ENTRI TERBAIK

Sabtu, 8 Oktober 2011

Seni Bela Diri Orang Jepun

Aku ingin kongsikan ilmu pengetahuan secara simple mengenai seni bela diri orang jepun. Di bawah ini aku senaraikan beberapa seni bela diri orang jepun yang terkenal.

1. Kendo

Kendo

-Seni bela diri menggunakan kayu atau pedang buluh dipanggil shinai. Pada abad ke-18, baju besi dan pedang buluh mula diperkenalkan dalam latihan agar tidak memudaratkan. Pemain akan memegang shinai dengan kedua tangan dan menyerang bahagian sisi, atas kepala, pergelangan tangan, badan dan leher pihak lawan. Pemain akan mendapat satu markah jika berjaya membuat satu serangan. Penyerang pertama berjaya mendapatkan dua markah akan dikira sebagai pemenang (dalam pertarungan pedang sebenar, satu luka cukup untuk menumbangkan lawan). Kini, kendo menjadi subjek wajib bagi pelajar dan polis.


2. Karate

Karate

-Merupakan seni bela diri terkenal dan pratikal tanpa menggunakan senjata khusus. Ia sudah lama bertapak di Jepun sejak abad ke-14 dan diwajibkan di Okinawa. Pada abad ke-20, ia semakin terkenal dan pernah digunakan sebagai salah satu cara indoktrinasi dan tahun 1920 hingga 1945. Karate lebih menekankan etika, pencapaian spiritual dan disiplin seperti seni bela diri lain. Selain itu, sistem kedudukan atau pangkat yang ditentukan dengan warna tali pinggang juga menjadikannya lebih popular.


3. Judo

Judo

-Juga seni bela diri tanpa senjata dan kini menjadi sukan antarabangsa. Peraturan judo agak rumit dan perlu menumbangkan lawan dengan penekanan pada sendi anggota atau bahagian leher. Walaupun agak agresif tetapi lebih menekankan serangan secara tidak langsung. Sekolah Judo Kodokan ditubuhkan oleh Profesor Jigoro Kano untuk mengembangkan seni judo moden. Pada tahun 1964, judo dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di Tokyo. Manakala pertandingan judo kategori perempuan diperkenalkan pada tahun 1980.


4. Kyudo

Kyudo

-Ia adalah sukan memanah tradisional Jepun. Mula terkenal semasa era pemerintahan Syogun sebelum digemari golongan atasan dan biarawan Jepun. Berasal daripada seni bela diri kyujustu, teknik memanah samurai. Tetapi kyudo lebih mementingkan fokus dan kedamaian spiritual daripada musuh. Manakala sukan memanah negara Barat pula mengutamakan ketepatan. Persatuan Kyudo Jepun ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mempromosi sukan ini dan dipertandingkan setiap tahun di Tokyo dan Kyoto.


5.Sumo

Sumo

-Seni bela diri yang terkenal di Jepun dan dipertandingkan ketika musim menuai atau upacara keagamaan. Peserta sumo dipanggil 'rikishi' akan mengikat rambut mengikut cara tradisional dan memakai cawat. Lazimnya, berat badan peserta antara 100 hingga 200 kg. Pertarungan diadakan di dalam bulatan yang sedikit tinggi berukuran 4.5 meter dikenali sebagai 'dohyo'. Bulatan ini dibuat daripada tanah liat dan dilapisi pasir di atasnya. Peraturan sumo agak mudah iaitu peserta pertama yang tersentuh tanah (selain tapak kaki) atau keluar dari bulatan dianggap kalah. Walaupun peraturannya mudah, teknik sumo tidak semudah disangka. Ini kerana, ia mempunyai 80 cara untuk menang dalam pertarungan. Sukan ini menekankan dan kepantasan peserta. Sumo terkenal sejak abad ke-17 dan kini menjadi pilihan kerjaya yang popular. Sebanyak 600 pertandingan diadakan setiap tahun untuk memenuhi permintaan ramai.


Satu gambar off topic yang menceritakan mengenai budak2 bawah umur kita masa sekarang..

Realiti atau khayalan?


29 ulasan:

azizul berkata...

like...kundo

[sutera kasih] berkata...

sy tau karate, judo & sumo je hehe
thanks for the info syux :)

maaf, lama x singgah jenguk syux..

SoLy SoLicious berkata...

nak main sumo lah..kahkahkah

JG berkata...

alphabet tu menarik..sesuai dgn zaman kanak2 skang hihihi

Elih Japahar berkata...

Kyudo tu jarang dengar...

cik pha berkata...

aku teringin nak blajr judo weh

Bro ahmad berkata...

bro suka sumo..makan apa orang jepun ni agaknya..huhuu, bro singgah..thank info yang menarik

Freaky berkata...

sumo best sekali. bergegar tengok. hahaha

Ini Kisah Tia berkata...

dari banyak2 tau sumo dengan karate jek . heheh

Khairil berkata...

jepun memang banyak dgn seni beladirinya...malah ada yg terkenal seantero dunia...

delarocha berkata...

ninjitsu ada?

Syuxer berkata...

bro delarocha
-ninjustu ada gak bro..cuma takde maklumat mengenainya hehe..tq bagitau

Syuxer berkata...

sutera kasih
-takdehal punya..syuk pun lama tak singgah kat blog awk hehe..sori ye

Syuxer berkata...

bro ahmad
-sama2..:)

harrazdani berkata...

karate best.....tapi kalau judo tu...rasanya aku tak ssuai..huhuh

Shaherah berkata...

shera kan.. shera takut tgk sumo tu.. muka dieorang mesti nak bengis2.. hahaha..

RedVixen berkata...

apa yang aku tau, semua sukan-sukan tu menekankan disiplin... sangat2!
kalo tak berdisiplin jangan harap nak pandai :D

Anif Abdullah| AA berkata...

kalau tgok citer lawan-lawan,memg teruja la nak main kendo tuh.. ^^

Zul Fattah berkata...

aku suka tendo.. slalu baca komik pasal cite ni, dulu2.. haha

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

wah..mcm nga bce buku sejarah..best2..hehe...


lamanyer xdtg cni... :(rindu kat entry syuk dan komen dr syuk.. :P

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

wah~ gud info la syuk.. :) mcm bce buku sejrah...budak2 sekarang= ca jugak la tu..err~ mmg xde seni pertahankan diri langsung..alamakkkk...cane kalo kne serang..huk3....

Acik berkata...

pedang samurai ... erkkk!
heheheee, dp jugak nombor cantik kat sini - 1188! :)

caliph shuriken berkata...

dh lama cari kelas kendo, blom jumpa yg sesuai, huh...

anismelon berkata...

wahhh..bnyk yg anis tak tau..hehe..ketinggalan zaman btl..

anamizu berkata...

part ALPHABET tu mmg konfem! :P




luv,
cik ana

ghost writer berkata...

tak lupa jugak kepada pahlawan samurai dan dragon ball.haha

Ezad Skytech berkata...

semua tak pernah try lagi ni..tapi sumo macam menarik je..haha~

Afikah Aziz berkata...

errrr kendo,xpnh dgr plak hehe

laskar pelangi berkata...

sumo lah..seksis sikit =D