ENTRI TERBAIK

Ahad, 23 Oktober 2011

Marco Simoncelli Meninggal Dunia dalam Kemalangan Maut Grand Prix (MotoGP) 1 di Sepang

Pada petang tadi, perlumbaan Grand Prix 1 Sepang dibatalkan setelah berlangsung kira-kira 2 lap pada pukul 4 petang berikutan kematian seorang pelumba dari Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli apabila beliau tiba2 terjatuh lalu berlanggar pelumba Yamaha, Collin Edward disusuli dengan pelumba Itali, Valentino Rossi di selekoh ke-11. 

Marco Simoncelli

Walaubagaimanapun, Edward dan Valentino Rossi terselamat dari kemalangan maut tersebut. Saksikan rakaman video detik-detik perlanggaran tersebut. Dari rakaman tersebut, helmet Marco Somoncelli kelihatan pecah dan mangsa terbaring kaku di litar selepas pelanggaran, sambil Edward juga terjatuh sama namun begitu Rossi berjaya mengawal motornya.


video


Walaubagaimanapun ada insiden yang dikesali iaitu, ada segelintir penonton melempar kotak dan botol air  tanda protes perlumbaan dibatalkan. Mungkin mereka tidak menyedari ada insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian. Apapun, tragis ini amatla mendukacitakan, kerana Marco Simoncelli adalah prospek besar dalam pembikinan seorang juara GP1.

Air kotak dan kotak dibuang tanda protes perlumbaan dibatalkan

Kredit gambar: majalah9

15 ulasan:

Khairil berkata...

litar sepang mencatatkan nama dgn tragedi ini...

Bro ahmad berkata...

kena baling botol..nampak metaliti rakyat kita kt dunia luar, buat malu je..

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

errr~ ngeri tgok..kat litar ni mmg xleh silap sikit kn?

Elih Japahar berkata...

Whopps! memang ngeri kemalangan ni...takziah buat keluarga beliau..hurm..

Ezad Skytech berkata...

mesti ada sebab kan kenapa perlumbaan tu dihentikan..kenapa perlu ada protes2 macam tu kan..

Wanie berkata...

tengok macam die tak kena teruk banding yang sorang lagi tu..huhu..mungkin kena kat kepala kan..ngeri2..

Liyana Zahim berkata...

Org mlysia ni mmg stok ske baling2.. Berminda kelas ketiga betul..

Rai berkata...

antara sukan paling berisiko.. ngeri betul...

penganjur tak announce ke kenapa cancel..kalau org tak tau memang la marah kot..bukan murah bayar nak masuk tu..

Papa Mifz berkata...

terkejut gak bilo dgr berito nih...bilo tgk video tuh mmg tragis tul...

SoLy SoLicious berkata...

tgk2..kecian gile kn..mujur lah V.rossi selamat..hehe

Anak Wak Mail berkata...

erkk,,ape baling2..tak bagus betull..

nyaris2 nak pergi tengok perlumbaan ni..hihi..

cik sakdi berkata...

dia jatuh mmg kene 2 lenyek dgn 2 motor tu kat badan dia. kalau bukan pasal kepala mungkin patah riuk kan.. adoi bakar stadium dah,nasib baik x bakar litar kan. huhu

syarifahsidrus berkata...

ngeri..bila2 masa je nyawa blh dicabut kan

delarocha berkata...

yang baling2 tu tak tau ada kematian kot..klu tau mesti diaorg faham.

Saiazuan berkata...

kematian yang tragik~