ENTRI TERBAIK

Khamis, 3 November 2011

Manusia Yang Pelik Tapi Benar

Manusia yang aku akan senaraikan di bawah ini adalah manusia yang pelik tapi benar. Bukan muka cam ultraman taro,suria baja hitam dan sebagainya waima naruto shahidpuding sekalipun. Yang ini dinilai dari segi sudut kesihatan dimana mereka sebenarnya adalah mustahil mengalaminya tapi mereka berjaya melangkaui had batasan tersebut. Mari kita saksikan wajah mereka dan sedikit-sebanyak informasi mengenai mereka.


Wim Hof aka Ice Man

Insan gambar diatas ialah Wim Hof aka Ice Man aka Lelaki Ais yang boleh rileks-rileks santai kat tempat yang berais tanpa perlu pakai baju yang tebal-tebal. Malahan, beliau rileks berlari-lari seperti kanak-kanak ribena tanpa rasa sejuk di tempat yang bersalji. Dari segi perubatan, mustahil manusia biasa cam kita boleh rileks tanpa pakai baju di tempat-tempat yang sejuk tapi bagi Wim Hof, ianya tidak.


Asheligh Morris dengan kesan alergi pada air

Manusia yang kedua pula ialah Asheligh Morris. Beliau punya penyakit dikenali sebagai Aquagenic Urticaria--"a disorder that disables her from getting in any kind of contact with water, like bathing, swimming etc". Dengan ringkas untuk difahami, beliau alergi dengan air. Dan aku tak tau camner dia mandi, dahla alergik kat air..kalau bab minum air tuh, tak pasti pula. Kalian boleh melihat contoh gambar kesan alergi beliau..Aku terpaksa sensorkan kerna dia sedang memakai coli..  


Natalie Cooper dengan tic-tacnya

Nama beliau adalah Natalie Cooper yang berumur 17 tahun. Apa kepelikkan dia? Dia hanya boleh makan tic tac aje untuk menghilangkan rasa lapar. Kalau dia makan benda yang bukan geng tic-tac, perut dia akan buat hal. Bagaimana dia meneruskan hidup kalau tak boleh makan secara normal? Dia terpaksa makan melalui tiub dengan makanan yang disediakan khas formulanya. Apa itu tic-tac? Kalian lihat sahaja bagaimana rupa parasnya kat bawah neh

Tic tac makanan utama Natalie Cooper


Debbie Bird dengan kesan ruam yang dialami
Setiap orang akan setuju yang teknologi akan menjadikan kehidupan seharian menjadi lebih mudah kan? Tapi tidak bagi Debbie Bird yang mengalami alergi yang teruk dengan teknologi moden. Kesan alergi itu beliau mendapat ruam yang teruk di sekitar mata dan dahi apabila dia berhampiran dengan telefon bimbit, ketuhar, komputer dan medan elektromagnet. Kalian bayangkanla andai berjalan-jalan di suatu tempat yang penuh dengan orang menggunakan telefon bimbit sekalipun dia berada dalam kereta. Dia juga alergi beberapa jenis model kereta. 


Rhett Lamb budak comel yang imsonia
Tidur adalah salah satu keperluan yang manusia akan mengiyakan antara yang terbaik dalam hidup. Tapi tidak budak yang bernama Rhett Lamb. Dia tidak boleh tidur seperti manusia yang normal. Insomnia yang dialami oleh dia telah menyebabkan keluarganya terpaksa berjaga 14 jam dalam seminggu tiap-tiap tahun. Apa punca beliau menjadi sedemikian? Setelah diagonis keatas beliau, beliau mengalami chiari malformation


Mr.Perry
Apabila kita makan banyak-banyak tentu akan menjadi seperti gajah kan atau badak sumbu kan, paling cikai menjadi panda. Tapi tidak kepada Mr.Perry yang berumur 59 tahun. Beliau makan pie, burger dan pelbagai cuci mulut tanpa perlu risau kalorinya. Ini kerana beliau mengalami penyakit lipodystrophy yang membuatkan tubuhnya cepat membakar lemak. Penyakit ini menyerang beliau ketika beliau berumur 12 tahun. Dan sejak itu, beliau tak pernah menjadi seperti gajah atau badak sumbu waima panda sekalipun walaupun makan banyak.


Kay Underwood yang cantik
Lumrah kehidupan, manusia akan ketawa bila perkara mengelikan hati tercetus. Tapi bagi gadis cantik yang bernama Kay Underwood, setiap kali dia ketawa mesti dia terjatuh. Ini kerna dia mengalami penyakit cataplexy. Penyakit ini menyebabkan otot-otot badan menjadi lemah bila emosi seperti marah, ketawa dan sebagainya tercetus. Doktor setakat ini tidak menemui jalan penyelesaian akan misteri ini.


GMMS: Alhamdulillah kita tidak ditimpa dengan macam-macam penyakit misteri..Masih banyak lagi manusia di luar sana yang mengalami penyakit misteri cuma tak dapat dikesan atau direkodkan. Contoh ada manusia yang berbulu di muka, manusia yang berekor di belakang, manusia yang bertanduk dan banyak lagi la..

24 ulasan:

kiz berkata...

fuhh..macam-macam kan..

Bro Ahmad berkata...

manusia pelik2 syux huhuu macam mana kehidupan diorang yang aneh buat orang lain teruja nak tau kidsah hidup mereka.

josrevalution berkata...

memang pelik!..bersyujurnya aku bila lahir dgn sempurnanya..tanks sharing syux..

azizul berkata...

info menarik.. kitkat tu haha..lama tak makan,

Cik Azizah berkata...

ada kelebihan dan kekurangan mereka kan..sgt misteri..

Daddylicious berkata...

yg last tu cantik tapi....kesian

Wanie berkata...

info yang super duper menarik la syuk..yg allergic tu cane la die mandi kan..klu tengok sume misteri diorang ni, rase bersyukur sebab xde jadi macam tu kat diri sendiri..alhamdulillah..

*yang berjaga 14 jam tu yg konfius?typing error ke?14 jam macam tak lame mane pn nak berjage..hehe

Liyana Zahim berkata...

Mmg sume pelik.. Adeke takley ketawe? Yg sorg tu mkn bebanyok tak gemok2 peh bes gile.. Hohohoh.. Yg alah ngan gadjet tu soh die dok utan la.. Sian je dok kat bndr.. Ish.. Pelikk... Huhuhu~

ArulchelseA berkata...

kat malaysia ari tu ada budak tk bleh makan nasi..

dhiera berkata...

ice man tu walaupun dia nampak pelik tapi menakjubkan!

Lea Isnawi berkata...

wah mcm2 org ada

tapi kesian kat yang alergic mende wajib kite cam air, makanan dan telefon tuhhh

hidup diorg x normal mcm biasa

Ct Mawa berkata...

tiada yang mustahil dalam dunia..syukur la dengan apa yang ada pada kita sekarang

Bui Junaidi berkata...

uishhh..mmg pelik2..yg paling pelik yg kena ruam tu..

ABU berkata...

pelik.. cam mana la diorng meneruskan hidup seharian kalu mcm ni..

Yatie Awang berkata...

ramai juga manusia yg pelik ni...takut pulak mendengarnya

miss kinah berkata...

takutnye...

macam2 ada kan? huuu

Nurnajwa KZ berkata...

Kte nk jd mcm Mr Perry :) Hehe, tp syukur la takde penyakit kronik mahupon pelik.

Khairil berkata...

banyak2 tu aku paling kesian kan sicantik Kay Underwood...mesti tak boleh bawa dia pergi tgk movie johny english...haha

chii berkata...

dorang ni memang sangat unik dan istimewa..x semua punyai keunikan yang mereka ada kan..bersyukur sgt

syarifahsidrus berkata...

tetap bersyukur dilahirkan sebagai manusia biasa :)

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

kesiannya yg xleh gelak tu... :(

mcm2 ek penyaki ni..xpernh terlintas kat fikiran pon ade penyakit2 pelik nie..

cik sakdi berkata...

wah best la info ni.. bg la banyak2 lagi..terus kita rasa bersyukur kan.kesian yg elergik air,teknologi tu semua.. tersiksa.. huhu jum2 syukur :)

cik aisha berkata...

mmg bersyukur walaupn skt tp xpnh lg skt yg pelik2 mcm ni....ssh tu nk membiasakn diri dn ada pkra yg perlu dihindar...

Ezad Skytech berkata...

memang misteri betul mereka2 ni...tapi yang tak boleh kena air tu..macam mana la agaknya ye...huuuhh~