ENTRI TERBAIK

Sabtu, 10 Disember 2011

Bantuan BR1M RM500 : Cara Memohon, Syarat Kelayakan, Contoh dan Download Borang, dan Pertanyaan




Cara Memohon

1. Sila kemukakan  salinan seperti-

  • Mykad / Kad Polis/ Kad Tentera
  • Penyata/ Slip Gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Borang Pendaftaran BR1M
2. Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

3. Borang Permohonan boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan    Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan lain-lain 

4. Borang tersebut juga boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web kementerian kewangan iaiatu www.treasury.com.my mulai esok.

5. Semua ruangan yang berkaitan dalam borang tersebut perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat tersebut harus ditulis dalam Bahasa Malaysia.


Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah.
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah

Penerangan bergambar 

Penerangan bergambar


Contoh Borang

Dari muka depan
Dari muka belakang

~~KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG TERSEBUT~~




Pertanyaan

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut: 

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol) 

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja) 

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my 

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Tiada ulasan: