BLOG PILIHAN UTAMA PENULIS (MAI DARI BENDANG)

ENTRI TERBAIK

Sabtu, 3 Disember 2011

Jenis-jenis Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ingin kongsikan maklumat dengan kalian mengenai madu iaitu bab jenis-jenis madu. Jangan risau ini bukan bab hal munakahat, ini bab jenis-jenis madu lebah yang bisa membaiki kualiti kesihatan kalian. Tanpa membuang masa mari kita melihat senarai jenis-jenis madu secara ringkas dan padat.


Madu Tualang
- Madu ini adalah madu yang diambil dari pokok tualang hutan. Kenali pokok ini melalui gambar di bawah untuk mengenalinya.

Pandangan Jauh

Dah daftar mengundi?Jom terjah laman web SPR yang baru

Pandangan dekat

-Madu ini terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Sekaligus menyebabkan ia berkualiti tinggi khasiatnya berbandaing madu biasa yang lain.
-Harganya tinggi kerna kesukaran untuk menuai madu tualang ini. Walaupun begitu, ia masih mendapat permintaan tinggi dari orang ramai. 
-Mengikut harga pasaran, 1kg =RM110

Madu Sidr
-Madu yang berasal dari Negara Yemen ini adalah yang termahal di dunia. Harganya mencecah 1kg= RM400.
-Khasiatnya adalah yang terbaik nilainya dalam segi perubatan.
-Madu ini dihasilkan di Pergunungan Hadramaut yang bebas daripada pencermaran.
-Dikatakan pokok sidr di Yemen adalah yang tertua didunia dan kebanyakkan penduduk disitu menggunakan hampir kesemua bahagian pokok itu untuk tujuan kesihatan kerana khasiatnya yang berkualiti tinggi.
-Jikalau kalian ingin membeli madu ini sila layari laman web sahabat aku untuk maklumat lanjut, Madu Sidr dari Yemen
- Kenali madu sidr melalui gambar dibawah

Lebah Madu Sidr yang sedang mengambil nektar

Grapvine terbaru dari Microsof.Klik sini dan share untuk dapatkan 20 sen setiap klik

Tempat penyimpanan madu lebah sidr


Madu Ratu aka Madu Putih
- Madu ini dikenali sebagai Susu Lebah atau dikenali Madu Putih kerna warnanya yang putih kekuningan seolah-olah mirip warna susu. 
-Madu ini antara yang sukar untuk didapati dan diperolehi. Oleh itu kebiasaannya dijual dalam kuantiti yang sikit. 
-Madu ini sebenarnya adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Harus diketahui, ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang panjang dan satu-satunya lebah yang boleh reproduksi.
-Malangnya, madu ratu ini amat sensitif dengan suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penyejukkan harus diambil berat dalam hal penjagaan madu ini.
-Harganya tidak dapat diketahui
-Gambar dibawah menunjukkan rupa parasnya

Madu Putih

Looking for a BIS Plan that is pocket friendly? 

Madu Propolis
-Madu ini bukanlah madu sebenar dari bunga tapi ianya terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. 
-Terdapat dua jenis madu iaiatu hijau dan perang.
-Madu ini biasanya terdapat di Brazil* Kelas kau import dari samba..
-Gambarnya? Fuhhh banyak gila gambar-gambar produknya. Kebanyakkan dibotolkan. Mujur ada gambar yang mungkin menggambarkan rupa paras madu ini

Madu Propolis

Madu Manuka

-Madu ini merupakan madu yang datang dari New Zealand. Ingat lembu hitam putih ingat New Zealand. 
-Madu ini terhasil dari madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka atau bahasa sainsnya Leptospermum scoparium). Kat bawah ini adalah gambar pokoknya.

Pokok Manuka aka Leptospermum scoparium
-Madu ini popular di pasaran antarabangsa berikutan khasiatnya yang tinggi. 
-Madu ini diukur kualitinya mengikut Unique Manuka Factor (UMF). UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk rawatan penyakit.

Tiger Balm dah ada plaster cam panaflex, tak caya? Klik sini

Madu Kelulut

-Madu ini dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah yang bersaiz kecil ala-ala sebesar saiz lalat.
-Sarangnya unik kerna dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah.
-Warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam.
-Kebiasaannya kuantiti yang diperolehi adalah sedikit.
-Bawah ini adalah gambar rupa parasnya 

Madu Kelulut

Akhir sekali info ringkas mengenai perbezaan madu asli, madu tiruan dan madu ternak

-Madu asli dalam botol mudah diterbalikkan dan apabila digoncang menghasilkan buih dan warnanya berubah,
-Madu ternak dan madu tiruan mengalir perlahan apabila diterbalikkan, sukar digoncang.
-Madu asli apabila disapu di belakang tapak tangan akan meresap ke dalam kulit dengan cepat dan iannya juga tidak melekit.


*Nektar- adalah cecair manis kaya dengan gula yang dihasilkan oleh bunga ketika sedang mekar untuk menarik haiwan pendebunga seperti serangga. Nektar dihasilkan di kelenjar nektar terletak di bawah kelopak bunga.

*Jangan makan madu sekali dengan tembikai, coz boleh bawa maut dengan izin Allah s.w.t..Apapun nak mendapat kepastian, layari laman web INI untuk melihat pandangan dan pengalaman orang yang pernah makan madu dengan tembikai--tq Liyana..

*Untuk mengetahui khasiat madu, sila layari laman web INI

GMMS: Aku adalah pencinta madu. Tapi jarang memakannya hehe berikutan kesukaran untuk mendapatkannya dipasaran. Jikalau entri ini berkualiti dan ada ilmunya, sila LIKE dan tekan +1..:)

Tiada ulasan: