ENTRI TERBAIK

Selasa, 4 Oktober 2011

Dunia Fakta- 10 Fakta Menarik Edisi Pertama

1.Secara purata, seorang manusia memerlukan 30 ribu kilogram makanan sepanjang hidup mereka

2. Pada 1985, ahli arkeologi telah menjumpai 2 biji mangkuk putih bersinar dalam kubur Dinasti Song (960-1279). Apabila diisi air, mangkuk itu bertukar warnanya kepada hitam. Apabila kering, warnanya kembali kepada asal. Tiada siapa tahu bagaimana keajaiban itu boleh berlaku


llama
3.Hanya terdapat sembilan haiwan yang menyumbangkan susu kepada manusia iaitu lembu, kambing, kuda belang, unta, biri-biri, kambing, rusa kutub, yak dan llama.

4. Secara purata, sebiji pisang mengandungi 90 kalori (kira-kira sembilan peratus daripada karbohidrat yang diperlukan dalam sehari). Pisang juga mengandungi vitamin B, C dan kalium. Kalium yang didapati dalam sebiji pisang memenuhi 20 peratus daripada keperluan kalium setiap hari. Bahan ini penting untuk manusia kerna ia membantu mengawal perasaan gementar.

5. Pada abad ke-17, secara purata setiap wanita yang berkahwin mempunyai 13 orang anak

6. Buluh boleh memanjang sehingga 1 meter dalam tempoh 24 jam.

7. Dua ratus tahun lalu, kapten sebuah kapal di Boston, England telah mencium isterinya sebaik pulang dari pengembaraan selama 3 tahun. Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan gereja. Akibatnya kapten kapal itu dipasung selama 2 jam atas kesalahan 'berkelakuan mengghairahkan dan tidak sopan di hadapa orang ramai,pada hari Ahad'.

8. Tiada sabun di kawasan Mediterranean pada zaman silam. Untuk mandi mereka membersihkan badan dengan minyak olive.

Marco Polo
9. Semasa pengembaraanya ke India, Marco Polo telah melihat satu bentuk hukuman yang mengerikan iaitu jika seseorang itu gagal melunaskan hutangnya, si pemberi hutang akan melakar satu bulatan di sekelilinginya. Jika si berhutang itu keluar dari bulatan tersebut, dia akan dibelasah sampai mati!


Dr. Samuel Johnson
10.Dr. Samuel Johnson, penulis terkenal Inggeris minum 40 cawan teh sehari.


p/s: Fakta- fakta menarik akan menyusul selepas ini..setiap edisi ada 10 fakta. InsyaAllah..

17 ulasan:

azizul berkata...

good fak ta..

azrijohan berkata...

nice tips...teruskan wehhh :D

http://azrijohan.blogspot.com

sergeant keroro berkata...

nice! tak pernah tahu pon. XD

SoLy SoLicious berkata...

fakta menarik...

kiz berkata...

perkongsian yg menarik..mana lama ilang?

Khairil berkata...

bagus bro...banyak fakta2 yang kita tak tahu ni...syabas utk info2 ni...

Bro ahmad berkata...

yang bawah tu sekali..teh kalau minum kembung perut huhuuu...syux selamat kembali

Yatie Awang berkata...

bagus ni, fakta2 yg tak pernah ambil tahu ni

Anak Wak Mail berkata...

yeah..memang menarik,,selalu minum 2 cawan teh,,rasa nak buang air kecil,,kalau dia 40 cawan camne plak ye??haha

nowriz berkata...

wow.. nice fact!!. :)

anismelon berkata...

nice..nice..rajin mencari ye..)

Lea Isnawi berkata...

30 ribu kilo makanan
gila ah

dwaty berkata...

fakta no 5....

syrupmasin berkata...

baguss..ilmu untk aku hari pagi2 nih :D

kotak bulat berkata...

ilama... err.. dlm katun apa ek, kb bru tau pasl ilama ni..



p/s : lama tak singgah sini

Bui Junaidi berkata...

kalau neves nak g interview,makan pisang..hehehe

alif haris berkata...

nice fakta shuk ... dah jarag update skrg ko ye..