BLOG PILIHAN UTAMA PENULIS (MAI DARI BENDANG)

ENTRI TERBAIK

Khamis, 6 Oktober 2011

Apakah perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama?

Secara mata kasar, mereka kelihatan sama. Mereka daripada keluarga yang sama iaitu Lepidoptera--masing-masing mempunyai sisik pada sayap. Akan tetapi, jika diperhatikan dengan teliti, fizikal kedua-dua serangga ini amat berbeza. Contohnya badan rama-rama lebih kurus dan panjang manakala badan kupu-kupu lebih besar dan gemuk serta sesungutnya berbulu.

Kupu-kupu


Rama-rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Perbezaan yang lain lagi ialah pada pupa. Rama-rama menghasilkan bebenang sutera untuk membuat kakun (asal-usul rama-rama ulat sutera dapat nama). Sebaliknya, kupu-kupu pula tidak.

Rama-rama

p/s: Kipas laptop aku mati..ni pakai laptop kak aku..baru sahaja sudah selesai membalas kesemua komen2 yang terdahulu huhu..tq kerana singgah ketika blog neh bersawang

30 ulasan:

Bro ahmad berkata...

sesunggut kedua duanya berbeza syux..kupu2 lebih cantik hmmm

Tea Dno berkata...

kupu2 dan rama2 mmg dua jenis yg berbeza..dulu kecik2 xreti nak bezakan..skang alhamdulillah memang dah knal..keke..

Bui Junaidi berkata...

owh..baru tahu rupanya kupu-kupu ni lain,rama-rama ni lain

ingatkan sama..

nowriz berkata...

sy memang tak reti nak beza kan.. bagi sy.. semuanya butterfly.. hahaha

mak kata, kalau butterfly masuk rumah.. maknanya ada tetamu nak datang...

hihihi.. :)

rara pinkmafia berkata...

so kupu2 ni takde pape lah eh.hehehe

Elih Japahar berkata...

Betul jugak kan..ingatkan kupu-kupu malam tadi bhahaha

Qaseh Qhaleef berkata...

hihiii .. saya suke rama-rama ..

Shaherah berkata...

ade lagi satu spesis syuk.. kelembak.. besar gler..

dayu_myself berkata...

dulu suka gila tangkap kupu2...
sbb die lbih kecil kan...
comel2 jek..
^__^

fadh leyanie berkata...

baru dapat tahu perbezaan kupu-kupu dan rama-rama setelah meneliti entri ini..terima kasih syux..

JG berkata...

kupu2 biasa dikaitkan dgn aktiviti yg tak baik. cth kupu2 mlm..x penah lak dgr rama2 mlm huhuhu

alif haris berkata...

oouh .. cmtu rupanya.. sblum ni aku pn tak tahu nk bezakannya sgt .. huhu

laskar pelangi berkata...

kalau wani...bertukar jugak mula2 mana satu kupu2..mana satu rama2..he3 =)

Anif Abdullah| AA berkata...

masa kecik-kecik, selalu kejar rama-rama.. haha

delarocha berkata...

pernah dengar istilah 'kupu kupu malam' ?

Fay berkata...

ce buat perbezaan antara lebah, penyengat n tebuan pulak.. lebih kurang je 3 binatang tu.. hehehe

Acik berkata...

rama2 cantik!
kupu2 kiut!
heheheheee ...

Elih Japahar berkata...

Kata orang tua-tua, kalau rama-rama masuk rumah..petanda ada orang dtg jauh bertandang rumah :)

erkk..aku dah komen ke, 2 kali boleh hahaha...

Niena Pengembara Ilahi berkata...

cantik rama2 tu :)

Niena Pengembara Ilahi berkata...

cantik rama2 tu :)

shafiqabdshukor berkata...

owh..
dh tau dh..
dulu tau rama-rama lagi cantik je.

Khairil berkata...

aku panggil semua rama-rama...tak kira le dia tu kupu-kupu ke atau tidak...mungkin sebab aku tak kenal...bila dah baca ni baru aku tahu bro..thanks...

anamizu berkata...

wahhh aku baru taw!
adoi kalo x smua aku pggil rama2 je...hehe


luv,
cik ana :)

mOon jOhari berkata...

kupu2 mcm berdebu sket.....walaupOn chantek mOon takOt nak pegang...

anismelon berkata...

rama rama cantik..kupu kupu tak..weee....nice info..:)

ABU berkata...

antara subjek yg pernah aku belajar entomology..best belajar pasal serangga

ketahui pulak kupu kupu dan rama rama terbesar di dunia kat sini:

http://www.ashgive.com/2011/04/attacus-atlast-kupu-kupu-terbesar-di.html

FEDO berkata...

ini kali lah kupu kupu...hihih

Sandha L Danielle berkata...

dah lama tau tp mushykil..semalam kt nat geo wild..dia ckp kupu2 pd hal kepaknya x dilebarkn. dlm fakta ni itu sebenarnya rama2..x tau mana betul.

Sandha L Danielle berkata...

smlm kt nat geo wild ckp kupu2 sdgkn haiwan ni x melebarkn sayapnya. tp fakta kt sini ckp rama2 yg menguncupkn sayapnya?

Ahmad Syuxer berkata...

nat geo wild vs fakta blog ini. tentula nat geo wild menang coz kajian mereka menyeluruh. fakta blog ini sekadar mengambil dalam buku rujukan. apapun tq sandha atas rasa cinta pada ilmu