ENTRI TERBAIK

Selasa, 13 Disember 2011

Banjir di Perpustakaan Negara


Kelihatan deretan kereta yang di jalan raya


Perpustakaan Negara yang terletak di 232, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kelihatan mengalami banjir yang menenggelamkan sebahagian jalan raya di sekitarnya. Wajah tahap keburukan banjir itu boleh dilihat berdasarkan gambar di atas dan di bawah. Kelihatan air banjir dari sungai Bunus melimpah keluar sehingga membanjiri jalan raya disekitarnya. 

Kereta yang menjadi mangsa banjir

Dikhabarkan untuk surut air banjir ini, adalah dengan menanti ia masuk dalam terowong SMART sehingga tiada lagi limpahan air yang keluar. Semoga tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika berlaku bencana ini.


GMMS; Hari tu kat Kajang, memang huruf setiap penempatan yang bermula dengan huruf K pasti akan mengalami banjir. Kuantan sudah mengalaminya. Apapun jangan buat kerja gila bila berdepan dengan musibah banjir ini.

Tiada ulasan: