ENTRI TERBAIK

Jumaat, 18 November 2011

Tujuh Tingkat Tintaan Tanpa Tajuk

Assalamualaikum..

Terima kasih dilafazkan kepada teman, sahabat atau rakan maya yang sentiasa datang ke sini mencurahkan dan meninggalkan komen yang hadir dari hati yang luhur lagi murni. Walaupun tidak bersua muka, kita seolah-olah beramah mesra seperti adik beradik yang memegang teguh prinsip "bagai isi dengan kuku". Kasih sayang ini terus bertambah kukuh dari hari ke hari. Nyata kualiti persahabatan ini umpama membina lebuhraya yang kuat strukturnya. Terima kasih sekali lagi dilafazkan kepada kalian.

Awal pagi ini, aku masih belum tidur biarpun jam sudah berirama secara konsisten menarikan jarum kerdil dan panjang yang menunjukkan 3.16 pagi. Cuacanya amat sejuk jika bogel bulat di luar sana, mungkin petaka banjir bakal menghiasi diairi dunia tahun ini di tanah tumpahnya darahku, Kelantan. Malah dikhabar anginkan bahwa banjir kali ini impaknya lebih hebat. Aku berharap bencana ini tidak begitu teruk kerna kita sudah sedia maklum empayar pantai timur memang selalu menjadi tumpuan untuk diasak bencana itu. 

Seperti biasa jikalau hadir bencana itu, maka nelayan akan membaiki jaringnya yang rosak di istana usangnya. Biarpun istana itu usang, nilai hartanahnya begitu mewah dengan memori yang mengujakan tapi kadangkala ada juga keperitan akibat kemiskinan. Salah satu nilainya ialah nilai kedamaian yang diperolehi ketika minda diyogakan untuk melepaskan keserabutan memikirkan hal-hal kerja. Pada yang ingin kedamaian tahap tulen disarankan lepak-lepak di tepi pantai pada waktu malam contohnya Pantai Teluk Chempedak. Malam lebih berkesan berbanding siang hari, itu berdasarkan pengalamanku.

Sedar tidak sedar, 43 hari atau bersamaan 61920 minit (maaf matematikku agak lemah, ampun jika salah) lagi akan menutup tirai kamar pelabuhan 2011. Impian yang dicanangkan pada tahun ini apakah sudah tercapai? Atau seperti biasa akan ditangguhkan pada tahun akan datang? Impian kita adalah matlamat yang disasarkan mengikut tempoh tertentu bergantung pada kesukaran tahap impian itu. Sahih benar bahawa setiap diri kita ada impian masing-masing. Kalian harus pinggir Happy New Year ini kerna kita ada ia untuk yang berversi Islam iaitu Awal Muharram. Awal Muharram ini akan menjelma pada 27 November 2011. Sayang sekali, pewaris veteran dan muda negara lebih enak berlegar-legar di Dataran Laungan Merdeka menjerit-jerit 3,2,1 kebabommm.

Seminggu lagi musim percutian yang lama tempohnya akan menghiasi kalendar persekolahan. Sudah tentu hibernasi atau karenah bebudak siang petang asyik leka bermain permainan tradisional seperti bermain guli. Maaf itu hanya berlaku di kampung atau kawasan pendalaman sahaja. Kawasan yang berhutan batu, permainan moden seperti game Counter Strike, DOTA dan sebagainya lebih menghiasi ruang lingkup masa bebudak kawasan itu. Ini realiti dan tidak hairanla rata-rata bebudak bandar banyak menguasai carta masalah obesiti. Ini mampu merugikan negara dalam bidang sukan atau dalam apa jua bidang sekalipun yang memerlukan stamina sebagai ukuran. 

Pilihanraya dikatakan akan membuka tirai pada tahun hadapan setelah tiada apa-apa tanda akan berlakunya pada masa terdekat. Ini mungkin kerna kemungkinan banjir di kawasan empayar pantai timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu akan menyebabkan proses membuang undi tidak berjalan dengan lancar. Kepada yang masih belum daftar mengundi, cepat-cepatla berdaftar. Kalian wajib gunakan kuasa kalian untuk menentukan kerajaan yang mampu membawa negara Islam yang berdinamik dan berwawasan tinggi. Apa guna memiliki hak kerakyatan yang sah. Pemilihan kerajaan yang tepat membolehkan kalian merasai nikmat sebagai rakyat yang benar-benar dibelai oleh kerajaan. Jadi pilihan di tangan kalian, yang penting jangan gadaikan masa depan anak-anak muda demi kepentingan politik yang sempit. Majulah politik untuk negara.

Gay atau lesbian wajib kalian tinggalkan apatah lagi mendekatinya. Ingatla bencana azab yang pedih pernah ditimpakan kepada kaum Nabi Luth. Walaupun itu versi gay, tidak menjadi kelulusan untuk berlesbian. Lagi gampang andai kalian berperwatakan seperti wanita padahal kalian itu lelaki tulen.Ini boleh menyebabkan masalah buasir berleluasa. Itu dalam hal perubatan, dalam hal dosa lagi parah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w tidak akan mengaku umat jika kalian memasukkan zakar ke dalam lubang dubur lelaki lain. Ingatla amaran keras ini, jangan mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan dari Allah s.w.t. 

GMMS: Maaf terlalu panjang seperti highway Karak. Demikianlah Tujuh Tingkat Tintaan Tanpa Tajuk dari jantung yang berdegup selama 24 tahun tika ini. Semoga tintaan ini memberi komedi serius yang bermanfaat kepada kalian. 

Tiada ulasan: