ENTRI TERBAIK

Selasa, 15 November 2011

Gambar-gambar Hot, Rare dan Eksklusif Part 2

Aku tintakan karya bergambar pada awal pagi..Aku sertakan beberapa keping gambar yang hot, rare dan eksklusif..Aku juga sertakan info simple untuk keterangan gambar diatas. Gambar-gambar ada yang klasik dan ada yang sudah melihatnya..Tanpa membuang masa jom kita melihat wayang gambar statik kat bawah ini

Holocaust yang dilakukan oleh Adolf Hitler

Holocaust ini adalah pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi Jerman pada Perang Dunia II. Ia berlaku pada 1941 dan berakhir pada 1945. Sasaran mangsa pembunuhan adalah orang Yahudi. Dianggarkan 6 juta orang Yahudi dibunuh dalam kejadian itu. Ada juga golongan lain seperti golongan Slav iaitu dari rakyat Poland, Rusia, golongan Sinti, golongan kurang upaya seperti pesakit mental dan golongan homoseks. Sebenarnya jumlah yang dibunuh tidak direkodkan tapi dianggarkan lebih kurang 26 juta telah menjadi korban Holocaust ini.



Gambar klasik kapal Titanic sebelum ia tenggelam didasar laut.

Kapal ini dikenali sebagai RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Ia juga dikenali sebagai kapal wap penumpang yang terbesar di dunia pada masa kelahirannya. Malangnya pada pelayaran pertamanya, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11.40 malam pada pagi Ahad 4 April 1912 dan tenggelam keseluruhannya pada jam 2.20 pagi Isnin. Bencana ini mengakibatkan kematian lebih 1500 orang


Kapal Titanic yang tenggelam dalam dasar laut

Penemuan bangkai kapal Titanic pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya. Sudah ada filem mengabdikan kisahnya iaitu Titanic hasil lakonan Leonardo diCaprio dan Kate Winslet  


Keluarga Osama bin Laden. Yang bertanda bulat itula dia
Osama bin Laden atau nama sebenarnya Osama bin Muhammed bin Awad bin Laden ini lahir pada 10 Mac 1957 dicop sebagai pengganas nombor 1 dunia oleh Amerika Syarikat. Nama beliau naik bila dikaitkan dengan serangan 9/11 kat  Amerika Syarikat. Sekarang beliau sudah meninggalkan dunia yang fana ini pada 1 Mei 2011 apabila pasukan SEAL Amerika Syarikat menembak beliau sehingga mati di Abbottad, Pakistan.


Kemalangan maut yang meragut Puteri Diana

Kemalangan maut ini melibatkan kematian Puteri Diana berlaku pada 31 Ogos 1997 di dalam Terowong Pont de I'Alma di Paris bersama-sama Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul. Kereta yang terlibat ialah buatan Mercedes Benz jenis W140 yang berplat 688 LTV75. 


Komputer pertama dicipta

Gambar diatas menunjukkan sebuah komputer pertama dicipta didunia. Ia dikenali sebagai ENIAC yang memerlukan keluasan lokasi 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Nama penuh ENIAC ini ialah Electronic Numerical Intergrator And Computer. Ianya dicipta oleh Dr. John W.Mauchley dan J. Prepser Eckert Jr pada tahun 1946.


Waktu Mc Donalds mula-mula diniagakan

Gambar ini diambil pada tahun 1940 dimana Dick dan Mac McDonald telah memulakan perniagaan mereka dengan membuka restoran ini di Route 66 pada 15 Mei di San Bernandino, California. Mereka memulakan perniagaan dengan menggaji kira-kira 20 orang. Menu utama mereka mengandungi 25 jenis makanan dan hamburger pertama dijual dengan harga USD 15 sen pada ketika itu.


GMMS: Ada 7 gambar lagi untuk edisi 3. Kalau kalian suka entri ini, klikla +1 dan LIKE 

Tiada ulasan: