ENTRI TERBAIK

Selasa, 25 Oktober 2011

Best Seller No 1 Novel Bertemakan Cinta - Jauh Dari Cinta


Best Seller No 1 Novel Bertemakan Cinta di POPULAR

Judul : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24


Novel yang bertemakan Cinta yang diberi tajuk Jauh Dari Cinta hasil karya Adah Hamidah ini telah menjadi best seller no 1 di POPULAR. Gambar tuan milik buku ini..

Adah Hamidah
dan juga ini adalah laman blog beliau..


Sedikit petikan dalam novel ini untuk anda sendiri nilaikan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Carta Popular paling Laris
Sekali imbas aku melihat carta popular ini aku perasan no 20 yang bertajuk Sekebun Bunga Cinta nukilan Liyana Zahim. Dia adalah seorang blogger dan kalau anda ingin mengetahui blognya dan berkenalan dengannya dan juga ingin mendapatkan bukunya.. KLIK SINI.


p/s: Ntah aku dapat sawan apa dok promote-promote novel cinta ni hahahah...Harap semua dapat menguji kekerasan hati untuk menahan dari menangis bila membaca novel-novel cinta ini..

20 ulasan:

cik sakdi berkata...

kite ske novel thriller. best bunuh2.. ramlee awang murshid. novel cnta kureng sket sbb tebal sangat pastu jalan cerita leh diteka. ewah! ahaha

Elih Japahar berkata...

Owh! ni kalau si tunang tau ni mesti dia nak beli huhu...sy tak minat sgt novel2 ni..btw, thanks promote

Bro ahmad berkata...

tak pernah beli novel..tengok tebal takut nak baca

Rai berkata...

hahaha..sawan novel cinta eh.. hati tengah berbunga kotttt... akak suka baca buku pasal kesihatan dengan financial skang ni.. biasa lah dah ada anak.. nak kena plan financial kita..nak kena ambik tau jugak pasal sakit penyakit ni..

syaz@rozelt berkata...

wah..syux layan novel jugak ke..lame jugak x layan novel nie..thanks suggest!hehe

Niena Pengembara Ilahi berkata...

merah menyala pemilik novel tu ye :D

nampak cam muda lg

Niena Pengembara Ilahi berkata...

merah menyala pemilik novel tu ye :D

nampak cam muda lg

Acik berkata...

lama x baca novel nih. hmmmm ...

dhiera berkata...

kira kamu dah baca la ye novel ni?

Kak Yatie berkata...

aaaa....suka baca novel cinta ek..adalah tu hahahhaa...akak pun suka, masa je tak ada

Shaherah berkata...

ngah popular novel ni ea syuk.. nnti shera cari.. ^_^

YOUsoF berkata...

Lama tak layan novel ni.. Susah betul nak dapat mood yang betul² untuk layan 1 novel ni.. ;D



Syukur, semoga semakinmurah rezeki Kak Adah.. Juga kepada kawan blogger, Liyana.

Wanie berkata...

hehehe..aik, bace jugak ke novel cintan cintun ni?

Anak Wak Mail berkata...

novel cinta,,kalau dilayan macam orang gila aku jadinya,,kejap ketwa sorang2,,kejap nangis sorang..haha..

laskar pelangi berkata...

wah! ke syux tengah layan novel sekarang ni? nnty nak beli ahhhh novel tuuu ;)

Liyana Zahim berkata...

Tq syuk tulis2 sal liyana kat sini.. Tharu nangis2 sebaldi ni.. Hehehe.. May ALLAH bless u.. Buku kat atas tu liyana tak knl pnulis die.. Hehehe.. Too many writers in malaysia.. N i sometims cant realy catch their name acurately. Tp bru pasan hero bku ka atas tu sama nama ngan hero lam SBC.. Tp SBC Faris Aqiel.. Bku kat ats ni Farish Aqil.. Coincidence kot.. Huuhuhu~

sha my heart berkata...

rajin ikuti perkembangan novel terlaris ya.

Sha tak suka baca, tapi suka tulis. Haha~

caliph shuriken berkata...

sy ada 2 novel thriller RAM.. tapi blom abis baca, huh...

*liyana dlm top 20.. congratz ^^

Awan Biru berkata...

Tak sanggup baca novel.
Awan suka baca cerpen.

Bui Junaidi berkata...

terus rs nk beli..hehe..bui ni byk koleksi novel kalau nk tahu..minat sangat baca novel