ENTRI TERBAIK

Rabu, 14 Disember 2011

Fizo Omar bakal diisytihar muflis

Pelakon dalam movie, Kongsi iaitu Fizo Omar yang berusia 26 tahun kini bakal diisytiharkan muflis akibat gagal melunaskan pinjaman bank RM 2 juta. 

Fizo Omar

Walaubagaimanapun, Fizo Omar menafikan yang beliau pernah melakukan pinjaman sebanyak itu. Kata Fizo Omar dalam kosmo:

"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat".

"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menurut Fizo Omar lagi, beliau mendakwa namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya. Fizo Omar juga menambah masalah itu wujud mungkin dari perlantikan beliau sebagai pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah dalam sebuah syarikat percetakan di Damansara oleh kenalan beliau pada tahun 2008. Bagaimanapun jodoh Fizo Omar bersama syarikat tersebut tidak kekal lama setelah menarik diri beberapa bulan yang lalu.


GMMS: Bab muflis tak boleh dibuat memain, kelak rosak kerjaya masa depan

Tiada ulasan: