ENTRI TERBAIK

Khamis, 13 Oktober 2011

Rasa Bersalah Vs Keupayaan Memaafkan

Suatu ketika, rasa bersalah pasti akan menghiasi dalam diari kehidupan kita. Suka atau tidak, rasa bersalah sememangnya menjadikan ego di tahap terendah sekali sehinggakan ada suatu masa, perut lapar meronta-ronta diisi,kesihatan jiwa terganggu dan sebagainya. Kita seolah-olah seperti mayat hidup yang sudah lari dari melakukan aktiviti yang biasa dilakukan.

Gambaran fantasi rasa bersalah

Rasa bersalah umpama menagih rasa dimaafkan. Kadang-kadang tahap rasa bersalah bergantung kepada ketinggian nilai kerosakan yang terjadi akibat kesakitan, kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Teori diterima pakai mungkin dinoktahkan seperti 

"semakin tinggi nilai kesakitan atau kecederaan yang di cetuskan, semakin tinggi rasa bersalah yang akan timbul."

Disinilah kuasa memaafkan akan menjadi peranan penting. Ia harus tegar melawan rasa ego, kemarahan, sakit hati, dendam dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai pelbagai versi keupayaan memaafkan seseorang. Dunia sekarang jarang benar manusia seperti Rasulullah s.a.w dalam bab memaafkan seseorang. Tapi banyak pula seperti Dajjal yang suka melihat penderitaan orang lain akibat tidak mahu memaafkan orang itu.

Tapi bagi kes yang profil tinggi seperti kes rogol, liwat, pecah amanah, ragut, samun dan sekutunya tidak semudah a b c untuk menjadikan si mangsa menjadi pemurah dalam memaafkan si pesalah. Undang-undang sudah pasti menghukumi bagi menyelesaikan hal di dunia, tapi kemaafan dari si mangsa adalah paling mustahak bagi menjernihkan keadilan di mahkamah paling adil kelak.


P/s: Masih ada lagi ke pemaaf paling pemurah di dunia ini tatkala diasak dengan penderitaan atau dibubuh kenangan paling pahit dalam hidupnya? 

Kalau suka entri ini, klikla +1

37 ulasan:

Bro ahmad berkata...

tapi bagi setiap kesalahan mesti dapat pembalasan undang2 kan..memaaafkan itu memang perlu

JG berkata...

perkara yg paling sukar dilakukan dgn ikhlas ialah memaafkan org.

Asakura berkata...

masih ada lagi org yg pemaaf...percaya lah... hehhee

kau ada google + ke? add la aku... hahaah

SoLy SoLicious berkata...

ada org mampu memaafkan...

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

paling tak suka pasaan bersalah ni.tak tenang jiwa dibuatnya.so nak elak jiwa kacau lama2, buang rasa takut, rasa ego, rasa malu, mintak jer la maaf kan..huhu

Khairil berkata...

semakin kurang manusia dengan maaf semakin dekat manusia itu dengan dendam...

Niena Pengembara Ilahi berkata...

utk mnjadi seorang yg pemaaf mudah..tpi pemaaf yg ikhlas tu sgt2 sukar

Niena Pengembara Ilahi berkata...

utk mnjadi seorang yg pemaaf mudah..tpi pemaaf yg ikhlas tu sgt2 sukar

Bui Junaidi berkata...

kalau memaafkan tapi masih berdendam,adakah di kira kemaafan itu..?

sekali dilukai,selamanya akan diingati..

*_*

Yatie Awang berkata...

tak boleh nak tipu diri sendiri, ada sesetengah hal, memang payah nak diberi kemaafan

[sutera kasih] berkata...

bergantung dgn situasi la..tapi seeloknya bermaafanla kita sesama manusia..tp kdgkala, memaafkan tak semestinya kita dpt lupa akan perbuatan yg menyakiti hati huhu

Papa Mifz berkata...

harus saling maaf bermaafan...

fadh leyanie berkata...

kadang2 kat mulut tu mmg org kata "ya ..saya maafkan"
tapi kat dalam hati tak siapa tahu.

MaYa MustWany berkata...

err gambar tuh mengungkap banyak tersurat n tersirat.

alif haris berkata...

tapi kdg2 tu kita mcm payah betul nk maafkan kesalahan someone tu walaupun pd bibir kita mengucapkan maaf

shida'R berkata...

dah klik+1 hehe :)

delarocha berkata...

maaf itu mahal harganya

Liyana Zahim berkata...

Syuk, kdg2 kan bkn sje xnk maafkan org tp susahla.. Sbb kite mnusia biasa.. Nak2 kalau tol2 kne ngan org tu.. Sdgkan kite tak pnh kcau idop org tup2 kte kne tduh, fitnah... Sedihnye..

[sutera kasih] berkata...

jadilah seorang pemaaf :)

EJA berkata...

jgn buli dan pendemdam,..allah suka org yg saling memaafkan..

ada entry utk awak..

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/10/dilema-lelaki.html

[sutera kasih] berkata...

thanks klik google plus tu, dh klik jgk di sini :)

yup, sy pun praktikkan budaya klik google plus tu ehehe

alongxp berkata...

2,3,4,5,6 menjak ni byk entri2 ko cam ni bro... ape kes?dah mula bercinta ke putus cinta?

Ezad Skytech berkata...

kalau saling memaafkan..kan tu lebih baik daripada berdendam...:)

Bro ahmad berkata...

ehemm2 suterakasih penekan google plus +1 tegar hmmm

wahida berkata...

memaafkan mmg boleh..nak melupakan? hrmmmm...

Niena Pengembara Ilahi berkata...

^.^

cik pha berkata...

maaf itu mesti.tp tgok ats kesalahan y dilakukan.semakin tggi@byk kesalahan semakin susah untuk dimaafkan

cik pha berkata...

maaf itu mesti.tp tgok ats kesalahan y dilakukan.semakin tggi@byk kesalahan semakin susah untuk dimaafkan

sergeant keroro berkata...

Belajar la untuk memaafi :)

rara pinkmafia berkata...

kemaafan dendam yg terindah

cik sakdi berkata...

syuk.. nak ucap kaataa maaf mmg senang,, tapi hati yang luka tu... ekekekeke btw,, yang penting ikhlas kan. :D

cik aisha berkata...

tgk kt drama tv tu mcm senang je nk maafkn org.tp sbnrnya mmg sng pun, cma kdg2 egois diri mengatasi segalanya, dendam kesumat meracun jiwa.apapun memaafkn org sifat yg mulia..:)

dhiera berkata...

kalau lah saya jadi mangsa rogol, liwat, pecah amanah susah nak memaafkan mungkin. walaupun tahu, kita perlu memaafkan.

Niena Pengembara Ilahi berkata...

moning ^.^

Niena Pengembara Ilahi berkata...

moning ^.^

anismelon berkata...

entry kite lebih kurang lah..heee..hurmmm..sakit mcm mane pon kite diperlaku kan..kemaafan itu perlu..rasa bersalah toh pon perlu jugak..melainkan hati batu kan..tak rugi memaaf kan..tp hurrrmm..setiap ape yg kite wat akan ade imbal balik nye kan..

anamizu berkata...

MEMAAFKAN mungkin boleh..
tp kdg2 ada yg simpan dendam..
lagi bahaya =P





luv,
cik ana