BLOG PILIHAN UTAMA PENULIS (MAI DARI BENDANG)

ENTRI TERBAIK

Selasa, 11 Oktober 2011

Mitos Dewa Zaman Mesir Purba

Malam ini, aku hendak kongsikan entri mengenai Mitos Dewa Zaman Mesir Purba. Mungkin kedengaran mengarut kisahnya tapi tak salah untuk jadikan ia sebagai bahan bacaan atau penambahan ilmu pengetahuan. Apapun yang penting, baca boleh percaya jangan..

Atum-Ra adalah anak kepada Dewa Mut dipercayai mencipta segalanya. Dia mencipta dewa langit Shu dan dewi hujan Tefnut. Shu dan Tefnut mempunyai dua anak iaitu dewa bumi Geb (pemerintah pertama Mesir) dan dewi langit Nut. Selepas itu, Geb dan Nut pula melahirkan Osiris, Isis dan Set serta Nepthys. 

Osiris merupakan dewa kesuburan dan jelmaan firaun yang telah mati. Osiris dibunuh oleh Set yang cemburu dan membahagikan mayatnya kepada 14 bahagian. Set mencampakkan mayat Osiris di merata-rata tempat di Mesir. Osiris hidup semula atas bantuan isterinya, Isis. 

Horus, anak Osiris mengalahkan Set dan berjaya membalas dendam untuk ayahnya dan ditabalkan menjadi pemerintah (firaun) Mesir. Kebangkitan semula Osiris menjadi mitos menarik tentang kehidupan semula. Jasad perlu berada dalam keadaan sempurna agar dapat dibangkitkan. Inilah sebab mayat firaun diawetkan menjadi mumia.

Di bawah penerangan ringkas mengenai dewa-dewi Zaman Mesir Purba

Atum-Ra


Atum-Ra


-Merupakan dewa terhebat Mesir purba. Dikenali sebagai pencipta dan ketua semua dewa termasukla ibunya, Mut. Dia adalah ayah kepada firaun pertama.


Osiris


Osiris


-Dewa kesuburan, peradaban dan akhirnya menjadi dewa neraka. Dia merupakan dewa utama Mesir purba. Rupanya seperti mumia dengan tangan bersilang di dada. Salah satu tangannya memegang cangkuk manakala sebelah lagi memegang penebah iaitu senjata diraja.


Isis

Isis

-Menguruskan segala hal manusia, alam dan sihir. Mengembara ke serata Mesir demi mencari serpihan badan suaminya. Dia dikurniakan anak bernama Horus.


Horus

Horus

-Dewa pelindung para firaun dan jelmaannya. Membalas dendam untuk ayahnya dengan mengalahkan Set dan akhirnya berjaya menjadi raja. Hilang mata kiri semasa berlawan dengan Set tetapi berjaya diubati oleh Thoth, dewa kebijaksanaan dan pengetahuan.


Anubis

Anubis

-Dewa kematian yang bertanggungjawab dalam hal pemakaman dan menjaga mayat. Dewa yang ditakuti kerana tugasnya menghukum orang jahat supaya tidak dilahirkan semula.


Hathor

Hathor

-Mengawal langit, wanita, cinta, muzik dan hal kesuburan. Diwakili oleh lembu yang menjadi lambang sifat keibuan.


Set

Set

-Dewa kejahatan dan sering dikaitkan dengan kerosakan, kejahatan dan huru-hara. Namun disembah agar orang dibenci ditimpa nasib malang. Dikatakan membunuh saudaranya, Osiris dan merampas takhta. Akhirnya, Horus membalas dendam.


Thoth

Thoth

-Pada asalnya dewa bulan berkepala ibis. Kemudian dia menjadi dewa kebijaksanaan, penulisan dan matematik. Mencipta bahasa dan perkataan serta menjadi pencatat, penterjemah dan penasihat kepada semua dewa. Dikatakan dewa yang pendiam tetapi masih penting dalam kepercayaan mesir purba.


p/s: Selepas baca, sudi-sudikanla klik kat +1 tuh..Seinfiniti terima kasih diucapkan..

30 ulasan:

Bro ahmad berkata...

fakta yang menarik syuk..mcm2 jenis bentuk kepala XD..MCM BIASA plus 1 XD besar tamadun pada masa tu.

Niena Pengembara Ilahi berkata...

owh... baru pestime baca nie

Bui Junaidi berkata...

dalam byk2 nama lam kisah ni bui paling ingat nama TEFNUT..stylo tu..hehe

syux..leh tanya tak..apa sebenarnya fungsi +1 tu..ce citer..*_*

shida'R berkata...

pelik2 jer gmbar2 dewa tuh..kan..

Elih Japahar berkata...

Thanks info ini bro...

SoLy SoLicious berkata...

huh?... lgsung xpernah dgr mitos ni..

cik sakdi berkata...

syuk.. yang dewa kejahatan tu.. nmpak sgt manusia ni dengki kan. doakan org yang benci kite kene kecelakaan. haha

Yatie Awang berkata...

jujur, akak tak pernah tahu tentang mitos ni, menarik tahu kalau boleh belajar sejarah ni

caliph shuriken berkata...

baca saja, percaya jgn, hukk...

ABU berkata...

wah banyak jugak dewa2 dorang ni.. dak kena potong2 pun boleh dihidupkan semula..sihir ape la tu yg diong gunakan ek..hebat..atau mitos..
pada lukisan terdapt gambr yg cuma berbeza bahagian kepala je..body sama je aku tengok..

anamizu berkata...

byk betol mitos dewa2
zmn mesir purba ni rupenya..



luv,
cik ana

Brocade Blue berkata...

i used to be obsessed with Egyptology so much as a kid...

Acik berkata...

acik kenal anubis jer ...
x paham +1 tu tp acik tekan jer! :)

dhiera berkata...

menarik ni~ tak pernah tau pasal macam ni. tapi banyak gile dewa dorang~ grrr

Ezad Skytech berkata...

tambahkan pengetahuan pagi2 ni...:)

Shuhaida Subri berkata...

mitos camni dalam cite omputih banyak la. tp best!

vampire's lovex berkata...

banyak nau dewa mesir ni...

boleh dok mesir dah syux..hehe

Saiazuan berkata...

bnyk tul dewa2 diorng ni..

cik aisha berkata...

yg selalu dok dengar dwa anubis...yang lain2 tu xbape nak ingat..hehee.bgus bila baca recall smla ingatan..:)

nowriz berkata...

baca benda alah ni.. terus teringat muvi the mummy & mummy return.. hihi..

yang sy ingat watak anubis tu ada dalam muvi tu..

hihi.. nice info! ;)

anismelon berkata...

mcm mcm ade..kepale semua cam haiwan je..nic nice..:)

[sutera kasih] berkata...

menarikk entri ni..info baru utk sy tau arini, thanks syux :)

Asyila Zainuddin berkata...

macam belajar sejarah pulak.. heee..

Papa Mifz berkata...

kak long papa & family nyer pernah ke Mesir masuk pyramid...dpt dilihat firaun & isteri nyer...sebijik mcm hidup selepas di awet...

MaYa MustWany berkata...

anubis..he2 familiar sikit sebab glam dalam filem

ghost writer berkata...

sebenarnya dewa2 ini tidak wujud tapi mereka telahpun memanipulasikan dari kitab2 sebelum mereka dengan meletakkan kepercayaan sendiri.dewa itu seoalh para malaikat bagi mereka dan bukan lah tuhan.

Khairil berkata...

bila baca entry ni teringat aku cerita the mummy....haha

alif haris berkata...

huhu .. pelik2 betul firaun ni ..

nazira berkata...

OOo.. cam tu ke.. baru tau.. nice sharing.. hu3..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

sergeant keroro berkata...

Nice! Aku pon ada buat siri tentang mitos, leh kot copy entri ini :P