ENTRI TERBAIK

Khamis, 17 November 2011

Kemenangan Bersejarah Harimau Muda 1-0 ke atas Garuda Muda

Assalamualaikum..

Stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kemenangan bersejarah Harimau Muda aka Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan Garuda Muda aka Timnas Indonesia dengan 1-0 hasil jaringan Syahrul Azwari, pemain gantian pada minit ke-16. Beliau telah menebus kekecewaan pada perlawanan ketika menentang Thailand tempoh hari apabila terlepas 5 peluang keemasan untuk merekodkan jaringan. Saksikan video yang menunjukkan jaringan menarik dari pemain yang berasal dari Tumpat, Kelantan.


Hasil kemenangan ini, Harimau Muda berjaya menjuarai kumpulan B dan akan bertemu dengan Myanmmar pada separuh akhir yang akan berlangsung pada 19 November 2011 tepat pukul 4 petang.Manakala Indonesia selaku naib juara akan bertemu dengan juara kumpulan A, Vietnam.

GMMS: Tahniah Harimau Muda..Kalian adalah permata yang berkilauan seperti skuad projek hoki 2013..:). Teruskan perjuanganmu, biar negara Malaysia ada dipaparkan dalam mana-mana kumpulan bola sepak Piala Dunia suatu hari nanti. InsyaAllah..

Kredit Video: Sokernet.com

Tiada ulasan: