ENTRI TERBAIK

Selasa, 1 November 2011

Tragedi Kemalangan Keretapi dan Lori Tangki Minyak di Sabah (2 Gambar dan 2 Video)

Sabah Negeri di Bawah Bayu telah dikejutkan dengan berita yang mengejutkan iaitu kemalangan ngeri yang membabitkan keretapi dan lori minyak di Sabah. Untuk melihat tragedi ini aku sertakan gambar-gambar kejadian tersebut berserta videonya sekali..Scary dowh..

Di bawah ini adalah 2 gambar yang menunjukkan kesan kemalangan di tempat kejadian



Kat bawah ini videonya..disertakan 2 video..Korang saksikanla keadaan kemalangan tersebut..





Kredit Gambar : Oh Tidak!

GMMS:Bila lori tangki minyak bertembung dengan mana-mana kenderaan, memang aku tak nak bayangkan. Ngeri melihat dia meletup secara live dan terbakar sampai asap hitam berkepul-kepul..

Updated..Aku petik dari Utusan..{ SUMBER }

KOTA KINABALU 31 Okt. – Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.

Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.

“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.

“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.

“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.

Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

23 ulasan:

Bro ahmad berkata...

mengerikan..nasib baik tiada jumlah korban

echaRierie berkata...

ei..bahaya btl..huhu
kg saya ni..hihi..

btw, syukur semua slmt..tp dlm ms yg sm sgt2 rugi..hoho

Yatie Awang berkata...

Alhamdulillah, semuanya selamatkan

Qaseh Qistina berkata...

uih..dahsyatnya..nasib baik xde yg maut..

ArulchelseA berkata...

cuak aku tengok bro..

Niena Pengembara Ilahi berkata...

ada kuar lam berita smlm

hmm..tekejut tgk

Niena Pengembara Ilahi berkata...

ada kuar lam berita smlm

hmm..tekejut tgk

aimie amalina berkata...

sedihhhh tgk niii
dekat2 dgn umah gak ni

aduhaii
tetapi laluan tu memang bahaya
sebab x de owg jage

aduhai
bende nak jadi kan..

Rai berkata...

uhh..horror horror..rasanya raya bila tah ada eksiden kat PLUS hiway ke johor..lori tangki meletup.. habis jem terukk.. ngeri betul..

Ct Mawa berkata...

ya Allah..dahsyat nye

Bui Junaidi berkata...

uisshhh..ngeri betul
bui baru tahu pagi tadi dgr dekat hotfm..
syukurlah tak ada yg meninggal..

ApiH berkata...

bahaya betul. kena upgrade sistem pengangkutan kat situ...

Gen2Merah berkata...

memang dasyat tragedi ni....pa pun kena berhati2 selalu..

Lea Isnawi berkata...

gulp! menakutkan

Hanif Idrus Blog berkata...

iskkkk teruknya

harrazdani berkata...

mcm kat luar negara plak.....;) jarang berlaku kat malaysia benda2 macam ni.

faridah nazurah berkata...

tragisnya... huhuhu takut lak tengok

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

mmg seram la kalau nmpk lori minyak @ ape2 je lori kat jalan bawak lelaju..risau je jadi gini..nauzubillah...

syuk, ca tag kamu ..kalau sudi, jawab la keh.. =)


http://cikduyung.blogspot.com/2011/11/segalanya-sebelas.html

Solihin Zubir berkata...

sgt tragis.. mujur tak ada kemalangan jiwa.. Alhamdulillah..

Awan Biru berkata...

Syukurlah tiada yang terkorban.

shida'R berkata...

bahaya btol lah..huhuh xsuka tgk api besar2 ^^

**::CIKNUURUL::** berkata...

ngeri!

Papa Mifz berkata...

uish...teruk yer...dasat...harap kito semuo dijauhkan dari kemalangan ngeri mcm nih..amin...