ENTRI TERBAIK

Isnin, 10 Oktober 2011

Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jepun


Bicara bisu mengenai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jepun mungkin sedikit sebanyak mampu menambahkan ilmu pengetahuan dan melahirkan semangat inkuiri untuk mengenali negara Jepun. Jadi tanpa melengahkan masa, aku sertakan beberapa tapak yang dicop sebagai tapak warisan dunia UNESCO.




Istana Himeji (Disenaraikan pada tahun 1993)

Istana Himeji 

Istana abad ke-14 ini merupakan istana terbesar dan paling banyak menerima kunjungan. Ia dibina pada tahun 1333. Proses pengubahsuaian besar-besaran dilakukan selama lapan tahun (1601-1609). Bukan sahaja cantik tetapi dilengkapi dengan sistem pertahanan paling canggih di zamannya. Dikenali sebagai 'Kota Bangau Putih' kerna struktur luarnya berwarna putih persis burung sedang terbang. Terdiri daripada 83 struktur binaan yang masih teguh. Monumen ini dapat memberi gambaran kehidupan Zaman Pertengahan Jepun.


Monumen Buddha di Horyu-ji( Disenaraikan pada tahun 1993)

Monumen Buddha di Horyu-ji

Terdapat 48 patung Buddha di kawasan Horyu-ji, Wilayah Nara. Struktur bangunan kayu lamanya adalah antara tertua di dunia dari abad ke-7 dan ke-8. Khazanah ini amat bernilai bagi sejarah seni bina dan hubungan dengan penyebaran ajaran Buddha dari China ke Jepun.


Tempat Suci dan Kuil Nikko ( Disenaraikan pada tahun 1999)

Tempat Suci dan Kuil Nikko


Ia merujuk pada Toshogu di mana syogun pertama Kesyogunan Edo iaitu Ieyasu Tokugawa disemadikan. Selain itu, Tempat Suci Futarasan-jinja memuja tiga dewa Gunung Nantai dan Kuil Rinnoji serta kawasan sekitar juga dianggap tempat suci.


Monumen Bersejarah Zaman Purba Kyoto (Bandar Kyoto, Uji dan Otsu) (Disenaraikan pada tahun 1994)

Tokong Rokuon-ji

Dibina pada tahun 794 Masihi dengan konsep ibu negara China kuno. Kyoto dahulunya adalah bandar imperial dan menjadi pusat kebudayaan orang Jepun lebih 1000 tahun. Kyoto menyaksikan perkembangan seni bina kayu Jepun terumata pada kuil Buddha, tempat suci Shinto dan taman tradisional Jepun. Monumen terkenal lain seperti Istana Nijo, tokong Rokuan-ji dan Ryoan-ji. Tokong Rokuan-ji atau dikenali sebagai Pavilion Emas ini pernah mengalami kerosakan akibat kebakaran pada tahun 1950. Namun begitu, ianya dibina semula pada tahun 1955.


Memorial Keamanan Hiroshima (Genbaku Dome) (Disenaraikan pada tahun 1996)

Genbaku Dome

Dikenali juga sebagai 'A-Bomb Dome'. Terletak di pusat bandar Hiroshima. Merupakan memorial peringatan mangsa yang terkorban akibat ledakan bom atom pada tahun 1945 di Hiroshima. Selain itu, ia juga menjadi simbol keamanan dan tindakan memprotes penggunaan senjata nuklear.


Tapak Gusuku dan Harta Kerajaan Ryukyu (Disenaraikan pada tahun 2000)

Antara salah satu tapak Gusuku

Kerajaan Ryukyu (kini dikenali sebagai Wilayah Okinawa) mempunyai tinggalan budaya tersendiri kerna pertukaran sistem politik, ekonomi dan budaya di antara Asia Tenggara, China, Korea dan Jepun untuk beberapa abad. Tapak suci ini menjadi contoh luar biasa keaslian alam dan menjadi tempat pemujaan nenek moyang yang masih utuh sehingga kini seiring dengan agama lain.

24 ulasan:

Bro ahmad berkata...

fakta yang menarik syuk..negara dah bertamadun lama tentu sejarah mereka sangat menarik.

SoLy SoLicious berkata...

bagusnye depa mngekalkan tapak warisan ngra depa

Bui Junaidi berkata...

semua tempat tu cantik2..mcm tenang dan damai jer kan

Acik berkata...

acik paling suka istana himeji. cantik!

alongxp berkata...

syuxer... bile ko nak blanje aku g jepun?hehehe

cik aisha berkata...

banyaknye tapak warisan unesco kat jepun...heheh baru taw ni..;p

shida'R berkata...

1stime nih tgk istana jepun..selalu tgk dalam tv jer mcm diedit heheee..

Rai berkata...

jepun sangat cantik..bersih lak tu..

Papa Mifz berkata...

kagum ngan org dulu2 leh buat istana secantik Istana Himeji tu...

ghost writer berkata...

agak-agak di Tapak Gusuku dan harta kerajaan Ryukyu tuh masih ada tertanam harta karun tak..?

Yatie Awang berkata...

cantik suasana kat kuil nikko tu

delarocha berkata...

tak mampu nak kesana, tgk kat blog ni pun jadilahhh

anamizu berkata...

memang cool gila la
design dia..mmg patut
pun drg kekalkan..
warisan tu!
teringin gila nak p jepun!
huuuu~




luv,
cik ana

Elih Japahar berkata...

Sungguh indah tersergam disana..mgkinkah ada peluang kesana nnt hhuhu..

Ezad Skytech berkata...

memang cantik semua tempat ni...masih kukuh sampai sekarang ni walaupun da lama dibina...:D

Afikah Aziz berkata...

teringinnye nk ke jepun,cantik je tempat2 tu :)

syaz@rozelt berkata...

teringat crita korea princess hours tgk gamba2 dkt ats nie,hehe

[sutera kasih] berkata...

aaahhh la stuju ckp syaz@rozelt tu..trus tringat cite princess hour hehe..bestnya kalo dpt pegi..

Anif Abdullah| AA berkata...

apsal semua cantik-cantik nii..
paling suka ngan pemandangan kuil nikko tu ^^

fadh leyanie berkata...

cantik tengok kawasan gambar2 diatas..rasa teringin nak pegi sana.

Acik berkata...

heheheeee ... dah 3 kali acik sampai ke entri ini! :)
masih suka istana himeji!

caliph shuriken berkata...

tgk pic tu tingat kt citer istana takeshi, huh...

anismelon berkata...

cam menarik tokong rokuon ji toh..bile na dpt g jepun erk..hehehe

Rai berkata...

jepun memang sangat cantik..kalau ada peluang pergi lah ke sana..