ENTRI TERBAIK

Khamis, 31 Mac 2011

~~Gambar Hebat di Jalanan,nampak real!!~~

Entri kali ni pasal gambar je coz internet cam haram je nk surf huhu..maaf ye..sekarang internet dah ok n maafla coz x singgah mana2 blog saudara/saudari coz keslowan tahap siput malu2.Kali ni gambar pasal orang lukis kat jalan penjalan kaki tpi lukisan ni cam hidup je..cakap banyak pun x da guna kan..biar gambar ini saja yang berhikayat..










.



**Nampak real kan,padahal just dinding jalan je..huhu~~syuxer

Rabu, 30 Mac 2011

~~Kereta Api Yang Sangat Comel~~

Entri kali ini pasal kereta api yang sangat comel.Lain dari yang lain coz bukan sahaja serupa dengan kereta api yang sebenar tapi ini kaitan dengan saiz dia.Ini adalah kereta api mini tapi berlagak macam kereta api besar,well semua ada..rel ada,asap kuar ada,tayar dia ada,orang bawa dia pun ada,lalulintas dia ada,penumpang pun ada,stesen dia pun ada..Just bunyi hon dia je,aku x tau coz nama pun gambar je kan.hehe.Jom kita ushar camner rupa kereta api mini ni..


























 **Comel x?agak-agak kat malaysia ni,akan ada x?~~syuxer

~~Darah Nifas~~

Entri saya kali ni pasal darah nifas.Saya akan bagi info secara ringkas pasal darah ini.

Sekadar gambar hiasan


Definisi
Darah yang keluar selepas melahirkan anak.Kenapa diberi nama nifas?Ini kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa(nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini dikenali sebagai nufasa'.

Jenis nifas:
a)Nifas Rubra (Lochia Rubra-bahasa perubatan)
-Darah ini keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak

b)Nifas Serosa ( Lochia Serosa-bahasa perubatan)
- Darah yang keluar ini berwarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang,leukosit (leucocytes) dan mukus servisks. Tempoh keluar darah ini akan berlaku sehingga hari ke sepuluh.

c) Nifas Alba(Lochia Alba-bahasa perubatan)
-Darah ini akan menjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ketiga atau keenam selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas, Darah yang keluar pada waktu ni mengandungi sedikit sel darah merah,selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes),sel-sel epitelium,kolestrol,lemak dan mukus. 

Tempoh Nifas
Tempoh paling singkat~satu lahzah (seketika sahaja)
Tempoh Biasa~40 hari
Tempoh Paling Lama~60 hari
**Sekiranya masih ada keluar darah selepas 60 hari,itu adalah darah penyakit atau istihadhah dan perempuan tersebut dah boleh solat fardu dan puasa.

Bagi kaum muslimah, ada perkara yang mereka tidak boleh lakukan seperti SOLAT, TAWAF, PUASA, JIMAK, MEMBACA AL-QURAN, MENYENTUH DAN MEMBAWA MASHAF AL-QURAN DAN DUDUK DALAM MASJID. Ini kerana para ulama sepakat yang darah ini sama dengan darah haid.

**Bagaimana pula andai perempuan tersebut melahirkan anak kembar,apakah perkiraan tempoh nifasnya?**
Tempoh nifasnya diambil kira kelahiran anak terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama,masa nifas tetapdihitung sejak kelahiran yang terakhir. Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak ia dianggap darah istihadhah.

**Bagaimana andai wanita tersebut melahirkan anak secara pembedahan?Bagaimana halnya tentang darah nifas beliau?**
Berdasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa (faraj) walau pun pembedahan dilakukan di bahagian perut. Oleh itu, fuqaha sepakat mengatakan sekiranya seorang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak,ia dianggap darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini,tiada darah keluar daripada farajnya,dia dianggap bersih.

**Darah nifas lambang kesuburan seorang wanita~~syuxer

Selasa, 29 Mac 2011

~~10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA~~

Entri kali ni pasal lelaki yang jadi idaman setiap wanita.Kalau ada dikalangan wanita yang x setuju atau nak tambah-tambah pendapat,dipersilakan.hehe

 

1. LELAKI YANG PRIHATIN 
Kalau dapat lelaki sedemikian memang dijamin sweetla coz bila kita ada pe2 masalah kita boleh luahkan pada lelaki ini dan lelaki ni plak pandai ambik hati kita dan mengambil berat tentang kita time susah dan senang.Yang penting tidak hipokrit dalam meluahkan cadangan penyelesaian or pendapat tentang masalah kita. Yang paling ditakuti ialah bila lelaki ini akan berasa jemu coz asyik dia je kena jadi pendengar setia.Jadi kita kenala jadi prihatin jugak.Kira situasi win-win la.

2. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA 
Lelaki ni jenis yang cool kerana yakin dan bertimbang rasa dalam memberi kita suatu kebebasan untuk membuat pilihan dan keputusan yang sewajarnya.Bukan senang nak cari lelaki camni,kebanyakkan semua ada ego tinggi.Tapi diingatkan kebebasan yang diberi itu,bukanla tiket untuk keluar dari rumah tanpa minta izin dari dia.

3. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Lelaki ini seorang yang amat bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan. Kalau dapat lelaki sedemikian,nescaya kamu akan selamat 24jam dari sebarang kecelakaan dengan izin Allah s.w.t. Seolah2 kita dapat bodyguard yang sungguh setia menjaga keselamatan kita. Kan sweet camtuh macam dimanjai dan ditatang bagai sang puteri dari kayangan.

4. LELAKI YANG WANGI DAN BERSIH
Lelaki ini bisa membuatkan kamu berasa selesa untuk mendampingi dengan dia. Masakan tidak,sudahla dia wangi kemudian bersih lagi. Tentula kamu akan berasa amat selesa. Sudah lumrah ktia cintakan kebersihan dan kewangian yang neutral. Konfirm keje2 kat rumah menjadi ringan andai dapat lelaki begini.

5. LELAKI YANG PEMURAH
Ni lelaki yang best,setiap ulang tahun kelahiran dan perkhawinan kita,konfirm ada2 je suprise dibuatnya. Ada yang dapat melancong ke luar negara,ada yang dapat barang idaman dan macam-macam lagi. Kalau lelaki ni jenis pangkat DATUK yang lebih berusia,rasanya kita x berapa nak bahagia kot. Lainla kalau dapat DATUK yang muda-muda yang dia sendiri ikhlas mencintai kita.

6. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Lelaki ni kadang2 best gak coz apa yang kita masak mungkin dia x la nak kritik sangat macam simon paul tuh. Kadang-kadang bila kita ajak makan kat luar,dia x marah n siap bawa kita ke restoran tempat kamu dating2 dulu. Best kan??

7. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Ini lelaki kalau dapat memangla bahagia,bukan apa saat kita dalam kesedihan,kemurungan dan sebagainya,dia lah orang yang paling memberi sokongan padu. Saat kita nak melahirkan anak,dia ada disisi,saat kita perlukan pelukan kerana dibuang kerja,dia ada disisi dan apa jua konteks yang memerlukan kita mendapat sokongan,lelaki inilah yang akan memenuhi konteks tersebut.

8. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN 
Lelaki ini kalau dapat konfirm kita akan dapat melawat tempat2 menarik seperti dalam hutan,tasik dan sebagainya. Memang best dapat lelaki yang sukakan kedamaian ni,mungkin kita x pernah masuk dalam hutan akan jadi gila nak masuk dalam hutan. Bukankah romantik berdua-duaan dalam hutan bersama lelaki begini(yang dah jadi suami la),seolah-olah dunia ni milik kamu berdua. Nak balik kampung konfirm dipenuhi lebih2 lagi kalau lelaki ni asal duduk dibandar.Mungkin dia lebih suka ikut kamu ke rumah mak mertuanya.

9. LELAKI YANG EGONYA TIDAK TINGGI
Tentu kita akan bahagia bila kita dapat meluahkan pandangan dan pendapat sendiri kepada lelaki ini.Bahkan dia sendiri sudi menerima cadangan kita,itupun kalau dia rasakan logik dan betul setelah berbincang dengan kita. Lelaki ini juga akan meluahkan perasaan kepada kita tanpa sembunyikan apa-apa.Coz dia yakin kita ni pendengar setia. Bukankah diri rasa dihargai bila dapat lelaki sedemikian

10. LELAKI YANG KUAT BERAMAL SOLEH
Mendapat lelaki yang kuat beramal soleh adalah idaman sejati bagi mana2 wanita seolah-olah dalam rumah itu cam dalam syurga je. Manakan tidak,lelaki ini konfirm akan menyayangi kita dengan sepenuh-penuh kasih sayang,menegur kesilapan kita dengan betul dan sebagainya. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dalam hidup kalau dapat lelaki sedemikian. Mungkin sukar nak dapatkannya,tapi jodoh ni aneh.So selalulah berdoa kepada Allah s.w.t akan dikurniakan lelaki sedemikian.

Klik di sini kalau nak tau tanda-tanda jodoh kita. Waallahualam..


**Jodoh ni adalah perkara rahsia yang paling unik~~syuxer

Isnin, 28 Mac 2011

~~Eksiden Kenderaan Udara~~

Entri kali ni pasal eksiden la pula.Tapi yang ni eksiden kenderaan udara.Dah puas tengok eksiden bas,kereta,motor,basikal dan beca,jadi aku cari yang kenderaan udara.Kenderaan yang dimaksudkan ialah Kapal Terbang. Pasal kereta api tuh,aku tengah cari gambar-gambar dia. Apapun mari kita tengok kapal terbang sapa yang kena musibah ini.Jangan salahkan saya kalau anda akan dapat fobia airplane(ntahla ada x dalam kamus perubatan) selepas ini seperti dennis bergkamp(Ex-pemain Arsenal yang fobia naik kapal terbang). Jadi kalau anda suka tengok gambar-gambar eksiden,tahniah anda baru saja dapat penyakit sindrown suka tengok kemalangan.


Nasib baik x langgar kren tuh, kalau x meletup agaknya

Eh MAS??kapal terbang sapa plak yang salah landing tuh?

Agak2la nak landing kat rumah orang

Kalau bawa dengan buka cermin,memang nak cari matila

Kuat rosak tuh,patah sayap

Ni mesti kes nak tiru kapal selam ni,sudah2la kapal terbang tetap kapal terbang

Yang ni kot yang salah landing sebelah MAS

Agak2 la nak berjimak,adoiii

Meletup secara live

Kenderaan darat masa kini

Apa kes nak masuk kat pintu,dah x muat watla cara x muat


Kot ye nak men sapa punye cermin paling gagah,agak2la

Nak men sorok-sorok pun,tutupla punggung tuh

Nak drift la tuh!!

Terbakar terus.Amat Tragis

Ingat helikopter mini  ke nak men celah2 jambatan besi ni?

Sapa kata tayar kapal terbang x pernah bocor?

Apa kes nak landing sorok tayar?

Ada orang x dalam tuh??

Yang gi landaing atas tanah x siap pasang tar wat pe

Hancur muka hensem kapal terbang

Agak2 la nak berpiknik all-in-one..aishh
**Fobia kalau dok tempat tinggi,rasa cam kena dipaksa terjun je~~syuxer