ENTRI TERBAIK

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kanak-Kanak yang Dermawan

Kita mesti selalu mensetkan dalam minda bahawa budak-budak bawah umur aka belum berbulu akan payah hendak menyumbangkan sesuatu dengan kata lain menderma dalam kuantiti yang luar biasa. Hari ini aku akan menyahkan set itu dengan menyediakan fakta-fakta menarik mengenai dermawan yang berstatus kanak-kanak. Ianya agak panjang dan memerlukan kesabaran untuk membacanya sampai kalimah terakhir.


Abby Miller
Abby Miller


-Budak yang berumur 12 tahun aka ahli muzik. Ianya berjantina perempuan. Beliau telah menunjukkan rasa prihatin yang luar biasa apabila melakukan kutipan derma untuk membantu Taylor Love, seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun yang menderita penyakit 'neuroblastoma'- sejenis kanser yang menyerang sistem saraf. Cara Abby mendapatkan derma itu kebanyakkan melalui hasil dia bermain alat-alat muzik di jalanan. Sungguh mulia hati Abby kerna mendermakan kesemua wang hasil kutipan dia bermain alat-alat muzik di jalanan. Hakikat paling mengejutkan, orang ramai yang menderma duit kepada Abby ketika lalu lalang di kawasan tempat Abby bermain alat muzik itu tidak mengetahui niat murni Abby tersebut. 


Olivia Bouler
Olivia Bouler

- Beliau seorang artis yang berusia 11 tahun yang berjaya mengumpul dana sebanyak USD 200,000 untuk National Audubon Society- persatuan yang berkerja keras untuk menyelamatkan burung-burung yang terkena  kesan tumpahan minyak BP di Teluk Mexico. Pengalaman menarik tercetus kerna usaha dermawan itu bermula apabila beliau melihat tragedi tersebut( tumpahan minyak BP ) di televisyen. Beliau telah mengambil langkah awal dengan menulis surat kepada persatuan tersebut dengan menawarkan untuk menjual ilustrasi-ilustrasi yang dihasilkannya untuk mengumpul dana bagi kos-kos pembersihan oleh persatuan tersebut di kawasan tumpahan minyak. Di situlah, bermulanya sifat dermawan beliau berkembang apabila mengambil langkah drastik untuk menjual apa sahaja hasil karya lukisannya kepada sesiapa sahaja bagi menderma untuk usaha memulihkan hidupan liar.


Cameron Cohen
Cameron Cohen

-Beliau juga berusia 11 tahun. Kisahnya amat unik kerna sifat dermawannya bermula ketika beliau menjalani pembedahan tumor tulang yng menyebabkan bahagian pinggang sehingga ke kakinya disimen penuh. Akibat itu, dia terpaksa memerap di rumah setelah tidak boleh bergerak kemana-mana. Walaubagaimanapun, beliau menggunakan masa yang terluang itu dengan mempelajari kaedah mengendalikan pembangunan perisian komputer. iSketch- program melukis yang kini ciptaan beliau boleh diperolehi di telefon pintar iPhone App Store. Di mana sifat dermawan beliau itu? Hasil jualan dari perisian program itu, Cameron telah membeli barangan hiburan dan elektronik untuk remaja-remaja yang berada di hospital untuk menghilangkan rasa kebosanan mereka.


Jordan Somer
Jordan Somer

-seorang remaja kelahiran Nebraska telah mewujudkan pertandingan 'Miss Amazing'- sebuah acara yang dianjurkan untuk para wanita dan juga anak-anak gadis yang sedang berhadapan dengan kekurangan dari segi fizikal mahupun mental. Tujuan utama pertandingan itu ialah untuk menyuntik kenyakinan kepada para peserta sekaligus menyedari kecantikan sebenar mereka. Acara itu bermula sejak tahun 2006 dimana Jordan telah mengabdikannya melalui pengalamannya sendiri menyertai pertandingan bersama-sama dengan kerja-kerja amalnya bersama Olimpik Istimewa. Malahan Teen Nickelodeon's Halo Award sendiri menganugerahkan kepada beliau kerna jasa-jasa beliau dalam kebajikan. Wang hasil anugerah tersebut yang bernilai USD 25,000 akan digunakan sebaik-baiknya untuk beliau kembangkan acara Miss Amazing tersebut ke seluruh negara.


Phoebe Russell
Phoebe Russell


-Budak yang baru berusia 5 tahun tapi mempunyai jiwa dermawan yang mengagumkan. Kisahnya bermula apabila dia disuruh melakukan projek perkhidmatan komuniti sebagai salah satu syarat tamat pengajiannya di tadika. Namun begitu, beliau berasa bosan dengan komuniti yang berkonsepkan idea biasa-biasa. Oleh yang demikian, beliau telah melihat seorang lelaki yang tidak berumah meminta sedekah untuk mendapatkan makanan. Dari saat itu, beliau mengambil insiatif untuk mengumpul derma sebanyak USD 1000. Derma ini akan disalurkan kepada San Francisco Food Bank. Usaha murni Phoebe itu agak keberatan di mata cikgu-cikgu Phoebe sehinggakan mereka menurunkan jumlah derma itu untuk tidak membebankan Phoebe. Namun begitu, kecekalan dan semangat tidak kenal erti putus asa, Phoebe bertekad mengumpul tin-tin kosong selain usahanya murni itu berjaya mengatasi jumlah derma yang disasarkan. Derma itu berjumlah USD 3,736.30 bersamaan 17,800 hidangan yang dipanaskan di Bank Makanan!


Brittany dan Robbie Berquist
Brittany dan Robbie Berquist

- Mereka masing-masing berusia 12 dan 13 tahun. Usaha dermawan mereka ini bermula apabila mereka mendapat tahu tentang kisah seorang askar yang terpaksa menanggung bil telefon bimbitnya berjumlah USD8,000 hanya untuk membuat panggilan kepada keluarganya dari Iraq. Mereka melakukan usaha murni dengan mengumpul USD 21 sebagai membuka akaun bagi membayar bil telefon askar tersebut. Mujurlah, usaha murni ini mendapat perhatian dari pengurus bank tersebut di mana pengurus bank itu menambah lagi USD500 ke dalam akaun tersebut. Usaha mereka bukan setakat itu sahaja, di mana mereka terus berusaha gigih mengumpul wang dengan menganjurkan acara membasuh kereta dan menjual makanan serta mengitar semula telefon-telefon bimbit. Dengan bantuan daripada para sukarelawan yang lain, mereka telah menyediakan banyak sekali tempat-tempat pengutipan telefon-telefon terpakai ini di seluruh Amerika Syarikat dan menggunakan keuntungan yang dimiliki untuk membeli kad-kad prabayar telefon dan diberikan kepada askar-askar yang berada di luar negara. Sehingga hari ini, program mereka- 'Cell Phone for Soldiers' telah berjaya mengumpul 7.5 juta telefon bimbit dan berjaya membekalkan sehingga masa panggilan 90 juta minit kepada askar-askar di luar negara. Satu kejayaan yang luar biasa!


Mackenzie Bearup
Mackenzie Bearup

- Remaja perempuan yang bernama Mackenzie Bearup, berusia 16 tahun ini menghidap penyakit Reflex Sympathetic Dystrophy- sejenis kondisi perubatan yang menjadikan cuaca sejuk, angin dan getaran kesemuanya mendatangkan kesakitan melampau pada penghidapnya. Beliau mendapat kaedah mendatangkan kelegaan kepada penyakitnya dengan banyak membaca buku. Kebetulan ada sebuah pusat rawatan kanser yang memerlukan buku-buku untuk perpustakaan mereka. Dari situ, bermulalah usaha murni Mackenzie apabila beliau telah mendermakan buku-buku kepda pusat tersebut. Usaha beliau berterusan sehinggakan berjaya mengumpul sebanyak 50,000 buah buku kepada pusat tersebut yang terletak di Georgia dan juga negeri-negeri yang berdekatan. Usaha murni luar biasa ini menyebabkan dia dianugerahkan 'Best in Youth' oleh Nestle.


Zach Bonner
Zach Bonner

-Selepas taufan Charlie melanda Florida pada tahun 2005, beliau telah mula mengumpul botol-btol air yang terpakai di kawasan kejiranannya dan berjaya mengumpul muatan sebanyak 27 buah trak. Pada tahun 2007, bermulanya 'My House to the White House' dari ilham beliau yang bertujuan untuk mengumpul wang bagi kanak-kanak yang tidak berumah. Peringkat pertama, beliau berjalan sejauh 280 batu dari Tampa ke Tallahassee, Florida. Peringkat kedua pula, dia berjalan sejauh 250 batu dari Tallahassee menuju ke Atlanta di Georgia. Pada peringkat akhir, dia berjalan sejauh 688 batu dari Atlanta menuju ke Washington DC. Semua dana yang dikumpul itu dibahagi sama rata untuk membina sebuah taman permainan bagi sebuah pusat jagaan kanak-kanak kecemasan di Tampa dan di Sasha Bruce Youthwork. Pada tahun 2010, beliau sekali lagi memulakan usaha murni yang luar biasa dengan melakukan program "March Across America" di mana beliau berjalan kaki sejauh 2,448 batu dari Tampa ke Los Angeles. Dalam perjalanan sejauh itu, beliau telah berjumpa dengan Elton John yang bermurah hati menyumbangkan sebanyak USD25000 kepada Little Red Wagon Foundation


Harry Moseley
Harry Moseley

-Budak yang berusia 9 tahun dari Sheldon, Birmingham, UK. Penyakit tumor otak yang tak dapat dirawat lagi yang dihidapi oleh beliau tidak menghalang beliau untuk menghasilkan dan menjual gelang-gelang tangan untuk faedah Brain Tumour United Kingdom. Kerja luar biasa beliau itu boleh dilihat lebih 30 buah kedai di seluruh Britain dan setakat ini dana yang dikumpul berjaya mencecah 15000 paun sterling. Usaha ini sebenarnya mempunyai sejarah yang tersendiri di mana menurut Harry, dia memulakannya usaha amal itu setelah melalui pengalaman apabila salah seorang rakannya yang kondisi perubatan yang sama dimiliki oleh Harry telah meninggal dunia. Anugerah 'Britain's Kindest Kid' untuk beliau pada tahun 2010. Ketika menerima anugerah itu, beliau kelu tidak dapat berkata-kata. Dia bercadang menggunakan wang kemenangan itu dengan memberi sebanyak 200 paun sterling untuk setiap seorang bagi adik dan kakaknya dan selebihnya digunakan utnuk membina rumah permainan kayu di bahaguan laman rumahnya sebagai tempat dia membuat gelang-gelang tangannya dan dia turut mendedikasikan anugerah itu untuk kawannya yang telah meninggal dunia, Robert Harley.


p/s: aku paling tinggi derma tak sampai ratus-ratus camni..alahai malu aku! Semoga kisah mereka ini membakar semangat kita untuk mendidik jiwa kita supaya rajin menderma..lagipun menderma dapat pahala..

17 ulasan:

shida'R berkata...

uihh dasatnye..shida pun seingt plg byk derma 10rm selalu kat masjid huhuh..ikhlas tuh..

Saiazuan berkata...

bayangkn pahala doirng klu diorng ni islam.. :D

Elih Japahar berkata...

Wahh! kecil2 dah jadi dermawan...bagus lah budak2 ni..

JG berkata...

tak perlu malu la syux, yg penting niat kite tu menderma dengan ikhlas dan mengikut kemampuan kite. (^^,)

Bro ahmad berkata...

kagum hmm..kita yang berumur belum mampu nak buat begitu.

Yatie Awang berkata...

wah memang dermawan mereka ini, sanggup berkorban apa saja untuk membantu orang lain...di negara kita ada ke orang2 yg bersikap seperti ini?

alif haris berkata...

sungguh murah hati mereka ni .. huhu..

Bui Junaidi berkata...

bgslah ada kanak2 berhati mulia mcm ni

soffea ielmaney suffiazo berkata...

wow..kecik2 dah dermawan ..bagus lettew ..

mOon jOhari berkata...

mOon bukan kanak2 tapi mOon dermawan....taw ke??? dermawan kat diri sndri...hehehehehe


sOrry lama x jengOk blOg....dah bertukaQ rupa!

cik aisha berkata...

kecik2 dah menderma...kita dah besar ni pun belum tentu nak menderma.nak menderma pun berkira pe..

Awan Biru berkata...

Hanya doa saja yang dapat Awan dermakan.

cik sakdi berkata...

kite nak derma kat masjid pon berkira kan.. (tuju kat diri sendiri) huhu

Lea Isnawi berkata...

wahh..mereka suma pandai buat duit >.<

ABU berkata...

bagus beno diorang ni.. kecik2 dah murah hati..

dayu_myself berkata...

melentur buluh biarlah dri rebungnya..
ceh...
bagus juga laa kan...
tpii syng kkdng orang tua yng dah kurang umur ni la yng kdekut bagai..
ish3...

NJihe.am berkata...

huhu..kan best kalo budak m'sia pon buat macam nih.. http://studioous.blogspot.com/