ENTRI TERBAIK

Sabtu, 31 Disember 2011

LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS BLACKBURN ROVERS 31 DISEMBER 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam ini tepat pukul 8.45 malam, kita akan dihidangkan satu perlawanan yang menarik iaitu Manchester United vs Blackburn Rovers. Jadi aku hidangkan 3 live streaming Manchester United vs Blackburn untuk dipilih bagi menyaksikan match tersebut.

Match ini merupakan malam untuk menyambut kelahiran ke 70 Sir Alex Ferguson dan mungkin malam terakhir untuk Steve Kean menjadi seorang pengurus Blackburn. 








Match ini akan dilangsungkan kat Old Trafford. Glory-glory Man Utd. Akan diupdated video highlight dan gol serta keputusan penuh malahan mungkin statistik penuh selepas ini. Enjoy

KESILAPAN DAN KANTOI DALAM BABAK OMBAK RINDU



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini aku nak share satu post yang menarik iaitu KESILAPAN DAN KANTOI DALAM BABAK OMBAK RINDU. Saksikan untuk sekadar hiburan semata-mata, usah emosi ye kerna aku percaya hidup ini tiada sempurna. Apapun filem ini memang terbaik dari ladang



1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam. 

2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek. 

3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun

4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3. 

5. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan emas. Selepas Haris lepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah, korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali. 

6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar. 

7. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba. 

8. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot. 

9. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah. 

10. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air. 

11. Rambut Izzah di bahu kirinya yang berada di atas bahunya berada di belakang tiba tiba selepas tukar syot. 

12. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut. 

13. Malah, tebing yang berlumpur dalam syot Mail hilang dalam syot Izzah. Dalam syot Izzah, tebing sungai ada air. 

14. Semasa jam tangan Izzah jatuh dalam air, korang akan perasan yang tali di depan sampan muncul dan hilang di antara syot. 

15. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa adegan Mak Jah dan Izzah di tangga, korang akan perasan yang Mak Jah menyebut ‘Kita sebagai hambanya’ tanpa menggerakkan mulutnya. 

16. Semasa Izzah bangun, korang akan perasan yang cermin belakang Izzah gelap. Namun, semasa Mila datang, korang akan lihat cermin belakang cerah, menampakkan bangunan di luarnya.  Malah, belang belang di cermin kejap ada kejap xda between syot.

17. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya. 

18. Dalam satu adegan sebelum kereta Haris kemalangan, kereta Izzah melalui satu jalan yang di kanannya adalah bukit. Namun, syot jauh menunjukkan di kanannya ada ladang teh. Syot seterusnya kembali menunjukkan jalan tepi bukit tersebut. 

19. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang entah datang dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu, kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris, Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori tu sebenarnya bawa anak bininya bersiar siar dengan lori tanah tu? 

20. Semasa Izzah letak mangkuk, tiada gelas kelihatan di sebelah mangkuk. Semasa ibu Haris masuk, mangkuk tiada dan gelas muncul entah dari mana. 

21. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu. 

22. FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.  

23. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.

24. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic. 

KREDIT; GOOF SPOT

FULL VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA FINAL 2011

Assalamualaikum..

Maharaja Lawak Mega Final 2011dah abis. Keputusan Pemenang

PERTAMA= OSBON
KEDUA=BOBOI
KETIGA=SAEHU
KEEMPAT=SYOK

Kat bawah ini adalah full video yang menunjukkan aksi-aksi mereka

Tugasan Pertama

BOBOI






SAEHU






OSBON




SYOK




Tugasan Kedua


SAEHU




BOBOI





OSBON





SYOK



Jumaat, 30 Disember 2011

MERCEDEZ BENZ SCL 600- JOYSTIK SEBAGAI STERENG DAN PEDAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kereta mewah seperti jenama Mercedez Benz memang tidak asing lagi di kalangan peminat automobile yang gemarkan suatu gaya eksklusif. Mercedez Benz SCL 600 yang ditunjukkan nanti adalah unik kerna tiada stereng, hanya ada joystik untuk pemanduan. Tak caya..jom tengok

Pandangan depan yang menjanjikan gaya kemewahan

Rekabentuk yang unik lagi elegan

Pintu dibuka secara slide menampakkan gaya keunggulan

Memang rare bonet dibuka slide seperti itu

JOYSTIK jadi stereng dan pedal

Pedal tiada jadi mungkin kekok untuk kali pertama


Aku wat research pasal kereta ini, rupa-rupanya hanyala konsep kereta aka concept car atau dengan kata lain, kereta masa depan. Sesiapa yang hardcore main games kereta, memang ini adalah kereta idamannya.


GMMS: Keyword terhangat adalah pasal MLM tapi aku nak post cam lain sikit. Jap lagi nak blogwalking

Khamis, 29 Disember 2011

AIRPORT PALING EKSTREM PENDARATAN-8 GAMBAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita selalu melihat bagaimana kapal terbang mendarat di airport kan. Tapi yang ini aku sharekan gambar-gambar mengenai airport paling ekstrem pendaratan kapal terbang. Ianya sebanyak 8 keping gambar. Enjoy dan selamat malam.

Tak pekak ke dengar deruan kipas enjin kapal terbang tuh?

Besar gila bila tengok kapal terbang ni terbang rendah

Best dapat tengok kapal terbang mendarat secara dekat

Situ, ada tanda amaran danger

American Airways pun ada gak join

AOM French Airline pun ada mari singgah, dekat gila tayar dengan kereta

KLM Royal Dutch Airlines pun singgah juga, memang femes tempat ni

Saint Martin dekat negara Perancis adalah tempat airport itu

Jadi kesimpulannya, bolehkah kapal terbang membuat pendaratan seperti gambar-gambar di atas kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra?

Syuxer: Dok sembang pasal kapal terbang, tapi penulis sendiri tak pernah naik kapal terbang hehe.

Rabu, 28 Disember 2011

LIVE STREAMING PERSEBAYA 1927 VS KELANTAN FA 2011



28 DISEMBER 2011 PUKUL 9 MALAM

Kalau mencari-cari live streaming persebaya 1927 vs Kelantan FA, anda berada di tempat yang betul, sila pilih antara dua di bawah ini untuk live streaming yang akan dilangsungkan pada malam ini.


LIVE STREAMING 1 (PILIH MNC TV)



harap-harap Piala Permai dapat hiasai kabinet trofi Kelantan FA nanti. InsyaAllah..

Selasa, 27 Disember 2011

LIVE STREAMING BPL 2011/2012 MATCH 18

27 NOVEMBER 2011 / MATCH #18







ARSENAL VS WOLVERHAMPTON WANDERERS



SWANSEA CITY VS QUEENS PARK RANGERS



NORWICH CITY VS TOTTENHAM HOTSPUR

Sabtu, 24 Disember 2011

LISA SURIHANI DAN YUSRY BAKAL BERNIKAH 23 FEBRUARI 2012

Artis tersohor negara, Lisa Surihani dan Yusry KRU bakal bernikah pada 23 Februari 2012 setelah keluarga Yusry merisik di rumah ibu saudara Lisa Surihani di Taman Melawati, Hulu Klang pada hari Jumaat lepas.

Yusry membuat pegumuman khas menerusi sidang media di sebuah hotel ibu negara untuk mengatakan yang mereka akan berkahwin pada 23 Februari 2012. Di bawah ini adalah gambar yang menunjukkan sidang media khas dilakukan oleh Yusry untuk mengumumkan tarikh pernikahan beliau dengan Lisa Surihani. 

Sumber gambar: Kosmo


Turut hadir sama ialah ibu dan bapa Yusry, Zarina Abdul Wahab Fenner dan Abdul Halim Kamal serta ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad.


Jumaat, 23 Disember 2011

PREVIEW KELANTAN FA VS PERSEBAYA 1927


Juara Liga Super Malaysia 2011
Dikenali sebagai Sang Kijang aka The Red Warriors

vs

Juara Liga Prima Indonesia 2011
Dikenali Sebagai Buaya Hijau
Persebaya 1927


PENJAGA GOL

-Kelantan FA akan mempertaruhkan Syazwan Yusoff untuk mengawasi pintu gol Kelantan. Kelibat Apex selaku penjaga gol utama Kelantan kini berada di Australia tempoh hari telah memberi peluang kepada anak muda ini untuk membuktikan sesuatu.

-Persebaya 1927 akan menurunkan Dedi Iman Sukango yang dikatakan ada kalanya melakukan kesilapan mudah sekaligus memberikan gol kepada pihak lawan


PERTAHANAN

-Kelantan FA dijangka akan diperkuatkan dengan tenaga tempatan yang akan dikemudi oleh S.Subramaniam sambil dibantu oleh Daudsu Jamaluddin yang dijangka akan melakukan overlapping sekali-sekala untuk membantu melancarkan serangan di sebelah kanan. Kepulangan Azizi Mat Rose telah menjanjikan keampuhan di bahagian pertahanan kerna beliau mempunyai pengalaman luas dan mampu mengeluarkan bola bahaya dari udara. Di sebelah kiri dengan kelajuan dan ketangkasan Aziz Ismail membuatkan di bahagian kiri boleh diharapkan untuk membantu serangan.

-Mengenai Persebaya 1927, pasukan ini diperkuatkan oleh tenaga import yang bernama Otavio Dutra. Sedikit info mengenai beliau

"Centre Defender with good touch of head, very serious. It knows to leave playing for the left side as for the right side the field in such a way. Strong demarcation excellent placement in field, good technique and reading of game, excellent impulse in such a way to defend as to attack, excellent disarm, intelligent, skilled, fast, excellent aerial game in the defense and the attack, constantly anticipating the moves of the adversaries and always responding very positively. Concentrating in reducing the free space, excellent touch of ball and launching for the attack."


MIDFIELD

-Kelantan FA dijangka akan menurunkan tiga trio untuk Nor Farhan, Indra dan Piya untuk mengawal jentera tengah bagi menghidupkan dan mencipta peluang kepada striker. Nor farhan yang terkenal dengan larian yang pantas di jangka akan diawasi ketat oleh pertahanan Persebaya.

-Persebaya 1927 mempunyai kepantasan yang menakjubkan menerusi Andik Vermansyah akan mendatangkan masalah kepada pertahanan di sebelah kiri atau kanan bergantung kepada posisi dia melakukan serangan. Namun begitu tumpuan yang patut diberikan ialah pemain import mereka yang berkualiti tinggi iaitu Amaral yang pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama seperti Palmeiras, Benfica, Parma dan banyak lagi. Kelibat beliau dalam kelab-kelab besar ini menampakkan pengalaman luas beliau selaku pemain tengah yang berkaliber.


PENYERANG

-3 trio termasuk dua pemain import Kelantan FA iaitu Denny Antwi dan Ghaddar sambil dibantu oleh Mat Yo dijangka akan menghadirkan masalah kepada pertahanan lawan kerna ketiga-ketiga pemain ini mempunyai cap antarabangsa yang cemerlang dan rekod jaringan yang baik. Ghaddar dijangka akan dirantai oleh Otavio Dutra bagi menggelakkan beliau bergerak bebas dan menjaringkan gol.

-Miko Andrianto dan Andrew Barisic adalah striker import yang akan dipertaruhkan oleh Persebaya 1927 untuk merobek kubu pertahanan Kelantan FA yang akan di awasi oleh Syazwan Yusoff, penjaga gol Kelantan.



BARISAN KEMUNGKINAN

KELANTAN FA

Syazwan Yusoff
Daudsu Jamaludin--Azizi Mat Rose--S.Subramaniam--Aziz Ismail
Norfarhan Mohamad --Shakir Shaari (Kp)-- Indra Putra Mahayuddin
Denny Antwi-- Mohamed Ghaddar-- Norshahrul Idlan Talaha


PERSEBAYA 1927

Dedi Iman Sukango
Khomad Suharto--Otavio Dutra--Mat Halil--Erol Iba
Andik Vermansyah--Amaral--Jusmadi Adang--Muhamad Taufiq
Andrew Barisic--Miko Adrianto

LIVE STREAMING KELANTAN FA VS PERSEBAYA FC 2011


Ehsan gambar kelate.net


Kalu demo dok cari live streaming kelantan fa vs persebaya fc, demo cari tempat betul..

LIVE STREAMING(pilih mnc tv)



Semoga penutupan tahun 2011 ni, Kelantan FA akan dapat Piala Permai. InsyaAllah..

KIM JONG-IL- SEJARAH HIDUP BEKAS PRESIDEN KOREA UTARA


SUASANA sedih menyelubungi Korea Utara. Warga tempatan di Pyongyang tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur menangis teresak-esak meratapi kematian pemimpin tertinggi negara mereka, Kim Jong-il.

Ratapan kesedihan itu turut terpancar pada wajah seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen Korea Utara. Sewaktu membaca berita mengenai kematian Jong-il, 69, suaranya bergetar dan tersekat-sekat kerana menahan sebak.



Media rasmi Korea Utara mengumumkan Jong-il meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke luar bandar Pyongyang dengan menaiki kereta api akibat serangan jantung.

Pemergian Jong-il merupakan satu kehilangan terbesar kepada warga Korea Utara. "Beliau seorang pemimpin yang sentiasa bertungkus-lumus dalam memastikan rakyatnya gembira.

"Saya menyifatkan Jong-il seorang pemimpin tegar dalam memastikan Korea Utara terus maju setaraf dengan negara-negara maju yang lain," jelas pensyarah Revolusi Sejarah Muzium Korea, Pyongyang, Ri Ho II mengenai sifat pemimpin kesayangannya itu.

Berita tentang tahap kesihatan Jong-il yang tidak memuaskan mula tersebar sejak tiga tahun lalu. Beliau bukan saja lemah akibat serangan angin ahmar malah turut didiagnosis menghidap kanser pankreas dan diabetes.

Tahap kesihatan Jong-il telah menimbulkan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan kedudukannya sekali gus menguasai tentera dan program senjata negara itu. Pada bulan Oktober tahun lalu, Jong-il melakukan peralihan kuasa dengan melantik anak bongsunya, Kim Jong-un, 27, untuk menggantikan tempatnya.

Pemimpin yang mementingkan kesatuan rakyat melalui ideologi komunis dan fahaman Juche itu menyifatkan proses menamakan pewaris sementara dia masih hidup amat penting bagi mengelakkan krisis perebutan kuasa pada kemudian hari.

KUASA DIKTATOR


Menyorot struktur pemerintahan di Korea Utara, Jong-il memikul tanggungjawab sebagai pemimpin pada tahun 1994, selepas bapanya, Kim ll-sung meninggal dunia pada usia 82 tahun. Sejak itu, Jong-il memerintah negara yang mempunyai 24 juta penduduk itu.

Pengarang Diplomatik agensi berita The Guardian, Julian Borger pernah menyatakan peralihan kuasa diktator menerusi tiga generasi merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah moden.

GAMBAR fail pengasas Korea Utara, Kim Il-sung (tengah), isteri pertamanya, Kim Jong-suk dan anak lelaki mereka, Jong-il yang dipamerkan di Dewan Penyatuan, Sekolah Tinggi Sains Barat Seoul, Seoul.



Jong-il dilahirkan di sebuah kem tentera rahsia di Gunung Baekdu, Jepun Korea pada 16 Februari 1942.

Jong-il mendapat pendidikan di Sekolah Rendah No.4 dan Sekolah Tengah Tinggi No.1 di Pyongyang. Sepanjang sesi persekolahan, Jong-il aktif melibatkan diri dalam bidang politik. Antaranya Persatuan Kanak-kanak dan Liga Demokratik Belia (DYL).

Sebaik menamatkan persekolahan peringkat menengah, peminat sukan bola keranjang itu melanjutkan pengajian pendidikan bahasa Inggeris di Universiti Malta, Malta.

Sekitar tahun 1957, beliau dilantik menjadi Pengerusi DYL untuk peringkat sekolah menengah. Pada ketika itu, Jong-il menyarankan program antipuak dan menerapkan pendidikan ideologi dalam kalangan rakan-rakan sekelasnya.

Sering dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin paling kuat menindas rakyatnya, Jong-il selalu menampilkan sosok yang ganjil. Bertubuh kecil tetapi sangat berkaliber dan karakternya dengan gaya rambut kembang telah dipersenda oleh sesetengah negara Barat.

"Dia seorang yang misteri, saya rasa kerana gayanya. Misteri adalah sumber pengaruh dan kuasa. Dia telah memastikan sesuatu perkara berada dalam ketidakpastian," kata pengarah Pusat Pengajian Isu-isu Global, Universiti Georgia dan kerap melawat Korea Utara, Han S. Park.

Namun, rakyat Republik Rakyat Demokratik Korea Utara sangat menghormati Jong-il. Bapanya, Kim Il-sung ialah pengasas Korea Utara yang mendapat sokongan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Jong-il masih seorang kanak-kanak apabila komunis Korea Utara menyerang Korea Selatan yang mendapat sokongan Amerika. Tindakan itu mencetuskan Perang Korea pada tahun 1950.

Selepas perang tamat, Jong-il mengikut falsafah yang digunapakai oleh ayahnya iaitu Juche atau pergantungan pada diri sendiri, asas pada sifat bersederhana Korea Utara. Kedua-dua bahagian Korea tidak pernah menandatangani perjanjian damai dan kekal berperang secara teknikal dengan dipisahkan oleh zon bebas tentera.

Korea Utara mengangkat tempat lahir rasmi Jong-il adalah lokasi paling suci dan tertinggi, Gunung Paektu. Puncak gunung itu berada di bahagian utara bersempadan dengan Manchuria.


MELARIKAN DIRI


Legenda rakyat Korea mengatakan bangsa tersebut lahir di situ lebih 5,000 tahun lalu. Bagaimanapun, para pengkaji lebih bersifat objektif mengenai tempat kelahiran pemimpin itu iaitu di wilayah Timur Jauh atau Soviet Union.

Bapa Jong-il pernah melarikan diri ke sana apabila Jepun memburu Kim Il-sung yang banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti gerila di wilayah jajahan Jepun, Korea.

JONG-IL memakai gelaran Dear Leader menggunakan acuan yang sama dengan bapanya yang dikenali sebagai Great Leader.


Keluarga Jong-il pulang ke bahagian utara Semenanjung selepas Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua dan diktator Soviet, Josef Stalin melantik Kim Il-sung menjadi Ketua Republik Rakyat Demokratik Korea.

Adik lelaki Jong-il mati lemas ketika kanak-kanak lagi manakala ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 7 tahun. Sebaik Perang Korea meletus, dia dihantar ke Manchuria dan kembali semula selepas tiga tahun apabila perang tamat.

Biarpun berdepan dengan segala kesusahan, Jong-il hidup mewah dan mendapat pendidikan sebagai anak lelaki pertama diktator.

"Pintu-pintu peluang terbuka luas untuknya sejak dari usia muda lagi," kata profesor sains politik, Universiti Hawaii yang pakar dalam kerajaan Pyongyang, Dae-ook Suh.

Sedikit demi sedikit, Jong-il dididik untuk menjadi pihak atasan dan membuat kemunculan di tempat awam yang dipenuhi dengan sorakan orang ramai.

Pada tahun 1980, Kim Il-sung secara rasmi melantik anaknya sebagai pewaris yang sah. Dia diberi posisi paling kanan di Sekretariat Parti dan Suruhanjaya Tentera, Politburo.

Jong-il memakai gelaran Dear Leader dan pihak pemerintah mula mencipta personaliti sucinya yang menggunakan acuan sama dengan bapanya yang dikenali sebagai Great Leader.


ATUR NEGARA


Tiga tahun selepas Kim Il-sung mati secara mengejut akibat serangan jantung pada usia 82 tahun, ramai pemerhati luar meramalkan Korea Utara akan tumbang kesan daripada kehilangan tersebut.

Para penganalisis merumuskan bahawa Jong-il tidak begitu pandai mengaturkan pemerintahan.

BERATUS-RATUS rakyat Korea berhimpun di hadapan arca gergasi Kim Il-sung di Pyongyang kerana meratapi kematian pemimpin mereka, Jong-il.


"Saya tidak mengambil serius terhadap khabar-khabar angin yang tidak rasional terutama mereka yang tiada kaitan dengan pemerintahan.

"Saya percaya dia seorang yang bijak, pragmatik dan boleh menjadi manusia yang tidak berhati perut. Dia akan memegang setiap orang di kelilingnya," kata Alexander Mansourov seorang sarjana Korea dan bekas diplomat Rusia yang pernah ditugaskan di Pyongyang lewat tahun 1980-an. SUMBER


Khamis, 22 Disember 2011

LIVE STREAMING TOTTENHAM HOTSPUR VS CHELSEA 2011


Tottenham Hotspur vs Chelsea
22 DISEMBER 2011
3.55 pagi waktu Malaysia











Entri Malam Jumaat~~Koleksi Citer Seram 4 [ 5 CITER ]


TENGKORAK TERBANG DI BUKIT SERI ALAM

Pada mulanya dia menyangka objek bulat yang terawang-awang di dalam semak, di atas bukit belakang rumah orang tuanya itu, hanya sehelai daun terap kering yang tersangkut pada sawang labah-labah. 

Sebab itu, dia terus melangkah ke depan bersama dua rakannya, tanpa berfikir apa-apa yang pelik akan dihadapinya hari itu. Bagaimanapun apabila objek bulat itu didekatinya, peluh di badannya terus saja tersimbah. 

Matanya tidak berkelip dan jantungnya pula bagaikan mahu gugur apabila terpandang objek bulat berwarna coklat kehitaman itu adalah tengkorak manusia. Paling mengerikan tengkorak itu pula terbang ke kiri ke kanan, seperti mahu menghalang perjalanannya, sambil asap mula keluar berkepul-kepul. 



Ketika itu dia dan dua orang kawannya bercadang menyumpit monyet di atas bukit, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Dalam sesaat itu juga mereka berlari susup-sasap pulang ke rumah. 

Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu dia diganggu pula dengan kehadiran seorang perempuan berbaju putih yang dilihatnya duduk di dahan pokok tinggi. Bukan dia saja yang melihatnya, malah dua rakannya juga terpandang perempuan berbaju putih berkilat di atas pokok itu. 

Dua kisah itu adalah antara gangguan yang pernah berlaku di perkampungan Orang Asli Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam beberapa tahun lalu, sebelum berakhir apabila sebuah surau dibina di situ dan ramai pula penduduknya memeluk agama islam. 

Cerita menyeramkan mengenai gangguan tengkorak berterbangan dan langsuir itu diceritakan sendiri oleh Ramli Hamid, 31, dalam kunjungan ke pekampungan Orang Asli bersempadan dengan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, baru-baru ini. 

Ramli memberitahu, dia yakin tindakan sebahagian besar penduduk di situ memeluk Islam adalah antara punca sehingga kini makhluk halus tidak lagi muncul dan mengganggu. 

“Walaupun kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, saya tetap ingat dan apabila difikir-fikirkan,terasa betapa agung kebesaran Islam. Manakan tidak, apabila ramai orang kami memeluk Islam dan surau pula dibina di sini, gangguan itu tidak berlaku lagi !” katanya seperti lega. 

Ketika menceritakan kejadian terserempak tengkorak manusia berterbangan di atas bukit di belakang rumah orang tuanya, Ramli memberitahu ketika itu dia bersama dua rakannya mendaki bukit pergi menyumpit. 

“Kejadin itu berlaku ketika senja. Masa itu fikiran kami hanya ingatkan monyet yang mahu disumpit. Sebagai anak Orang Asli yang biasa dengan hutan, kami juga tidak pernah menyimpan rasa takut. Kalau takut pun hanyalah untuk berhati-hati kalau-kalau terserempak binatang buas seperti harimau,” beritahunya. 

Bagaimanapun, hasrat menyumpit terbantut tiba-tiba apabila dia terpandang satu objek bulat macam sehelai daun terap kering. Ia bergantung-gantungan di atas bukit tempat dia dan kawan-kawannya mendaki. 

“Apabila semakin dekat, apa yang saya sangkakan tenyata meleset. Selepas diamat-amati, barulah saya tahu objek bulat itu sememangnya tengkorak. Sudah tentu kami tergamam !” katanya. 

Menurut Ramli, tengkorak itu kelihatan mengacah-acah ke arah dia dan kawan-kawannya beberapa kali seperti mahu menghalang mereka meneruskan perjalanan ke atas bukit. Ketika itu hari memang sudah senja dan keadaan pula mulai gelap. 

Ramli pada mulanya merasakan dia seperti bermimpi, tetapi apabila dua kawannya yang lain juga memberitahu nampak tengkorak yang sama, dia terus berlari pulang. Dia diikuti kawan-kawannya. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi kerana terlalu terkejut terpandang tengkorak terbang. 

“Selepas kejadian itu kami bertiga demam seminggu. Saya tak tahu sebabnya. Bagaimanapun saya rasa mungkin juga sebab terkejut diganggu tengkorak terbang yang kami nampak di atas bukit itu,” katanya. 

Kejadian itu menurut Ramli memang dilihatnya sendiri dan bukan diceritakan berdasarkan fantasi. Bagaimanapun, dua rakannya yang turut sama melihat gangguan tengkorak itu tiada di perkampungan itu. Mereka belum pulang bekerja. 

Gangguan yang pernah berlaku, menurut Ramli lagi tidak berakhir di situ. Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu Ramli mengalami gangguan yang lain pula.

Ketika itu, Ramli dan kawan-kawannya dalam perjalanan pulang dari kedai, kira-kira pukul 11.00 malam. Mereka berjalan kaki, menyusur jalan berbukit sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli yang sebelum itu dikenali dengan nama Kampung Orang Asli Air Kuning. 

“Pada masa mula-mula mendaki jalan bukit yang di kelilingnya penuh hutan, saya dah rasa hati berdebar-debar. Saya buat tak kisah, sambil itu berjalan terus untuk pulang ke rumah. 

“Tapi ketika tiba berdekatan tangki air, bulu roma saya tiba-tiba menegak sebaik saja hidung mula terhidu bau wangi pada sebelah malam kata orang tua-tua, biasanya menandakan ada makhluk halus tidak jauh dari kawasan itu. 

“Saya kuatkan hati supaya tidak takut. Tapi kawan-kawan saya di sebelah mula saling berpandangan. Mungkin mereka juga terhidu bau wangi itu. Belum sempat kami bertanya atau bercakap apa-apa, saya terpandang satu lembaga wanita berbaju putih labuh di atas pucuk pokok yang tinggi,” katanya. 

Serentak itu, tambah Ramli,kawan-kawannya mencuit tangan masing-masing. Ramli memang nampak wanita itu duduk sambil tubuhnya terhayun-hayun setiap kali dahan pokok itu ditiup angin. 

“Tidak lama selepas itu kami terdengar bunyi perempuan ketawa dan mengilai. Memang bunyi itu datangnya dari arah wanita di dahan pokok yang tinggi itu. Kami tercegat ketakutan. Tapi masih juga melihat wanita berbaju putih di atas pokok itu,” katanya. 

Pada masa itu, kata Ramli, dia teringat kata-kata orang tua-tua di perkampungan Orang Asli itu. Wanita berbaju putih yang sering duduk di dahan pokok tinggi dan mengilai itu adalah langsuir. 

“Dalam gelap malam, kami berlari laju mahu sampai segera ke rumah masing-masing. Teringat pada perempuan berbaju putih itu, kami teringat pula pada tengkorak terbang di kampung kami sebelumnya,” kata Ramli lagi. 

Apabila tiba di rumah, badannya terus sahaja menggigil dan beberapa hari pula dia diserang demam lagi kerana terkejut. 

Menurut Ramli, dia terdengar orang tua-tua kampung itu berpendapat, gangguan yang berlaku mungkin berpunca daripada kuasa halus yang meracau dan bebas lepas, terutama apabila ada kubur lama di perkampungan itu dikatakan diceroboh pihak tertentu sebelum itu. 

Selepas itu, dua tiga kali lagi dia dan kawan-kawannya terserempak dengan gangguan yang sama, terutama daripada tengkorak yang dilihatnya sering terbang di kawasan berbukit tidak jauh di belakang rumahnya. 

Hanya apabila ramai Orang Asli di kampung itu memeluk agama Islam beberapa tahun lalu, barulah Ramli dan kawan-kawannya perasan gangguan langsuir dan terngkorak berterbangan itu tidak lagi berlaku. 

“Apabila surau mula dibina di sini, saya dan kawan-kawan rasa banyak sangat perubahan yang berlaku. Gangguan yang pelik-pelik semakin tiada. Kami tidak lagi melihat tengkorak berterbangan ataupun langsuir duduk di dahan pokok tinggi,” katanya. 

Bagaimanapun, satu hal yang Ramli percaya hingga kini ialah dengan pembinaan surau di kampung itu memberi rahmat yang cukup besar kepada penduduk Orang Asli di situ. 

“Setiap kali azan kedengaran dari surau, kami rasa kampung ini nyaman dan tidak diganggu makhluk halus lagi. Saya percaya makhluk halus tidak berani mengganggu lagi kerana perkampungan ini ada surau dan sering kedengaran azan setiap kali masuk waktu sembahyang,” tambahnya. 

Tuk Batin perkampungan itu, Mat Shah Abdullah, juga mengesahkan ada anak buahnya memberitahu gangguan yang dihadapi termasuk gangguan tengkorak berterbangan seperti dialami Ramli. 

“Saya belum pernah terserempak, tapi memang anak buah saya ada mengadu mereka melihat sendiri tengkorak dan langsuir yang diceritakan itu. Apa yang diceritakan Ramli itu pernah juga diceritakan kepada saya,” katanya. 

Bagaimanapun, seperti Ramli, Mat Shah juga percaya gangguan makhluk halus itu mula hilang apabila penduduk di situ semakin ramai memeluk Islam dan selepas sebuah surau dibina untuk kegunaan mereka beibadat. 

Kini Mat Shah dan Ramli yang berkerja sebagai Pembantu Am di Masjid Negeri Shah Alam, bersyukur kerana kampung mereka semakin aman. 

Namun Mat Shah sentiasa memastikan anak-anak buahnya tidak bercakap besar selepas beberapa tahun tidak lagi terserempak gangguan tengkorak dan langsuir yang menakutkan itu. 

“Sebagai orang Islam kita kena percaya pada Allah Taala. Bagaimanapun, jangan sampai lupa diri dan sering pula bercakap besar kerana Allah Taala boleh menguji kita bila-bila masa sahaja,” katanya. 

Mat Shah yakin perkampungan yang mereka duduki itu bukan sahaja akan lenyap daripada segala gangguan atau cerita-cerita misteri makhluk halus, tetapi turut akan terus maju tidak lama lagi. 

Malah beliau tidak segan-segan bercerita mengenai cadangan kerajaan untuk memajukan tanah perkampungan Orang Asli itu tidak lama lagi. 

Dengan cadangan pembangunan yang telah dirancang kesemua penduduk Orang Asli di situ akan memiliki rumah yang dikatakan setaraf reka bentuk dan nilainya dengan rumah banglo, milik orang berada. 

“Saya dengar rumah yang akan diberikan kepada kami itu bernilai lebih RM200,000,” kata Mat Shah sambil tersenyum memberi makna berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian pada nasib Orang Asli Selangor (HAK).


BAYI TERKENA BADI MAYAT 
( Diceritakan oleh ibu bayi sendiri ) 

Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha. 



Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. 

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya). 

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. 

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam. 

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut. 

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. 

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. 

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. 

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. 

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.



TOYOL CURI DUIT PENDUDUK BAGAN AJAM, SEBERANG PERAI

Bagan Ajam, Seberang Perai Utara - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. 

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang. 

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka. 



Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang. 

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300" 

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya. 

Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari. 

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar" 

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50" katanya. 

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya. 

Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali 

Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu. 

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap. 

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya. 


Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal 

Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku. 

Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol. 

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang" 

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.


HANTU TALI GANTUNG MENGGANGU PENDUDUK KAMPUNG 

Ramai orang tua di kampung itu percaya kononnya ketika hayatnya dulu, Pak Misan banyak menyimpan ilmu batin, termasuklah ilmu mempertahankan diri dan penggerun. Banyak makhluk halus mendampinginya. Akibatnya kehidupan Pak Misan menjadi tidak tenteram, terutama pada penghujung hayatnya. 

Pada usia penghujung enam puluhan, Pak Misan kematian isteri. Dia tinggal kesepian. Semua anaknya sudah berkeluarga dan tinggal jauh dari rumah orang tua itu. Akhirnya, kira-kira enam bulan hidup membujang dan dihimpit pelbagai tekanan perasaan, Pak Misan menyuarakan rasa hati kepada semua anaknya untuk berkahwin lagi. 



“Tak boleh ayah… kalau ayah mati nanti senang-senang saja janda ayah dapat harta… kami dapat apa?”kata anak sulung. Anak yang lain juga sekata. 

Mendengar itu, Pak Misan tunduk saja. Air matanya menitis ke lantai. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul… Pak Misan menahan hati tidak terhingga. Semua anaknya mementingkan diri tanpa memikirkan keadaan dan perasaan si ayah. 

Agak lama juga Pak Misan bergelut dengan perasaan. Rayuan dan pujukan syaitan tidak putus-putus menyerang Pak Misan. Dengan sedikit iman di dada dapat juga Pak Misan melawannya, namun sampai bila? 

Suatu hari pujukan syaitan bertambah kuat. Ia menabur janji yang indah-indah dengan syarat Pak Misan mengikut kehendaknya. Pak Misan bergelut lagi dengan hasutan itu. Akhirnya dia sudah mencapai seutas tali, tetapi dia masih mampu melawan pujukan itu. Dia rebah di bangsal di belakang rumah. 

Sejak kematian Pak Misan, timbulah pelbagai cerita mengenainya. Ada yang menamakan jelmaan lembaga itu sebagai ‘hantu tali gantung’. Begitu buruknya sekali fitnah yang dicipta sesetengah anggota masyarakat kampung itu. 

“Assalamualaikum…!”seru Pak Imam di depan rumah Pak Misan. Tiada jawapan. “Sah ini syaitan… ia menyerupai… jahatnya syaitan jahanam!” kata Pak Imam dalam hati. Kemudian dia membaca ayat suci khusus menghalau syaitan. “Sudah… Pak Misan sudah meninggal… ini bukan dunianya lagi… pergi!” 

Selesai di situ Pak Imam mengajak beberapa penduduk kampung pergi ke kubur Pak Misan. Mereka membaca Al-Fatihah dan Yasin di samping memohon doa agar roh Pak Misan sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah. - Amin. 


Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu. 

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya. 

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya. 

Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian – panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya. 

Bagaimanapun sesampai saja di pangkal sebatang durian berhampiran tanah perkuburan itu, Bang Akob terkejut. “Eh, dah datang pun dia…nasib baik aku sudah habis pungut…tak dapatlah dia,” bisik hati Bang Akob sebaik saja dia ternampak satu lembaga di tepi dusunnya. 

“Fasal apa dia menuju ke kubur pula?” Kata Bang Akob kehairanan. Bang Akob bergerak menyusur ke penjuru tanahnya. Kemudian dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok besar. Lembaga itu bergerak perlahan sambil menarik seutas tali bubut kira-kira dua depa panjangnya. Tanpa membuang masa Bang Akob menyuluh. Suluhannya tepat ke wajah lembaga itu. Sekali lagi Bang Akob terkejut apabila wajah lembaga itu menyerupai orang yang dikenalinya. 

“Eh, aku kenal…” bisik hati Bang Akob. “Pak Misan…!” Bang Akob melaung sekuat-kuatnya memanggil Pak Misan, orang tua kampung yang sering menjadi temannya berbual. 

Bagi penduduk Kampung Pandan Seri, Pak Misan adalah seorang tokoh. Dia terkenal pendekarnya. Selain itu, dia juga tempat penduduk lelaki meminta ubat untuk menguatkan tenaga tertentu. 

Tiada sebarang jawapan daripada lembaga itu. Ia berjalan terus sambil mengheret tali bubut. Tidak beberapa minit satu kejadian mengejutkan Bang Akob. Sebaik-baik saja dia membongkok memungut durian dan kemudian tegak semula, lembaga berwajah Pak Misan hilang dalam gelap malam itu. 

Puas juga Bang Akob menyuluh di setiap penjuru dusun duriannya, namun lembaga itu tetap tidak kelihatan lagi. Bang Akob melaung memanggil Pak Misan tetapi tidak ada sebarang jawapan. Dia mula takut. Angin bertiup lebih kencang. Daun-daun berguguran. Kilat memancar sekali-sekala. Bunyi burung hantu di kejauhan menambahkan seram suasana ketika itu. 

Bang Akob betul-betul ketakutan. Dia tidak mempedulikan lagi durian yang gugur. Apa yang ada di bakulnya, itu saja yang dibawa pulang ke pondok. Langkahnya begitu cepat. Hatinya bertanya sendiri: ”mengapa Pak Misan merayau di tanah kubur pada tengah-tengah malam begini?” 

Menjelang subuh, Bang Akob pulang ke rumah membawa durian yang penuh sarat di dalam bakul di belakang motosikalnya. 

Sebaik saja sampai di kepala simpang, Bang Akob terkejut besar ramai penduduk berkumpul di situ. Sebuah Land Rover hitam juga ada di situ. 

“Eh apa halnya?” Tanya Bang Akob apabila ternampak kaki orang terjulur dari belakang Land Rover hitam itu. 

Pagi itu Kampung Pandan Seri gempar secara tiba-tiba. Seorang penduduk, Mat Jami menemui mayat Pak Misan terlentang di bangsal di belakang rumahnya. Terpandang saja mayat itu, Mat Jami patah balik ke masjid. Dia ingin memberitahu jemaah masjid yang belum pulang selepas menunaikan solat subuh. 

Ketua kampung dan Pak Imam masih di masjid. Mereka dan beberapa jemaah terkejut dengan berita yang dibawa Mat Jami. Tanpa membuang masa, mereka beredar ke rumah Pak Misan, Pak Misan sudah kaku di tepi bangsal. Mayatnya dikerumuni semut halus. 

“Eh, apa hal Pak Misan memegang tali?” Tanya Pak Imam. Semua yang ada menerpa menghampiri mayat Pak Misan. Soalan itu tidak berjawab. Tidak ada seorang pun di situ yang tahu mengapa seutas tali bubut panjang dua depa itu ada di sisi Pak Misan. 

“Kemaskan rumah Pak Misan,” arah Tuk Ketua Kampung. “Seorang pergi beritahu polis.” 

Beberapa orang segera naik ke rumah Pak Misan. Pintu depan dan semua tingkap rumah itu terbuka. Mereka mengemas di sana sini dan membentang tikar tempat Pak Misan dibaringkan nanti. 

“Kemudian kamu beritahu semua anak Pak Misan,” sambung Tuk Ketua Kampung apabila salah seorang penduduk bersedia dengan motosikalnya untuk ke balai polis kira-kira lima kilometer dari kampung itu. 

Dalam masa yang singkat saja kematian Pak Misan tersebar ke seluruh kampung. Orang ramai mulai datang kerana ingin melihat keadaan Pak Misan yang dikatakan misteri itu. 

Polis datang dan mengambil mayat Pak Misan untuk dibedah siasat. Orang kampung terus mengerumuni Land Rover hitam. Ketika itu Bang Akob sampai dan dia berhenti di situ bersama-sama dengan orang ramai. Di situ juga dia mendengar cerita mengenai mayat Pak Misan terbujur memegang seutas tali. 

“Pak Misan memegang tali?” Tanya Bang Akob sendirian. Keanehan itu timbul kerana dia sendiri terserempak dengang lembaga menyerupai Pak Misan di kebun durian. Dia juga kelihatan mengheret seutas tali. 

Selesai urusan pengkebumian Pak Misan, cerita misteri kematian Pak Misan tidak habis di situ. Ia merebak terus. Ramai yang bersimpati dengan arwah Pak Misan namun ramai juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kisah timbul ketika Pak Misan masih hidup. 

Seminggu selepas kematian Pak Misan, timbul pula kejadian yang lebih buruk. Kampung Pandan Seri ditimpa suasana yang menakutkan. Menjelang senja saja, terdengar suara terpekik terlolong kononnya terpandang lembaga mengheret tali berjalan di sekitar rumah Pak Misan. Yang mendakwa nampak hanya seorang dua, tetapi ceritanya cepat merebak sampai ke telinga anak remaja dan suri rumah. 

Suatu senja, beberapa lelaki agak tua berjalan melintasi rumah arwah Pak Misan yang tinggal kosong sejak kematiannya. Sebaik saja sampai di depan rumah itu, mereka ternampak jelas satu lembaga menyerupai Pak Misan. 

Sebelum meninggal, di situlah biasanya Pak Misan berdiri menunggu kawan-kawannya bersama ke masjid. 

Hari demi hari, semakin ramai orang terserempak dengan lembaga itu. Yang anehnya tiap kali bertemu lembaga orang tua itu sedang mengheret tali. 

Bukan itu saja,tali bubut itu juga melahirkan satu lagi misteri. Beberapa orang suri rumah pernah terserempak tali itu berlengkar di depan pintu rumah. 

Kejadian itu sesungguhnya amat menakutkan penduduk Pandan Seri. Langkah mengatasinya diambil. Tuk Ketua Kampung memanggil anak buah berkumpul mencari jalan menghilangkan jelmaan itu. Ramai penduduk kampung bersimpati dengan arwah Pak Misan.Mereka tidak mahu jelmaan lembaga itu dikaitkan dengan Pak Misan. Sudahlah ketika ada hayatnya dulu hidup sebatang kara, ditinggal anak dan matinya pula menjadi sedemikian rupa. 

“Baiklah, biar saya cuba bercakap dengan lembaga itu,” kata Pak Imam membuat cadangan. 

“Saya nak ikut Pak Imam,” celah seorang ketika berlangsung pertemuan penduduk di masjid kampung itu. 

“Biar saya pergi seorang diri…” jawab Pak Imam, ”saya merayu dengan makhluk halus itu nanti supaya jangan mengganggu penduduk kampung kita.” 


PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR 

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. 

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya. 



"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung. 

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak. 

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah... 

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. 

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim... 

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran. 

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. 

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga. 

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ... 

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat! 

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah. 

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah... 

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh. 

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata. 

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. 

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya. 

Lailahaillallah 

Lailahaillallah 

Lailahaillallah 

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan. 

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!! 

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. 

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir. 

GGGRRRRUUUMMM... 

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.. 

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut. 

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK 

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat. 

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!! 

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi. 

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai. 

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP! 

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah ! 

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap. 

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala. 

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak. 

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya. 

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya. 

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. 

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. 

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas. 

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening. 

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil. 

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. 

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang. 

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur. 

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri. 

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan. 

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. 

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat. 

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata. 

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah. 

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai. 

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN