ENTRI TERBAIK

Jumaat, 11 Februari 2011

~~Valentine Day's~~

Gambar2 tentang Valentine's Day

Cupid a.k.a Dewa Cinta or Love
Cupid ni dikenali sebagai dewa cinta or dewa kasih sayang. Dia digambarkan seperti seorang bayi yang akan  men"shot"kan anak panah yang menyebabkan orang itu jatuh cinta antara satu sama lain.


Bunga rose adalah pilihan utama untuk dijadikan cenderamata untuk orang yang dicintai!


Biasanya kad2 cinta sebegini(contoh aje) akan dijadikan luahan berahi cinta--cehh tiru cam kad raya la plak

Gapo namo rima natey valentine day ni??? hok simple plan aku tau..tiap2 14hb febuari akan muncul khayalan syurga nikmat"gila babi" yang expired nye akan berlaku sehari aje dimana hukum agama ditolak tepi2. Konon2nye la kan,emm pasangan yang mabuk tuak hangat bercinta bagai nak rakkkk gila babas,akan memulakan adegan2 yang agak celupar dan dangkal wal shit wal hampas..yela nak membuktikan betapa agungnya cinta mereka..agung jubo mung!!

mari kita lihat sejarah berlakunya hari tersebut!! ada fakta kabur mengenainya..apapun kita tetap kena tau gak..

"Ada pelbagai pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Beberapa negara ahli bahawa itu berasal dari St Valentine, seorang Rom yang menjadi martir karena menolak untuk menyerah Kristian. Beliau meninggal pada tanggal 14 Februari 269 Masihi, pada hari yang sama yang telah dikhususkan untuk mencintai undian. Legenda juga mengatakan bahawa St Valentine meninggalkan nota perpisahan untuk putri sipir penjara, yang telah menjadi kawannya, dan menandatangani "Dari Valentine anda". Aspek lain dari cerita mengatakan bahawa Santo Valentine berkhidmat sebagai imam di kuil pada masa pemerintahan Maharaja Claudius. Claudius kemudian harus Valentine dipenjara kerana menentang dia. Pada 496 Masihi Paus Gelasius menyisihkan 14 Februari untuk menghormati St Valentine."~~Transalate pakai profesor ungku alam semesta diraja,Mr.Google..kalau korang baca pun rasa xpaham,salahkan mr.google tuh..


kesimpulan yang aku tau..eh eleh macamla aku hidup time 269 masihi tuh,hendakla kita tau yang peristiwa terjadi kerana kematian seorang yang telah menolak untuk menerima Kristian dan ada nenek kebayan cakap dia tinggalkan nota perpisahan untuk anak perempuan warden jail dengan kata2 trademark yang jadi lagenda iaitu DARI VALENTINE ANDA!!..ada juga tokok tambah kononya

"Hari valentine ini diraikan sempena mengingati perngorbanan dan jasa-jasa paderi valentine terhadap rakyat rom suatu ketika dulu. Paderi valentine neh pernah memujuk pemerintah rom [raja] untuk menganuti kristian tetapi ditolak oleh pemerintah ketika itu. Askar-askar [lelaki] rom pada ketika itu konon nya tidak boleh berkahwin atas alasan perkahwinan akan melemahkan kekuatan fizikal mereka. 

Namun secara senyap-senyap paderi valentine mengahwinkan juga askar-askar muda rom kepada pasangan masing-masing. Apabila penguasa rom mendapat tahu akan perbuatan paderi valentine, dia jadi marah dan memanggil paderi valentine mengadap. Ketika sesi soal-jawab, penguasa rom sempat memujuk paderi valentine agar menukar agamanya kepada agama pagan [animisne = atheis = tiada kepercayaan kepada agama]. Jika paderi bersetuju, penguasa rom akan membebaskan paderi valentine daripada sebarang hukuman tetapi paderi valentine enggan. 

Kerana marah, paderi valentine dijatuhi hukuman mati. Sebelum mati, paderi valentine telah menyembuhkan seorang perempuan yang buta. Dan ketika dijatuhkan hukuman mati, paderi valentine telah menghantar sekeping kad kepada gadis tersebut sebagai tanda ingatan/kasih sayang. Aku pun tak sure. Maklumat neh bersepah dalam google." (sumber dari sini)


So silakan wtfkan diri anda coz anda telah tertipu dengan fakta diatas...coz mana ada elemen2 luahan perasaan cinta berahi!!ada x mr.valentine tuh beromen dengan anak gadis warden penjara n terus wat sinetron 21SXX iaitu berjudul kaula valentine ku!!ada x??ada x mr.valentine tuh beromen2 softcore maupun hardcore ngan anak gadis tuh?dia just tulis surat aje..nota perpisahan

yang kita pandai2 nak jenamakan semula hari tersebut apahal??otak dah terkehadapan wawasan 2020 ke sampai nak explore hari tersebut dinoktahkan sebagai hari kekasih????????

anda 2 pilihan untuk membersihkan ke"bangang"an anda tentang hari kekasih ini!!
-tinggalkan budaya gampang tersebut!!
-bertaubat dan kahwin dengan gadis pujaan anda dan ber"valentine"la sampai puas2 di first night!!-dapat pahala dan doa keberkatan dari perkhawinan tersebut

tepuk jantung,kan karang mampus naya plak kan..tepuk otak kan xpasal2 jadi gila bangang terus boleh gak dapat tiket free masuk syurga..x adil tuh cam x fair play je hehe jadi tepukla minda hati,muhasabahkan diri adakah anda betul2 nak sambut valentine yang jelas2 haram n xde pekdah coz dicampur adukkan unsur2 maksiat wal softcore wal hardcore??

sabar itu separuh dari iman..bersabarla kak or abang ooiiii..kalu ada jodoh,xkan kemana..cuma jangan mempercepatkan jodoh cara yang salah ok..taula bajet boleh kontrol nafsu or maksiat..tpi anda xtau yang penipu atau penggoda paling teragung di alam semesta ni adalah syaitan..percayala..orang punye iman lemah lagila mudah dicontrol oleh si laknat tuh..

anda ingat x,kisah dimana orang yang kuat gila beribadah kepada Allah s.w.t still boleh T.K.O dengan wanita jalang hasil hasutan silaknatullah syaitan???anda pasti iman anda di tahap seperti pemerintahan hosni mobarak yang mampu bertahan lama??

Tapi cuba anda pikir dan terbitkan rasa jiwa islam dalam jiwa dan takut pada Yang Maha Melihat wat seketika demi membuktikan syahadah anda masih bernilai atau anda mengaku anda ni masih benar2 mengamalkan ajaran islam..kalau anda berkeras gak nk sambut hari gampang tuh(untuk orang yang belum berkahwin or ada bini atau suami halal)!!

"eh boleh ke pegang tangan or bahu or muka or rambut or badan or whatever u think la (bagi otak cap nippon paint yellow) anak dara orang??bini orang??skandal??teman tapi mesra??tunang??bekas isteri??bohsia??bf/gf/lf/gyf"..

oooo nanti orang kata x ameriiiikkkkkkka laaa kalu x pegang2 sana sini situ..ameriikkkkaa mung!
*lf(lesbian friend) *gyf(gay friend)

bak tunjuk aku hukum Allah s.w.t yang cakap cmni wahai orang2 beriman!sesungguhnya halal bagimu untuk beromen,menyentuh tangan orang yang bukan halal bagi mu!!Sesungguhnya itu adalah tanda orang2 yang mendapat petunjuk dari Allah..

ooooo hukum hudud xde,so rileks la bro...jadi yang menciptakan abg n kak tuh bukan Allah s.w.t ke?wau hebatnya abang dan kak ni kan2...sapa tuhan abng or kak kalu cmtuh??sampai konfident tuhan saya iaitu Allah s.w.t xakan berani or wat dono je bila nampak abang or kak nk wat maksiat..
eh2 budak ni..kami ni bukan nk buat hubungan seks la bro..kami ringan2 je..
xkan dah mengandung dia tuh bila cium kongsi air liur..apa raa...x rock la lu der!!

emm xpela bang..dah nasihat tapi otak still amerikkkka,xleh wat pe dah..jngan sampai kakak menyesal nanti dapat anak x halal,barula tau cmner "hok aloh hok aloh la lagu mana la ni"..klu buang bayi kelak..emm extra dosa kak n dapat..berzina,membunuh dan derhaka terhadap amanah Allah s.w.t supaya menjadi khalifah di bumi ini

okla korang..beromen la jangan smpai tuhan saya nampak tau..
baik saya sentuh babi dri sentuh orang yang sya belum kahwini..lagi pekdah dan lebih halal coz sy perlu samak je..tapi korang dahla kena dosa zina,ada kemungkinan dosa membunuh or membunuh diri dan macam2 lagi..dahla dosa zina besar amat..bukan boleh wat tebus dengan sistem MLM..

Tapi

Sejak bila al-quran dijenamakan semula eh??isk2 x paham aku weh!berzina softcore or hardcore dah jadi halal ke??


yangg aku mengarut sampai konfident yang korang akan wt maksiat apahal??lolll terasa ke???abes tuh nape bayi ada bersepah2 di tempat2 yang X sepatutnya dia baring kat situ???aku jamin bulan 11 or 12 akan ada kes2 pembuangan bayi paling besar..

emm dah2..jom2 refresh otak kita ni..baca kat bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang valentine secara ph.d!!

(sumber dari zaharuddin.net-sumber asal)

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
 
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine. 
 
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
 
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
 
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
 
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
 
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
 
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
   
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
 
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
 
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
 
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
 
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.. 
 
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
 
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua. 
  "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
  7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
  
Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007




p/s:

Ada hati punye rasa iman walau sedikit,sila buka minda secara meluas..jangan sempitkan diri dengan statement jangan jaga tepi kain orang la (kononya statement ni dari "ustazah" sharifah amani dalam mingguan malaysia baru2 ni)..statement inila menunjukkan kebangangan paling terkutuk bila empunuye diri memang salah dalam hal tersebut mempertahankan soal berfesyen..fesyen mung!!..

Ada telo,merisik la kat orang tua gewe2 kita..x gentlemen la men ambek free sentuh2 anak orang..pahtu kawenla secara halal..pahtu korang ber"VALENTINE" smpai bila2..janji bukan tempat terbuka..malu la cikit der..taula ada lesen halal nk wat romen..tpi agak2 la der..kita bukan kat AMERIKKKA...

Ahad, 6 Februari 2011

~~Cerita Paling Murni~~

Aku telah baca cerita yang menyentuh jiwa aku tadi..Emm..sungguh mendalam dan terkesan untuk berimaginasi cmner perjalanan citer tersebut

Kisahnya lebih kurang begini..Tajuknya kisah seorang budak penjual kuih..

Ada seorang mamat yang sedang lepak kat kedai makan tengok gelagat sorang budak yang tengah jual kuih.dan tiba2 budak tuh singgah kat meja mamat tuh n cakap..
"Bang,beli kuih ni bang..sedap tau!mak sya yang buat ni.."
"Err..dik,maafla abang dah order nasi goreng..maafla ye dik..lain kali ye"
"Takpe bang,sy datang lain kali..oraiit bang"

Mamat tuh tngok budak tuh masih gigih menjual kuih kat meja lain kat kedai tuh,abes semua meja dipromosi..selesai je mamat tuh makan,budak tuh datang lagi n cakap..
"aaa abang dah abis makan,makanla kuih saya pulak bang"..

"Dik..abang dah kenyang..dah xlarat dah nk makan lagi"..
"Orait bang..xde hal la abang..kalau abang dah kenyang bolehla bagi kat family abang ke,adik abang ke..ke guane??heheh

"Bijak betul budak ni men psikologi dengan aku"..getus dalam hati mamat tuh..

Sebenarnya mamat tuh kagum coz budak tuh gigih jual kuih dengan budi bahasa yang tinggi dan tidak pernah kenal penat walaupun menjual di tengah2 panas..Lagipun mamat tuh ada jugak pengalaman tika dia kecik2 dulu pernah jual sayur tolong mak dia kat pasar.Jadi dia tau la pasal susah2 bila nk menjual secara kecil2an..Atas dasar kasihan dan kagum,mamat tuh sedekahkan sekeping not rm10 kat budak tuh..

"ambikla rm10 ni,abang sedekahkan kat adik ye.."
"saya bungkus kuih ye.."
"eh xpe dik,abang sedekahkan dengan ikhlas.."
"terima kasih bang..hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu balas sedekah abang ni.."
"sama-sama dik..."

Tika mamat tuh dah selesai bayar bil makanan dan menuju ke tempat kereta dia,tiba-tiba dia terlihat kelibat budak tuh sedang bagi duit yang dia sedekah tadi kat pengemis mak cik di tepi jalan. mamat tuh berasa hairan dan panggil budak tuh untuk tanya nape bagi duit tuh kat pengemis

"Err dik,mai sini jap.."
"iye bang,bang jadi nk beli kuih ni??..
"eh xla..nape dik bagi duit abang bagi tadi kat makcik tuh??
"oh itu rupanya..mak cik tuh dahla buta dan x dapat nak berusaha mendaptkan rezeki untuk dia,jadi adik sedekahla duit tuh untuk dia.."
"tapi abang bagi kat adik tau..
"eh takpela abang..lagipun mak pesan jangan ambik duit sedekah orang kalau masih mampu berusaha nanti rezeki tuh xberkat..kalau mak tanya nanti camner adik dapat rm10 tapi kuih x abes dijual??
"oh betul gak tuh.."

Lantas mamat tuh rasa kagum dan insaf dengan kecerdikan dan keperibadian mulia budak tuh,terus mamat tuh beli kesemua kuih dalam bakul budak tuh

"err dik,bagi semua kuih tuh kat abang,abang beli semua.."
"betul ke bang nak beli semua ni??"
"betul la dik..kim salam kat mak ayah tau.."
"terima kasih banyak2 bang..semoga Allah s.w.t sentiasa berkati abang selalu.."
"sama2 dik.."

mamat tuh nekad nak lepak kat kedai makan ni tiap2 hari n akan tolong budak ni dengan membeli kuih dengan sekadar yang mampu..

P/s:maafla dialog xberapa bagus..aku pun xberapa tau ngat hukum tatabahasa dalam bab2 ayat..

~~PERHATIAN!! UBAT YANG BAHAYA~~

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital -Gleanagles)

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

Kepada Semua,
Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) dikalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.
Sekadar gambar hiasan,sila tengok butiran kat botol ubat ada x phenylpropanolamine dalam kandungan ubat itu.


UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant
2. Plus Dietary Supplements
3. Acutrim Maximum Strength
4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus
5. Children's Cold Medicine Effervescent
6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau oren)
7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
12. BC Allergy Sinus Cold Powder
13. BC Sinus Cold Powder
14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
17. Contac 12 Hour Caplets
18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus
19. Dexatrim Caffeine Free
20. Dexatrim Extended Duration
21. Dexatrim Gelcaps
22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
26. Dimetapp Elixir
27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
28. Dimetapp 4 Hour Tablets
29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
30. Naldecon DX Pediatric Drops
31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
32. Triaminic DM Cough Relief
33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
34. Triaminic Syrup Cold & Allergy
35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough


p/s: sila google sendiri klu nk tahu cmner bentuk or whatever about ubat2 yang disenaraikan diatas..

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak:
Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu)
3D Cold & Cough Berry 
3D Cough Relief Yellow 
3D Expectorant.

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini : http://www.fda. gov/

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA

~~Nasihat Ore-ore Lama~~

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU


Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang.  Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Sabtu, 5 Februari 2011

~~Mengapa Doa itu Penting~~


1.Mengekalkan Hubungan dengan Allah S.W.T pada setiap masa
Manusia ni perlukan Allah s.w.t pada setiap masa maupun detik. Tanpa Allah s.w.t dalam hatinya,manusia diibaratkan seekor ikan yang ketiadaan air. Malah jiwanya akan jadi mati dimana manusia akan kehilangan ketenangan,kebahagiaan dan keharmonian biarpun dia memiliki segala-galanya. Harus diingat doa juga ditakrifkan sebagai zikir dimana kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t dengan cara paling sukses dan berkesan. Bahkan Allah s.w.t sendiri memerintahkan kita berdoa untuk mengingati-Nya kerana nescya mengingati-Nya,jiwa akan jadi tenang. Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (surah Al-Ra'd 13:28) . Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t selalunya tidak akan dilanda stress kerana sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t dan Allah s.w.t amat menyukai orang selalu mengingati-Nya.

2.Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan
Doa adalah pengharapan. Bahkan bila kita berdoa,kita akan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t dengan melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik secara berterusan. Yang selebihnya adalah usaha yang berterusan dan murni untuk merealisasikan doa tersebut.Disinilah konsep tawakal akan wujud dan menguji keimanan seseorang itu. Allah s.w.t sendiri telah berfirman yang bermaksud: " Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya." (surah al-Syura 42;26)

3.Sentiasa didampingi oleh Malaikat dan menghalau syaitan
Harus diingat bahawa selain kita hidup di dunia ni ada mahkluk lain yakni malaikat dan syaitan.Contoh paling ketara,apabila kita lupa membaca doa makan,syaitan akan makan bersama-sama dengan kita sekaligus hilanglah keberkatan makanan itu.Mereka yang selalu berdoa akan didampingi oleh malaikat dimana tutur kata mereka akan lebih terkawal,pertimbangan dan tindakan dalam hidupnya.

4.Dapat membentangkan luahan perasan seperti masalah dengan lebih jelas
Berdoa mampu didefiniskan luahan perasaan akan masalah yang dihadapi. Kita ni sebagai manusia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan akan masalah kita. Mujurla atas kapasiti kita sebagai umat Islam,kita ada pakar psikologi yang teragung di dunia dan diakhirat iaitu Allah s.w.t. Percayalah apabila kita berdoa(meluahkan perasaan kepada-Nya), hati kita akan damai dan tenang,malahan akan timbul satu perasaan dimana kita mengharapkan suatu pengharapan yang sempurna dari Maha Esa. Sekaligus,kita sedaya upaya akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan sebaik mungkin dengan menyakini Allah s.w.t akan sentiasa berada disisi kita untuk memberikan kenyakinan dan pengharapan. Ingatla dengan firman Allah s.w.t ini yang sebenarnya merupakan satu motivasi yang amat berkesan kepada orang yang berdoa. Firman-Nya tersebut bermaksud: "Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu,wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku,semoga mereka beroleh petunjuk."(surah al-Baqarah 2: 186)

5. Mampu menyihatkan fizikal kita
Plato pernah berkata: "Kesalahan ahli perubatan adalah cuba  mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan". Ingatla yang bila kita berdoa,kita boleh jadi tenang dan sekaligus dapat mengubat hati dan fikiran dari terus diracuni sifat-sifat mazmumah yang menjadi punca kecederaan fizikal. Kenyataan Plato telah memberi gambaran andai jiwa x bagus,maka tubuh fizikal mudah mendapat risiko kecederaan. Bahkan wujud ubat psikosomatik untuk tenangkan jiwa fikiran pesakit yang mengalami masalah psikologi seperti rasa bimbang,takut dan lain-lain. 

Jumaat, 4 Februari 2011

~~Jom kenali makcik2 n pakcik2 freemason~~

Kita sekarang banyak kecoh pasal freemason..n aku dengan x akan dukacitanya mempersembahkan struktur freemason yang dikenali pertubuhan paling berkuasa dalam mengatur perjalanan dunia mengikut acuan mereka tpi kita kena ingat sokmo2 yang Allah S.W.T yang lebih power dari dorang..samada dorang nk percaya atau tidak,terpulanglah..anggapla ni salah satu fakta or auta untuk memeriahkan atau meningkatkan pemahaman tentang "natey apo freemason2 ni??" Jom layan gambar fakta or auta,terpulang pada pandangan zahir dan mata anda,bukan lagu cam jamal abdillah..kau kekasih zahir dan batin..


Slik klik untuk besarkan dia!!

Khamis, 3 Februari 2011

~~Winter Sonata Punye Tranfer EPL~~

Winter Transfers In English Premier League


Arsenal

Japanese forward Ryo Miyaichi.

Aston Villa

American midfielder Michael Bradley on loan from Borussia Monchengladbach; Forward Darren Bent from Sunderland for a fee of €28m; Cameroonian midfielder Jean Makoun from Lyon; Defender Kyle Walker on loan from Tottenham Hotspur; French midfielder Robert Pires on a free transfer from Villarreal.

Birmingham

Defender Curtis Davies from Aston Villa; Nigerian forward Obafemi Martins on loan from Rubin Kazan; Forward David Bentley on loan from Tottenham Hotspur.

Blackburn

Argentinean midfielder Mauro Formica from Newell's Old Boys; Spanish forward Ruben Rochina from Barcelona; American midfielder Jermaine Jones on loan from Schalke; Paraguayan forward Roque Santa Cruz on loan from Manchester City.

Blackpool

Irish midfielder Andy Reid from Sunderland; Forward James Beattie on loan from Glasgow Rangers; Midfielder Jason Puncheon on loan from Southampton; Belarussian forward Sergei Kornilenko on loan from Zenit St. Petersburg; French defender Salaheddine Sbai from Nimes.

Bolton

Forward Daniel Sturridge on loan from Chelsea; Midfielder David Wheater from Middlesbrough for a fee of €2.7m.

Chelsea

Brazilian defender David Luiz from Benfica Lisbon for a fee of €25m; Spanish forward Fernando Torres from Liverpool for a fee of €58m.

Everton

Greek forward Apostolos Vellios from Iraklis; Defender Eric Dier on loan from Sporting Lisbon.

Fulham

Icelandic forward Eidur Gudjohnsen on loan from Stoke City; French forward Gael Kakuta on loan from Chelsea; Midfielder Steve Sidwell from Aston Villa.

Liverpool

Forward Andy Carroll from Newcastle United for a fee of €40m; Midfielder Conor Thomas on loan from Coventry City; Uruguayan forward Luis Suarez from Ajax Amsterdam for a fee of €26.5m; Forward Jason Banton from Blackburn Rovers.

Manchester City

Bosnia-Herzegovnian forward Edin Dzeko from Wolfsburg for a fee of €32m; Israeli midfielder Gai Assulin on a free transfer from Barcelona.

Manchester United

Danish goalkeeper Anders Lindegaard from Aalesund.

Newcastle

Irish midfielder Stephen Ireland on loan from Aston Villa; French midfielder Hatem Ben Arfa (permanent signing) from Marseille.

Stoke City

Norwegian forward John Carew on loan from Aston Villa; Jamaican midfielder Jermaine Pennant (permanent signing) from Real Zaragoza for a fee of €3.2m.

Sunderland

Ghanaian midfielder Ali Sulley Muntari on loan from Inter Milan; Benin midfielder Stephane Sessegnon from Paris St. Germain for a fee of €7m.

Tottenham

South African midfielder Steven Pienaar from Everton for a fee of €3m; South African defender Bongani Khumalo from SuperSport United for a fee of €1.8m.

West Brom

Mexican forward Carlos Vela on loan from Arsenal London.

West Ham

Irish forward Robbie Keane on loan from Tottenham Hotspur; French forward Demba Ba from Hoffenheim; Midfielder Gary O'Neil from Middlesbrough; Defender Wayne Bridge on loan from Manchester City.

Wigan

Irish forward Conor Sammon from Kilmarnock; Spanish defender Adrian "Piscu" Lopez on a free transfer from Deportivo La Coruna.

Wolves

Brazilian goalkeeper Adriano Basso on a free transfer from Bristol City; Midfielder Jamie O'Hara on loan from Tottenham Hotspur; Midfielder Adam Hammill from Barnsley.

Kredit to: Kisah 69

Rabu, 2 Februari 2011

~~Elaun YDPA,Kerabat,Perdana Menteri dan Ahli Parlimen~~

Kerajaan Persekutuan membelanjakan sejumlah wang sebagai emolumens dan persaraan pemimpin Negara, sebagaimana yang diluluskan Parlimen. Ini termasuk elaun kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan anggota-anggota eksekutif dan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Negara).

Elaun untuk DYMM SPB YDP Agong:

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini bajet tahunan untuk SPB YDP Agong. Ianya akan dibayar secara bulanan kepada SPB YDP Agong. Selain dari elaun untuk SPB YDP Agong ni, mereka masih dapat elaun DYMM Sultan dari negeri masing masing.


1. Privy Purse - RM 360,000.00 (bulanan adalah RM 30,000.00).
2. Elaun kerajaan - RM 120,000.00 (bulanan sebanyak RM 10,000.00)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM 144,000.00 (bulanan sebanyak RM 12,000.00)

Maka, jumlah elauns sebulan SPB YDP Agong adalah sebanyak RM 52,000.00

Elaun untuk DYMM SPB Raja Permaisuri Agong:
1. Privy Purse - RM 67,200,00 (RM 5,600,00 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM 21,600.00 (RM 1,800.00 sebulan).

Maka, jumlah elauns sebulan SPB Raja Permaisuri Agong dapat ialah RM 7,400.00

Selain daripada tu, setiap tahun SPB YDP Agong dapat peruntukan lebih RM 53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dan kakitangan istana. Pecahan bajetnya adalah seperti berikut:
  1. Perbelanjaan istana, keraian dan sambutan tetamu - RM 52,259,100.00
  2. Gaji kakitangan istana - RM 1,004,880.0
Elaun mantan SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong
Elaun untuk mantan SPB YDP Agong dan mantan Raja Permaisuri Agong (Termaktub dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006).

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada mantan SPB YDP Agong dan mantan SPB Raja Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan SPB YDP Agong - RM 15,180.00 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan Raja Permaisuri Agong - RM 4,500.00 sebulan.

Pencen khas untuk balu SPB YDP Agong
Ini adalah pencen untuk balu SPB YDP Agong. Bermakna kalau seorang SPB YDP Agong itu mangkat semasa dalam takhta, maka balu baginda (yang juga SPB Raja Permaisuri Agong) akan dapat pencen ini, termaktub di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Inilah elaun yang dinikmati balu SPB YDP Agong yang mangkat semasa diatas takhta:

1. Pencen seumur hidup - RM 4,500.00 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM 250,000.00 untuk motorkar. Imbuhan tambahan RM 2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelengaraan motorkar juga dinikmati.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM 750,000.

Elaun DYMM Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat bagi setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja, yang diluluskan Dewan Undang Negeri masing masing. Ini contoh untuk Kedah. Secara asasnya, ianya dipraktikan di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga jumlah dan nilainya.

1. Elaun Sultan - RM 52,600.00 sebulan
2. Elaun keraian Sultan - RM 15,480.00 sebulan

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM 68,080.00

Untuk Sultanah pula elaunnya adalah
1. Elaun Sultanah - RM 12,000.00 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM 2,600.00 sebulan.

Jumlah elaun Sultanah ialah RM 14,600.00 sebulan

Elaun lain lain untuk kerabat ialah:
Raja Muda - RM 13,000.00
Raja Puan Muda - RM 5,200.00
Tunku Bendahara - RM 4,000.00

Isteri Tunku Bendahara - RM 1,250.00
Tunku Temenggung - RM 3,500.00
Isteri Tunku Temenggung - RM 900.00
Tunku Laksamana - RM 3,000.00
Isteri Tunku Laksamana - RM 600.00

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat elaun juga. Contoh macam anakanda anakanda Sultan dapat elauns RM 1,000.00 sebulan dan kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat elauns sebanyak RM 500.00 sebulan.


Gaji dan elauns untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79

YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sesi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

~~Info terkini tentang misi bantuan ke mesir~~



Sumber maklumat : Berita tv3 dan awani.

1. Najib dah bersetuju akan bawa pulang semua pelajar malaysia yang terkandas di mesir ke malaysia semula.

2. Mereka akan dibawa pulang guna kapal TLDM.

3. Kapal tersebut kini berada di teluk aden atas sesuatu misi dan akan terus ke pelabuhan terdekat di mesir untuk mengambil pelajar2 dari malaysia. [termasuk rakyat malaysia rasanya].

4.Semua pelajar telah diarahkan berkumpul di dewan mahasiswa malaysia.

5.Kapal tersebut kemudian nya akan berlabuh di jeddah atau mana2 tempat yang bersesuaian sebelum rakyat malaysia dibawa pulang ke malaysia melalui penerbangan antarabangsa.

6. Tindakan najib neh berkemungkinan besar ada kaitan dengan desakan dari rakyat bertubi2 menerusi fb, email, blogs, twitter dan kemarahan orang ramai menerusi email news@tv3.com.my

7. Najib juga memberikan penjelasan bahawa kerajaan sebenarnya sedang memikirkan langkah paling pratikal untuk membantu rakyat malaysia di sana. Katanya lagi, malaysia ada lebih dari 10,000 ribu rakyat yang berdaftar dengan kedutaan di mesir jadi sebarang langkah yang di ambil adalah perlu efektif dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

8. Najib juga menjelaskan bahawa kos yang mahal dan saiz kapal terbang yang kecil juga menyebabkan kerajaan enggan mengangkut rakyat malaysia yang berada di mesir mengunakan flight. Satu2 kapal terbang [rasanya kapal terbang tentera yang najib mention neh] hanya mampu memuatkan lebih kurang 40 penumpang jadi takan nak angkut separuh je dan tinggalkan separuh yang lain sedangkan malaysia mahu menyelamatkan semua rakyat malaysia.

9. tv3 juga melaporkan beberapa email yang marah kat kerajaan dan risau dengan warga malaysia di mesir. [kalau korang nak marah ke kasi idea ke apa ke sila ke sini news@tv3.com.my]

10. tv3 juga menyiarkan perbualan tv3 dengan Nurul Aini Jahaya, salah seorang pelajar malaysia yang berada di mesir yang menceritakan perkara sebenarnya di mesir. Mereka berada dalam ketakutan dan tiada makanan. [Dari suara dia yang aku dengar.. dia macam sebak, takut dan mungkin nak menangis]. Nurul juga berkali2 minta selamatkan mereka di mesir. [dia 3,4 kali cakap tolong selamatkan kami, tolong amek kami..]

11. Mohammed Husaini Salleh, salah seorang mahasiswa dan ketua bagi fakulti perubatan[rasanya aku ya ingat2 lupa paparan kat tv3 tadi] mengesahkan semua student yang di bawah dia berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi mereka terputus bekalan makanan, dan tiada tempat yang selesa untuk berlindung. [Tv3 kemudian nya potong.. aisehmen kasi rakaman penuh bhai]

12. Ahli keluarga pelajar yang berada di mesir juga datang ke tv3 untuk membuat aduan dan rayuan agar kerajaan menjemput pulang rakyat malaysia di mesir. [terdapat juga ahli keluarga pelajar bagitau pasport anak mereka di simpan oleh pihak universiti. Kalau begitu lah keadaan macam mana dorang nak terbang balik?]

Dan yang neh dari awani pula

13. Awani mengatakan najib sedia menimbangkan untuk membawa pelajar malaysia di mesir menggunakan kapal TLDM iaitu KD Bunga emas yang kini berada di teluk aden. Mereka kemudiannya akan di bawa ke jeddah, arab saudi sebelum berlepas pulang ke malaysia dari sana.

14.Najib juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh terburu2 membuat keputusan kerana ini melibatkan rakyat malaysia yang ramai di mesir. Setiap tindakan haruslah diteliti terlebih dahulu.

15. Alasan najib tidak menggunakan kapal c100 kargo hercules [tolonglah betulkan kalau aku salah sebut neh.. tah kapal terbang atau kapal laut aku pun tak jelas] adalah tidak pratikal.

16. MAS dan AIR-ASIA diminta bantu menyediakan penerbangan untuk membawa pulang pelajar2 malaysia di mesir.

17. Bantuan zakat juga disalurkan kepada pelajar2 malaysia di mesir untuk menampung keperluan harian mereka di sana sehingga diselamatkan.

18. Terdapat 1,000 rakyat kelantan berada di mesir. Kelantan kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk membawa pulang pelajar2 mereka dari mesir.

19. persatuan pemuda umno perak akan menubuhkan satu talian khas untuk update pelajar2 perak di mesir dari semasa ke semasa agar ahli keluarga mereka tidak terlalu bimbang.

20. Awani tadi sempat berhubung dengan pelajar jurusan islamiah di universiti al-azhar, mesir. Berikut adalah butiran perbualan tersebut ;

- terputus bekalan makanan kerana kedai runcit tutup.

- bertahan dengan bekalan makanan yang lama.

- tiada talian internet dan gagal hubungi sesama mereka dalam mesir, kecuali luar dari mesir.

- tidak boleh keluarkan duit kerana bank tutup. Mesin atm tidak beroperasi dan rosak.

- berlindung di rumah semata2 dengan dua rakannya yang lain dan tiada jalan lain.

- dua rakan nya yang lain ialah Mohd fauzan dan Khairul Munif. [kenal tak? mereka bertiga selamat buat masa sekarang cuma tiada duit]

[Student lelaki neh aku dengar suara dia agak berani berbanding student perempuan.. tapi yelah.. lelaki kan mmg berani pun dari pompuan]

Lepas tue ada beberapa demo di seluruh negara yang sokong rakyat mesir seperti mahgribi, amerika, filipina dan thailand.

Dan ketika sedang baca berita tadi, tiba2 penyampai awani mengumumkan bahawa najib akan hantar misi menyelamatkan rakyat malaysia tak kira melalui udara atau darat. [Dalam erti kata lain misi tersebut bermula dah, so ahli2 keluarga kat sini boleh menarik nafas lega] Dan ini ada sedikit kekeliruan informasi yang diberikan oleh tv3 tadi. Entah tv3 dapat maklumat yang salah ataupun memang disengajakan aku tak peduli la.. dalam entry neh aku mmg malas nak kondem kerajaan pasal dah penat. Heh

1. tv3 lapor bahawa rakyat mesir tolak Mohammed Albaradei untuk mengetuai mereka membentuk kerajaan campuran sementara menunggu pilihanraya. [Ini tipu. Rakyat mesir tidak menolak Mohammed Albaradei. Mereka mengalu2kan Mohammed Albaradei. Malahan Mohammed Albaradei berkerjasama dengan IK untuk mencari penyelesaian dan diplomasi terbaik bagi menangani krisis di mesir]

2. TV3 juga melaporkan bahawa Omar suleiman di terima baik oleh rakyat mesir. [ini tipu bhai. adoiiyai. Omar suleimen neh proksi kuat kepada us dan israel sama macam hosni mubarak, takan rakyat mesir terima bhai? check sendiri kat fb mereka, mereka kutuk omar gila babi. bukan hosni je kena berambos, sekutu2 dia pun kena berambos gak dari mesir termasuk omar. Itu tuntutan rakyat mesir. Mereka reject omar suleiman neh. Mereka juga tolak kabinet baru yang dibuat oleh hosni mubarak. tv3 lue jgn bagi citer palsu kat rakyat malaysia bhai. adoiiyai. internet ade kiri kanan bhai. sekarang seme pun boleh jadi wartawan. Heh]

3.Amerika desak mesir selesaikan konflik segera. [Mmg betul. Tapi masalahnya dok bagi citer sekerat2. Amerika desak mesir iaitu hosni untuk tamatkan revolusi di mesir segera. amerika masih mahu hosni jadi presiden tetapi dia soh tamatkan konflik dengan cepat bagi mengelakkan kepentingan amerika di mesir terjejas. Ini isu sebenarnya. adoii tv3.. semoga ahtimu dibuka oleh Allah swt. aminnn..]

Persepsi yang baik kepada omar..
Persepsi yang baik kepada amerika..
Persepsi yang baik memang disukai israel..
Persepsi2 yang baik di jaja oleh tv3 milik umno..

hurmm.. apakah makna nya di sini?

lue fikir
lue cerna
lue faham.

Ameno : benda neh pun mau tipu ka? jangan beb. Jangan jadi orang islam yang tikam 'islam' sendiri. Ada juga ahli keluarga yang marah kerajaan dok cakap rakyat malaysia di mesir selamat2.. padahal bom situ sana sini.. banduan bebas berkeliaran.. harap2 tv3 janganlah sekat info betul.. rakyat menilai.. kalau taknak teruk dihentam bek ikut label awani. Awani tak pro sapa2 .. bebas dan telus. Ini baru adil.


kredit to: amenoworld


p/s : kalau nk tau lebih lanjut sila ke sini 

Biarpun kedengaran seolah2 entri menghentam kerajaan,tpi aku just pikir keselamatan rakyat malaysia di mesir aje..coz ada sepupu perempuan aku kat sana..arap2 dia selamat!!

Selasa, 1 Februari 2011

~~Adab Berdoa~~

Setiap apa yang kita hendak lakukan sesuatu perkerjaan dengan tertib dan sempurna sebenarnya kita perlu mematuhi tatacara atau disiplin dengan teratur dan penuh adab. Kali ini saya ingin berkongsikan satu entri mengenai adab berdoa dengan tertib dan betul.

Kita kadangkala sudah berdoa dengan yakin tapi apakah kita benar benar memenuhi kriteria-kriteria dalam membacakan doa tersebut pada Maha Kuasa dengan cara yang betul dan tepat.Apakah kadang-kala kita ada sengaja main skip2 dalam adab berdoa padahal benda tersebut itu amat penting sesuai dengan jiwa muslim dan muslimah yang mementingkan kesempurnaan dari awal hingga akhir?

Jom kita kongsi ilmu ini,mudah-mudahan diharapkan ia mampu memberi kita kesedaran betapa pentingnya mengamalkan kesempurnaan dalam melakukan suatu perkerjaan.



SEBELUM
  • Sediakan hati bahawa Allah S.W.T bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubatla juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblab jika tiada halangan
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti hari Arafah,bulan Ramadan,hari Jumaat dan sebagainya.
  • Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud,antara dua khutbah,ketika berpuasa dan lain-lain
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana Allah S.W.T menolak doa orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain

SEMASA
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah S.W.T dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak 3 kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T serta khusyuk kepada-Nya
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan suatu keburukan
  • Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan

SELEPAS
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah S.W.T,sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah S.W.T terhadap doa yang dipohon

Sila teruskan pembacaan tazkirah pada masa akan datang mengenai doa secara lebih mendalam (dalam proses menyiapkan entri!!)
Antara tajuk-tajuk yang akan dipaparkan ialah:-
  1. MENGAPA DOA PENTING?
  2. DOA MUSTAJAB ATAU TERHIJAB
  3. JANGAN KEDEKUT MENDOAKAN IBU BAPA
  4. SALAH FAHAM TENTANG DOA