layar ini belayar tanpa dipandu oleh sesiapa. Kebarangkalian ia mudik sendiri adalah satu dalam sejuta. Kejadian ini sangat pelik," jelas Olsen.

Isteri Closter, Barbara pula memberitahu pegawai penyiasat berkenaan bahawa suaminya mula belayar dari jeti di Haddam dekat sini pada Khamis lalu dan merancang untuk untuk ke Clinton di negeri New Jersey.

Closter dipercayai terjatuh dari perahu layar tersebut semasa melakukan pelayaran.

Pihak koroner Connecticut masih menyiasat punca sebenar kematian Closter, namun mereka tidak mengesyaki ia perbuatan khianat. - Agensi

Sumber: Kosmo!

*Camner kapal layar dapat bermudik ke tempat dermaga itu tanpa pemandunya??Apakah kapal itu ada "autopilot" yang disetkan berlayar ke dermaga tersebut..Teknologi auto dah berkembang pesat..Jadi andaikata itu bukan autopilot..apakah itu berhantu???~~syuxer

Sabtu, 28 Mei 2011

Vote Team Mana Akan Juara? Man Utd vs Barcelona UCL Final Wembley 2010-2011

Assalamualaikum...

Emm entri malam ni citer pasal bola la pula..demam Final UCL la katakan..antara Manchester United vs Barcelona..tak banyak aku nak cakap..aku just arap permainan cantik dari antara dua pasukan..:)

Ronney vs Messi
Apa pilihan korang?

Sila lakukan undian kat bawah follower tuh ye heheh..saje nak tau berapa ramai yang vote pasukan mana menjuarai UCL nih..:)

Finally..Akhirnya BE bertinta di Nuffnangku..Terima Kasih Nuffnang dan Digi

Assalamualaikum dan salam 1 BE...

Alhamdulillah..akhirnya kedua-dua blog aku Gerbang Maya Melankolia Segar dan TV Series Majalah in Your Hand mendapat Buffered Earnings atau Pendapatan Terumpuk yang pertama dari Digi Menang  & Terbang SS. Terima kasih Digi dan Nuffnang kerana sudi memberi peluang kepada aku mempromosi iklan mantap dari korang itu..Jom lihat apa iklan yang menjadi BE itu..


Jika korang berminat untuk melancong ke mana-mana, sila lihat dan klik iklan tersebut untuk keterangan lanjut..Pengguna DIGI digalakkan sertainya..Mungkin korangla akan menjadi pemenang bertuah itu...:)



Steps to Win
Step 1
Reload RM30 and above on any DiGi Prepaid™ plan (reload more for more chances!)

Step 2
SMS CUTI to 2016
Note: Prepaid Internet™ customers, please click HERE to participate.

Step 3
Be the 3,000th reload of the hour

Step 4
Answer a simple question to win the RM500 AirAsia flight voucher

TARIKH TUTUPNYA...2-31 May 2011..Cepatla sertainya..RM500 tuh

Kerana korangla, blog aku mendapat BE ini..Semoga korang terus support aku..Dan aku tidak akan lupa juga akan doakan korang akan BE..InsyaAllah..:)

Khamis, 26 Mei 2011

Entri Malam Jumaat~~Koleksi Citer Seram 2 [ 5 CITER ]

Assalamualaikum dan salam 1 misteri nusantara..

Sudah dijanjikan minggu lepas yang saya akan kongsikan kisah2 hantu bagi setiap malam jumaat untuk santapan minda kamu bagi menaikkan adrenalin perasaaan takut..Eh eleh takutla konon..Jom apa lagi bacalah..wat modal layan ketagihan baca citer seram..heheh


MISTERI PEREMPUAN TUA


"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni.".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu".

"Tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.

"Emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"Emmmmm...baru sampai lebuhraya Karak dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya Karak tu kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib!" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya.

"Aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer,sekarang ni hantu semua tinggal dlm hutan", kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram.Namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran.

Aziz masih di lebuhraya Karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?", soal hatinya."Argh...bukan!" dikuatkan semangatnya.
Semangkin hampir dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan."Orang rupanya ingatkan hantu". Begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula.

Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut. "Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah,bahaya sesorang malam-malam ni." Segera Aziz membuka pintu disebelahnya tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta."Terima kasih nak", kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap.Perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut garau sungguh menyeramkam!

"Aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu",kata aziz terketar-ketar.

"Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi". Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz. "Aaaapa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semankin banyak memercik dan mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.

"Ye,anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir",kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.Semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar ditolehnya kearah perempuan tua
itu tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya.

Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut. Tiba-tiba perempuan tua itu menyuruh Azizi berhenti di satu selekoh. “Anak, mak cik nak turun kat situ. Rumah makcik kat bawah tu je”. Azizi cuba memandang ke arah yang di tunjukkan oleh perempuan tua itu namun apa yang dia lihat adalah hutan belukar yang gelap dan cerun. Semakin takutlah Aziz apabila tiada sebuah rumah yang terdapat di kawasan yang di beritahu oleh perempuan tua itu.
“Terima kasih nak,kerana menumpangkan makcik hingga sampai rumah.Ada juga anak muda yang sudi menolong makcik ini.” Azizi hanya senyum dan mengangguk dalam ketakutan. Setelah perempuan tua itu turun dari keretanya,dia cuba mengerling dari sisi cerminya namun tiada sesiapa pun yang ada! Lantas Aziz memecut keretanya dan sejak daripada itu dia tidak akan memandu lagi lewat malam apabila pulang daripada kampungnya.


Kereta Misteri Yang Masih Misteri



Polis mengalami kesukaran mengesan pemilik kereta apabila ia ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam hampir separuh di dalam lumpur. Semua 6 bahagian cerminya telah tiada (pecah?), bahagian enjin tenggelam di dalam lumpur malah nombor pendaftaran juga telah tiada. Tiada sebarang tanda yang ditemui bagi mengesan pemiliknya, kecuali kereta terbabit diangkat dan dilakukan pemeriksaan teliti. Di masa sama,kebimbangan samada adakah mangsa dalam kes itu terpaksa didahulukan dengan melakukan operasi mencari dan menyelamat.

       Anjing dari Unit K-9 PDRM turut menyusuri sehingga atas bukit di mana laluan lama Bentong-Gombak dipercayai kereta ini terjatuh.Dan akhirnya, menjelang tengahari, disahkan tiada mangsa terbabit dalam kes ini setelah pencarian dari malam tadi, tidak menemui sebarang petanda.
Kereta (Kia Optima) ini difahamkan dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 21 Oktober lalu di Sg.Besi, Kuala Lumpur.Kerja-kerja untuk mengangkat kereta ini atas lebuhraya, menggunakan dua buah kemablik.

       Dan, kenderaan dari arah Pantai Timur untuk ke Kuala Lumpur terpaksa melalui hanya satu lorong lebuhraya,menyebabkan kesesakan lebih 5km sehingga Bukit Tinggi Pahang. Laluan kontra juga terpaksa dibuka pada laluan arah Timur untuk kenderaan ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

         Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

         Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!



POLIS JUMPA PONTIANAK [VIDEO]


Kredit to: Puaka Karak


KEPALA BERAMBUT PANJANG

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu."  Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci.  Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!   


KEPALA ATAS KUBUR

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.

Nak Lagi!!Layan kat bawah ni




Logo dan Sejarah Simple Stesen Minyak Terpilih Yang Wujud Di Malaysia

Assalamualaikum..dan salam 1...????

Emm selesai sudah aku BW 80 blog..huhu..macam2 aku jumpa entri..:).Semuanya awesome.heheh..Tengahari ni aku nak cerita lagi pasal minyak..kali ni minyak petrol..hehhe bukan pasal harga dia..tapi logo-logo dan sejarah secara simple pasal pengeluar2 minyak yang berdiri megah kat Malaysia..Jom kita tengok..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh stesen minyak petronas
Logo Petronas
Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad,adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Logo Shell


Contoh Stesen Minyak Shell
Royal Dutch Shell plc ataupun lebih dikenali sebagai Shell merupakan syarikat berkaitan dengan petroleum yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat Shell berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Logo Esso
Contoh Stesen Minyak Esso
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. atau nama ringkasnya EMEPMI adalah salah sebuah syarikat carigali dan pengeluaran yang beroperasi di Malaysia. Sebelum menggunakan nama EMEPMI, syarikat Exxon di Malaysia didaftarkan dengan nama "Esso Exploration Inc." (dikenali dengan nama Esso). Pada tahun 1965, Esso Exploration Inc dianugerahkan konsesi carigali minyak pertamanya dan menemui minyak di luar pantai Sabah pada tahun 1971 dan Terengganu pada tahun 1973. Pada tahun 1976, Esso telah menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan PETRONAS. Operasi syarikat EMEPMI kini dilakukan dari Menara ExxonMobil di kawasan KLCC berhadapan dengan Traders Hotel.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Logo Caltex
Contoh stesen minyak Caltex
Caltex berdiri tahun 1936 dengan nama California Texas Oil Company, sebuah usaha bersama antara The Texas Company (kemudian Texaco) dan Standard Oil of California (kemudian Chevron) untuk memasarkan minyak dari konsesi baru di Saudi Arabia. Berganti nama menjadi Caltex Petroleum Corporation tahun 1968. Dua perusahaan induk ini bergabung tahun 2001 untuk membentuk ChevronTexaco (menjadi Chevron tahun 2005) dan Caltex masih menjadi salah satu nama merek internasionalnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Logo BHPetrol
Contoh stesen minyak BhPetrol

Aku godek2 google tak jumpa sejarah dia..huhu..Yang pasti stesen ni megah di highway2 cam di Karak..Aku pernah lepak kat stesen minyak ni..Kedai dia cool n macam2 ada..



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ke ada lagi minyak petrol selain minyak-minyak petrol kat atas??

Apa minyak pilihan korang??

Minyak yang aku selalu tadah dalam motor sudah tentu SHELL~~syuxer

Kredit to: wikipedia

Rabu, 25 Mei 2011

Minyak Sapu Kegunaan Harian

Assalamualaikum dan salam 1 terima kasih kerana tak naikkan minyak dan letrik

Terlebih dahulu aku mau ucap tq banyak2 kat kerajaan kerana tidak menaikkan harga minyak petrol dan tarif api letrik..Camni baru rakyat tak emo-emo..hehe tq sekali lagi..

Bukan pasal itu aku nak potpetpotpet..aku nak citer pasal minyak yang menjadi kegunaan harian korang..heheh..Kira minyak sapu kat badanla..Well kita tengok gambar2 dia ni k..dan korang sendiri akan tersenyum yang korang pernah guna..Jom usha..


Minyak gamat--untuk rawat luka-luka dan macam2la janji korang jangan wat minum



Minyak panas kayu merah--panas gila neh..meh siram gitu,memang masakla body korang..heheh



Minyak Kayu Putih--Pekat sikit--tapi panas



Minyak kayu putih gak tapi air dia cam air mineral--nak try minum kot2 boleh jadi HULK



Minyak Cap Kapak--Kemestian untuk jalan jauh2 atau kaki muntah pening bla bla bla


Minyak Mestika--pilihan ramai heheh



Minyak Yu Yee Cap Limau --ubat rawat sakit perut untuk bayi yang sedang kembung perut



Tiger Balm--untuk rawat sakit perut--selsema dan sebagainyalah


Semua kat atas tuh pernah aku guna..dijamin berkesan untuk kegunaan luar sahaja..untuk kegunaan dalam sah sakit mental otak tuh..nak mampus telan ubat2 ni?..kan mengelupur cam kena sawan tenuk kan naya..heheh..

Kredit gambar: Google


Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia


Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia:::



10. United Arab Emirates$ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain$ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi$ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan$ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Ch├ívez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Sumber: Facebook

Malaysia- RM 2.90 seliter untuk RON 97--still murah kot..arap2 begitula hehehehehe

*Malaysia antara negara yang terhebat gak tapi dalam kategori no-10 pengguna arak tertinggi di dunia--malu seh..

David De Gea ke Manchester United-Disahkan dan Konfirm

Assalamualaikum..dan salam 1 manchester united dan say boooo kat manchester city...

Entri ni pasal pemindahan penjaga gol yang berumur 20 tahun, David de Gea dari Atletico Madrid ke Manchester United yang bernilai 21 juta euros dengan beberapa tambahan klausa untuk menggantikan Edwin Van de Sar yang telah bersara pada musim ini..


Biodata ringkas:
Nama: David de Gea Quintana
Tarikh Lahir : 7/11/1990
Tempat Tinggal: Madrid,Spain
Tinggi:1.92m
Kelab Asal: Atletico Madrid
Kelab Sekarang: Manchester United

Korang tengok la video ni kenapa Manchester United nak beli dia walaupun muda gila


Dikhabarkan Manchester United akan beli Luka Modric dari Tottenham Hotspurs..Tak taula betul ke tidak..yang pasti David de Gea ni pembelian pertama untuk musim ini..Sir Alex kata dia nak beli 3 orang..ada 2 lagi..Maybe posisi tengah untuk dua orang..

Selasa, 24 Mei 2011

Website Hina Islam--Kita tengok aje??

Assalamualaikum...

Entri ekspress nih..aku malas nak citer panjang2..korang tengok gambar2 di website yang telah MENGHINA Allah s.w.t dan Nabi Kita, Rasulullah s.a.w dan islam ni...



Korang boleh adukan benda ni kat SKMM..Klik sini untuk buat aduan..biar website tuh kena ban pahtu kalau rajin,wat repot polis sekali..

Aku rasa nak lempang je "makcik" tuh yang hina Islam..semoga Allah s.w.t beri hidayah kepada "makcik" nih..aku pun tak tau samada dia ni saje nak provok2 untuk naikkan kemarahan umat islam..yang pasti gaya dia bercakap dia cam orang malaysia..

p/s: Aku sedih melihat benda ni..tau tak agama kita diperlucahkan sedemikian hukhuk..sebenarnya ada lagi gambar teruk tapi aku xnak upload coz terlalu mengaibkan huhu..

Animasi Awesome!!

Assalamualaikum dan salam 1 barang naik..

Entri untuk pagi ni, aku mahu share satu flash animasi yang cukup awesome atau mengagumkan..Kalau korang nak tengok just right klik,pilih open new tab..Kat ner nak right klik?Korang nampak "KLIK SINI"  kat bawah gambar pertama tuh?kat situ la korang right klik--pilih open new tab--korang klik play n tengok sampai abes..cam tengok video la..heheh

INILAH MUKA DEPAN DIA BILA ANDA KLIK KAT "KLIK SINI"

NAK TENGOK FLASH NI?? KLIK KAT BAWAH NIH


Ahad, 22 Mei 2011

Tragedi Malang Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat--Tanah Runtuh--21 GAMBAR

Assalamualaikum

Sejak peristiwa kejadian tanah runtuh di Highland Tower pada 11 Disember 1993 menjadi sejarah yang paling menyedihkan malah boleh dikategorikan melankolia, telah membuka satu lagi kisah yang sedemikian rupa. Kali ini berlaku di Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Kejadian Highland Tower telah mengorbankan 48 orang mangsa ketika itu tapi pencarian mangsa yang tertimbus terpaksa diberhentikan berikutan kekurangan teknologi yang canggih untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut. Tragedi itu meninggalkan sejarah hitam kepada penduduk setempat dan negara ini hinggakan masih ada lagi yang trauma. Kejadian ini lebih kurang sama yang berlaku semalam di Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang telah mengorbankan 16 orang anak yatim setakat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t . Aku percaya syurga untuk mereka. Sesungguhnya hati mereka sungguh murni dan suci. Aku sertakan nama-nama mereka yang sudah pergi dan juga masih terselamat dari tragedi malang tersebut setakat 5.30 pagi ini..

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8 ) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman,11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman,10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Al-fatihah untuk kalian..T_T

Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8 ) Din, 30,
9) Syafiq, 23,
* umur tidak diketahui

Aku harapkan kalian terus tabah meneruskan kehidupan didunia ini walaupun terpaksa menghadapi risiko trauma kekal sepanjang hayat..Tidak lupa juga aku ingin berkongsi detik-detik sukar yang berlaku disana..Tatapilah gambar-gambar di bawah ini..Semoga ia menjadi pengajaran kepada mereka yang masih bernafas..
























Bagaimana harus aku ekspresikan mukaku apabila menatap gambar-gambar melankolia ini..Tiada senyuman..Air mata berkolam buat seketika..Mengalir perlahan-lahan..Jatuh jua ke bawah..Aku biarkan sahaja..Seketika aku panjatkan doa semoga yang tertimbus masih ada yang selamat..Yang tertewas, aku sedekahkan al-fatihah semoga syurga untuk kalian..Yang terselamat, aku nasihatkan teruskan perjuangan biarpun trauma peristiwa ini mungkin kekal terpahat dalam jiwa..Sesungguhnya ini semua takdir dalam kepasrahan menerima ketentuan-Nya..Ada hikmah tersembunyi disebalik tragedi malang ini..Semoga menjadi pengajaran kepada kita..Supaya menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya..

Kredit gambar to : Mai Dari Bendang