ENTRI TERBAIK

Khamis, 20 Oktober 2011

Dunia Fakta- 11 Fakta Menarik Edisi Kedua

Berkurun lamanya jugak aku menyepi seketika untuk meng'up'kan balik mood..Maaf ye,sahabat-sahabatku..

Jadi pembuka bicara bisu ini, aku tintakan mengenai Dunia Fakta- 11 Fakta Menarik Edisi Kedua..jadi tanpa membuang detik-detik yang berharga ini, aku nasihatkan jagala kesihatan terlebih dahulu kerna cuaca dah tak berapa ok di KL sejak akhir-akhir ini..kan demam nanti terbantut segala perancangan dan aktiviti nanti..

Salah satu spesies burung

1. Lebih 20% spesies burung telah pupus daripada muka bumi ini sejak 200 tahun yang lalu dan kebanyakkannya adalah akibat perbuatan jahat manusia. Peratusannya ini akan kian bertambah dari semasa ke semasa.

Situasi serangan sakit jantung berlaku

2. Menurut kajian perubatan Jerman, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung lebih tinggi pada hari Isnin berbanding hari-hari yang lain.


Kaedah rawatan stail akupuntur

3. Rawatan akupuntur mula dipraktikkan pada tahun 2700 Sebelum Masihi iaitu semasa era pemerintahan Maharaja Shen Nong di China


King Louis XIV

4. King Louis XIV(Raja Perancis) merupakan orang pertama menambah gula ke dalam secawan kopi pada sekitar tahun 1715.


Iklan kopi pertama di London

5. Iklan kopi yang pertama di London pada tahun 1657 mendakwa kopi boleh menyembuhkan penyakit seperti kekurangan vitamin C, gout serta beberapa penyakit lain.


Kentang

6. Satu tan kentang boleh menghasilkan 28.6 gelen alkohol. Kentang adalah sumber terpenting dalam penghasilan alkohol.


Pramugari pertama di dunia

7. Seorang wanita Ellen Church berjaya menyakinkan syarikat penerbangan Boeing bahawa pengetahuannya dalam memberi rawatan kecemasan dan minatnya pada penerbangan boleh membantu penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Akhirnya pada 19 Mei 1930, Ellen dilantik menjadi pramugari pertama dalam sejarah penerbangan dunia.


Proxima Centauri kaedah x-ray

8. Selepas matahari, Proxima Centauri adalah bintang paling dekat dengan Bumi, iaitu sejauh 25,000,000,000,000 batu.


Kuda Mustang Amerika

9. 75% daripada jumlah keseluruhan kuda di Amerika Syarikat mati dalam serangan virus Equine influenza pada tahun 1872. Fakta tambahan mengenai Equine influenza ( KLIK SINI ).


Wap dari secawan kopi

10. Kajian saintis daripada University of California menemui bahawa wap yang terhasil daripada secawan kopi panas mempunyai jumlah antioksidan bersamaan dengan tiga biji buah oren, yang mampu untuk menghalang penyakit kanser atau jantung.


Gambar dekat seekor siput babi

11. Siput boleh bergerak di atas benda yang tajam seperti pisau, tanpa mencederakan dirinya sendiri. Ini kerana ada kaitan dengan penghasilan lendir 'mucus' yang menghalang siput daripada terluka. Dua lagi fakta menakjubkan, siput juga mempunyai 25,000 'batang' gigi dan boleh tidur sehingga tiga tahun kemudian.

p/s; Jika anda suka akan fakta-fakta ini, klikla +1

15 ulasan:

cik aisha berkata...

fakta tentang kentang yg saya taw boleh menggemukkan...oowh leh hasilkan alkohol gak rupanya.

eh antioksidan tu dari wap kopi je ye bukan kopi...

Rai berkata...

sipot sangat comellll..hahaha...

jahat ah iklan kopi tu..tapi percayalah..iklan dari dulu sampai sekarang kerjanya menipu je.. tak kira tipu banyak ke tipu sikit.. hehehe..

cucu umie berkata...

yang siput itu mmg btol..hehe sebb mber ad ckp semalam.. btw, thankx info syuk..and slmt berblogging..ayie pon baru nak aktif blik..hehe

laskar pelangi berkata...

salam syux=)
lama tak tanye kabar..sihat kah? ngeee=)
tak tau lak kentang ada pengaruh dalam penghasilan alkohol..info yg bagus tu=) lau syux tak share,mesti tak tau..

syaz@rozelt berkata...

wah bnyk info pesal kopi n ade jugak kentg..due2 fevret sy..hihi

Shaherah berkata...

Kentang adalah sumber terpenting dalam penghasilan alkohol.. serius baru tahu..

lagi satu kan.. yg siput.. siput tak boleh kena garam.. nanti dia mati.. kalau siput uh ade kat tangan kita.. kebetulan tgn kita berpeluh.. mmg mati.. sbb peluh kan masin.. haha.. shera tak tahu.. shera dgr org ckp jek..

Khairil berkata...

ohh..hari isnin hari berisiko serangan jantung..kenapa ye?..

Wanie berkata...

banyak fakta tak pernah tau..thanks for sharing =)

Niena Pengembara Ilahi berkata...

oWh... kentang leh hasilkan alkohol ye

~~Ticer Wann~~ berkata...

wahh info menarik.... :) banyak mende yang tak tau ni...

Saiazuan berkata...

pergh.. hebat gak siput ni.. :D

Liyana Zahim berkata...

Interestinlah share facts cani syuk! :) Yg last tu.. Hehehe.. Terernye siput itu.. Hebatnya ciptaan-NYA~

Cik tikah berkata...

nice entry. cik tikah suka :)

Adi Zhaf berkata...

fakta-fakta menarik =)

azizul berkata...

faktA MEnarik...makan kentang banyak2 angin 1badan